
INIKAH SEBAB MUSA AMAN TAKUT SHAFIE APDAL BERI GERAN TANAH KEPADA RAKYAT SABAH?

Bung Mukhtar: UMNO Akan Bertanding Dikesemua 32 Kerusi DUN Sabah Yg Ditandinginya Pada PRU 14.
*Nampaknya perang bsr bakal berlaku di Sbh antara UMNO & Bersatu. PAS x payah sebutlah di Sabah sb PAS ni hanya sekadar semut2 teramat halus di Sabah. Langsung x merubah landskap politik Sabah. Itu antara faktur sedari awal UMNO Sbh tolak kerjasama/taawun politik dgn PAS.*
*PAS hanya layak tukang pacak bendera & pasang poster bendera BN/Bersatu je di Sabah.*
Wahai rakyat Sabah sedarlah, bersatu lah kita dlm memperjuangkan hak Sabah demi masa depan anak cucu kita. Kekuatan kita adalah kesatuan kita dalam kuasa politik tempatan dan tidak lagi memberi kepercayaan Parti luar untuk pecah perintah selama ini. Perjuangan kita baru bermula selepas kita menumbangkan parti Malaya Umno yang selama ini mengawal ahli2 politik Sabah. Peluang kita sudah terbuka kerana perpecahan parti politik di Malaya.
Bersatu lah atas nama Sabah dan Parti Sabah iaitu Parti Warisan Sabah yang telah memulakan rundingan PERJANJIAN 1963 ( MA63) melalui jawatankuasa MA63 selepas PH mengambil alih Kerajaan Persekutuan.
Parti Waris
Parti Warisan terus diserang. Tanpa mengira bulan suci ramadhan. Pihak lawan terus menghasut rakyat untuk membenci Warisan dengan pelbagai fitnah dan hasutan.
Mereka tak habis habis membuat provokasi di media sosial menggunakan fake akaun. Bantuan belum sampai. Duit belum masuk dan terbaru, borang manual memohon bantuan Covid 19. Sampai buat vote lagi di internet.
Pembangkang cuba meyakinkan rakyat dengan gigih.Macam tak puasa. Berhabis menfitnah. Anak anak berudu pula begitu yakin. Gabungan mereka bakal menumbangkan Kerajaan Parti Warisan. Ada yang kata Warisan ni sampai bulan 3 tahun 2021 sahaja. Ada cubaan cubaan untuk membeli ADUN ADUN Warisan untuk lompat ke team mereka.
Hakikatnya, Politics is all about numbers. And numbers don’t lie. Sebelum mereka mempersoalkan kekuatan Warisan. Adakah mereka yakin akan kekuatan so called “ Gabungan” mereka? . Adakah Gabungan mereka ini lebih baik dari team Warisan??? Mari kita kupas satu persatu.
Jumlah Kerusi.
Total Team Warisan dan rakan sekutu adalah sebanyak 43 kerusi.Team pimpinan Warisan ini memiliki 2/3 DUN.
Kerjasama Warisan, UPKO, DAP, PKR cukup utuh. Warisan memegang 31 kerusi,DAP 6, UPKO 4, dan PKR 2.Warisan memiliki Lebih daripada separuh daripada kerusi DUN.
Kerjasama.
Kerjasama dikalangan Warisan UPKO PKR dan DAP cukup kuat. Semua Adun2 kerajaan akur dengan kepimpinan YAB DSSA. Kerajaan Negeri Sabah stabil.
Kerjasama pembangkang pula sangat rapuh. PPBM dengan UMNO sahaja tidak sehaluan ibarat gunting dalam lipatan.
Jumlah kerusi yang STAR, PBS dan PBRS ada tidak dapat menggambarkan mereka mewakili KDM.
Gabungan ini tidak mewakili masyarakat cina. Lihat sahaja kabinet negeri yang mereka bentuk yang Cuma bertahan 2 hari. Tiada langsung menteri mereka dari kaum Cina.
PRU 15 mereka akan berlanggar sesama sendiri. Mereka dijangka tidak mampu mencapai kata sepakat berkenaan pembahagian kerusi.
Parti Malaya. Sekiranya gabungan ini memenangi pilihanraya umum ke 15, usaha Rakyat sabah untuk menuntut hak hak Sabah seperti MA63, royalty minyak dan lain lain tidak akan tercapai.
STAR tidak mungkin akan menjadi parti dominan sekiranya bersama pasukan ini. Sekiranya bentuk kerajaan pun, STAR akan menjadi ekor. Bukan kepala.
