Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Tular Surat OJ Lulus 20,000 Ekar Untuk Musa Di Tongod?

KOTA KINABALU: Bolehkah Tan Sri Musa Aman semasa menjadi Pengerusi Yayasan Sabah memohon tanah untuk syarikatnya dan permohonan itu disokong oleh Datuk Osman Jamal ketika menjadi Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) pada tahun 1997?

Demikian persoalan yang timbul selepas sekeping surat daripada JTU bertarikh 20 November 1997 tular yang menunjukkan sebuah syarikat, Corak Nakhoda Sdn. Bhd. (Corak Nakhoda) memohon tanah berkeluasan 20,000 ekar untuk tujuan pertanian.

Selain surat yang ditandatangan oleh Osman itu, turut ditularkan ialah dokumen yang menunjukkan bahawa Musa adalah salah seorang daripada tiga pengarah syarikat itu semasa permohonan dibuat.

Sehubungan itu, blog shahbudindotcom.net yang menularkan semua dokumen berkenaan mendakwa wujud salah guna kuasa antara Musa dan Osman dalam memberikan kelulusan tanah itu kepada Corak Makhoda.

“Lebih menarik lagi, permohonan tanah itu dibuat ketika Musa Aman menyandang jawatan Pengerusi Yayasan Sabah sejak Mac 1995 sehingga beliau meletakkan jawatannya pada Mac 1999 selepas bertanding atas tiket UMNO di DUN Sungai Sibuga.

“Persoalannya di sini, mengapa Musa Aman yang pada ketika itu memegang jawatan Pengerusi Yayasan Sabah memohon tanah negeri untuk kegunaan syarikatnya sendiri?

“Bukankah ini sudah menjadi suatu kesalahan kerana wujudnya “conflict of interest” dan semestinya kes ini perlu disiasat oleh pihak berkuasa?,” lapor blog berkenaan.

Selain dua surat berkenaan, turut ditularkan ialah sekeping gambar yang menunjukkan peta lokasi tanah tersebut di Tongod.

Sementara itu, blog berkenaan turut mendakwa kemarahan Osman terhadap Kerajaan Warisan yang memberikan geran tanah kepada rakyat terjawab selepas surat berkenaan mendedahkan penglibatannya semasa menjadi Pengarah JTU.

“Osman Jamal ini juga selepas melompat menyokong Musa, turut lantang mengkritik tindakan Shafie Apdal yang memberikan geran tanah kepada rakyat Sabah.

“Sekarang, baru kita tahu mengapa beliau sangat marah apabila Kerajaan Warisan memberikan geran ini kerana beliau juga salah seorang yang terkait dalam skandal tanah negeri Sabah yang diluluskannya kepada rakan-rakan politiknya, termasuk Musa Aman.

“Jadi, sekiranya benar dakwaan ini maka sahihlah rakyat Sabah sebenarnya sudah tertipu sejak berpuluh tahun oleh bekas pemimpin negeri yang berhasrat untuk menjadi Ketua Menteri sekali lagi,” kata blgo itu.

DUIT LESAP, RUMAH TIADA

1 JEMAAH SESAT

2 HADI MENIPU

1 Ui Organ

DUIT LESAP, RUMAH TIADA

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2018 YANG
DIKELUARKAN PADA ISNIN (2 DISEMBER 2019)
MENDEDAHKAN:

Felda hanya bina 1,498 buah rumah, padahal ia sepatutnya bina 20,000 buah di bawah Projek Rumah Generasi Baru Felda (PGBF).

Paling mengejutkan! 87% daripada peruntukan telah diguna tetapi Felda tidak bina rumah.

Dalam pada itu, dari 1,498 unit yang dibina, cuma 792 buah telah diserahkan. Ini bermakna, hanya 4% daripada 20,000 buah rumah itu telah diserahkan peneroka Felda. Satu tamparan ke muka orang Melayu yang telah mengundi Barisan Nasional (BN) selama berpuluh tahun.

Peneroka Felda Bangsa Melayu — Rumah Generasi Pertama

Ini menunjukkan bahawa RM757.86 juta telah dibelanjakan untuk membina 1,498 buah rumah itu. Jadi, kos sebuah rumah RM505,914 ! Rumah bernilai setengah juta ringgit tentulah sebuah rumah agam atau banglo mewah untuk keluarga peneroka di kawasan pedalaman.

