Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

KENYATAAN MEDIA DSAI

KENYATAAN MEDIAOktober 13, 2020Assalammualaikum waramatullahiwabarakatuh dan Salam sejahtera kepada semua yang hadir.Alhamdulillah, menjunjung setinggi kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, di atas perkenan Baginda menerima saya mengadap hari ini. Saya berdoa agar Baginda sentiasa sihat walafiat.Sebagaimana yang saya janjikan pada sidang akhbar 23 September lalu telah saya tunaikan hari ini dengan mempersembahkan dokumen sahih mengenai majoriti kukuh Ahli Parlimen yang menyokong saya kepada Yang di-Pertuan Agong.Sebagai hamba Allah yang insaf dengan segala ujian yang saya lalui, saya dengan rendah diri memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana di atas Rahmat dan Hidayahnya memberi kekuatan, kesabaran dan iltizam untuk saya meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara tercinta ini.Saya pohon rakyat dan semua ahil politik tanpa mengira parti dan fahaman supaya bersabar. Kita serahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan negara.Saya juga berterima kasih dan menyanjung tinggi kesabaran, pengorbanan dan doa seluruh rakyat kepada saya.Kini bukanlah masa untuk merayakan kemenangan sesiapa atau menangisi kekalahan sesiapa. Tidak ada kemenangan atau kekalahan kepada sesiapa pun hari ini. Kemenangan sebenarnya ialah apabila kita berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, makmur, adil dan harmoni untuk seluruh rakyatnya.Sekarang juga bukan masanya untuk menyebar maklumat dan berita palsu. Oleh itu, saya pohon agar kita semua mainkan peranan untuk hanya menyebar maklumat dan berita yang sahih. Marilah kita semua bekerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh membina semula negara tercinta ini.Akhir sekali, saya mendoakan agar pandemik Covid-19 ini akan dapat kita tewaskan, agar rakyat Malaysia terselamat dari wabak ini, dan agar ekonomi kita pulih. Saya pohon semua untuk terus bertenang dan sentiasa patuhi semua arahan dan SOP pihak berkuasa untuk melandaikan lekuk Covid-19.InshaAllah, berkat usaha dan doa, kita akan berjaya. Sekian Terima Kasih, Wassalam.ANWAR IBRAHIM

https://web.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/photos/a.10151324968561840/10161028866871840/

PECAT SEMUA MP UMNO YANG SOKONG DATUK SERI ANWAR: TUN ABDUL HAMID MOHAMAD

PECAT SEMUA MP UMNO YANG SOKONG DATUK SERI ANWAR: TUN ABDUL HAMID MOHAMAD

“Mengikut kenyataan DS Ismail Sabri yang dibuat di Sabah, MT dan ahli-ahli Parlimen UMNO telah membuat keputusan:

  1. Jika hendak menyokong sesuatu gabungan, ia mestilah dibuat secara en bloc, bukan secara individu;
  2. Sesiapa yang memberi sokongan secara individu akan dipecat dari parti;
  3. Sokongan tidak akan diberi jika dalam gabungan itu ada DS Anwar atau DAP.

Saya percaya apa yang dikatakan oleh DS Ismail itu.

Adalah jelas, jika kumpulan 19 itu terlibat, mereka telah melanggar keputusan-keputusan itu. MT patut keluarkan surat tunjuk sebab kepada mereka. Jika mereka tidak dapat memberi jawapan yang memuaskan, mereka patut dipecat. UMNO perlu membersihkan diri daripada ahli-ahli, walau Presiden dan bekas Presiden, yang tidak setia kepada parti.”

Anwar Ibrahim PM Baru

September 23, 2020

Bismillah Ar-Rahman Al-Rahim

As-salamu alaikum wa rahmatullahi wabarakaatuhu

Dan salam sejahtera

Terima Kasih saya ucapkan kepada semua rakan media tempatan dan antarabangsa yang hadir walaupun jemputan dikeluarkan dalam tempoh yang singkat.Rakyat Malaysia berhak mendapatkan sebuah kerajaan yang kukuh dengan kepemimpinan yang cekap dan yakin, untuk mengurus krisis ekonomi dengan bijaksana dan tuntas. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan negara ini daripada menghadapi kemelesetan ekonomi yang dibimbangi boleh menimbulkan ketegangan hubungan kaum.Alhamdulillah kini saya telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada Ahli Ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong. Ingin saya nyatakan di sini majoriti yang menyokong saya ialah Ahli Parlimen Melayu dan Islam.Untuk maklumat semua, sebenarnya saya telah diperkenankan untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kelmarin, Selasa 22 September jam 11 pagi, tetapi terpaksa ditangguhkan kerana Baginda kini menerima rawatan di Institut Jantung Negara.Kendati begitu, melalui perbualan telefon malam Selasa lalu saya telah mendoakan aa’fiah buat Kebawah Duli Tuanku.Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan bermakna kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh. Maklumat dan langkah selanjutnya akan saya maklumkan selepas mengadap Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang terdekat, Insha’Allah.Pentadbiran ini pastinya mewakili semua rakyat, dengan majoriti Melayu-Bumiputra dan perwakilan saksama semua kaum di negara ini. Kami tetap menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan yang mengiktirafkan kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputra disamping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain.Akhir sekali, saya memohon seluruh rakyat supaya bersabar dan mendoakan kesembuhan segera Tuanku Yang di-Pertuan Agong. Saya berjanji akan membentuk sebuah kerajaan dengan tatakelola berintegriti dan komited untuk menangani krisis yang melanda negara; menghentikan amalan rasuah dan membela nasib rakyat. InshaaAllah saya akan tunaikan janji saya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, aman dan adil untuk seluruh rakyatnya.Terima Kasih. ANWAR IBRAHIM

