Kategori: Betapa Murahnya Nyawa Penyokong Pas Memali Pada Pandangan Umno
Roh Para Syuhada’ Memali Tertipu Dengan Perjuangan Pas
Sepanjang sejarah perjuangan PAS, tiada lagi lawan politik PAS dibunuh. Tapi PAS tetap dituduh pelampau, pemecahbelah masyarakat, ekstrimis dan seumpamanya.
Tapi orang PAS pernah dibunuh dalam dua peristiwa. Pertama Peristiwa Lubuk Merbau di mana saudara Othman Talib yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ketika itu mati dipukul penyokong Umno di malam Ceramah Ustaz Mohd Fadzil Noor pada kempen pilihanraya 18 Januari 1985. Beberapa penyokong PAS yang lain ada yang cedera parah.
Kedua, Peristiwa Memali. Pada malam 18 November 1985 pasukan polis mula mengepung atas arahan Rais Yatim, Menteri Dalam Negeri ketika itu. Anggota Polis dimaklum bahawa mereka akan menggempur markaz komunis.
Pada 19 November berlaku tembak menembak antara pihak polis pdrm dan polis hutan menyebabkan ada anggota polis terkorban secara tidak sengaja. Di pihak Ustaz Ibrahim Libya tiada senjata api. 14 orang terkorban syahid dan ramai yang cedera.

Ingat tak dulu pasal kes Kampong Memali? Ada seorang makhluk gila di kampong itu bernama Ibrahim Libya yang juga penyokong kuat Pas yang terlibat dalam pemberontakan ganas dan menembak anggota Polis. Akhir sekali Ibrahim Libya ditembak mati.
Lepas dia mati, Pas segera buat Tabung Memali untuk mengutip derma untuk membantu balu dan anak Ibrahim Libya serta orang cracko lain yang mati ditembak oleh Polis. Banyak juga duit di kutip oleh PAS atas nama Tabung Memali, lebih RM300,000.
Tetapi lebih sepuluh tahun selepas mengutip derma untuk Tabung Memali orang PAS sendiri, dipimpin oleh Mujahid Yusof Rawa, telah mendedahkan bahawa selama lebih sepuluh tahun tidak ada satu sen pun daripada Tabung Memali yang telah sampai kepada balu dan anak pengganas2 Memali itu. Duit Tabung Memali semua telah di songlap oleh pemimpin PAS.
Pada satu majlis untuk ‘menyelesaikan’ masalah Tabung Memali yang bocor itu, Presiden PAS pada masa itu Fadhil Noor telah memaki dan marah balu2 Memali sebagai wanita murahan yang tidak tahu berterima kasih kepada PAS yang telah membela nama suami dan ayah mereka yang ditembak mati oleh Polis di Memali. Fadhil kata PAS telah mempertahankan dan menjaga nama baik mereka.
Tapi pasal bab duit Tabung Memali pula Fadhil membisu saja. Tidak lama selepas Fadhil memaki dan marahi balu2 Memali beliau telah jatuh sakit. Fadhil telah sakit kronik dan tidak lama selepas itu, Fadhil pun meninggal dunia dalam keadaan yang amat sedih dan sakit. Mayat beliau tinggal tulang dan rangka saja dan juga berbau. Pada waktu pengkebumiannya pula ramai juga penyokong PAS yang terpaksa membantu mengusung jenazah yang terasa sangat berat.
PAS telah mendapat keuntungan yang besar daripada Tabung Memali. Begitu juga apabila Anwar Ibrahim didapati salah atas salah guna kuasa dan dipenjarakan PAS telah mengutip derma atas nama Anwar Ibrahim pula. Banyak duit juga dikutip atas nama membela Anwar Ibrahim. Kadang kali PAS dapat mengutip sehingga RM30,000 daripada ceramah dan perhimpunan penyokong PAS. Tetapi setelah Anwar dibebaskan atas desakan George Bush, maka PAS pun tidak dapat mengutip duit lagi atas nama Anwar Ibrahim.
Tetapi dengan kes liwat Anwar Round Ke 2 yang akan bermula tidak lama lagi, ustaz2 PAS telah mula menyiapkan tin biskut dan tin susu untuk dibuat tabung kutipan duit. Jika Anwar masuk penjara PAS dan pemimpinnya akan jadi kaya lagi. Lagi lama Anwar duduk dalam penjara, lagi banyak duit yang akan disonglap oleh pemimpin PAS.
sumber : The Unspinners
Peristiwa Berdarah Memali Empat Orang Anggota Polis Mati Tertembak – Al-Fatihah
.
Amat menyedihkan tatkala Tun Mahathir memutar belitkan fakta apabila menyatakan ‘Amanat Hadi’ menyuruh orang PAS membunuh pegawai kerajaan. Kemudian, Tun M turut putar belitkan fakta Tragedi Memali, katanya orang PAS yang mulakan serangan dengan menembak mati 4 orang polis terlebih dahulu.
.
Saya fikir Tun M mungkin sudah nyanyuk. Amat menyedihkan lagi apabila Tun M kata 14 orang PAS yang mati dalam tragedi itu semuanya ‘mati katak’. Bagi saya, ini satu penghinaan terhadap waris keluarga Memali.
.
Buku Teks Sejarah pun sanggup diputar belitkan. Apatah lagi dalam ucapan?
.
Tragedi Memali merupakan satu tragedi yang dirancang dengan rapi. Seramai 3600 anggota polis diarah untuk melakukan serang hendap terhadap kem komunis berhampiran dengan sempadan Thailand. Namun, arahan tersebut rupa-rupanya merujuk kepada kampung Memali. Arahan untuk membunuh Ust Ibrahim Libya dan pengikut-pengikutnya.
.
Generasi yang tidak tahu sejarah akan mudah ditipu. Sebab itulah, anak muda jangan sekadar berpandukan pada semangat yang membuta tuli semata-mata. ANak muda kena dalami sejarah agar tidak ditipu hidup2 oleh Tun M.
.
……………
.
AMANAT HAJI HADI
.
Amanat Haji Hadi Awang merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Ucapan beliau telah dicetak dalam bentuk poster dan ditampal di dinding markas PAS sekitar tahun itu.
.
Sedutan ucapan ini adalah seperti berikut:
.
Saudara-saudara sekalian percayalah,
.
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
.
Percayalah saudara-saudara sekalian,
.
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.
.
…..
.
Tak ada satu pun ayat dalam ‘Amanat Hadi’ suruh bunuh pegawai kerajaan, mengkafirkan umat Islam dan sebagainya. Tun M silap besar. Nak tipu pun berpada-pada. Kami anak muda tak lupa sejarah!
.
Tulisan : Faris Mahfuz
Puteri Umno dakwa penjenayah yang ditembak Polis mati syahid
Menguji kesabaran penguasa.
Puteri Umno dakwa penyerang ditembak polis mati syahid
Meskipun diberi amaran oleh pihak polis supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes tembakan di Pulau Pinang baru-baru ini, pemimpin Puteri Umno dengan yakin dan terbuka merujuk penyerang yang terlibat kes tersebut sebagai seorang sheikh yang syahid.
Naib Ketua Puteri Umno, Nurul Amal Mohd Fauzi ketika tampil dalam satu ceramah di Kubang Kerian, Kota Bharu, malam tadi, menyifatkan kematian syahid itu terjadi selepas suspek mengamuk kerana marah terhadap dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.
“Kelmarin bersemadinya seorang syuhada, assyahid Sheikh Mohd Khairil yang ditembak disebabkan beliau mengamuk id hadapan dua orang kafir yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad di Bayan Baru, Pulau Pinang.
“Semoga Allah SWT mengurniakan syurga Firdaus buat arwah, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah,” katanya sebagai pembuka bicara dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Kubang Kerian itu.
Meskipun diberi amaran oleh pihak polis supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes tembakan di Pulau Pinang baru-baru ini, pemimpin Puteri Umno dengan yakin dan terbuka merujuk penyerang yang terlibat kes tersebut sebagai seorang sheikh yang syahid.
Naib Ketua Puteri Umno, Nurul Amal Mohd Fauzi ketika tampil dalam satu ceramah di Kubang Kerian, Kota Bharu, malam tadi, menyifatkan kematian syahid itu terjadi selepas suspek mengamuk kerana marah terhadap dua individu yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.
“Kelmarin bersemadinya seorang syuhada, assyahid Sheikh Mohd Khairil yang ditembak disebabkan beliau mengamuk di hadapan dua orang kafir yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad.
“Semoga Allah SWT mengurniakan syurga Firdaus buat arwah, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah,” katanya sebagai pembuka bicara dalam ceramah anjuran PAS Kawasan Kubang Kerian itu.