Sekiranya gabungan ini menang, ia akan didominasi oleh UMNO atau PPBM. STAR selama lamanya akan jadi parti ekor yang hanya akan mengintai peluang mendapat jawatan.
Berbanding dengan Warisan. Ya betul, dalam team warisan ada parti Malaya. Iaitu PKR dan DAP. Tetapi kekuatan kerajaan ini terletak pada Warisan. Warisan kepala. Bukan ekor.
Gabungan Parti racist.
UMNO dan PPBM hanya akan memperjuangkan hak hak orang Melayu. STAR pula memperjuangkan hak hak KDM/Dayak. Banyak kali mereka melaungkan slogan kesukuan dalam ceramah ceramah dan perhimpunan mereka.
Datuk Shafie tidak pernah berteriak “ MANA BAJAU SULUK!” dimana mana ceramah dan pidatonya. Malah yang Datuk Seri Shafie perjuangkan hak semua kaum dan agama di Sabah.
Dendam kesumat UMNO- PPBM.
PPBM dan UMNO tidak mungkin akan bersatu kembali. PPBM memiliki 9 kerusi, UMNO Cuma ada 1 kerusi. Dari sudut elit atasan, PPBM Menang. Tapi dari segi akar umbi, UMNO jauh lebih kuat.
Semasa penghijrahan pemimpin pemimpin UMNO ke PPBM, yang melompat masuk hanyalah YB YB, dan golongan yang laparkan projek dan habuan.
Sebaliknya, majoriti ahli ahli UMNO masih kekal dalam UMNO.
PPBM langsung tak beri peluang kepada UMNO untuk dapatkan apa apa jawatan dalam kabinet dan GLC. Setiausaha politik pun habis PPBM sapu.
Di peringkat atasan, PPBM nak kuburkan UMNO. Tapi di peringkat bawahan, dendam kesumat akar umbi UMNO menunggu masa sahaja untuk menikam.
Gabungan di peringkat persekutuan yang rapuh.
Walaupun PH Warisan gagal membentuk kerajaan, tetapi gabungan mereka cukup Solid. 103 ahli parlimen . Satu hati. Tiada goyang.
Berbanding gabungan perikatan Nasional yang cukup lemah menanti masa untuk lemas. PM tak mampu lantik Timbalan Perdana Menteri. Walaupun UMNO paling banyak kerusi dalam gabungan mereka. PPBM tanpa segan silu membuli UMNO.
UMNO ibarat kucing pondan yang tak mampu menggigit dan hanya pasrah dengan keadaan.
STAR, PBS, PBRS Cuma parti pinggiran dalam gabungan tersebut. Mereka tidak mungkin dapat bersuara. Ibarat jaguh kampung dengan tin kosong. Hari ini mereka diam seribu Bahasa selepas mendapat jawatan kabinet. . tiada lagi launga laungan MA63. Tiada lagi laungan wujudkan 3 negara dalam 1 Malaysia.
Adakah Jeffrey berani membuat tuntutan yang sama selepas ini??
Dari fakta fakta dan nombor nombor yang ada, sangat jelas Warisan masih kekal sebagai Parti yang terbaik untuk mentadbir Sabah dan memperjuangkan hak hak Sabah.
Hanya Warisan yang mampu membawa Negeri Sabah ke arah kegemilangan dan kemajuan.
Rakyat Sabah, beri sokongan penuh pada Warisan. Beri peluang pada Warisan untuk baiki labu yang dirosakkan BN.
Mari kita berganding bahu, beri masa dan peluang kepada YAB Datuk Seri Shafie mentadbir.
Tiada yang sempurna. Sekiranya anda rasa Warisan teruk. Percayalah. STAR UMNO lagi teruk.
Pepatah mengatakan, “Jangan kerana seekor nyamuk. Habis kelambu dibakar”.
Warisan perlu segera mencari jalan. 3 Tahun bukan lama. Warisan tidak boleh duduk selesa. Masalah ekonomi rakyat, pengangguran,dan lain lain perlu diselesaikan. Suara lantang pejuang asal yang kecewa bakal menjadi time bomb kepada Warisan sekiranya tidak dicerna dan dituntaskan dengan baik.
Ibarat game bola sepak . Paling penting, jangan terperangkap dengan game plan pihak lawan. Owner pasukan hebat saja tidak cukup. Coach kena lakukan perkara betul. Nilai pemain anda. Mana yang sesuai jadi keeper. Jangan letak jadi striker. Dan sebaliknya. Mesti pantas dan berani. Pemain yang tak perform. Terus simpan di bangku simpanan. Pemain simpanan yang perform. Kena segera masuk gelanggang.
