Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Kit Siang Seru Rakyat Menghukum Pembangkang Bersalah Kerana Terbukti Skandal Jahat 1MDB Memang Berlaku

1 MATI MENIPU RAKYAT

Kit Siang seru pengundi Tg Piai buktikan pembangkang salah, 1MDB bukan berita palsu

Pengundi Tanjung Piai mengalas tugas penting dalam pilihan raya kecil pada 16 November nanti bagi menghantar mesej yang jelas kepada pembangkang bahawa skandal 1MDB yang kini dalam perbicaraan di mahkamah bukanlah suatu berita palsu seperti yang didakwa mereka.

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan pemimpin Muafakat Nasional dan Barisan Nasional (BN) di Parlimen yang mendakwa skandal 1MDB adalah berita palsu kerana kononnya belum dibuktikan.

“Amat mengejutkan apabila pemimpin Muafakat Nasional dan BN mendakwa bahawa skandal 1MDB masih belum dibuktikan, meskipun negara terpaksa berjimat cermat untuk membayar RM9 bilion hutang 1MDB sejak dua tahun lalu, dan hutang 1MDB kini mencecah RM50 bilion.

“Jika Malaysia tidak perlu membayar berbilion-bilion ringgit hutang 1MDB sejak dua tahun lalu, dan berbilion-bilion ringgit lagi bunga terkumpul daripada hutang 1MDB untuk tahun-tahun akan datang, wang-wang ini boleh dibelanjakan untuk membina lebih banyak jalan raya, sekolah dan hospital bagi meningkatkan kualiti hidup semua rakyat Malaysia.”

“Justeru, pengundi Tanjung Piai mengalas tugas nasional dalam pilihan raya kecil pada 16 November nanti bagi membuktikan Muafakat Nasional dan BN salah, kerana skandal 1MDB bukanlah berita palsu sebaliknya merupakan suatu babak terburuk dalam sejarah Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Kit Siang, sehingga kini, sejumlah RM925.1 juta dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB telah berjaya dikembalikan, yang mana tidak termasuk penjualan kapal layar persiaran mewah, Equanimity bernilai RM529.2 juta.

Malah, watak penting skandal 1MDB, Jho Low juga telah memulangkan aset AS$1 bilion yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.

“Jika skandal 1MDB adalah berita palsu dan cerita rekaan pemimpin Pakatan Harapan, maka dari mana datangnya berbilion-bilion ringgit dana berkaitan 1MDB, yang telah dikembalikan dan akan dikembalikan, itu?

“Biar ahli Parlimen dan pemimpin politik Muafakat Nasional dan BN menjawab persoalan ini,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri. – Roketkini.com

Kit Siang seru pengundi Tg Piai buktikan pembangkang salah, 1MDB bukan berita palsu

Polis tahan pengguna Facebook ugut bunuh Kit Siang – Tahniah PDRM

Polis semalam menahan seorang lelaki berusia 50 tahun berhubung dengan ugutan bunuh terhadap pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang melalui Facebook.

Penangkapan itu susulan laporan polis yang difailkan oleh Ketua Pemuda DAP Howard Lee Chuan How di Jelapang, Perak minggu lalu.

“Polis menahan suspek di Temerloh, Pahang, semalam.

“Dia kini ditahan reman sehingga esok, selepas itu kami akan menghantar kertas siasatan ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Huzir Mohamed dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kenyataan Facebook suspek dikatakan tertera: “Lim Kit Siang ini sudah wajib dibunuh” telah dimuat naik oleh pengguna dengan nama “Hata Wahari.”

Howard, ketika membangkitkan isu itu di Ipoh, Perak minggu lalu, berkata ugutan bunuh terhadap Lim adalah sesuatu yang membimbangkan.

“Dalam politik, saya sentiasa terbuka dan saya menghargai perbezaan pendapat, tetapi saya yakin ugutan bunuh tidak pernah diterima sebagai sebahagian hak asasi manusia di negara ini.

“Membuat ugutan bunuh seperti ini adalah jenayah yang serius.

“Ugutan bunuh terhadap pemimpin masyarakat yang telah menghabiskan masa bertahun-tahun berkhidmat kepada rakyat di negara ini memang membimbangkan dan tidak boleh dibiarkan tanpa tindakan,” katanya.

 

https://m.malaysiakini.com/news/497097?fbclid=IwAR2BLbYarUnXVj94WJ6jpvx_CC8ex3V5AZuchay62Kqi3chrtQY_0VHLYcg#.XbBEaYUqVe8.facebook

 

 

VETERAN DAP Lim Kit Siang menyokong gesaan supaya hukuman berat dikenakan kepada sesiapa yang menghina Nabi Muhammd atau mana-mana agama negara ini

Image may contain: 1 person, meme and text

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengutuk hantaran Facebook menggunakan akaun “Wendy Loong” yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Tindakan tegas harus diambil terhadap penghina Nabi Muhammad atau sebarang agama di negara ini.

“(Ini) supaya menghantar mesej jelas bahawa keharmonian kaum dan agama merupakan keutamaan kerajaan PH,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini. — with Ahmad Al-Rawanji Al-Segambuti.

Tindakan hina mana-mana agama tidak boleh diterima di Malaysia, kata Lim Kit Siang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Julai, 2019.

VETERAN DAP Lim Kit Siang menyokong gesaan supaya hukuman berat dikenakan kepada sesiapa yang menghina Nabi Muhammd atau mana-mana agama negara ini.

Dalam satu kenyataan, wakil rakyat Pakatan Harapan itu berkata hukuman berat tersebut boleh menjadi petunjuk jelas bahawa keharmonian kaum dan agama adalah keutamaan kerajaan PH.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/171493?fbclid=IwAR0YFyh3HazrJCwcQLRax9uN_I8GXwGOhB22xEv8LgnNC700SOWgYoC9pGw

Lupakah Hadi Kepada Ikrar Memerangi Rasuah dan Kezaliman? – Lim Kit Siang

Image may contain: 1 person, text

Buat malu betul la lebaipas Hadi Awang ni…setepek kena kat muka..

Cina kapir bukan islam tegur Hadi Awang pasal ikrar perangi Rasuah Kezaliman…..

Nampak tak? 

Satu malaysia tau Hadi Awang jadi khadam pemimpin rasuah UMNOBN tak malu ke??

Takdir…