Kategori: PERBICARAAN TANORE
Ambil alih TIA jadi 1MDB untuk sembunyi seleweng RM5 bilion’
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu pengambilalihan Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) kepada 1MDB adalah untuk menyembunyikan penyelewengan Najib Razak ke atas bon pinjaman Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) berjumlah RM5 bilion yang dimohon TIA.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan TIA Shahrol Azral Ibrahim Halmi mendedahkan perkara itu semasa membacakan penyataan saksinya setebal 270 muka surat pada hari ke-13 perbicaraan kes Najib melibatkan dana 1MDB.
Loading…
“Berdasarkan apa yang saya tahu sekarang, saya yakin bahawa dasar pengambilalihan TIA kepada 1MDB secara as is where is basis ini adalah dirancangkan oleh Jho Low (Low Taek Jho) dengan restu daripada Najib untuk menyembunyikan penyelewengan beliau semasa penerbitan bon IMTN RM5 bilion dengan Jaminan Kerajaan yang dibuat pada Mei 2009,” jelasnya.
Shahrol Azral, 49, juga berkata Jho Low mengarahkannya menulis surat kepada Najib bagi memastikan 1MDB tidak perlu diaudit.
Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata Jho Low memintanya menulis surat 1MDB bertarikh 11 Dis 2009 kepada bekas perdana menteri itu atas alasan ia adalah permintaan Najib.
“Dalam surat ini, pihak 1MDB telah menyatakan berkenaan ‘1MDB: Updates & Approvals’ yang pihak TIA merujuk kepada keputusan dan kelulusan oleh Lembaga Penasihat (BOA) 1MDB yang bersetuju supaya hala tuju BOA mengenai proses pengambilalihan TIA kepada 1MDB.
Saksi penting itu berkata beliau tidak terlibat dalam perbincangan awal mengenai perkara itu tetapi percaya kandungan surat berkenaan telah dibincangkan terlebih dahulu oleh Jho Low dan Najib.
“Ini berdasarkan satu dokumen talking points (tajuk perbincangan) yang dihantar melalui e-mel oleh Jho Low kepada saya yang sudah tidak ada dalam simpanan saya lagi.
Katanya surat berkenaan turut dilampirkan kepada Ambrin Buang (Ketua Audit Negara), Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) dan Che Lodin Wok Kamaruddin (Pengerusi Lembaga Pengarah).
Shahrol Azral juga mengesahkan beliau telah menerima surat 1MDB itu daripada Najib bertarikh 22 Dis 2009.
“Di dalam surat itu menyatakan Najib mengambil maklum bahawa Lembaga Penasihat 1MDB bersetuju supaya pemersekutuan TIA seperti yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri kepada 1MDB dilakukan atas dasar as is where is dan tiada keperluan bagi audit dan due diligence dilaksanakan oleh Ketua Audit Negara kerana pemindahmilikan saham telah pun sempurna.
“Najib juga bersetuju dengan keputusan Lembaga Pengarah 1MDB iaitu 1MDB sebagai sebuah syarikat diperbadankan mengikut Akta Syarikat 1965 mesti diaudit oleh juruaudit profesional luar lantikan Lembaga Pengarah dan keperluan bagi Ketua Audit Negara mengaudit 1MDB tidak timbul sama sekali,” katanya.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
– Bernama
1MDB dibenar pinjamkan AS$330 juta kepada PetroSaudi
SAKSI pendakwaan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi hadir sambung bicara kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas 25 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Foto Aswadi Alias
1MDB dibenar pinjamkan AS$330 juta kepada PetroSaudi
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memberi pinjaman mata wang asing tambahan berjumlah AS$330 juta kepada PetroSaudi BVI pada Mei 2011.
Kebenaran itu diberikan melalui surat bertajuk ‘Kebenaran BNM berkenaan pemberian pinjaman mata wang asing kepada bukan pemastautin bertarikh 20 Mei 2011’ itu, berikutan permohonan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB, Radhi Mohamad, bertarikh 18 Mei 2011.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, dalam keterangannya berkata, kebenaran itu diberikan dalam mesyuarat antara BNM dan 1MDB pada 19 Mei 2011.
Shahrol Azral yang membacakan pernyataan saksinya, berkata surat AmBank Berhad kepada 1MDB bertajuk ‘Confirmation of a foreign exchange transaction’ bertarikh 20 Mei 2011, menjelaskan berkaitan arahan pindahan wang AS$30,000,000 ke akaun bernombor 11116073.2000.
“Beneficiary (Pemilik) bagi akaun ini adalah atas nama PetroSaudi International Ltd (PSI). Arahan memindahkan wang adalah daripada CEO PSI, Tarek Obaid melalui surat bertarikh 12 Mei 2011,” katanya.
