Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

UAE-Israel, satu kombinasi

Pada 15 September 2020, Perjanjian Perdamaian Abraham yang bersejarah antara UAE dan Israel ditandatangani di laman Rumah Putih.

Ia menjadikan UAE sebagai negara Arab ketiga yang menormalkan hubungan dengan Israel selepas Mesir dan Jordan.

UAE juga merupakan negara pertama dari enam negara Teluk Arab yang melakukannya.

Saya tinggal di UAE selama 18 tahun dan pernah ke Israel. Hubungan UAE dan Israel tidak mengejutkan.

Saya bernasib baik mendapat strok dan meninggalkan UAE dua tahun empat bulan lalu dengan kecacatan.

Saya pernah menjadi CEO empat buat syarikat UAE dan pengurus pelbagai syarikat di Dubai, Abu Dhabi dan Sharjah.

UAE memulakan perjalanan Arab-Israel yang lebih dekat mengenai isu-isu strategik dan peluang ekonomi.

Perjanjian itu juga berpotensi besar untuk mendorong perdamaian antara rakyat kedua negara, selain merancakkan bidang pelancongan, perdagangan, pelaburan dan peluang perniagaan.

UAE secara konsisten menunjukkan pendekatan progresifnya, kesediaan melakukan penyesuaian diperlukan dan terkehadapan dalam inisiatif kekayaan dan peluang pertumbuhan rakyat.

UAE boleh meninggalkan Palestin selamanya untuk dunia baru yang lebih baik. Begitu kata pemimpinnya.

Anggaran awal menunjukkan bahawa normalisasi hubungan tidak lama lagi dapat menyaksikan perdagangan dua hala melebihi AS$10 bilion.

Menjadi dua pusat kuasa ekonomi utama di Timur Tengah akan membantu dalam sektor seperti bioteknologi, keselamatan, pertanian, pendidikan dan tenaga.

Ini juga memberi UAE peluang untuk berkolaborasi dalam bidang teknologi dan perawatan kesihatan dengan Israel dalam memerangi Covid-19.

Bagi Israel, menjalin hubungan diplomatik yang normal dengan negara-negara Arab telah lama menjadi tujuan strategik.

Ini menandakan penerimaan yang lebih besar di Timur Tengah dan potensi untuk lebih banyak hubungan komersial bagi sebuah negara yang hingga kini menjalankan sedikit perniagaannya.

Jambatan penting ke Teluk

Keputusan berani UAE dapat memberi syarikat Israel jambatan penting ke wilayah Teluk yang lebih luas.

UAE terkenal kerana usahanya menarik inovasi dalam bentuk inkubator permulaan, peraturan properniagaan dan infrastruktur IT dan logistik bertaraf dunia.

Ini memberikan peluang yang ideal bagi kedua-dua negara untuk memanfaatkan apa yang ditawarkan oleh satu sama lain.

UAE, AS dan Israel telah menubuhkan Dana Abraham bernilai AS$3 bilion untuk membantu merangsang pelaburan yang diterajui oleh sektor swasta.

Dalam sektor perbankan, bank UAE dan Israel yang besar mulai bekerjasama antara satu sama lain.

Pada 20 Oktober 2020, UAE dan Israel bersetuju untuk mengecualikan syarat visa pelancongan bagi kedua-dua negara.

Ini dibuat berdasarkan pandangan bahawa pergerakan bebas akan memberikan faedah kepada ekonomi Israel dan UAE.

Perkembangan terbaru yang paling menarik, Flydubai – syarikat penerbangan tambang murah – mengumumkan akan menjadi syarikat penerbangan UAE pertama yang mengendalikan penerbangan dari Dubai ke Israel.

Laluannya dilancarkan pada 26 November 2020.

Israel juga akan terlibat dalam World Expo 2020 Dubai, yang kini dijadualkan bermula Oktober 2021.

Langkah berani UAE untuk mengubah jadual, mengubah sejarah dan bias masa lalu, dan melihat masa depan, menunjukkan pendekatan progresif dan properniagaan.

Ia didorong oleh kepemimpinan yang menjaga negara seperti seorang CEO, dan bukannya ahli politik.

Inilah yang membezakan mereka.


