Ramai yang kelihatan tidak berpuas hati dengan kenyataan Dr. Musa yang membawa isu ketidakcukupan PPE di barisan hadapan.
Ia adalah komen kepada apa yang disebut oleh Ketua Pengarah Kesihatan sendiri, Dr Noor Hisham di mana sebanyak 80 peratus daripada 181 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangkiti COVID-19 di luar tempat kerja dan 20 peratus lagi dijangkiti ketika bertugas di wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) yang tidak terbabit dengan rawatan COVID-19.
Pengumuman 33 juta kelengkapan PPE dibuat pada 23 Mac oleh Kerajaan, hampir 2 minggu yang lalu. Ini yang menjadi isunya, mengapa ia belum diagihkan?
Gambar-gambar ‘PPE buatan sendiri’ kini tular di media sosial, lebih parah dalam isu PPE, ini yang menjadi taruhan adalah nyawa petugas-petugas di barisan hadapan.
Ini isu nyawa!
Ada yang tidak dapat menerima komen Dr Musa dengan pelbagai tuduhan termasuk yang paling teruk dan tidak bertanggungjawab adalah portal Harakah yang melabel Dr Musa sebagai Pemuja DAP.
Biarlah kita adil dalam menilai isu secara objektif, mengapa satu kritikan yang ada asasnya itu dilihat sebagai usaha memperlekeh usaha Kementerian Kesihatan secara keseluruhan sehingga seolah-olah ada dua kumpulan dalam isu ini Dr Musa vs Dr Noor Hisham. Pelik isu ini menjadi isu politik pihak yang tidak bertanggungjawab.
Ada juga yang menuduh Dr Musa hanya seronok kritik dari bilik beliau di KPJ, sebuah hospital swasta dan apa usaha beliau dalam membantu petugas perubatan.
Izinkan saya kongsi di sini, boleh lihat sendiri usaha Dr Musa yang merupakan penasihat IMARET.
http://www.imamalaysia.org/what-we-do/imaret/
IMARET merupakan antara NGO perubatan yang terawal membantu membekalkan PPE, ventilator, dan alat-alat perubatan ke hospital-hospital daripada Kota Bharu hinggalah di Sabah bermula 29 Mac lagi.
Sabah dan Sarawak masing-masing menerima 3000+ PPE disumbangkan oleh TheEdge dengan usahasama IMARET.
Saya yakin penglibatan Dr Musa melalui IMARET inilah yang memberi gambaran situasi sebenar keadaan kelengkapan petugas barisan hadapan yang terhad.
Di luar waktu COVID, Dr Musa memang telah dikenali dengan usaha bantuan beliau pada golongan-golongan terpinggir seperti orang asli, pelarian, dan pendatang tanpa izin.
Biarlah kita melihat sesuatu isu dengan objektif, tidak dikaburi oleh sentimen politik sehingga semua isi ingin dikaitkan dengan politik kepartian sempit. C&P.