

Masjid Hagia Sophia telah dibuka semula untuk beribadat 86 tahun kemudian dengan solat Jumaat yang dilakukan hari ini.
Presiden Turki Recep Tayyip Erdoğan datang ke Masjid Hagia Sophia yang dibuka untuk ibadat.
Sebelum Solat Jumaat Presiden Erdoğan membaca Al-Quran.
Presiden Erdoğan yang meninggalkan kediamannya di Kısıklı dan tiba di Hagia Sophia Square sekitar jam 12.00, disambut dengan tepuk tangan warga yang juga menunjukkan kasih sayangnya.
Mereka yang memenuhi petak untuk menunaikan solat juga melaungkan pelbagai slogan seiring kedatangan Presiden Erdoğan.
Presiden Erdogan didampingi oleh Fahrettin Altun, Presiden Komunikasi.
Presiden Erdoğan, yang disambut oleh Presiden Hal Ehwal Agama Ali Erbaş, memasuki Masjid Hagia Sophia untuk solat Jumaat.
Naib Presiden Fuat Oktay, Ketua Majlis (TBMM) Mustafa Şentop, Presiden Komunikasi Fahrettin Altun, Menteri Kesihatan Fahrettin Koca dan Ketua Umum Parti Gerakan Nasionalis (MHP) Devlet Bahçeli juga tiba di Masjid Hagia Sophia.
Dalam program yang dianjurkan oleh Direktorat Hal Ehwal Agama di masjid, Presiden Erdoğan mendengarkan pembacaan Al-Quran.
Kemudian 4 muadzin di 4 menara Masjid Hagia Sophia bersama-sama membacakan Sala.
Selepas itu Presiden Erdoğan membaca Surah Al-Fatiha dan 5 ayat pertama Surat al-Baqara.
Masyarakat berdoa bersama Presiden Hal Ehwal Agama, Ali Erbaş.
Ali Erbaş, yang membaca khutbah setelah shalat sunnah, mengatakan:
“Kerinduan bangsa kita yang berubah menjadi luka hati yang mendalam akan berakhir, alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.”
“Pembukaan Hagia Sophia untuk beribadat adalah bahawa Masjid al-Aqsa dan seluruh masjid orang-orang yang tertindas di dunia mendapat air kehidupan. Pintu Masjid Hagia Sophia, seperti masjid-masjid kita yang lain, akan terbuka untuk semua hamba Allah, tanpa diskriminasi. Dalam suasana rohani di Masjid Hagia Sophia, perjalanan menuju kepercayaan, ibadat, sejarah dan perenungan InsyaAllah akan berlanjutan tanpa henti. ” Ungkapnya.
Setelah berkhutbah, Ali Erbaş mengimamkan solat fardu.
Pembukaan Hagia Sophia untuk beribadat juga menjadi agenda dengan catatan yang dibuat di platform media sosial.
Catatan pengguna media sosial dengan hashtag #AyasofyaCamii menduduki tempat pertama di Twitter.
Acara pembukaan disiarkan secara langsung di platform media sosial dan juga di saluran televisyen.
Program ini juga dapat dilihat di akaun media sosial peribadi Presiden Recep Tayyip Erdoğan dan di akaun Twitter rasmi yang dibuka atas nama Masjid Hagia Sophia.
Selepas solat Jumaat di Hagia Sophia, Presiden Erdoğan dan Ketua Umum Parti MHP Devlet Bahçeli mengunjungi makam Fatih Sultan Mehmet Han.
“Sekarang tempat ini telah kembali ke fungsi aslinya, masjid itu menjadi masjid lagi. Sekarang, saya harap ia terus melayani semua orang yang beriman sebagai masjid.” Kata Presiden Erdoğan dalam ucapannya di sini.
Presiden Erdoğan menyatakan bahawa 350 ribu orang menghadiri solat Jumaat untuk pembukaan Masjid Hagia Sophia untuk ibadat,
“Selepas itu, ada kerja-kerja pemulihan yang akan dilakukan oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan kita di dalam dan di luar. InsyaAllah kita akan mempunyai struktur yang lebih berbeza dan lebih bermakna dengan kerja-kerja pemulihan ini.” Katanya.
https://www.trt.net.tr/melayu/turki/2020/07/24/masjid-hagia-sophia-telah-dibuka-1461309