MOHD FUDZAIL MOHD NOR pernah bermastautin di UAE. Pernah bekerja di TV3, menjadi usahawan serta pengarah beberapa syarikat antarabangsa. Beliau juga penulis prolifik dengan sembilan judul buku dan pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

Mungkin ada asas tertentu yg menyebabkan UMNO mahu mengkaji semula kedudukannya dlm kerajaan PN – YB TAN SRI ANNUAR MUSA

14 Oktober 2020

Kenyataan media Ahli Parlimen Ketereh YB TAN SRI ANNUAR MUSA

Mungkin ada asas tertentu yg menyebabkan UMNO mahu mengkaji semula kedudukannya dlm kerajaan PN.

UMNO dan BN berhak menyemak kedudukannya dari semasa ke semasa dan tidak mustahil melalui semakan itu KERAJAAN PN ITU BOLEH DI PERKASAKAN LAGI MENERUSI MUAFAKAT YG LEBIH TERSUSUN, LEBIH BERSEFAHAMAN.

Saya berpandangan kita perlukan kebijaksanaan dlm semua tindakan. Dahulukan kepentingan rakyat.

Kita perlu stabilkan politik negara. Kita juga perlu PERKUATKAN PERPADUAN MELAYU,IAITU ASAS KESTABILAN POLITIK NEGARA. UMNO PAS PPBM SAMA SAMA BERTANGGUNG JAWAB MEWUJUDKAN PERPADUAN TERSEBUT.

POLITIK NEGARA PERLU DI STABILKAN DAN KEUTAMAAN MESTI DI TUMPUKAN MENYELAMATKAN NYAWA RAKYAT DAN MENGEKANG PANDEMIK COVID19. MEMULIHKAN EKONOMI NEGARA, MERINGANKAN BEBAN HIDUP RAKYAT SERTA JADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA BERJAYA (BUKAN “A FAILED STATE” ATAS APA JUGA SEBAB)

Tidak salah utk UMNO PPBM dan PAS kembali ke “DRAWING BOARD” politik agar kita dapat melakar sesuatu yg lebih baik UNTUK MALAYSIA.

Untuk itu kita perlu tenang, banyak berfikir dan bijak bertindak.

Jangan emosi mendorong kita untuk tidak memikirkan keburukan yg boleh menimpa rakyat dan negara kita.

TAN SRI ANNUAR MUSA

Sumber dari Page Rasmi Tan Sri Annuar Musa di :
https://www.facebook.com/133347436726997/posts/3524298964298477/

Saya tak ada pilihan, BN Terengganu tanding semua kerusi parlimen’

Saya tak ada pilihan, BN Terengganu tanding semua kerusi parlimen’