Namun apa yang menyedihkan, kalangan peneroka bukannya mendapat rumah mewah sebaliknya hanya memperolehi sebuah rumah berharga tak sampai RM50,000 akibat ketirisan di bawah rejim lama.
Berdasarkan peruntukan RM870 juta untuk membina 20,000 rumah kepada peneroka Felda, kos sebenar sebuah rumah secara puratanya lebih kurang RM43,500. Oleh itu perbelanjaan yang sepatutnya digunakan untuk membina 1,498 rumah PGBF sepatutnya cuma RM65 juta.

Namun apa yang berlaku kini menunjukkan 1,498 buah rumah itu dibina dengan kos RM757.86 juta. Itu bermakna RM692 juta lesap dalam projek ini!

Laporan audit itu turut mendedahkan bahawa syarikat pemaju projek PGBF itu dilantik secara rundingan terus, tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun (1982 hingga 2004), telah dilantik sebagai pengerusi Felda mulai 1 Januari 2011 oleh Pejabat Perdana Menteri ketika pentadbiran Najib Razak. Shahrir Abdul Samad menggantikan Isa pada Januari 2017 setelah Felda rugi bertahun-tahun. Isa sekarang menghadapi satu tuduhan pecah amanah dan sembilan dakwaan terima rasuah.

#MMFC

NAJIB ASWAJA MENGIKTIRAF UEC TETAPI ASYRAF WAJDI MENOLAK

Image may contain: 2 people, text

· 4 hrs 

Jangan lupa apa yang pernah terbit dari mulut Najib. Janji manis Najib semata-mata untuk memenangi pilihanraya. UEC yang menjadi isu ditimbulkan pembangkang pernah dijuangkan Najib untuk mendapatkan sokongan. Inilah lumrah politik. NEVER FORGET.
#HarianBecok

Ketua Cawangan Permai-Norhisham Nordin Yang Bertanggung Jawab Merobohkan Rumah Orang Melayu

https://web.facebook.com/anatahulah/videos/578721009647131/

Mamat tu kononnya nak tunjuk hero bahawa kerajaan PH zalim, sekali abang tu bukak cerita sebenar pulak. Rupanya Ketua cawangan Umno punya kerja. Aduh… Macam ni pun parti ana duk percaya kat Umno lagi…

#7UP

https://web.facebook.com/anatahulah/?__tn__=kC-R&eid=ARDHpChq_EVIYvE_yT_8zYd-eNguLDarDKhURB5DXyLyECKQyduXyXkxBFhTx-3dQTpvoe56wRox5776&hc_ref=ARRH1fegyEc3qxhrxLoKEUUZUljZvHdBQLjGfg80fOK-O5rhYyeLxLpj0leei6nlzQg&fref=nf&__xts__%5B0%5D=68.ARAcm-Ta9Fl8xjiIYpilHX3KfLdObOZbXfAcSeEoH5uX6_dOdVuA6pbTW9zaJ4vi7EqatwyWiKyiNyjeBWuAnSYqdjje4XENL8zlQ7imbJn7TECYdShEaD25FxUfqmGSYnXYrpznBe7CQnkZJGZAd3ZEJfXbyEgvBqX1MxPI8oQxkkxmmiSfhFzYvfouHNd1zRbhOsMMnAw4nyv-tqIPvx-UfRMNqlHcjUch4iLu5eGhvfyikWOVrFLe2s52r0yXMP-Hz04u9I-HTutu7NAmYiMBnb_feWTiSLm_UgVa0A-QByiD7_RMFFtr1ojOfrzwrSWEHDOe505r8rwVmS0nNbIwlY8khKbdPEzWbqI1AF3CGauxOnuqmiQqFx-bIPw

 

Umnopas jadikan Malaysia Kiamat dengan isu tulisan jawi

Kenyataan “seni khat adalah tanda-tanda Islamisasi” adalah kenyataan yang sedangkal dengan kenyataan-kenyataan berikut:

1. Tengok salib bahaya, bahaya sebab boleh di-Kristiankan
2. Tengok kaligragi mandarin bahaya, bahaya sebab boleh di-Cinakan
3. Lawat masjid bahaya, bahaya sebab mungkin di-Islamkan
4. Lawat kuil bahaya, bahaya sebab mungkin di-Hindukan
5. Lawat gereja bahaya, bahaya sebab mungkin di-Kristiankan

Hakikatnya manusia yang berotak sempit wujud dalam mana-mana masyarakat, tidak kisah dalam masyarakat Melayu, Cina, India ataupun yang lain-lain.