Saksi turut merujuk surat ‘remittance instruction’ daripada 1MDB kepada AmIslamic berkenaan ‘FX confirmation’ bertarikh 23 Mei 2011 berkaitan arahan pindahan ke akaun PSI berjumlah AS$65,000,000.
Dokumen lain membabitkan “Letter of Instruction” (FX Deal) (arahan pindahan) daripada 1MDB kepada Deutsche Bank berkenaan ‘remittance of AS$110 juta (pengeluaran) bertarikh 27 Mei 2011.
Ia adalah surat pemberitahuan kepada AmIslamic Bank Berhad berkaitan arahan pemindahan wang ke akaun PSI bernombor 11116073.2000 berjumlah AS$110,000,000.
Katanya, urusan pemindahan wang ke akaun PSI diarahkan Tarek Obaid.
Bekas pegawai Najib dedah diarah cincang dokumen sebelum PRU14
Amhari mendedahkan, beliau telah diarahkan untuk mencincang beberapa dokumen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). – Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah diarahkan untuk mencincang beberapa dokumen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan berkata, beliau berbuat demikian selepas menerima arahan daripada ketua staf pejabat Pejabat Perdana Menteri (PMO).
Katanya, beliau menyimpan semua dokumen penting di apartmen sepupunya di Persiaran Tropicana di sini seperti yang diarahkan oleh ketua staf pejabatnya.
Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada hari ke-10 perbicaraan bekas Perdana Menteri itu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Muhammad Shafee: Anda telah menyimpan semua dokumen penting ini di dalam rumahnya (sepupu) dan bukan di rumah anda sendiri. Kenapa begitu?
Amhari Efendi: Saya fikir ada … menjelang pilihan raya, arahan dari ketua staf adalah untuk mencincang semua doumen yang perlu dicincang, memfailkannya dengan sewajarnya.
“Apabila perlu, berikannya kembali kepada ketua staf supaya dapat difailkan dengan sewajarnya. Itulah cara ia berfungsi. Ia adalah pejabat besar yang semua orang mempunyai kertas sendiri. Dan simpan yang sangat penting supaya selepas pilihan raya, sebahagiannya digunakan semula. Itu adalah arahan.
“Pada masa itu saya sangat sibuk. Saya juga terlibat dengan pilihan raya, kempen, kebanyakan kerja bukan berkaitan ekonomi. Jadi kerja-kerja pilihan raya yang saya lakukan kebanyakannya di rumah saya.” Melakukan kempen, mesej media sosial untuk Datuk Seri Najib dan sebagainya dan cara begitulah ia dibahagikan.
“Suatu hari, saya memerlukan bantuan dari sepupu saya, kerana semua orang sibuk dan dia membantu saya dan saya memberitahu dia saya akan mendapatkannya tetapi saya tidak .. Terdapat beberapa kotak sahaja. Kebanyakan bahan pilihan raya, bahan media sosial, berada di rumah saya, tidak relevan dengan serbuan,” katanya.
Antara dokumen yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ialah pelan rasionalisasi 1MDB, butiran percakapan mengenai 1MDB dan e-mel peguam Perbadanan Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC) Martin Edelman.
Muhammad Shafee: Ini adalah cara anda menyembunyikan dokumen. Anda memutuskan untuk bekerja dengan SPRM supaya masalah anda akan diperlakukan dengan ringan, atas kesalahan yang jelas anda lakukan. Maksud saya, anda masih tidak didakwa. Ini adalah aksi pukul memukul (tit-for-tat), di mana anda memberikan beberapa maklumat untuk mereka yang akan menyalahkan klien saya.
Amhari Efendi: Saya tidak bersetuju.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014, dan juga 21 pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. – BERNAMA
Ketua kakitangan Najib arah musnah dokumen sebelum PRU14, kata saksi
Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 19 September, 2019.
KETUA kakitangan Najib Razak, Abdul Aziz Kassim mengarahkan supaya dokumen, termasuk yang berkaitan dengan 1MDB, dimusnahkan sebelum pilihan raya umum tahun lepas, kata saksi memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Pegawai khas Najib, Amhari Efendi Nazaruddin memberi keterangan yang arahan diberikan kepada semua pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum pilihan raya 9 Mei.
Info penting 1MDB yang didedahkan dalam mahkamah
https://web.facebook.com/photo.php?fbid=10217122960138399&set=pcb.10217122960498408&type=3&theater
Dalam hingar bingar kita membincangkan tentang perkukuhkan ekonomi Islam, sebenarnya sedang berlangsung perbicaraan kes 2.6 billion 1MDB ex PM Najib Razak yang sudah masuk hari keempat.
