Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Dua pemimpin utama dan seorang bekas pemimpin utama Pas berlutut di hadapan Tun M.

1 HADI BERLUTUT DPN TUN M1 ULAMAK BALAK1 AGAMA GAGAL1 MCA RASIS 21 HADI KHADAM MCA1 PAS IBLIS

Dua pemimpin utama dan seorang bekas pemimpin utama Pas berlutut di hadapan Tun M.

Semuanya berlaku selepas desas-desus kerajaan PN bermasalah besar.

Pas menawar diri untuk menyokong Tun M dan bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Syaratnya, Tun M putuskan hubungan dengan Amanah.

Alasannya, Amanah cuma ada sebelas kerusi dan Pas ada lapan belas kerusi.

Nampak. Hipokrasi politik Pas. Khianat kawan dah jadi darah daging Pas.

Tahu tak kenapa Pas begitu terdesak? Pas dah tak ada duit. Hutang keliling pinggang.

Kes SR pakai duit. Harakah hutang. Bangunan Raja Laut pening.

NAJIB BERBOHONG TETAPI MAHKAMAH MASIH PERCAYA DENGAN PEMBOHONGAN NAJIB – MALAYSIA NEGARA AMAT BERTUAH.

Image may contain: 4 people, text

TERNYATA NAJIB KAKI BOHONG

20 Julai 2016 – DOJ umum saman sivil babitkan Riza Aziz dan Jho Low

22 Julai 2016 – Najib minta tolong Putera Mahkota UAE buat perjanjian palsu untuk cover-up Riza Aziz

25 Julai 2016 – Najib kata individu yang dinamakan oleh DOJ perlu bersihkan nama sendiri masing²

27 Julai 2016 – Rosmah minta Najib follow up dengan Putera Mahkota UAE untuk selesaikan masalah Riza Aziz

Obviously dia cakap lain tapi buat perkara lain yang completely opposite !!!

Hadi Menggunakan Taqiyah Syiah Dalam Politik Malaysia

3 HADI SYIAH.jpg

 

1 IMAM SYAFIE

Kesatuan ulama pula kecam Abdul Hadi

Selepas disindir bekas mufti Perlis, kali ini pemimpin tertinggi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) pula dilihat menempelak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Melalui kenyataan dimuat naik pada akaun Facebook KUIS, Dr Yusuf al-Qaradawi dilaporkan mengecam tindakan Abdul Hadi menghadiri perhimpunan antara mahzab di Tehran.

Kata Yusuf, KUIS juga terkejut dengan waktu kunjungan Abdul Hadi berkenaan kerana ia dibuat ketika “Iran menjalankan jenayah kejamnya” di Aleppo, Syria.

 

” KUIS mengutuk ziarah ini yang dilakukan pada waktu ini (ketika puak Syiah dan Sunni berperang), dan ia dianggap ziarah yang tidak boleh diterima daripada mana-mana pihak pimpinan di dalam KUIS.

“Kunjungan berkenaan tidak dianggap mewakil KUIS tetapi atas kapasiti peribadi sahaja.

“Ketika ini KUIS menunggu Syeikh Abdul Hadi untuk menarik diri daripada kunjungan yang tidak pernah dipersetujui ini, tidak kena pada masanya dan tidak juga pada tempatnya!” kata kenyataan berbahasa Arab berkenaan.

Abdul Hadi berkunjung ke Tehran untuk menyertai persidangan anjuran kerajaan negara berkenaan tetapi mula mendapat kecaman beberapa pihak sejak kelmarin.

Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, kemudian membuat kenyataan mendakwa pemergian presiden PAS itu antara lain adalah atas permintaan wakil Ittihad Ulama Muslimin Iran, Dr Abdurrahman Bayraan.

Abdurrahman, kata Samsuri, adalah tokoh Sunni dan dilantik Yusuf.

Artikel dipadamkan

Tambahnya kehadiran Abdul Hadi adalah supaya beliau dapat membawa suara kelompok Sunni yang berada di Iran bagi mengurangkan sedikit tekanan terhadap mereka di negara berkenaan.

“Beliau juga memaklumkan pemergian beliau kepada Setiausaha Agung Ittihad Alami (nama Arab untuk KUIS) iaitu Prof Dr Ali Qaradaghi yang datang ke Kuala Lumpur bulan lepas, dengan hujah di atas.

“Jadi tidak timbul ianya bercanggah dengan pandangan Syeikh Dr Yusuf Qardhawi,” katanya.

Sebelum itu Datuk Dr Juanda Jaya secara sinis berkata, beliau berasa “kemaluan dan kesipuan” membaca catatan dibuat seorang tokoh ulama luar berhubung kehadiran Abdul Hadi di ibu negara Iran berkenaan.

Dalam konflik berpanjangan di Syria, Iran dianggap satu daripada negara yang menyumbang serta menyokong Presiden Bashar al-Assad menentang pemberontak di negara berkenaan.

Rejim Bashar baru saja kembali menguasai Aleppo selepas wilayah itu dikuasai kumpulan pemberontak sejak perang saudara meletus.

Ketika kerajaan Syria dianggap mewakili puak Syiah, pemberontak pula terdiri daripada kalangan pengikut Sunni menjadikan konflik berkenaan ditafsir sebagai perang antara mazhab.

Satu lagi negara yang menyokong Bashar ialah Russia.

Isu berkenaan menjadi lebih menarik perhatian apabila sebuah laman sesawang dikaitkan dengan Abdul Hadi, ulamasedunia.org, memuat naik artikel berjudul “Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang wakili KUIS ke Tehran bawa mesej Umat Islam dua hari lalu.

Bagaimanapun semakan hari ini mendapati kandungan artikel itu dipadamkan.

Untuk makluman, Abdul Hadi adalah naib ketua KUIS.

Dalam kenyataan KUIS lagi, turut mengutuk keras Abdul Hadi ialah Ali sendiri, iaitu tokoh yang dipetik namanya oleh Samsuri dalam kenyataannya kelmarin.

“Dalam usaha menyatukan umat Islam, KUIS juga mengambil pendirian jelas menentang kerakusan projek perpecahan Iran, dan tidak melupakan musibah yang dilalui oleh umat kita (Sunni), serta pertumpahan darah di Aleppo, juga jutaan rakyat Syria yang terbunuh, tercedera, ditawan, dan kehilangan rumah di seluruh Syria,” kata kenyataan itu lagi.

https://www.malaysiakini.com/news/366689?fbclid=IwAR0x8d5_I2gQD_QNw6cuTLKU27U6Q4Mja_oHOrMTuypPQ-gle3kE6elRS3k#.XfkdtVhyysU.facebook

BANYAK ORANG MENYERUPAI ULAMAK NAMUN MEREKA BUKAN ULAMAK

1 IMAM SYAFIE

1 2 MAKHLUK ASING

BANYAK ORANG MENYERUPAI ULAMA NAMUN MEREKA BUKAN ULAMA
✍🏻Berkata Al-allamah Al-jami rahimahullah:

‏” كثُر الذين تشبَّهوا بالعُلماء والفُقهاء ، بل في هذه الآونة غَلَبَ صِغارُ طلبةِ العِلمِ على العُلماء ، ‏فأخذوا هذا اللقب من العلماء واستنكروا للعلماء وزهَّدوا النَّاس في العُلماء .“

Banyak orang yang menyerupai ulama dan fuqaha, bahkan pada masa-masa ini shighar (junior) penuntut ilmu mendominasi ulama, mereka mengambil gelaràn ini dari ulama dan mèrekà sendiri mengingkari peranan ulama, màlàh mereka jugà menjadi sebàb manusia tidak làgi mengenàli ulama.
قال الشيخ ابن عثيمين رحمه الله :

” من أعمى الله بصيرته لو وقف أمام أنوار الحق ما رآها والعياذ بالله ”

شرح العقيدة الواسطية (33)

✍ Berkata As-Syaikh Ibnu Utsaimin – رَحِمَهُ اللّٰهُ – :

¬ Barangsiapa yang dibutakan oleh Allah bashirah-nya (¹) kalau seandainya dia berdiri di hadapan cahaya kebenaran pun maka dia tidak akan dapat melihatnya – na’udzubillah -. ¬
¬____
(¹). Bashirah yaitu pengetahuan dan keyakinannya, pent.

