PENEROKA FELDA DAPAT DUIT RAYA RM300 DAN TUNGGAKAN PINJAMAN SARA HIDUP

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 29 Mei 2019 telah memutuskan pemberian Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri kepada 112,635 peneroka Felda pada kadar RM300 bagi setiap peneroka.

Pada masa yang sama Felda diminta untuk membuat pembayaran tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil (SH PDH) kepada peneroka yang terlibat.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohameed Azmin Ali menyarankan supaya Felda membuat pembayaran bantuan khas hari raya tersebut dan tunggakan SH & PDH dengan kadar segera sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi meringankan beban peneroka untuk menyambut Aidilfitri Rabu ini.

Surat rasmi Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang ditandatangani Datuk Yatimah Sarjiman bagi pihak Ketua Setiausahanya itu dikeluarkan pada 30 Mei 2019 kepada Pengarah Besar Felda Datuk Dr Othman Omar.

Tiga hari lalu, Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa kerajaan menimbang untuk tetap memberikan bantuan kepada peneroka Felda sempena Hari Raya Aidil Fitri.

Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO FELDA (MPNF), Datuk Mazlan Aliman juga berkata pemberian duit raya itu sangat besar ertinya kepada peneroka sebagai persiapan menyambut Aidilfitri, apatah lagi harga komoditi yang tidak stabil dan kos sara hidup semakin tinggi.

Peneroka Felda Dapat Duit Raya RM300 dan Tunggakan Pinjaman Sara Hidup

 

Pemimpin Umnopas Telah Membunuh Peneroka Felda Tanpa Disedari

Penemuan Audit Forensik berkaitan Pelaburan FELDA yang gagal.

#KelestarianFELDA
#FELDABaharu
#KertasPutihFELDA
#MEAMalaysia

FELDA PERLU DISELAMATKAN DEMI MASA DEPAN PENEROKA

Image may contain: 1 person, text

1 PEROMPAK UMNO

KENYATAAN MEDIA PEMUDA AMANAH

FELDA PERLU DISELAMATKAN DEMI MASA DEPAN PENEROKA, “BUSINESS MODEL” BAHARU DIYAKINI MAMPU PULIHKAN KEWANGAN FELDA

1. Berikutan Kertas Putih FELDA yang telah dibentangkan di Parlimen baru-baru ini, Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) melahirkan rasa hiba melihat FELDA yang terdiri daripada majoriti peneroka Bumiputera, telah diseleweng dan tidak ditadbir urus dengan baik di bawah kerajaan kleptokrat Barisan Nasional sebelum ini. Pemuda AMANAH cukup kecewa FELDA yang merupakan ilham bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak merosot di tangan anaknya sendiri, Datuk Seri Najib Razak.

2. Akibat salah urus FELDA oleh kerajaan yang lepas, Kerajaan Pakatan Harapan terpaksa “bailout” entiti perladangan tersebut daripada terus menyaksikan kemerosotan. Kerajaan Pakatan Harapan telah menyatakan komitmennya untuk membelanjakan RM6.3 bilion bagi menyelamatkan FELDA dan menyelesaikan masalah hutangnya. Andainya kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah menguruskan FELDA dengan baik, dana RM6.3 bilion ini sepatutnya telah dapat digunakan untuk pembangunan rakyat seluruh Malaysia, khususnya di kawasan pedalaman serta Sabah dan Sarawak.

3. FELDA, sebuah badan berkanun yang asalnya ditubuhkan untuk membanteras kemiskinan dan membangunkan kawasan luar bandar, telah menyaksikan kedudukan kewangannya jatuh mendadak dalam tempoh beberapa tahun lepas. Daripada keuntungan FELDA berjumlah RM5.9 bilion pada tahun 2012, ia telah jatuh secara drastik kepada kerugian RM4.9 bilion pada tahun 2017. Jumlah liabiliti Kumpulan FELDA juga semakin meningkat dan ia jelas menunjukkan FELDA menghadapi masalah kewangan yang serius. Berdasarkan laporan kewangan FELDA, jumlah liabilitinya telah melonjak berkali ganda daripada RM1.2 bilion pada tahun 2007 kepada RM14.4 bilion pada tahun 2017.

4. Kedudukan kewangan FELDA mula merosot selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (sekarang dikenali sebagai FGV Holdings Berhad) pada tahun 2012. Untuk pengetahuan, Felda Global Ventures merupakan cabang komersial FELDA sebelum penyenaraian saham. Setakat 20 Mac 2018, FELDA merupakan pemegang saham terbesar FGV iaitu sekitar 34%. Kejatuhan prestasi kewangan dan harga saham FGV sejak penyenaraiannya di Bursa Malaysia telah memberikan kesan negatif yang besar kepada FELDA.

5. Salah urus di FELDA dan keadaan aliran tunainya yang kritikal juga telah menyebabkan FELDA berhadapan dengan isu kelewatan pembayaran Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil kepada peneroka. Perlaksanaan sebarang perniagaan melibatkan institusi dana awam yang berisiko tinggi terutama kepada “stakeholders”harus dijadikan pengajaran kepada kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

6. Kerajaan Pakatan Harapan telah menyatakan bahawa “business model” FELDA akan diubah untuk membawa badan berkanun berkenaan ke zaman kegemilangannya semula. Antara inisiatif yang akan diambil menerusi Model FELDA Baharu adalah penyewaan tanah peneroka dan diuruskan oleh FELDA dalam tempoh jangka panjang bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos operasi. Kerjasama strategik dengan syarikat perladangan utama yang lain akan diwujudkan untuk mengukuhkan proses pemulihan FELDA. Peluang pekerjaan berkemahiran tinggi juga akan diwujudkan dengan lebih banyak di FELDA menerusi penguasaan mekanisasi dan automasi. Langkah ini penting untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing dan menarik penyertaan generasi baharu FELDA untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti perladangan. Pemuda AMANAH yakin bahawa langkah ini akan memulihkan kedudukan kewangan FELDA dan menjadikannya kompetitif selaras dengan syarikat-syarikat perladangan swasta yang lain.

7. Pemuda AMANAH berharap segala salah laku, kontroversi dan kepincangan di dalam kumpulan FELDA dan FGV akan disiasat segera dan tindakan tegas dikenakan terhadap mana-mana individu yang terlibat. FELDA juga harus dipacu menjadi sebuah entiti perladangan yang kuat peranannya di industri hiliran domestik seperti pembuatan barangan berasaskan kepala sawit dan sebagainya. FELDA harus mengukuhkan inovasi dan teknologinya di sepanjang rantaian nilainya (value chain) pada masa akan datang menerusi pelaburan dalam ‘konsep pertanian pintar’dan Industry 4.0. Semua ini mampu dilaksanakan sekiranya pentadbiran baru FELDA telus dan ditadbir urus dengan baik (good governance) serta corak pengurusan lama dirombak secara drastik.

FAIZ FADZIL
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH
ADUN Permatang Pasir

15 APRIL 2019