Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Umno buat mesyuarat tergempar selepas Muhyiddin isytihar darurat

Umno buat mesyuarat tergempar selepas Muhyiddin isytihar darurat

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/umno-buat-mesyuarat-tergempar-selepas-isytihar-darurat.html

Link untuk share ke Facebook: https://t.me/cincanews/3686

Facebook: facebook.com/cincanewsupdate

Telegram: t.me/cincanews 000000+

Umno sedia berkerjasama dengan PKR DAP dan Amanah – Tajuddin

Pengarah Pilihan Raya UMNO Tajuddin Abdul Rahman tidak menolak parti itu bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk bekerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah.

Katanya, dalam politik kerjasama dengan mana-mana pihak bukan suatu yang mustahil.

“Apa sahaja boleh berlaku dalam politik,” katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah blog yang mendakwa akan wujud satu gabungan antara BN, PKR, DAP dan Amanah.

Sumber berita

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/04/tak-mustahil-umno-kerjasama-dengan-pkr-dap-amanah-kata-tajuddin/

Umno Kelantan ingatkan PAS: Jangan kahwin dua

https://www.malaysiakini.com/news/557535

Umno Kelantan ingatkan PAS: Jangan kahwin dua

4 January 2021

Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakob menegaskan PAS perlu membuat keputusan sama ada mahu bersama Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN) sekiranya Umno memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Mengumpamakan PAS sebagai perempuan, katanya, parti itu tidak boleh ‘berkahwin dua’ dalam satu masa.

“Kita mengkaji (hubungan dengan PAS), kita tidak memutuskan.Apabila kita memutuskan hubungan dengan Bersatu, maka PAS mesti membuat pilihan.

“Umno atau Bersatu, kalau kita putuskan hubungan dengan Bersatu tetapi mereka nak bersama dengan kita dalam masa sama nak bersama dengan Bersatu mana boleh.Tak boleh.

“Orang perempuan tak boleh kahwin dua, lelaki saja boleh kahwin dua,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat tahunan Umno bahagian Machang, Kelantan, semalam.

Dia yang juga anggota parlimen Machang berkata demikian ketika ditanya berhubung kerjasama parti itu dengan PAS yang kini masih bergabung dalam MN.

Terdahulu Ahmad Jazlan juga menjelaskan 12 bahagian di Kelantan meluluskan usul supaya Umno mengkaji semula kerjasama dengan PAS.

Justeru katanya, PAS perlu membuat keputusan susulan pendirian terbaru Umno kelak.

“Kalau PAS nak bersama dengan kita biar jelas nak bersama dengan kita.Kalau nak bersama Bersatu maka terpaksa meninggalkan kita.

“Apakan daya kalau bersahabat dan berkawan, apabila saat susah begini kawan nak tinggalkan kita, kita tahu Umno bukan ada perdana menteri, menteri-menteri portfolio penting kita tahu kita tak boleh bagi jawatan kepada sesiapa.

“Kalau itu pilihan mereka kita reda dan terimalah.Kalau terpaksa berhadapan kita berhadapanlah,” jelasnya. ��� C&P

KEMELUT & KECELARUAN UMNO: ULASAN RAHIM TAMBY CHIK

KEMELUT & KECELARUAN UMNO: ULASAN RAHIM TAMBY CHIK

TAHNIAH KUALA KRAI.

VIRAL SATU MALAYSIA.

Pendedahan tentang Konflik, Krisis dan Konspirasi dlm Umno….bg mengkhianati Bangsa dan Agama !!!

Skripnya kini jelas dan turut di bawa bhg bhg tertentu.

Utk makluman, gerakan ini  bermula bulan ogos lagi, selepas bossku di jatuhkan hukuman di Mahkamah.

Kemarahan team bossku yg turut melibatkan pucuk pimpinan umno, telah membawa kpd idea jajaran baru.

Struktur parti dan di ibu pejabat UMNO perlahan lahan diubah, di buat adjustment dan repositioning utk membawa neratif baru bersifat anti PM dan anti PN.

Beberapa pertemuan dgn team ANWAR IBRAHIM DI BUAT SECARA SENYAP. RUNDINGAN DGN  DAP MELALUI ANTHONY LOKE DI  BUAT secara Rahsia.