Pengajarannya, orang Cina India janganlah kalut sangat dengan momokan ancaman Islamisasi. Pada masa yang sama orang Melayu pun janganlah kalut sangat dengan momokan negara ini bakal dilanda Kristianisasi.

Kurangkan prasangka buruk antara satu sama lain.
Lebihkan kawan-kawan daripada latar belakang berbeza.
Luaskan ufuk pengetahuan.
Perbanyakkan membaca.

Amanah sokong tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu tahun 4

Amanah sokong tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu tahun 4

Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong rancangan Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan tulisan khat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 yang dijadual dilaksanakan mulai tahun depan.

Naib Presidennya, Mahfuz Omar berkata, apa yang dihasratkan kerajaan itu dilihat dapat memperkasakan semula tulisan jawi serta memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam seni penulisan khat.

“Bagi saya tidak ada masalah pun seni khat ini diperkenalkan, cumanya kadang-kadang kita dimomokkan dengan sentimen seolah-olah ia ke arah hendak mengislamkan orang bukan Islam, ini tidak benar kerana ia satu seni, tulisan khat sangat cantik.

“Bukan sahaja tulisan Jawi, tulisan lain termasuk tulisan kaligrafi Cina juga boleh diketengahkan kerana ia berkaitan dengan seni tulisan yang membawa kebaikan dan boleh juga menjana pendapatan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Terbuka Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkseso) di Alor Setar, hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat pada tahun hadapan akan dilaksanakan seperti yang dijadualkan.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga timbalan menteri sumber manusia berkata beliau yakin Kementerian Pendidikan akan memberi pemahaman kepada semua pihak atas pelbagai isu yang ditimbulkan mengenai pelaksanaan perkara itu.

Sementara itu di Seremban, Negeri Sembilan, Ketua Pemuda Amanah, Mohd Sany mencadangkan agar tulisan seni dari kaum lain turut didedahkan dan dipelajari setiap kaum dalam negara.

Katanya bukan setakat mempelajari tulisan khat, tetapi bahasa asing lain seperti tulisan Cina dan India juga boleh dipelajari kerana ia merupakan satu budaya dan peninggalan nenek moyang.

Beliau berkata setiap masyarakat mempunyai sejarah dan budaya mereka tersendiri dari segi bahasa, pakaian kerana Malaysia ini merupakan sebuah negara berbilang bangsa dan budaya.

“Oleh itu, saya sangat menggalakkan penyuburan budaya dan kepelbagaian etnik kerana ada budaya-budaya baik dari sesebuah kaum itu boleh dijadikan panduan dan contoh,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Konvensyen Pemuda Amanah Negeri Sembilan 2019 hari ini.

– Bernama

https://m.malaysiakini.com/news/486547

Tulisan Jawi Orang Melayu Islam Masih Ramai Tidak Boleh Membaca Dan Menulis, Wajar Diwajibkan Di Sekolah Kebangsaan Biasa Dahulu.

Pembelajaran jawi di SJKC wajar diteruskan – Tun Mahathir

BANDA HILIR 3 Ogos – “Kita percaya kepada dasar kemakmuran bersama dan tidak membantah untuk meneruskan pembelajaran Jawi diajar di Sekolah Kebangsaan Cina (SJKC),” ujar Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir ketika menjawab soalan isu berkenaan mendakwa pembelajaran Jawi diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) wajar diteruskan.

Menurutnya, tulisan khat atau jawi merupakan satu seni yang wajar untuk dipelajari dan merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR (Semakan 2017) Tahun 4.

“Merujuk kepada soalan berkenaan terdapat Ahli DAP yang menjadikan ia isu, bagi saya cuma satu bahagian dalam parti DAP sahaja yang beranggapan seperti itu, selebihnya tidak dan pembelajaran jawi boleh diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dalam program Townhall Semarak Merdeka yang di kendalikan oleh Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen selaku moderator.

Beliau turut menjadikan Turki sebagai negara contoh apabila rakyat di sana meskipun menggunakan bahasa rumi namun cekap dalam menulis dan membaca jawi.

“Wajar untuk kita contohi rakyat Turki apabila mereka di sana rajin dan berkebolehan dalam pelbagai aspek misalnya dalam kesenian penggunaan bahasa jawi,” katanya

Soalan yang diajukan kepada Perdana Menteri mengenai isu yang mendakwa pembelajaran Jawi diajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan menjadi pertikaian beberapa ahli DAP untuk dipolitikkan.

https://melakakini.my/pembelajaran-jawi-di-sjkc-wajar-diteruskan-tun-mahathir/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook