Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Kejahatan Mahathir Kini Sudah Terserlah

KERAJAAN PINTU BELAKANG.

Dari FB Norman Radhuan

PLAN A & PLAN B

Rancangan sabotaj Mahathir sudah lama dikesan
BAIK BURUKNYA KERAJAAN PERPADUAN

Inilah ditaktor yg memenjarakan Anwar hingga Anwar teruk dipukul, dibogelkan dan berpisah bertahun lamanya dgn keluarganya. Anwar maafkan dia. Anwar bantu Tun setelah diaibkan Najib.

Anwar izinkan Tun bersama PH. Isteri Anwar tolak menjadi PM kerana berpegang pada janji, Anwar dan PH izinkan beliau jadi PM walaupun parti menang sedikit. PH benarkan partinya bertanding paling byk kerusi Parlimen….

Tun dulu sabotaj Tunku Abdul Rahman, dia buat Tun Hussein Onn keluar dari UMNO, dia buat Tun Musa Hitam letak jawatan, dia juga melemahkan kuasa Raja2 Melayu, dia buat Tan Sri Ani Arope meletak jawatan, dia membuatkan Pak Lah meletak jawatan, dia telah membuat Najib hilang jawatan PM… dan kononnya utk Melayu dia sendiri robohkan kerajaan UMNO.

Tun diaibkan apabila Najib menarik khidmat polis trafik, pembantu rumah, gugurkan jawatan MB Mukhriz, ucapan pentasnya dihentikan polis dan diaibkan di media saban minggu.

Dia keseorangan ketika itu. Lalu dia dgn muka tidak tahu malu bertemu dgn Anwar di mahkamah. Meminta izin dari Anwar utk bersama Pakatan Harapan.

Anwar terima kehadiran Tun. Anwar maafkan Tun walaupun anak2nya melarang. Bila menang dia lupa janji2. Dari dulu dia menipu. Ayatnya…” Sebenarnya saya sudah berjanji ..98. Kali ini juga dia berkata ” Sebenarnya saya sudah berjanji.’

Bagi saya dia adalah contoh insan yg akan dikenang dlm sejarah sebagai manusia yg tidak boleh dipercayai. UMNO bijak kerana mencurigai Tun.

Yg pelik mengapa di zaman serba moden dan bermaklumat masih ada yg percaya ia agenda Melayu. Mengapa kita tidak boleh bekerjasama dgn beberapa pemimpin Cina yg bersih daripada bekerja dgn pemimpin2 Melayu yg korup hingga trillion hutang negara ?

Jika sesebuah kerajaan tidak menganggu sistem perlembagaan negara… berilah siapa pun menjadi PM janganlah kita gusar. Malaysia wajibkan PM dan TPM mestilah Melayu apa lagi yg dibimbangkan.

Lihat bagaimana di Amerika apabila mereka melantik Presiden dari kaum bekas hamba abdi mereka walaupun negara Uncle Sam itu masih mempunyai sentimen perkauman. Ia kerana Perlembagaan Negara tersebut tidak diganggu sepertimana Tun musnahkan di era pemerintahannya dulu.

Benar ekonomi negara perlahan tapi lihatlah dan fikirlah siapa yg sabotaj ekonomi negara. Kerajaan yg ada ini dikhinati atau disengajakan lemah utk mudah menyakinkan rakyat mengapa perlu diubah.

Kita telah lama tahu penglibatan Tun. Tapi demi menjaga akhlak di mata rakyat agar jgn dituduh rakus, mengkhianati perjanjian ( Konsensus ), Presiden Parti dlm PH bersabar melihat game Tun. Malah strategi Tun telah dpt dihidu sebab itu dlm artikel yg lalu saya katakan… saya tetap tidak percaya dgn Tun.

P. Ramlee… ” Yang kau percaya orang tua ni kenapa. Kamu kan tahu dia ini penipu. Muka dia pun muka penipu.

PLAN A

1. Suruh Azmin lawan secara terang terangan. Salah laku Azmin disembunyikan. Kemudian suruh Bersatu keluar dari PH agar kerajaan PH hilang majoriti.