Tajudin turut terlibat bertemu DAP.

Sebelum PRN Sabah plan siap utk jatuhkan kjaan PN. ANWAR menulis surat kpd YDPA pohon mengadap dan declare beliau ada cukup bilangan kerana umno sokong beliau dan DAP.

10 hari sebelum mengundi, UMNO mula membayangkan kebenaran dakwaan Anwar..

SURAT SOKONGAN HITAM PUTEH KEMUDIANNYA BERADA DI TANGAN ANWAR.

Ia di buat dgn melibatkan seorang Kerabat Raja.

Saat terakhir sebelum mengundi sesetengah jentera umno sudah di arah bergerak sendiri dan majlis bersama mula di boikot termasuk perlancaran manifesto dan ceramah grand finale 2 hari sebelum mengundi.

Apabila result PRN tak seperti di rancang, blame mula di letak pada PPBM utk tanam kebencian, TETAPI PERANCANGAN MEMBELAKANGI KEPUTUSAN PARTI DAN MKT MASIH DISEMBUNYIKAN.

Rahsia komplot hanya pecah setelah surat surat sokongan kpd ANWAR bocor. Surat itu di lihat oleh antara lain, Ketua Wanita, seorang naib president dan dua ahli MKT.

Dari saat itu dan menjelang bajet, hubungan dgn PPBM mula retak.

Sementara itu pemimpin pemimpin kanan parti berbincang dan memutuskan utk MERAHSIAKAN DAN TIDAK MEMBESARKAN SURAT IKRAR SOKONGAN KPD ANWAR IBRAHIM demi mengelak perpecahan dalam parti.

Komplot ini mencoba beberapa kali utk meyakinkan MP dan MKT tapi gagal.Komplot ini juga mencoba menggagalkan bajet tapi gagal tapi komplot jajaran baru yg kuat di dokong kumpulan luar kjaan.

Namun setakat ini, MKT UMNO khususnya Presiden masih akur kpd suara majoriti MKT.

Kempen menolak Bersatu dan Neratif dan justifikasi terima ANWAR IBRAHIM DAN DAP mula di lancarkan bila perancangan di buat utk Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian-Bahagian di adakan.Kumpulan kecil mula di panggil menemui pemimpin pemimpin tertentu.Mereka di beri Neratif anti PPBM.Tajudin yg dulunya anti Presiden UMNO, tiba-tiba dijadikan Pengarah Pilihanraya, jawatan yg biasanya di pegang oleh TIMBALAN PRESIDEN.

Tajudin turun ke negeri-negeri atas nama Pengarah pilihanraya, tapi tugasnya membawa Neratif Komplot.

Termasuk mengutuk pemimpin-pemimpin parti yg berada dlm Kerajaan yang kononnya Pro PPBM dan hanya nak menjaga kedudukan dan jawatan.

Parti UMNO perlahan-lahan terbelah dua. Perpecahan ini akan membesar. Serangan demi serangan sesama sendiri mula berlaku. Penulis dan blogger mula menulis (secara tak sedar), team RBA DAP turut aktif menyamar dan melaga-lagakan pemimpin UMNO utk menjayakan strategi mereka memecahkan PN, BN dan UMNO.

Plan seterusnya, geng komplot membuat SURVEY DLM WHATSAPP KETUA BHG yg  MENOLAK PPBM.

Polling yg di buat secara simplistik dan terancang ini di susuli dgn gerakan usul dlm MESYUARAT PERWAKILAN UMNO untuk tolak kerjasama dgn PPBM dlm PRU15, spt yg di ucapkan KUB KUALA KRAI YG RAKAMAN CURI yg  di buat perwakilan jadi viral.

Bahagian-Bahagian lain ssperti P. MAS, P. PUTEH dll di Kelantan di arah bawa nada yg sama.

Tetapi banyak juga Bahagian-Bahagian lain yg terus mempertahankan keputusan parti UMNO.

Seterusnya secara tiba tiba Tajudin mengumumkan pertemuan KUB-KUB.Tanpa keputusan JK Pengurusan KUB KUB nak di himpunkan oleh Tajuddin 5 hb.