28 Jul 2020, 2:32 pm
Dikemaskini sebulan lepas

Ketika PAS menunjukkan keazamannya untuk bertanding di enam kerusi parlimen di Terengganu, Umno negeri itu pula menegaskan mereka bersedia untuk meletakkan calon di kesemua lapan kerusi parlimen dan 32 kerusi dewan undangan negeri (DUN).
Perkara itu ditegaskan sendiri oleh Pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said ketika diminta mengulas hasrat yang dinyatakan pemimpin kanan PAS menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti.
“Kalau dia (PAS) kata bertanding di enam parlimen, saya tak ada pilihan, di Terengganu BN akan bertanding di semua lapan (kerusi) parlimen,” katanya seperti dilaporkan Sinar Online hari ini.
Terdahulu media melaporkan Naib Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan hasrat untuk mmepertahankan enam kerusi yang dimenangi PAS pada PRU lalu.
Mengulas lanjut, Ahmad menyifatkan kenyataan Samsuri sebagai pandangan peribadi. Justeru kata Ahmad beliau sendiri mempunyai hasrat untuk melihat BN bertanding di semua kerusi di negeri berkenaan.
Ketika Samsuri – yang diberi tugas mengetuai perbincangan mengenai pengagihan kerusi dengan Umno – memberitahu perkembangan hal itu adalah positif, Ahmad sebaliknya berkata sepanjang pengetahuannya belum ada perbincangan dibuat.
“Setahu saya, masih lagi belum ada berbincang mengenai pengagihan kerusi, kerana selama ini hanya tentang terms of reference. Bagi saya, kenyataan Dr Samsuri sebagai naib presiden dan kenyataan peribadinya adalah premature (pramatang).
Takut apa, dah biasa berlawan
“Maknanya ini dah menjadi hasrat dia, sasaran dia, walaupun belum ada rundingan (walaupun) kemudian kata wish list akan dikemukakan.
“Jadi, saya kata itu pendapat peribadi beliau dan sekiranya pendapat peribadi ini diambil kira, saya boleh kata ini pendapat peribadi saya,” katanya.
Menurut Ahmad, seorang wakil rakyat PAS juga ada menyatakan bahawa PAS akan turut mempertahankan 22 kerusi DUN yang dimenangi mereka sebelum ini.
Justeru katanya, jika itu adalah pendapat peribadi wakil rakyat PAS itu, beliau juga dengan pendiriannya untuk bertanding di semua 32 kerusi DUN di Terengganu.
“Takut apa? Sebab di Terengganu, Kelantan dan Kedah adalah negeri (majoriti) Melayu. PAS atau Umno menang, tetap negeri Melayu. Yang penting, biar Perikatan Nasional (PN) memerintah dahulu.
“Sebab itu kita kata bubar parlimen dulu, tanding di peringkat Putrajaya. Kemudian di DUN, kita lawan sesama sendiri. Siapa yang lebih, dia yang akan menjadi kerajaan.
“Takut apa? Kita sudah biasa lawan. Kalah atau menang perkara biasa,” jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai pengagihan kerusi, Ahmad yang turut pernah menjadi menteri besar Terengganu itu berkata, sebarang rundingan belum dibincangkan.
Kalau anda terlepas…

“Mesyuarat di peringkat negeri dan bahagian juga masih belum dilakukan,” kata Ahmad.
Sebagai rekod, Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen, dengan enam daripadanya dimenangi PAS manakala dua kerusi – Hulu Terengganu dan Besut – dimenangi BN.
Namun, ahli parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid, kemudian melompat parti menyertai Bersatu selepas Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan pusat.
Rosol kini diberi jawatan timbalan menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Bagi kerusi DUN pula, PAS memenangi 22 kerusi dan baki 10 kerusi lagi dimenangi BN.

Pas mula khianati Umno, dakwa orang kanan Najib

Pas mula khianati Umno, dakwa orang kanan Najib

Pas mula khianati Umno, dakwa orang kanan Najib

Umno mendakwa, Pas kini dikuasai oleh tiga pemimpin parti itu yang dinamakan sebagai ‘Geng Publika’ yang sentiasa bermesyuarat dengan Menteri Dalam Negeri yang juga Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurut orang kanan Datuk Seri Najib Razak, ketiga-tiga mereka adalah Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan, Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan AJK Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

“Ketiga-tiga mereka inilah berunding dengan Hamzah Zainuddin secara senyap-senyap sehingga tertubuhnya PN (Perikatan Nasional) secara senyap-senyap walaupun sudah bersama Umno dalam Muafakat Nasional,” kata Datuk Lokman Noor Adam dalam siaran FB Live beliau lewat malam tadi.

Lokman, bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan ketika Najib menjadi menterinya sentiasa mendedahkan apa yang berlaku di belakang tabir politik Umno dalam siaran FB Live beliau.

Menurut Lokman, ketiga-tiga mereka inilah juga menjadi orang kepercayaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sentiasa bertemu di Publika, sebuah pusat membeli belah elit di tengah ibu kota.

“Kita fahamlah, dalam usia dan situasi Tok Guru Haji Hadi sekarang, dia banyak delegate (serahkan) kepada orang lain untuk bincang. Dia tidak mikro manage lagi,” kata Lokman menjelaskan bagaimana banyak keputusan Pas diserahkan Hadi kepada tiga orang ini.

Menurut Lokman, Pas mula melukakan hati Umno apabila menyertai Kongres Penyatuan Melayu yang dianjurkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad padahal muafakat antara Umno dan Pas pasti membuahkan kejayaan.

“Tun Mahathir ni tuan-puan macam Mat Sabu kepada Pas lah. Mereka ni pengkhianat kepada parti asal mereka tetapi Pas tak sensitif kepada perasaan Umno apabila bersama Mahathir.