2. Dia berlakon kononnya tidak bersetuju tindakan Azmin dan Bersatu agar PKR, Amanah dan DAP percaya. So dia letak jawatan PM kononnya kecewa dgn Bersatu. Sebenarnya dia mahu gugurkan semua jawatan2 Menteri Kabinetnya yg 70% dikuasai PKR, Amanah dan Dap.

Bayangkan jika lebih 20 Menteri dihalau dari Kementerian masing2 tentulah akan membuat rakyat simpati dan pastinya Tun akan dilihat kejam. Lakonan Tun hebat seperti gayanya ketika berkempen bersama PH dulu sebelum PRU. Masih ingat video ‘ Atok tiada masa lagi…’

3. Tun berharap PKR, Amanah dan Dap tertipu dan akn mencalonkan beliau menjadi PM semula.

4. Tun mahu wujudkan kerajaan perpaduan agar dia tidak terikat dgn konsensus PH. So dia bebas melakukan sesuka hati dan tempoh jawatannya sebagai PM tidak perlu diungkit lagi.

PLAN B

1. Tun yakin dia akan dicalonkan semula sebagai PM. Tapi perangai khianatnya sudah dihidu Anwar, Mat Sabu dan LGE apabila dia tidak mahu mempengerusi mesyuarat Majlis Presiden PH.

2. Apabila dia mendapat tahu PH ( PKR, Amanah dan DAP ) kesemua solid mencalonkan Anwar, dia segera membuat Ucapan Khas secara live. Ia adalah signal darinya utk dirinya dipilih semula…

3. Jika berdasarkan undian Anwar menjadi PM lalu dgn kuasa PM Interim dia seperti cuba mempengaruhi dgn membiarkan Dewan Rakyat yg memilih siapa PM 8 Malaysia. Sedangkan dulu dia boleh menyerah jawatan PMnya kepada Pak Lah tanpa perlu ke Dewan Rakyat.

4. Memujuk GPS dan Warisan menyokongnya serta PAS yg dianggap mudah dibeli berbanding UMNO yg dpt merasai sukar utk bekerjasama dgn Mahathir yg dianggap manusia yg tidak boleh dipercayai. Apapun jgn terkejut jika UMNO menyertai semula bekerjasama dgn Tun dgn alasan DAP sudah tidak bersama dlm kerajaan perpaduan. Kita mesti ingat kes2 mahkamah pemimpinnya. Mereka bukan fikir soal bangsa sebenarnya tetapi kes peribadi yg membolehkan mereka dipenjarakan di Sg Buluh.

a)Kerajaan Perpaduan baik dan buruknya…

Kerajaan perpaduan tidak bagus utk sesebuah negara. Ia akn membuatkan seorang PM menjadi Ditaktor. Negara yg tidak mempunyai pembangkang sebagai chk n balance sgt tidak baik apatah lagi senario politik di negara kita berbeza.

Benarkah demi Melayu dan agama?

Benarkah demi Melayu? Jika demi Melayu apa yg kerajaan skg buat hingga Melayu terhina. Adakah Islam terancam? Jika kita amati segala tindakan berunsur perkauman siapakah Menteri Dlm Negeri ketika itu? Seperti kita ketahui kerajaan PH sengaja dilemahkan dari dalam bukan sahaja dari ekonomi tapi dari isu2 berbau perkauman.

Jika utk Melayu mengapa Tun bersama PH mahu menjatuhkan UMNO dan PAS dahulu? Dia berbohong, dia bersama PH atas dendam kesumatnya kpd Najib Tun Razak. Itu saja.

Kenapa Tun bimbang bersama UMNO?

Pasti kerana anaknya. Apatah lagi mengenangkan nasib Mukhriz selepas ketiadaan beliau. Mukhriz dianggap tiada pengaruh, junior dlm arena politik. Jika dia tiada pastinya UMNO akan meratah Mukhriz dan terbuang begitu sahaja.

Benarkah pengaruh Tun PH berjaya memenangi PRU 14?

Tidak malah undian Melayu merosot sekitar 5 % dari PRU 13. Bukti seterusnya parti Bersatu yg paling banyak bertanding menang tidak sampai 15 kerusi. Melayu tidak sokong Tun.

Benarkah Tun dihalang menggunakan kuasanya sebagai PM?