Setelah di tegur, baru beliau meminta SUA UMNO mengeluarkan surat resmi. Komplot di rancang kononnya RESOLUSI KUB-KUB nak dibawa ke MKT 6hb.utk mengubah keputusan parti DAN MENGHALALKAN PERBUATAN YG SEBELUM INI BERTENTANGAN DGN KEPUTUSAN MKT.

Ini percubaan kali ketiga utk menjayakan perancangan yg telan berbulan-bulan yg lalu.

Ramai pimpinan akar umbi terkeliru. Mereka tidak nampak apa politik aras tinggi yg cuba di main kan.

Parti kini nak di peralatkan bukan kerana memperjuangkan  Dasar bukan kerana rakyat, bukan kerana mau menang Pilihanraya tetapi utk mencapai matlamat jangka pendek dan kepentingan individu.

Paling tidak bermaruah ialah perancangan utk bekerjasama dgn musuh agama dan bangsa yg telah berjaya kita jatuhkan bersama.

DAP DAN PKR TAK LAGI DI SERANG, YG DI SERANG IALAH SESAMA SENDIRI, PAS DAN BERSATU.

KITA LIHAT SETERUSNYA.

KEMANA PARTI NAK DI BAWA PARTI UMNO INI.

From: Rahim Tamby Chik gz�R�

UMNO bukan dayus, nak diam saja, tegas Tok Mat

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/04/umno-bukan-dayus-nak-diam-saja-tegas-tok-mat/

UMNO bukan dayus, nak diam saja, tegas Tok Mat

Nora Mahpar – January 4, 2021

PETALING JAYA: Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menegaskan beliau tidak akan berdiam diri sekiranya parti itu terus ditekan oleh PPBM termasuk usaha untuk merampas kubu UMNO.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata PPBM perlu berusaha untuk menawan kerusi milik pembangkang yang dahulunya rakan mereka di dalam Pakatan Harapan.

“Kita bukan dengki atau nak bunuh siapa-siapa tetapi kau (PPBM) yang nak bunuh kita.Takkan UMNO dayus nak diam sahaja.Saya selaku timbalan presiden parti saya akan lawan untuk parti,” katanya dalam program bual bicara anjuran Studio UN9 di Facebook, malam ini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan berkata, UMNO-PAS-PPBM sudah bersetuju tiada adegan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum nanti.

“Kita dah setuju, dia (PPBM) mesti hormati asas ini.Kenapa nak berkubang dalam kubang kita? Kau pergilah berkubang dalam kubang PKR-Amanah-DAP yang ada dekat 100 kerusi boleh rebut. Sesuatu tak betul di sini,” katanya.

Mohamad berkata, PPBM perlu mengamalkan strategi berbeza daripada yang dibawa UMNO dengan menumpukan kawasan yang belum dikuasai gabungan PN.

“Ni kau berkubang dalam ‘red ocean’ yang dah sesak dengan UMNO dan PAS. Ni datang lagi seorang nak rebut ‘market share’ (kubu) kita. Sudah tentu UMNO tak suka… tak selesa.Bila ini terjadi, janganlah salahkan UMNO,” katanya.

Mengenai kerjasama UMNO dan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN), beliau menegaskan, hubungan dua parti terbesar itu berjalan dengan baik atas dasar semangat penyatuan ummah, bukannya berpaksikan matlamat politik seperti digembar-gemburan oleh sesetengah pihak.

“Pada 14 Sept 2019, UMNO dan PAS tandatangan Piagam MN yang hanya menumpukan bagaimana kita nak satukan Melayu-Islam supaya tidak berpecah.

“Dari awal kita dah tahu, UMNO dan PAS ini umpama air dan minyak… tak mungkin boleh bercampur berdasarkan ideologi.Jadi kita tegaskan MN bukan satu entiti politik, hanya gerakan berteraskan agama dan semangat ‘brotherhood’ sesama Muslim,” katanya.

Beliau juga menjelaskan, UMNO dan Pas masih bermesyuarat atas platform MN dalam usaha memperkemaskan gerakan Melayu-Islam supaya orang Melayu tidak berpecah seperti sebelum ini.

