Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

30 Ahli Parlimen BN Lompat Bersatu – Ahmad Zahid Menafikan.

Ahmad Zahid nafi akan berlaku 30 Ahli Parlimen BN lompat Bersatu

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menolak sepkulasi  kononnya ada usaha untuk  menarik sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, spekulasi itu tidak akan berlaku sekiranya hanya dipersetujui sebelah pihak sahaja.

 “Bagaimana yang telah saya sebutkan pada Sabtu lalu, cadangan itu berbentuk spekulasi dan sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi saya yakin sistem demokrasi melalui PRU adalah asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.

“Saya tidak fikir spekulasi itu adalah realiti dan jika ada kekhuatiran di pihak gabungan PH, jangan khuatir bahawa spekulasi itu tidak akan terjadi jika hanya bertepuk sebelah tangan,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditanya dakwaan bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein sedang berusaha menarik sokongansekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen Umno dan BN   menyokong Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai Perdana Menteri.

Laporan memetik sumber itu juga berkata gerakan tersebut bermula sejak tahun lepas bertujuan menghalang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawat jawatan Perdana Menteri seperti yang dipersetujui dalam pelan peralihan kuasa perdana menteri, yang dimeterai oleh pemimpin Pakatan Harapan pada 7 Januari 2018.

Laporan itu turut menyebut “kerajaan pintu belakang” tanpa AMANAH  dan DAP,  boleh jadi kenyataan seawal bulan depan apabila Bersatu mempunyai kekuatan 60 kerusi Parlimen berbanding 28 yang ada sekarang.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/ahmad-zahid-nafi-akan-berlaku-30-ahli-parlimen-bn-lompat-bersatu/?fbclid=IwAR1vFRK5dEK3YKqMtvKOPmJLkIIvg8HTfRLMEF5f9C-oXMme_Cb95osCJPk