Yg tidak tahu…Tun memilih Menteri Kabinet mengikut kemahuannya. Malah memilih Menteri Bersatu sama ramai dgn parti2 PH yg menang besar dlm PRU. Dia lantik Ketua SPRM, KP, Peguam Negara keputusan dirinya sendiri. Dia lantik MB dari kalangan partinya walaupun menang 1 kerusi. Malah dia diizinkan menentukan tarikh yg sesuai utk meletakkan jawatan. Apa lagi halangan dan kekangan dia sebagai PM?

Akhir kata adakah Malaysia akan ‘kiamat’ jika Tun sudah tiada? Apakah kita masih mahu bergantung kpd seorang lelaki tua berusia 95 tahun? Ia bukan soal menyelamatkan bangsa dan sebagainya ( kata2 utk tujuan politik )… ia adalah kebodohan kita yg mudah dimainkan dgn persepsi.

Adakah kita fikirkan sampai begitu bodoh, kononnya Anwar menjadi PM ingin memperkasakan bahasa Cina, nak serah kuasa pada Cina. Anwar itu lebih Melayu dari Tun… sanggup kena penjara utk Melayu Baling. Perjuangannya utk Melayu dan Islam hingga lahirnya UIA dan Bank Islam. Lihatlah akhlak keluarga Anwar. Bukan sahaja sopan budi bahasa dan pemakaian tapi tidak ada yg bergelar jutawan…

WAJAH GENG TAMAK KUASA DAN TERTIPU DENGAN UMNOPAS.

1 GENG TAMAK KUASA

TERKINI

Suasana murung menyelubungi Hotel Sofitel, Petaling Jaya di mana geng pengkhianat mengadakan pertemuan dan menanti ketibaan ketua pengkhianat Azmin Ali yang baru sahaja memasuki dewan mesyuarat.

Masing-masing tenggelam punca apabila mendapat khabar duka Pakatan Harapan akan membentuk kerajaan persekutuan yang baharu tanpa mereka sampai bila-bila.

PAS SUDAH 2 KALI MAIN PINTU BELAKANG – TERINGAT ZAMAN TGNA.

KERAJAAN PINTU BELAKANG.

Peristiwa semalam mengingatan aku kepada sosok hebat Almarhum Tok Guru Nik Aziz.. selepas PRU 2004, Pembangkang ketika itu kalah paling teruk dalam sejarah, Paklah meimpin BN menguasai 2/3 Parlimen.. kemenangan terbesar BN dalam sejarah..hatta Kelantan hanya berkelebihan 1 kerusi… bila bila masa saja boleh tumbang..

Bila pentadbiran Paklah diasak oleh Tun Mahathir.. ketika itu Paklah datang merudingi Almarhum Tok Guru Nik Aziz.. alasan UMNO dan BN itu sama.. demi mempertahankan survival Melayu dan Islam walaupun hakikatnya mereka menguasai 2/3 Parlimen..

Jumlah kerusi Pembangkang ketika itu terutama PAS.. kerusi mereka tak sampai 30 Kerusi Parlimen.. PKR hanya tinggal Wan Azizah seorang di Permatang Pauh.. maka ketika itu datanglah rombongan Paklah menjemput TG Nik aziz ke Istana membincangkan soal Perpaduan Melayu dan Islam.. ketika itu tida ada seorang pun dapat gagalkan rancangan mereka..

Tapi itulah hebatnya sosok tubuh yang bernama TG Nik Aziz.. hatta rundingan itu dilakukan didalam Istana.. ketika peluang kedudukan, Kesenangan dan jawatan didepan mata.. Tetapi Tok Guru NIk Aziz menolaknya.. sedangkan Paklah jauh lebih baik dari Najib.. Paklah cucu kepada Ulama.. ketika kesenangan di depan mata..Tok Guru meninggalkan Istana..

apakah ketika itu Tok Guru menjadi hamba dan tunduk kepada DAP ? Tidak..ketika itu DAP tidak duduk dalam gabungan pembangkang..apakah Tok Guru tunduk kepada Ds Anwar.. tidak ketika itu PKR hanya ada 1 kerusi Parlimen… tetapi Almarhum berpegang kepada prinsip bersama.. jawatan dan kedudukan bukan matlamat utama perjuangan..