“Apa perasaan Pas jika Umno menyertai majlis yang dianjurkan oleh Mat Sabu dan AMANAH. Sudah tentu Pas marah. Begitulah perasaan Umno bila Pas buat macam tu,” kata Lokman.

Ketika itu, kata Lokman, Presiden Umno pula menghantar Setiausaha Agung Umno, Datuk Annuar Musa.

“Perangai Setiausaha Agung Pas (Takiyuddin) ni tuan puan samalah dengan perangai bekas Setiausaha Agung Umno ni sekarang.

“Sekarang Annuar Musa lebih setia lagi kepada Muhyiddin berbanding dengan Presiden Umno. Sebab itulah, dalam kes sidang media Anwar Ibrahim ni, Zahid kata lain, Annuar Musa kata lain,” jelas Lokman Noor Adam.

Sebaik sahaja Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai majoriti dalam Dewan Rakyat, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengaku ada ahli Parlimen Umno yang menyokong Anwar dan beliau tidak boleh menghalangnya.

Namun Datuk Annuar Musa yang merupakan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Menteri Wilayah Persekutuan pula meminta Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya mengejut diadakan.

Langkah itu katanya, untuk mengembalikan mandat kepada rakyat bagi menentukan pemimpin pilihan mereka sekali gus menjadi jalan terbaik menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara.

Dalam siaran FB Live lewat malam tadi juga Lokman mendedahkan Bersatu yang telah gagal memberikan kerusi kepada Pas dalam pilihan raya negeri Sabah.

Ia berlaku apabila dalam perundingan, Pas mengambil sikap untuk bersama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya di Sabah, bukan bersama BN yang dipimpin Umno.

“Dalam rundingan BN dan PN, mereka setuju 42 (dari 73) kerusi di Sabah diberikan kepada BN manakala selebihnya akan ditandingi oleh PN.

“Tiba-tiba selepas Pas bersama dengan Bersatu dalam PN, tiada kerusi diberikan kepada Pas. Jadi itu kena tanya Muhyiddinlah,” kata Lokman selepas ditanya oleh seorang penyokong Pas kepada beliau kenapa Pas tidak ada sebarang kerusi di Sabah.

Lokman menjangkakan ada beberapa sebab kenapa Pas berdiam diri selepas dikhianati sedemikian rupa oleh Bersatu.

“Mungkin Pas sasarkan perkara yang lebih perlu bagi mereka seperti royalti minyak di Terengganu yang ada banyak lagi belum dibayar kerana mereka sedang mencari dana untuk pilihan raya sekarang,” kata Lokman kerana Perdana Menteri yang mampu menunaikan kesemua perkara itu.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/pas-kini-dikuasai-geng-publika-dakwa-orang-kanan-najib/

MP Umno akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin

MP Umno akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang memiliki majoriti tipis di Parlimen, tetapi jika hanya ia membawa kepada pilihan raya mengejut.

Timbul persoalan mengenai nasib kerajaan dipimpin Perikatan Nasional (PN) selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Ditambah pula pengakuan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, ada dalam kalangan ahli Parlimennya dan Barisan Nasional menyokong Anwar dan parti itu tidak akan menghalang mereka berbuat demikian.

ZAHID DIBERI TEMPOH 7 HARI UNTUK TINGGALKAN PN ?

KENAPA ZAHID DIBERI TEMPOH 7 HARI UNTUK TINGGALKAN PN ? NAJIB MESTI DILANTIK SEBAGAI PENGERUSI BN

  1. ZAHID SEORANG PEMIMPIN YANG LEMAH. UMNO AKAN HANCUR JIKA TERUS BERSAMA PN/MUHYIDDIN.
  2. ZAHID TERLALU TUNDUK MUHYIDDIN/PN/TUN MAHATHIR
  3. NAJIB MESTI DILANTIK SEGERA SEBAGAI PENGERUSI BN.

SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL. MAKLUMAT TERKINI SEPANJANG MASA.
SUBSCRIBE LINK DIBAWAH:
https://bit.ly/2R38Uhk

Pas Telah Berkubur Dan Umno Hampir Berkubur di Sabah

Keputusan Pilihanraya Sabah menunjukkan bahawa strategi dan kerjasama politik yang UMNO meterai, tidak menguntungkan UMNO, malah semakin memencilkan peranannya di Sabah.