RAKYAT MENANTI SINAR BARU

*RAKYAT MENANTI SINAR BARU*

Saya menerima gambar2 ini melalui grup WhatsApp yang menyatakan Cabang Keadilan Kota Raja telah mengadakan Solat hajat bagi mempermudahkan urusan DSAI untuk diangkat sebagai PM. Turut serta menyertai solat hajat ini adalah para pendokong GERAK98 Kota Raja.Alhamdulillah, Allah adalah tempat kita mengadu. Kita dikhianati dan dianiayai oleh para pengkhianat yang tidak berhati perut yang telah merampas mandat rakyat. Anwar bertanggungjawab berusaha untuk mendapatkan kembali hak rakyat ini begitu juga dengan pimpinan PH dari Amanah dan Dap, kecuali si tua saka yang sekarang ini bergembira kerana berjaya gagalkan kemaraan Anwar sebagai PM selepas beliau seperti yang dijanjikan. Anwar merasakan satu dosa besar jika berterusan membiarkan pengkhianat ini merayakan hasil rompakan mereka dengan menjamu rakyat bagi melalaikan rakyat tentang dosa besar mereka. Atas sebab itulah, Anwar berusaha semampunya bagi mengembalikan semula mandat itu…Mari sahabat kita berdoa ..agar mandat rakyat dikembalikan…😘😘😘Kita mendoakan agar Allah permudahkan urusan pimpinan PH dan pecahbelahkan sesama mereka d kalangan pengkhianat itu. Ameen.*WFAUZDIN NS*

https://web.facebook.com/rafi.muhd.31

Khairuddin dakwa Anwar sedang cari jalan kerjasama dengan Azmin Ali (PN) tanpa pengetahuan Mahathir ?

 

Khairuddin berkata, Anwar mungkin akan pilih ‘jalan berkecuali’ dalam usul tidak percaya kerana takut Pilihan Raya Umum ke-15, jika diadakan dalam masa terdekat, mungkin menjadi penghujung jalan kepada karier politiknya. Summer (gambar): FMT

خير الدين دعوا انور سداڠ چاري جالن كرجاسام دڠن ڤريكتن ناسيونل تنڤا ڤڠتاهوان محضير

Tun Dr Mahahir Mohamad harus menjauhkan diri daripada presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan harus mempertimbangkan untuk mengujudkan kerajaan perpaduan dengan Perikatan Nasional.

Demikian menurut penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan, yang berkata Anwar tidak ikhlas terhadap Mahathir malah menghina Mahathir apabila mengumumkan dirinya sebagai ketua pembangkang.

Khairuddin mendakwa Anwar Ibrahim sendiri sedang berusaha untuk mencari formula menjalinkan kerjasama dengan PN secara senyap, walaupun perkara ini disifatkannya sebagai “mustahil untuk berlaku.”

“Jangan terkejut dalam ‘usul undi tidak percaya’ pada perdana menteri pada sesi parlimen nanti kemungkinannya Anwar Ibrahim tidak akan sokong Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Khairuddin dakwa Anwar sedang cari jalan kerjasama dengan Perikatan Nasional tanpa pengetahuan Mahathir

 

MEREKA YANG TELAH MENINGGALKAN DS ANWAR IBRAHIM.

1 ANGGOTA TUBUH JADI SAKSI

MEREKA YANG TELAH MENINGGALKAN DS ANWAR IBRAHIM.

Berikut adalah nama2 mereka yang menjadi teman rapat dan hulubalang DS Anwar Bin Ibrahim….bukan calang2 orang…. mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri.