Terdahulu Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menegaskan, pihak yang memuat naik kenyataan tidak benar berhubung kejadian itu mempunyai niat “amat buruk”.
“Ada pihak-pihak memuat naik artikel tidak tepat dan tidak betul (di media sosial berhubung kejadian itu) dengan niat untuk sakitkan hati pembaca… amat buruk niatnya,” kata Abdul Hamid semasa menghadiri sidang media di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.
Bagaimanapun beliau berkata jabatan siasatan jenayah sudah mengenal pasti individu terbabit dan pihak yang terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan tidak lama lagi.
Menurut Abdul Hamid kes yang berlaku di Pulau Pinang itu adalah terpencil dan penyerang terpengaruh dengan banyak video ganas dari Timur Tengah.
Katanya, suspek banyak menonton video yang didakwa membabitkan kekejaman terhadap orang Islam di rantau tersebut.
“Video ini kalau tak difahami, boleh menjadikan kemarahan,” katanya sebagai mengulas tindakan pengguna media sosial menyebarkan kandungan tulisan mendakwa seorang lelaki berparang – yang ditembak mati oleh polis selepas mengamuk dan membunuh penyelianya – adalah syahid.
Hantaran itu mendakwa lelaki yang menyerang itu bertindak sedemikian selepas lelaki yang ditetak itu didakwa menghina Islam.
Dalam Bangunan PWTC Terdapat Bukti Kezaliman Umno Di Bumi Memali
Dah padam mural ni di dalam PWTC? Satu penghinaan buat PAS jika mural ni masih ada pada hari termeterai piagam kerjasama UMNO-PAS.. Maruah PAS seolah dipijak-pijak UMNO.. Dulu pada peristiwa Memali dikatakan syahid lawan UMNO.. Hari ni berusaha keras kawan dengan UMNO.. Jadi apakah status mereka yang mati ketika lawan UMNO pada ketika itu? Masih syahid atau tak? Kasihan ahli biasa PAS di bawah ini… Selalu dipermainkan dan ditipu oleh pemimpin PAS..




Mohd Ropi Mat Sin is with Raden Lakjuno and 17 others.