Berbeza dengan Haji Hadi, watak Haji Hadi yang kita lihat semalam.. Itulah wataknya yang sebenar..Haji Hadi sanggup bersama siapa sahaja asalkan dapat merebut kuasa dan kedudukan.. agenda perpaduan itu sebenarnya berlaku berulang kali.. berlaku dizaman Paklah.. berlaku dizaman Najib dan berlaku lagi hari ini..

hatta selepas PRU 2008, sekali lagi rundingan berlaku.. Haji Hadi, Nasaruddin Mat Isa merundingi Tok Guru Nik Aziz dengan UMNO.. sedangkan kemenangan 2008 itu PAS menang bersama gabungan PKR dan DAP.. tetapi Haji Hadi ,Hassan Ali, Nasaruddin Mat Isa berunding menubuhkan Kerajaan di Selangor dan Perak bersama UMNO atas nama melayu Islam…

Mufti Perak Dato Harussani ketika itu dihantar sebagai utusan UMNO dan Haji Hadi memujuk Tok Guru Nik Aziz.. ini yang buatkan Tok Guru Nik Aziz cukup marah dengan Haji Hadi, Dr harun Din dan Nasaruddin Mat Isa berkenaan agenda kerajaan perpaduan mereka.. apa yang berlaku ari ini hanya ulangan apa yang berlaku sebelum ini berulang kali..

hatta berlaku ketika Haji Hadi dia berada dalam gabungan Pakatan Rakyat… dia berunding dengan Zahid, berunding dengan Najib hatta dengan Azmin dalam peristiwa Langkah Kajang.. rundingan ini berlaku di dalam gelap..hari ini cuma Allah memperlihatkan kepada kita wajah sebenar Haji Hadi di dalam terang.. inilah wajah orang yang sentiasa berkhianat.. Haji Hadi satu watak yang boleh berjual beli soal prinsip..

Setidaknya belajar lah dari akhlak Almarhum Ustaz Fadzil Noor.. ketika PAS menang besar PRU 1999.. Tun Mahathir ketika itu mempelawa Almarhum Ustaz Fadzil bersama diatas satu pentas menyentuh politik Ummat Islam.. Almarhum Ustaz Fadzil masa itu bersetuju bersama dengan Tun Mahathir menyentuh isu ummat Islam terutama konflik di Palestine.. tapi bila menyentuh soal Politik, Ustaz Fadzil kekal bersama pembangkang walaupun suatu ketika DAP keluar dari gabungan Alternatif..

Amanahnya Ustaz Fadzil dengan kuasa.. Ketika Anwar berada di dalam penjara.. Ketika PAS menang kerusi paling banyak dalam sejarah Pilihanraya.. Ustaz Fadzil kekal menamakan Ds Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.. Sebabnya Ustaz Fadzil Noor berpegang kepada prinsip bersama.. mementingkan matlamat bersama dari kepentingan untuk diri sendiri..

inilah yang membezakan watak, akhlak Almarhum Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Fadzil Noor dan Haji Hadi.. dan mungkin mereka akan faham kenapa aku meletak profile picture Almarhum ok Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadzil.. sebabnya aku menghormai akhlak dan keperibadian mereka.. begitu juga prinsip mereka dalam poltik..

Makan benar kata Sufyan At Tsauri.. Zuhud itu bukan dilihat kepada pakaian..hidup seseorang.. tetapi menyentuh soal kuasa..berkata Sufyan al-Thsauri

“ Aku tidak melihat kezuhudan itu paling kurang melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya ”

al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala.

RAKYAT BENCI UMNO & BN.

1 GAGAL

Apa kata kita biarkan DYMM YDPA buat keputusan. !!
Takyah jadi penganalisa.
Buat semak je.
Hakikatnya rakyat dah rela hati & ikhlas TOLAK BN + UMNO.
Segala penulisan jika tersalah lapor akan jadi fitnah sampah.

# rakyat benci rasuah amalan BN
# rakyat benci salahguna kuasa
# rakyat benci pemimpin penipu
# rakyat benci pemimpin gila wang
# rakyat benci pemimpin gila kuasa
# rakyat benci penyelewengan
# rakyat benci perompak negara
# rakyat benci UMNO BN
# rakyat benci pemakan rasuah
# rakyat benci pemberi rasuah

C&P.