Daripada sebuah parti yang menguasai Sabah selama 27 tahun, UMNO waktu ini hanya pemain politik terpencil dalam gabungan GRS.

Apa yang berlaku di Sabah memerlukan UMNO memikirkan semula pendekatan politiknya. Jika Sabah dijadikan sandaran, kelangsungan, pengaruh dan keterlihatan UMNO akan terus terjejas dalam jangka masa pendek dan akhirnya melemahkan UMNO dalam jangka waktu panjang.

Pengorbanan UMNO memberikan kerusi terkuatnya kepada parti tertentu telah menjejaskan kekuatan UMNO secara signifikan. Lebih menyedihkan, UMNO terpaksa berhadapan dengan calon bebas yang ditaja oleh pihak berkepentingan untuk melemahkan UMNO. Janji yang dimeterai berkaitan potfolio kabinet pun hampir dimungkiri.

UMNO tidak boleh membiarkan episod pilihanraya Sabah menjadikan kedudukannya seperti kata pepatah, ‘biar alah sabung, asal menang sorak’.

Justeru, telah tiba masanya Presiden UMNO memberikan pedoman dan halatuju jelas kepada parti dan semua ahlinya, tentang bagaimana kita harus meneruskan kerjasama kita dengan saingan politik kita. Satu konsensus politik yang tegas harus dihasilkan, untuk meredakan keresahan, ketidakpuasan hati dan rasa marah ahli terhadap cara UMNO diperlakukan dalam PRU Sabah.

Menuju masa depan, UMNO mesti berhenti bernostalgia bahawa kerjasama politik melalui “langkah Sheraton” adalah demi menyelamatkan negara. Episod itu telah berakhir. Episod seterusnya ialah bagaimana UMNO akan mengemudi negara ini, memberikan kepimpinan kepadanya dan mencipta masa depan Malaysia yang lebih baik melalui BN dan bukannya platform politik lain.

Kita akan dinilai dengan apa yang boleh kita tawarkan kepada Malaysia. Bukan betapa besarnya pengorbanan kita untuk parti tertentu atau kelangsungan Perikatan Nasional.

Jika kita terpaksa bersendiri bersama PAS dalam Muafakat Nasional dan BN serta parti komponennya dalam menghadapai PRU akan datang, maka putuskan sedemikian dengan segera, agar kita dapat menyediakan diri.

Marilah kita mulai saat ini, mengembalikan UMNO ke landasan sebenarnya. Kusut dihujung, balik lah kepangkal. Dan marilah kita bekerja bersungguh-sungguh, membangunkan semula UMNO agar ia menjadi wadah yang dipercayai dan di dukung oleh bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Dato Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan
Timbalan Presiden UMNO

PANAS – UMNO TEGAS TOLAK MUHYIDDIN & AZMIN

PANAS – UMNO TEGAS TOLAK MUHYIDDIN & AZMIN ?

  1. ESMEE – TOLAK BERSATU & AZMIN ALI DAN MUHYIDDIN
  2. KONGRES BERSATU TIADA SAMBUTAN, AZMIN TELAH DITOLAK OLEH SELURUH RAKYAT TERMASUK MUAFAKAT NASIONAL
  3. TOLAK PM YG BERWAWASAN KATAK, TOLAK TIMBALAN PERDANA MENTERI (AZMIN) – SEMBURIT?

SILA SUPPORT SUBSCRIBE MABA CHANNEL
SUBSCRIBE LINK DIBAWAH:
https://www.youtube.com/user/asri67