“Kita masih bersama dan bermesyuarat walaupun PAS dah sertai PN.Apa yang kita mahu, gerakan ini diperkemas lagi supaya orang Melayu tidak berpecah,” katanya. C&P.

Agihan kerusi: Hormat kedudukan BN sebagai parti lama – Annuar

Kedudukan BN sebagai parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu dihormati ketika rundingan pengagihan kerusi menjelang PRU15.

Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata, parti itu sentiasa bersikap terbuka dan bertanggungjawab terhadap sebarang rundingan berhubung isu agihan itu, selagi prinsip perjuangannya dihormati.

“Kita mahu parti-parti (dalam PN) hormat kedudukan kita sebagai sebuah parti yang bukan sahaja lama, tapi juga besar dan memberikan kita peranan yang bersesuaian dengan kedudukan kita.

“BN akan terus lakukan libat urus dengan banyak lagi pihak menjelang PRU15, mengambil sikap keterbukaan dengan banyak parti politik terutama 12 parti politik dalam gabungan kerajaan PN,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan agung Parti IPF ke-28, di Dewan Tan Sri Haji Ghazali, Slim River di Tanjung Malim, hari ini.

Menjelas lanjut, Annuar berkata rundingan mengenai agihan kerusi dalam BN telah selesai, manakala di peringkat Muafakat Nasional (MN) yang terdiri daripada parti itu sendiri, Bersatu dan PAS belum lagi selesai.

“Dengan MN belum 100 peratus selesai, selagi belum PRU15. Tapi sekurang-kurangnya daripada segi prinsip asal MN telah ada kesepakatan, cuma kita belum mulakan rundingan terperinci dengan Bersatu,” katanya.

Pada 14 Dis lalu, Annuar berkata BN telah bersetuju supaya rundingan bersama Bersatu disegerakan, bagi mencapai kata sepakat berhubung kerusi yang akan ditandingi, manakala dua rundingan antara Umno bersama PAS capai tahap kesefahaman kira-kira 60 hingga 70 peratus.

Selain itu, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berharap, pihak yang tidak mempunyai autoriti supaya jangan membuat sebarang kenyataan berhubung isu pembahagian kerusi, bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Mengenai cadangan penyertaan IPF sebagai rakan komponen BN, Annuar berkata selagi tiada konsensus dalam kalangan parti komponen BN untuk menerima ahli baru, maka IPF akan terus menjadi ‘Friends of BN’.

Namun, katanya, Pengerusi BN Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak untuk memberi peluang kepada IPF, bertanding di mana-mana kerusi sekiranya ia mempunyai prospek cerah bagi memberi kemenangan kepada parit, di kawasan terbabit.

“Walaupun IPF tidak jadi ahli (BN) jika ada tempat sesuai, ada prospek bawa kemenangan kepada kita, tidak ada masalah untuk kita berkompromi dan berikan kerusi kepada parti itu, yang penting persefahaman,” katanya.

Bernama

UMNO ADALAH MUSUH UTAMA PAS PADA PRU KE 15

Pas bolot semua kerusi di 3 negeri PRU 15

Tiada percanggahan yang berlaku di antara pemimpin Muafakat Nasional (MN) berhubung pendirian Pas yang mendominasi tiga negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Menjelaskan perkara tersebut, Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadh­li Shaari berkata, kenyataan Presiden Pas hanyalah memberi gambaran bahawa tiga negeri itu adalah berada di bawah pentadbiran parti Islam berkenaan

Sumber berita
https://www.utusan.com.my/nasional/politik/2020/09/tiada-percanggahan-antara-umno-pas/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tiada-percanggahan-antara-umno-pas

Kelantan Milik UmnoBN ?

Kemelut Umno dan Pas di Perak selesai, Kelantan masih bergocoh dalam diam?

Pada 7 Disember lalu, Umno Kelantan keluarkan suatu kenyataan rasmi, bunyinya seperti mempersoalkan sikap Pas, adakah masih kekal setia bersama dalam perjanjian Muafakat Nasional (MN) atau sudah berpaling tadah menyokong Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN).

Situasi ini berlaku rentetan dari kemelut perbalahan politik di antara Umno dan Bersatu di Perak yang membawa pada kejatuhan Peja dari Bersatu sebagai MB Perak.

