Hadiah Tahun 2020 ?
Kerajaan negeri akan menaikkan kadar bayaran baharu sehingga 500 peratus bagi pelbagai urusan di Pejabat Tanah berkuatkuasa tahun 2020.
Perkara itu didedahkan oleh Ketua Armada Bersatu Bahagian Kuala Terengganu, Amir Long dalam ‘ucapan tahun baharu’ beliau hari ini.
Antara urusan tanah yang akan dianaikkan ialah:
1. Carian rasmi, RM20 tahun 2019. Tahun 2020, naik kepada RM100.
2. Beli pelan, RM15 tahun 2019. Tahun 2020, naik jadi RM50.
3. Daftar geran, RM40. Tahun 2020 naik bergantung kepada harga tanah.
4. Dapatkan geran baru bagi kes ‘geran hilang’, RM115. Tahun 2020 naik kepada RM500.
5. Urusan batal sekatan dalam geran, RM50. Tahun 2020 naik kepada RM300.
Sumber pautan : 👇🏻
https://www.terengganu.today/2019/12/tahun-2020-kerajaan-terengganu-naikkan.html?m=1