Zuraida perlu jawab tentang kontrak rundingan terus RM170 juta

  1. Zuraida perlu jawab tentang kontrak rundingan terus RM170 juta kepada satu syarikat yang sub-kan kontrak itu kepada syarikat lain dengan harga RM120 juta. Mana pergi RM50 juta? (minit 0:00)
  2. PH/DAP mungkin menang PRU-15 dan berkuasa semula bila PPBM masuk MN (minit 1:24)
  3. PPBM akan bertanding dua kerusi UMNO di Terengganu iaitu di Besut dan Hulu Terengganu (minit 2:10)
  4. Sebab kepimpinan dan akar umbi BN tidak bersetuju masuk PN (minit 2:50)
  5. PPBM masuk MN adalah rancangan Mahathir untuk jadi PM-9, sambil mengenepikan Anwar (minit 5:00)
  6. Jika kita berlapang dada tapi kena rogol buat apa? (minit 10:00)
  7. Sebab kita perlu sekali lagi pertahankan UMNO kali ini (minit 11:25)
  8. PPBM yang cadangkan ICERD dan Statut Rom yang cuba melemahkan kedudukan orang-orang Melayu (minit 12:00)
  9. Mengapa kontrak yang bukan urgent dan bukan melibatkan kerahsiaan kerajaan serta yang banyak pihak boleh buat pun dianugerah secara rundingan terus oleh Kerajaan PH? (minit 14:30)
  10. Kementerian Azmin dan Zuraidah pun beri kontrak rundingan terus (minit 16:00)
  11. Situasi BN, MN dan PN sekarang (minit 22:44)

Ucapan Isham Jalil di Kapar, Selangor
26 Ogos 2020

(Video di bawah)

Secara umumnya jika 3 penjuru antara UMNO/BN vs Bersatu/PN vs PH/PEJUANG, pemenangnya dari UMNO/BN. Secara umumnya jika 3 penjuru antara UMNO/BN vs PAS/PN vs PH/PEJUANG, pemenangnya juga dari UMNO/BN.

Di Trg, PAS ttp pertahankan walau apa terjadi utk kkl bertanding 22 DUN & 6 Parlimen sambil sarankan UMNO 8 DUN & 1 Parlimen serta Bersatu 2 DUN & 1 Parlimen. PAS minta UMNO berkurban dgn serahkan 1 P & 2 DUN kpunyaan UMNO kpd Bersatu sambil PAS sendiri enggan berkurban utk UMNO & Bersatu. X nak luak langsung kepunyaan PAS. Tu namanya adat berkawan ala lobai BUDU.

Apakah Ahmad Said & UMNO Trg tiada b.p dgn hnya menyerah shj kpd PAS pd hal pluang terbaik utk UMNO Trg rampas kembali Trg dlm PRU 15 sbgmna mereka lakukan dgn cemerlang dlm PRU 11?

Pembahagian yg adil utk Trg ialah 15 DUN PAS, 15 DUN UMNO/BN & 2 DUN Bersatu. Parlimen pula 4 utk PAS, 3 utk UMNO & 1 Bersatu.

UMNOPAS MENYAMUN SATU JUTA EKAR TANAH SABAH.

SATU JUTA EKAR TANAH YAYASAN SABAH GONE !!! DSSA

Kami Merempat di Hutan Simpan..
Sebab KHAN FAMILY rompak tanah kami – suara akar umbi.

  1. Albert Lim @ MUSA KHAN 300,000 ekar
  2. Majid KHAN 30,000 ekar
  3. Amin KHAN 30,000 ekar

Rakyat Sabah nak tahu, siapa lagi PENYAMUN TARBUSS lebihan tanah Yayasan Sabah yang 640,000 ekar tu……

Adakah betul senarai PENYAMUN TARBUSS di bawah ni ?

  1. Anipah Aman KHAN presiden parti KFC 300,000 ekar
  2. Hafiz Musa KHAN 30,000 ekar
  3. Khairul Benyamin KHAN 30,000 ekar
  4. Hajiji 30,000 ekar
  5. Marsidi 30,000 ekar
  6. Murshitdi Ghafar 30,000 ekar
  7. Datuk Shahrukh Khan 10,000 ekar (Guna nama supir musa khan)
  8. ?
  9. ?
    11 ?

Sekarang KHAN FAMILY ni berlagak Hero utk menyelamatkan rakyat konon. PADHAL… KHAN FAMILY NI = RAJA PENYAMUN TARBUSS

Dengar2.. KHAN SUKA BARANG CURI.. seedaappp konon..
Sebab tu lahhh KHAN mau curi kerajaan Sabah tapi FAIL !!! Pai ULUNG
hahaha….

Kita bantu dedahkan pada Rakyat…

Stay tune….. C&P.