Selain itu, kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas merangkap MB Kelantan, YB Ustaz Ahmad Yakob yang lebih mengutamakan PN bersama Bersatu berbanding Umno dalam MN juga turut disinggung keras oleh Umno, mana satu pilihan Pas sebenarnya?

Akhirnya, Umno menzahirkan niat dan ancaman mereka, jika Pas masih bergelewak bersama Bersatu di dalam PN dan mengenepikan Umno sebagai sekutu dalam MN, maka Umno sedia tandingi semua kerusi di Kelantan, menentang Pas secara bersemuka dan sebagai anak jantan.

Malangnya, gertakan dari Umno Kelantan itu hanya dijawab oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Kelantan yang menyifatkan Umno melompat dari kolam masuk ke longkang, menunjukkan bahawa Pas tidak melihat Umno sebagai rakan sekutu yang setara dan penting di Kelantan.

Pegawai khas MB Kelantan itu juga seolah-olah mempersendakan Umno dengan mengajak supaya perkasakan MN untuk pertahankan kerajaan PN.

Hari ini, Umno hanyalah bagaikan seekor harimau tua patah gigi, segala drama dan kluk klek mereka yang mahu ugut Bersatu dan Pas dalam PN nampaknya tidak menjadi, sekadar meraung garang kegeraman, akhirnya diam membisu apabila dicekoh batu oleh bekas musuh politik mereka.

Umno ancam Pas : https://www.malaysiakini.com/news/554208

Pas jawab Umno : https://www.malaysiakini.com/news/554405

Hasrat Umno untuk bersama Pas dalam PRU15 mungkin tak kesampaian – Annuar

Umno kini tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu, seperti rancangan awalnya dahulu, menurut Setiausaha Agung BN Annuar Musa.

Katanya, ini memandangkan PAS bertegas bahawa Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu.

“Dalam kajian kita, Umno dan PAS ada kekuatan sendiri dan memang boleh menang (dalam PRU akan datang).

“Tapi tanya PAS, adakah PAS boleh menerima idea hanya Umno dan PAS dan tinggalkan Bersatu?

“Pilihan ini tidak wujud. […] PAS berpegang pada dasar Umno, PAS dan Bersatu hendaklah bersama,” katanya dalam temu bual bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan malam tadi.

Annuar mendakwa PAS menyatakan pendirian itu dengan jelas dalam mesyuarat Muafakat Nasional (MN) Rabu lalu.

Selepas kerjasama antara Umno dan PAS membuahkan kemenangan di beberapa PRK selepas PRU 2018, kedua-dua parti itu memeterai kerjasama Muafakat Nasional pada September 2019.

Penganalisis politik malah berpandangan jika Umno dan PAS berganding bahu dalam PRU akan datang, mereka mampu menyingkirkan Bersatu yang diketuai Muhyiddin Yassin dan merampas Putrajaya.

Bagaimanapun, PAS kini merupakan antara ahli Perikatan Nasional gagasan Bersatu. Usaha turut dilakukan untuk membawa Bersatu dalam Muafakat Nasional secara rasmi.

Umno bagaimanapun dilihat berselisih dengan Bersatu apabila parti itu mendakwa tidak mendapat layanan dan penghormatan sewajarnya sebagai parti terbesar dalam gabungan PN yang membentuk kerajaan Persekutuan.

Pun begitu, kata Annuar, naratif itu adalah rekaan semata-mata.

“Itu cerita rekaan…Separuh daripada kabinet adalah (daripada) BN…Apa benda yang kita buat dalam kerajaan kita boleh buat, dan kita boleh ambil tanggungjawab.

“Tapi mengapa nak reka cerita kita tak dilayan dengan baik?” soalnya.

Menurut Annuar, Umno telah menerima struktur kabinet tersebut ketika menyertai kerajaan pada Mac, justeru dia mempersoalkan mengapa suara tidak puas hati timbul selepas itu.

Dia turut menyifatkan Umno ada kala terperangkap dalam superiority complex (kompleks tinggi diri), dan lupa bahawa ia tewas dalam PRU lalu.

Dia berkata keputusan untuk bekerjasama dengan Bersatu adalah keputusan bersama parti itu, dalam usaha untuk menolak kerjasama dengan presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.