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)

3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)

4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)

5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)

6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)

7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)

8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)

9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)

10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)

11. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR)

12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)

13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)

14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)

15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas)

16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang)

17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)

18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)

19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)

20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)

21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)

23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)

24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)

25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)

26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)

27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)

28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)

29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)

30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)

31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)

32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)

33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)

34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)

35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)

36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)

37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)

38 . Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR)

Saya ingin bertanya kepada anda sekalian

Jika mereka yang di atas….yang pernah menjadi orang kuat dan panglima terkanan DS Anwar Ibrahim sudah meninggalkan parti PKR dan Pakatan Rakyat

Mengapa anda sekalian yang saya rasa tidak pernah mengenali DS Anwar secara dekat….. yang hanya pernah melihat beliau dari jauh atau hanya dalam TV…..atau mungkin pernah berjabat tangan hanya sekali dua dengan beliau….. masih mahu menyokong DS Anwar…..?

Adakah anda semua pemimpin atau ahli2 politik bahagian PKR…..?

Adakah anda pernah makan tengahari dengan DS Anwar…..?

Anda pernah berceloteh…..bergurau senda dengan beliau…..?

Anda kenal beliau secara dekat sudah bertahun tahun…..?

Anda sering berhubung melalui telefon dengan beliau…..?

Anda begitu rapat dengan DS Anwar Ibrahim hingga boleh dengan senang
keluar masuk banglo mewah milik DS Anwar….?

Tidak pernah kan….?

Jadi mengapa anda masih ingin menyokong DS Anwar Ibrahim tatkala mereka di atas yang begitu rapat sekali dengan beliau…..sudah meninggalkan beliau atas dasar hilang kepercayaan…..?

Apakah bendanya yang membuat anda begitu HADAP sekali dengan DS Anwar Ibrahim….. hinggakan anda sekalian masih mempercayai beliau…… walaupun mereka yang begitu kasihkan DS Anwar suatu waktu dahulu sudah meninggalkan beliau…..?

Image may contain: text

SESIAPA SABOTAJ PKR AKAN DIPECAT – ANWAR IBRAHIM

UMNO kalah PRU14 kerana ahli2nya menyertai politik hanya untuk mengejar kepentingan peribadi, keluarga dan kroni-kroni. Cuba UMNO cerdik sikit dalam bab menyorok kelemahan diri. Dah berpengalaman menyamun la katakan.

Apa yang berlaku pada kongres AMK PKR baru-baru ini sebenarnya cermin kepada ahli2 UMNO sendiri yang tidak melihat politik sebagai wadah memperjuangkan agenda nasional dan negara.

Kami setuju jika Sdr Anwar akan mula bertegas dan bertindak. Kita tak mahu sifat buruk UMNO meresap ke dalam PKR mahupun mana2 komponen dalam Pakatan Harapan.

Yang paling penting adalah PENGUNDI, bukan ahli parti. Kerana sebuah parti yang bersih, tulus dan amanah akan sentiasa dapat sokongan dari pengundi dan penyokong yang bukan ahli. Jangan ikut perangai UMNO PAS yang hanya rakus mengumpul ahli, bukannya penyokong.

Admin sendiri tidak berparti. Disebabkan itu, admin mampu berobjektif dalam penilaian dan tidak akan taksub pada mana2 pemimpin atau idealism.

BERSIHKAN PKR SEBELUM TERLAMBAT.
JANGAN BIMBANG AHLI KURANG KERANA PENGUNDI ATAU PENYOKONG SBENARNYA ASAS KEJAYAAN MANA2 ORGANISASI.

UMNOPAS JANGAN JADI BATU API DALAM ISU PM KE-8 KERANA PERJANJIAN BERTULIS ADA- ANWAR IBRAHIM

Image may contain: 1 person, smiling, text

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa ada perjanjian bertulis menyatakan beliau akan dilantik sebagai perdana menteri selepas Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.

Anwar berkata, perjanjian bertulis membabitkan peralihan kuasa itu bukan lagi perkara rahsia, sebaliknya turut diketahui dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, Anwar berkata pimpinan PH bersetuju tarikh untuk Mahathir menyerahkan kepimpinan tidak akan dimaklumkan kepada umum memandangkan ia dilihat akan menganggu tugas Mahathir sebagai perdana menteri.

Anwar berkata, Mahathir sendiri sudah memaklumkan kepadanya bahawa perdana menteri itu tidak suka apabila sering diajukan soalan oleh media dan pihak-pihak lain bila beliau akan meletakkan jawatannya.

“Itu yang dikatakan kepada saya, dan saya hargai tindakannya. Dia beritahu saya bahawa beliau sudah membuat janji dan akan memegang janji berkenaan.

“Dia tidak suka orang memaksa. Bilakah tarikh sebenar beliau akan meletakkan jawatan, beliau tidak mahu jadi pemimpin tidak berfungsi. Beliau mahu berkhidmat,” katanya.

“Apa yang saya ingin katakan adalah, isu ini sudah selesai. Saya tidak rasa ia tindakan adil buat Mahathir, juga kepada saya serta negara sekiranya rakyat terus melakukan spekulasi,” katanya.

-FMT