📕 Syarah Al-Aqidah Al-Wasithiyyah (hal. 33)
—————
#taushiyyah

‘Potong tangan’ pihak mahu ‘tebuk’ bahtera muafakat nasional, kata Hadi

1 PENIPU AAAAisu-tanah-kelantanSlogan+Felda+Vs+Ladang+Rakyatquote01-penyelewengan-punca-ladang-rakyat-gagalFlyers+12+LADANG+RAKYAT1 Hadi Mohon Bantuan Cina.GENG LAWYER BURUK KELANTAN1 PAS IDAK CERDIK1 hudud

Presiden PAS Hadi Awang (tengah) bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (4 dari kiri), Presiden MCA Wee Ka Siong (3 dari kiri), Timbalan Presiden MIC M Saravanan (4 dari kanan) pada program ceramah perdana BN, malam tadi.

PONTIAN: Presiden PAS Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mengganggu Piagam Muafakat Nasional yang dibentuk antara Umno dan PAS.

Beliau berkata walaupun PAS berbeza pendapat dengan MCA, tetapi kedua-dua parti itu mempunyai sepakat dan kemungkinan bersama.

“Jangan izin orang tebuk bahtera ini. Potong tangan-tangan siapa nak tebuk bahtera ini.

“Ajarkan di Tanjung Piai dalam pilihan raya kecil (PRK) yang ada ini. Calon MCA yang jadi calon ini, wakili kita semua bukan mewakili satu kaum sahaja,” katanya ketika ceramah perdana Barisan Nasional di Kampung Rimba Terjun, malam tadi.

Pada 14 September lalu, Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai Umno dan PAS, antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

Sebelum ini, Hadi menjelaskan sokongan penuh PAS terhadap calon bukan Islam dari MCA, Wee Jeck Seng pada PRK Tanjung Piai adalah kerana wakil rakyat Melayu-Islam sudah “terlalu majoriti” dalam muafakat nasional.

Hadi berkata disebabkan itu, perlunya wakil rakyat bukan Islam bagi menonjolkan semangat muafakat nasional yang dimeterai September lalu.

Mengulas lanjut, Hadi berkata PAS berjanji akan turun ke Tanjung Piai untuk menyokong MCA bertanding.

Beliau menjelaskan pengundi Tanjung Piai perlu faham PRK kali ini besar maknanya iaitu untuk memberi isyarat kepada rakyat tentang PRU15.

“Sekarang barisan pembangkang yang majoriti besar orang Melayu sahaja dan kita memerlukan kerusi-kerusi bukan Islam yang tidak ekstrim dan kita tolak parti ekstrim.

“PAS beza pendapat dengan MCA dan begitu juga MCA. Kita bukan dalam satu pakatan tetapi dalam satu gabungan, tetapi DAP boleh kata kita dalam satu pakatan,” katanya.

DAP serang PAS

Hadi berkata walaupun PAS tidak bertanding di Tanjung Piai tetapi parti itu paling hebat diserang khususnya daripada DAP.

“PAS tidak bertanding, soalnya mengapa PAS satu parti Islam yang bersifat agama boleh sokong calon MCA yang dianggap bukan Islam.

“Perlu difahami Islam yang kita faham Islam yang diajar bukan sahaja satu agama. Islam juga adalah cara hidup, antaranya yang ajak kita hidup masyarakat,” katanya.

Hadi berkata perkara itu bukan rekaan tetapi ia terdapat dalam Al-Quran.

“Kita memerlukan satu pakaian sahaja. Pakaian dari kain, kain dari benang, benang dari kapas ditanam, mesti ada jentera pembaja.

“Tidak mungkin seorang buat kerja, satu kain buat seorang, satu bangsa buat kerja mereka tanam kapas, tak mungkin.

“Mesti dibahagikan tugas dan kerja ikut budaya dan bangsa masing masing dan itu jadi berbagai bangsa.”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/11/07/potong-tangan-pihak-mahu-tebuk-bahtera-muafakat-nasional-kata-hadi/?fbclid=IwAR1YcenHDFXKRLyQkJaQeysUA6W0Y2grIKXBGOZxb4yRF_4MvreNpQN4SLE

Amat Jelas Hadi Memiliki Sifat Munafik

1 TJ PIAI HADI TIPU

CALON BN-MCA Datuk Wee Jeck Seng terang-terangan menentang HUDUD habis-habisan.

Tapi kenapa lebai PAS & walaun terpaksa tunduk untuk menyokong calon MCA tersebut ??!

Ker dah kenyang ‘sekawah gulai seketul daging babi’ dgn MCA..

atau sekawah gulai tu dah jadi halal sbb dah bercampur PAS.. 😂😂

#BMF
#BaruaMCAFirst
#PASbaruaMCA
#TunggangAgama
#PRKTanjungPiai