Berkenaan jawatan timbalan perdana menteri daripada Umno pula, dia berkata parti itu harus jelas sama ada tuntutan itu dibuat mewakili parti atau untuk kepentingan individu tertentu.

Soalnya, apakah Umno mahu Muhyiddin mungkir janji untuk tidak melantik pemimpin yang berdepan tuduhan rasuah di mahkamah dalam kerajaan, atau apakah ia mahu mengabaikan pendirian presiden Ahmad Zahid Hamidi untuk membersihkan namanya di mahkamah.

“Kalau tak mahu semua itu, bagitahulah demikian,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/551759

PRU15 : PAS tak kerjasama dengan Umno ( UmnoBN Akan Rampas Kelantan Dengan Selesa)

Umno kini tidak lagi ada pilihan untuk bertanding dalam PRU akan datang hanya bersama PAS sebagai sekutu, seperti rancangan awalnya dahulu, menurut setiausaha agung BN Annuar Musa.

Katanya, ini memandangkan PAS bertegas bahawa Umno mesti turut menjadi rakan sekutu dengan Bersatu.

“Dalam kajian kita, Umno dan PAS ada kekuatan sendiri dan memang boleh menang (dalam PRU akan datang).

“Tapi tanya PAS, adakah PAS boleh menerima idea hanya Umno dan PAS dan tinggalkan Bersatu?

“Pilihan ini tidak wujud. […] PAS berpegang pada dasar Umno, PAS dan Bersatu hendaklah bersama,” katanya dalam temu bual bersama Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan malam tadi.

Annuar mendakwa PAS menyatakan pendirian itu dengan jelas dalam mesyuarat Muafakat Nasional (MN) Rabu lalu.

Selepas kerjasama antara Umno dan PAS membuahkan kemenangan di beberapa PRK selepas PRU 2018, kedua-dua parti itu memeterai kerjasama Muafakat Nasional pada September 2019.

Penganalisis politik malah berpandangan jika Umno dan PAS berganding bahu dalam PRU akan datang, mereka mampu menyingkirkan Bersatu yang diketuai Muhyiddin Yassin dan merampas Putrajaya.

Bagaimanapun, PAS kini merupakan antara ahli Perikatan Nasional gagasan Bersatu. Usaha turut dilakukan untuk membawa Bersatu dalam Muafakat Nasional secara rasmi.

Umno bagaimanapun dilihat berselisih dengan Bersatu apabila parti itu mendakwa tidak mendapat layanan dan penghormatan sewajarnya sebagai parti terbesar dalam gabungan PN yang membentuk kerajaan Persekutuan.

Pun begitu, kata Annuar, naratif itu adalah rekaan semata-mata.

“Itu cerita rekaan…Separuh daripada kabinet adalah (daripada) BN…Apa benda yang kita buat dalam kerajaan kita boleh buat, dan kita boleh ambil tanggungjawab.

“Tapi mengapa nak reka cerita kita tak dilayan dengan baik?” soalnya.

Menurut Annuar, Umno telah menerima struktur kabinet tersebut ketika menyertai kerajaan pada Mac, justeru dia mempersoalkan mengapa suara tidak puas hati timbul selepas itu.

Dia turut menyifatkan Umno ada kala terperangkap dalam superiority complex (kompleks tinggi diri), dan lupa bahawa ia tewas dalam PRU lalu.

Dia berkata keputusan untuk bekerjasama dengan Bersatu adalah keputusan bersama parti itu, dalam usaha untuk menolak kerjasama dengan presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP.

Berkenaan jawatan timbalan perdana menteri daripada Umno pula, dia berkata parti itu harus jelas sama ada tuntutan itu dibuat mewakili parti atau untuk kepentingan individu tertentu.

Soalnya, apakah Umno mahu Muhyiddin mungkir janji untuk tidak melantik pemimpin yang berdepan tuduhan rasuah di mahkamah dalam kerajaan, atau apakah ia mahu mengabaikan pendirian presiden Ahmad Zahid Hamidi untuk membersihkan namanya di mahkamah.

“Kalau tak mahu semua itu, bagitahulah demikian,” katanya.

Sumber:https://www.malaysiakini.com/news/551759