Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Pulau Pinang umum terima RM13.3 bilion pelaburan

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang menerima RM13.3 bilion pelaburan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, meningkat 247 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata jumlah itu menjadikan Pulau Pinang negeri kedua yang mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi, sekali gus menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah pelaburan sektor pembuatan negara.

“Jumlah pelaburan itu membabitkan 113 projek pelaburan dalam sektor pembuatan dan ia berjaya mencipta kira-kira 15,013 peluang pekerjaan baharu.

“Selain itu, jumlah pelaburan RM13.3 bilion itu juga melebihi purata pelaburan tahunan negeri yang dicatatkan sebelum ini iaitu hanya RM6.6 bilion setahun,” katanya pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini, hari ini.

Kon Yeow berkata, RM12 bilion daripada jumlah itu adalah pelaburan langsung asing (FDI) bagi sektor pembuatan.

Katanya, FDI utama adalah dari Amerika Syarikat (AS), Singapura dan United Kingdom (UK) dan antara syarikat termasuk Micron Technology, Jabil Circuit dan Smith+Nephew.

“Kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada agensi Persekutuan seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kerana tanpa insentif yang diberikan, tempat kita mungkin akan hilang tarikan kepada pelabur.

“Pulau Pinang meneruskan usaha untuk menguatkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan bagi pelabur walaupun perkembangan keadaan ekonomi global adalah tidak menentu, termasuklah disebabkan oleh perang dagang antara AS dan China,” katanya.

KETUA Menteri, Chow Kon Yeow pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di Georgetown, hari ini. – Foto Ramdzan Masiam
Oleh Siti Sofia Md Nasir

PERTUBUHAN PENGURUSAN JENAZAH ISLAM HOSPITAL NEGERI PULAU PINANG.

 

1 T M BINA NEGARA 22 TAHUN1 PUNCA ISLAM DIHINA1-MERUNTUHKAN NEGARA1 A SEMUA DAP1 B DAP

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

PERTUBUHAN PENGURUSAN JENAZAH ISLAM HOSPITAL NEGERI PULAU PINANG.
(NO PEND: PPM-010-07-18072016).

Alhamdulilah telah siap pendaftaran pertubuhan pengurusan jenazah di hospital hospital negeri pulau pinang.

sebagai permulaan kami telah memulakan pengurusan jenazah di hospital seberang jaya dan hospital Bukit Mertajam.

setiap jenazah islam yg meninggal di hospital seberang jaya kami akan uruskan secara percuma.

perkhidmatan mandi dan kafan sahaja.( serta solat jenazah kalau keluarga mahu kami uruskan.)

bagi keluarga yg tidak berkemampuan – mandi , kafan dan juga keranda diberi percuma.

Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi:
1) BASIR BAKAR
0135184236
2) DR IMRAN
0194749958

Kami masih memerlukan sumbangan orang ramai bagi tujuan penyediaan barang mandian/wangian dan kain kafan.

Sumbangan Infak anda boleh dimasok kan ke akaun :
PERTUBUHAN PENGURUSAN JENAZAH ISLAM HOSPITAL NEGERI PULAU PINANG:
MAYBANK AC: 557401518853

**wajib viralkan utk umat islam.