Baru penyokong, dan penonton dalam stadium akan happy!.
JENNIFER TUGUNG MICHAEL
KOTA KINABALU : Sabah Oil & Gas Development Corporation (SOGDC) hari ini memeterai Perjanjian Induk (HoA) dengan Petroventure Energy bagi cadangan loji minyak petroleum dan penapisan minyak di Taman Industri Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri ini.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif SOGDC, Dr Geaneve Jane Samil manakala Petroventure Energy diwakili Presidennya, Mohd. Sham Mohd. Yassin.
Perjanjian itu disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Madius Tangau dan Pembantu Menteri, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Ben Chong.
Bercakap semasa majlis pemeteraian perjanjian itu, Madius berkata, perjanjian tersebut juga melibatkan pelabur asing dari China dengan pelaburan sebanyak USD2.3 bilion.
“Ini adalah satu pelabur yang bagus dan saya difahamkan kos pelaburan adalah sebanyak USD2.3 bilion.
“Saya berharap satu Memorandum Persefahaman (MoA) akan termerai dalam jangka masa tiga bulan dari sekarang, “katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SOGDC, Dr Geaneve berkata, HoA yang membabitkan USD2.3 bilion itu juga bakal mewujudkan sebanyak 4000 peluang pekerjaan khususnya golongan usahawan.
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Sabah menjadi negeri pertama meletakkan dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jabatan Ketua Menteri dalam usaha membanteras aktiviti rasuah daripada berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Penempatan dua pegawai gred 54 dan 44 yang berkuatkuasa serta merta itu diumumkan sendiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Peringkat Negeri Sabah 2019 hari ini.
Dalam ucapannya, Mohd. Shafie berkata, langkah pencegahan seperti itu penting kerana kuasa yang dipegang oleh penjawat awam diibaratkan sebagai ‘power is sexy’ iaitu menjadikan mereka tumpuan pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan.
“Kita tahu bila kita berkuasa seperti ada yang menyatakan power is sexy pasal apa kuasa itu seksi, pasal dulu kelihatan rupa kita sama sahaja ada yang tiada rambut ada yang tinggi ada yang pendek ada yang perutnya buncit ada yang sudah beruban.
“Tapi bila kita berkuasa lepas itu kita kelihatan menarik, kacak, cantik, kenapa jadi begitu bukan sebab penampilan ada tetapi disebabkan kuasa yang ada menjadikan anda begitu menarik kepada kebanyakkan orang,” katanya.
Yang turut hadir, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya; Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, pimpinan Kabinet negeri, wakil rakyat serta kakitangan awam Sabah dan Persekutuan.
Selain penempatan dua pegawai SPRM itu, Kerajaan Sabah pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) juga menjadi negeri pertama yang melancarkan Pelan Antirasuah 2019 – 2023 pada Oktober lalu bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri sifar rasuah.
Mohd. Shafie berkata, pencegahan rasuah bukan setakat kepada penjawat awam semata-mata, malah beliau sendiri walaupun menjadi Ketua Menteri tidak terlepas daripada tindakan undang-undang jika menyalahgunakan kuasa.
“Saya mahu ditempatkan di Jabatan Ketua Menteri supaya bagi peringatan, kalau Ketua Menteri pun buat salah tangkap dia, pasal apa kita bimbang sangat pasal apa kita takut menempatkan seorang pegawai di pejabat kita kecuali jika anda mempunyai hasrat kalau kita membuat sesuatu perkara yang salah kita takut, tapi kalau kita tidak buat salah kita tidak sepatutnya takut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri meminta SPRM agar turut melakukan sesi penerangan di setiap kementerian bagi memberi panduan kepada pimpinan kerajaan negeri tentang amalan yang baik dan berintegriti.
“Saya mahukan supaya mesti ada sesi dengan para yang berhormat, menteri-menteri, pembantu-pembantu menteri bukan hanya perkhidmatan awam saya mahu semua mereka terlibat supaya tahu keadaan-keadaan ini kerana kita faham ada antara kita tidak tahu, tidak pernah jadi menteri, tidak pernah jadi pegawai kerajaan lepas itu jadi menteri kuasa dia ke mana apa tanggungjawab dia.
“Tidak tahu apa arahan bendahari, tidak tahu prosedur jangan salahkan dia, dia tidak tahu ini yang kadang-kadang kita perlu ada makluman cara-cara kaedah supaya mereka menyedari keadaan yang berlaku di sekeliling dia,” katanya.