Dua hari ini, saksi utama, Datuk Amhari, bekas pegawai khas kepada Najib Razak memberi keterangan.
Antara info penting yang didedahlan dalam mahkamah:
1- Najib Razak dan Jho Low, mengatur pelan bailout hutang 1MDB dengan berjumpa dengan GLC GLC dari negara China pada tahun 2016.
Najib Razak meminta GLC GLC ini menanggung hutang 1MDB dengan SRC. Sebagai imbalan, GLC GLC ini akan dapat tender projek projek infrastruktur mega di Malaysia.
Antara projek projek yang masuk dalam perbincangan ialah ECRL, KL Bangkok Speed Rail, dan Trans Sabah Gas Pipeline.
Gila kan? Kalau ini tak masuk dalam definisi jual kedaulatan negara, tak tahulah kita nak kata apa.
2- Jho Low, dalam usaha menutup kepincangan kepincangan 1MDB, bertindak menghasilkan dokumen dokumen sokongan ‘palsu’ yang tiada nilai.
3- Jho Low, adalah orang yang sangat rapat dan orang kepercayaan Najib Razak. Jho Low telah berkawan dengan Riza Aziz dan juga Rosmah Mansor sejak Remaja.
4- Jho Low pernah diberi mandat oleh Najib, untuk bermesyuarat dengan YDPA (Sultan Terengganu semasa itu) berkenaan dengan TIA (Terengganu Investment Authority) nama asal bagi 1MDB.
——————————-
Saya tak faham, dah teruk macam ni pun, dengan rilek beliau mendabik dada dan jerit #maluapaboskurr.
Lagi tak faham, ada kawan kawan Pas yang duduk lambung lagi exPM kita ni
Najib beri mandat kepada Jho Low uruskan bailout hutang 1MDB & SRC – Saksi
DAHULU.. kata Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB.
SEKARANG.. saksi telah dedahkan dalam perbicaraan 1MDB hari ini bhw NAJIB SENDIRI beri mandat kepada JHO LOW untuk urus bailout hutang 1MDB dan SRC.
Malah Jho Low hadiri program antarabangsa Najib, lawatan kerja, sediakan cadangan dandasar perniagaan, kerja sosial dan perkara berkaitan dengan 1MDB. Dan segala tindak tanduk Jho Low juga dipersetujui Najib sendiri.
MANA MAU LARI NAJIB NAK KELENTONG KENCING LAGI !!!
Tu pun #PUPUS PAS UMNO masih percaya najib difitnah & dianiayai Jho Low dlm skandal 1MDB tu kenapa ??!
Kredit Hariz Zhafrie
Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan maju dan harmoni mesti menolak serta menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling hormat menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.
Sila layari
https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas
https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph
untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.
365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN
9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib
Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa 13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India
Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera
Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.
MENGAPA PERBICARAAN 1MDB JUGA DIKENALI DENGAN PERBICARAAN TANORE?
MENGAPA PERBICARAAN 1MDB JUGA DIKENALI DENGAN PERBICARAAN TANORE?
Bekas perdana menteri, Najib Razak berdepan dengan pelbagai pertuduhan menggunakan dana 1MDB yang disalurkan ke atau dari akaun Tanore Finance Corporation (Tanore) yang dibuka di Bank Falcon, Singapura.
Wang yang diperolehi dari penggelapan dana 1MDB kemudian disalurkan ke atau dari akaun AmIslamic Bank milik Najib di Malaysia.
Ini bermaksud, akaun Tanore Finance Corporation di Bank Falcon digunakan sebagai transit atau tempat simpan wang haram yang dicuci di luar negara sebelum dihantar ke akaun AmPrivate Najib di Malaysia.
Yang menjadi isu ialah pemilik akaun Tanore ini menggunakan identiti palsu iaitu Eric Tan Kim Loong yang akhirnya dikenal pasti sebagai Lho Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki FBI Amerika Syarikat dan Kerajaan Singapura.
Inilah jasa dan sumbangan terbesar Najib hingga bank itu ditutup kerana didapati bersalah menjadi institusi kewangan bagi aktiviti pengubahan wang haram oleh Kerajaan Singapura.
Ini juga bermakna Panglima Bugis itu mencatat sejarah peribadi berjaya menutup beberapa bank di republik itu dengan hanya satu skandal kewangan terbesar di dunia, 1MDB.
Dan inilah sebabnya nama perbicaraan 1MDB kini dikenali dengan perbicaraan Tanore.
*InfoGrafik The Malaysian Insight
Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan maju dan harmoni mesti menolak serta menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling hormat menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.
Sila layari
https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas
https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph
untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.
365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN
9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib
Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa 13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India
Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera
Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.