Dalam ucapannya, Mohd. Shafie turut memberi khabar gembira apabila bercadang menyemak semula gaji kakitangan awam negeri tidak lama lagi demi memastikan pendapatan mereka bertambah.
Jelasnya, faktor gaji juga merupakan antara faktor yang menjadi penyebab rasuah, justeru langkah menyemak semula kadar gaji itu perlu.
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
TOKYO, JEPUN: Sabah mempunyai sumber mentah daripada sawit yang cukup banyak untuk membolehkan negeri ini melabur dalam industri biofuel dan biodiesel melalui kepakaran daripada syarikat terkemuka Jepun yang telah menceburi bidang itu dengan cemerlang.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal berkata, Pelabuhan Industri Kluster Minyak Sawit (POIC) Lahad Datu sudah tersedia untuk membangunkan industri berkenaan, justeru langkah yang perlu diambil sekarang adalah memastikan pelaksanaannya walaupun memerlukan modal yang besar.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan mesyuarat hampir dua jam dan mengadakan lawatan di kilang pemprosesan biofuel milik Euglena Corporation Limited (Euglena) di Yokohama, Jepun hari ini.
“Saya yakin dengan adanya inisiatif yang dilakukan oleh pihak syarikat ini kalau adanya kerjasama dengan negara kita khususnya Sabah kita yakin bukan hanya sumber baharu minyak bahkan juga untuk memastikan kegunaan kelapa sawit negara kita dapat dipertingkatkan serta meningkatkan lagi permintaan produk kelapa sawit di negara kita.
“Di samping itu sudah pasti akan dapat membantu daripada segi harga yang boleh kita kekalkan stabil serta dapat membantu masyarakat bukan hanya industri tetapi masyarakat luar bandar yang berkecimpung dalam produk ini,” katanya.
Euglena adalah syarikat peneraju industri biofuel dan biodiesel Jepun yang menghasilkan minyak mesra alam Green Oil untuk menggerakkan kenderaan, minyak jet serta enzim untuk penghasilan makanan menggunakan bahan mentah daripada sawit serta alga.
Mohd Shafie berkata, sekiranya kerjasama dengan Euglena berjaya, nilai pelaburan bersama syarikat itu di POIC boleh mencecah sehingga RM2 bilion dalam jangka masa panjang.
Sehubungan itu katanya, beliau telah mempelawa pemilik Euglena, Mitsuru Izumo untuk datang ke Sabah bagi melihat sendiri peluang pelaburan yang ada dan membincangkan kerjasama yang boleh dijalin.
“Saya yakin dengan adanya tanaman sawit yang begitu luas di negara kita, kita perlu melihat alternatif kegunaan apa dia untuk memastikan harga dan permintaan di peringkat dunia dapat kita tingkatkan dan ini adalah salah satu produk yang telah dilakukan kaji selidik di Universiti Tokyo dan mereka juga mengeluarkan enzim yang bukan hanya untuk dimakan tetapi menghasilkan biofuel.
“Saya telah mempelawa pemilik syarikat untuk datang ke negara kita melihat bagaimana kerjasama sebaik mungkin untuk kita realisasikan, mereka memang berminat pasal mereka tahu bahawa sebagai negara pengeluar kelapa sawit terbesar di dunia selain daripada Indonesia dan mereka melihat bahawa Malaysia sebagai satu pilihan utama,” kata beliau.
Sementara itu, Mitsuro ketika ditemubual berkata, syarikatnya mempunyai perancangan untuk melabur di Sabah dan akan menghantar rombongan ke sana tidak lama lagi bagi perbincangan lebih lanjut.
“Kami sangat teruja dapat bermesyuarat dengan Ketua Menteri Sabah dan merancang melawat Sabah tidak lama lagi untuk menikmati apa yang ada dan mengambil langkah seterusnya untuk kerjasama antara Jepun serta Malaysia khasnya Sabah.
“Hari ini adalah permulaan sebelum kita membuat keputusan besar, terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada kami,” katanya.
Pada hari yang sama, rombongan perdagangan dari Sabah turut mengadakan lawatan ke Tokyo Factory Automation Technical Centre yang diurus oleh Mitsubishi Electric Corp.
Mitsubishi Electric Corp merancang untuk membuka satu kemudahan di Malaysia bagi mempamerkan sistem automotif serta kebolehan kilang mereka.
Ketua Menteri kemudian menghadiri taklimat yang diberikan oleh Tsuneishi Shipbuilding Co Ltd bagi mengakhiri sesi lawatan hari ini.