Selamat Tinggal Azmin dan Muhyidin

1 JAHANAM

Selamat Tinggal Azmin dan Muhyidin

Selama ni duk kutuk Tun macam-macam, tuduh Tun nak angkat Azmin, tuduh Tun cover kes video Azmin, tuduh Tun rancang kerajaan pintu belakang dengan PAS dan UMNO… Tun diam tidak menjawab buat-buat tak dengar, rupanya menguatkan lagi andaian bahawa diam Tun seperti mengiyakan segala tuduhan.

Azmin sudah naik syok kerana menyangka Tun di belakang gerakannya mencari sokongan dari MP PAS dan UMNO, kononnya untuk menandatangani SD menyatakan sokongan kepada Tun jadi PM hingga akhir penggal.

Tun diam, kerana dia sudah janji akan lepaskan jawatan selepas Persidangan APEC bulan November nanti.

Rupa-rupanya, dengan PAS dan UMNO, Azmin merancang untuk merampas kerajaan melalui pintu belakang… Akhirnya dia dapat memujuk Muhyidin dan Bersatu untuk mengkhianati Pakatan Harapan… Semuanya dilakukan dengan menjual nama Tun.

Hari Ahad, MT Bersatu mengadakan mesyuarat… Dalam mesyuarat itu baru Tun tahu Bersatu mahu keluar dari PH… Tun tak setuju… Mesyuarat menjadi tegang… Muhyidin tak sangka Tun tak setuju… Kerana dia sudah merancang dengan Azmin dan orang-orangnya, bersama MP UMNO dan PAS untuk ke Istana Negara pada sebelah petangnya, mengadap YDP Agong.

Mereka pergi juga ke istana, Tun tak pergi… Mereka plan nak suruh Tun maklumkan kepada Agong mereka sudah cukup number untuk membentuk kerajaan… Bila Tun tak pergi, 30 buah kereta VIP yang memasuki perkarangan istana negara semalam hanya kunjungan hormat sajalah.

Pada sebelah malamnya mereka buat dinner di Sheraton Hotel… Tentu majlis itu telah dirancang awal, dengan kepercayaan Tun sudah bentuk kerajaan baru petang tadi… Majlis di Sheraton Hotel itu pun Tun tak datang.

Hari Isnin… Pagi, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim berkunjung ke rumah Tun… Selesai saja perjumpaan itu, tiba-tiba Muhyidin mengumumkan Bersatu keluar dari PH… Serentak dengan pengumuman dari SUA PKR bahawa Azmin dan Zuraida dipecat dari PKR, sebelum Azmin sempat mengumumkan keluar parti… Apa maknanya…?

Maknanya kerajaan PH sedang dikhianati oleh Muhyidin dan Azmin… Tindakan Muhyidin seolah-olah memaksa Tun menurut rancangan mereka, kerana kononnya mereka punya majoriti untuk menubuhkan kerajaan Melayu… Tun tidak mahu menurut rancangan itu kerana itu adalah pengkhianatan kepada parti-parti dalam PH… Dalam keadaan yang mendesak dan memerlukan Tun membuat keputusan yang spontan itu, dengan tidak disangka-sangka Tun mengumumkan letak jawatan sebagai PM.

Belum habis lagi, kerana MP Bersatu mempunyai SD menyokong Tun sebagai PM, malas nak terbabit dalam drama itu, Tun umumkan pula letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu… Tergolek Azmin dan Muhyidin.

Sekarang YDP Agong lantik Tun sebagai PM Interim… Sementara dilantik PM yang baru yang punya sokongan majoriti di kalangan MP.

Jadi nampak gayanya selepas ni, Tun Mahathir jadi PM ke-7, kemudian jadi PM Interim sekejap, kemudian PM ke-8 pun Tun Mahathir juga, hingga Persidangan APEC, selepas itu Anwar jadi PM ke-9… Selamat tinggal Azmin dan Muhyidin.

LANGKAH SHERATON SUATU PENGKHIANATAN

1. Di mata Rakyat Azmin, Zuraidah & konco-konconya adalah pengkhianat yg sanggup mengkhianati pemimpin utamanya DSAI, partinya dan gabungan PH yg diberi mandat pada pilihanraya ke-14 yg lepas. Ini menjadikan kerajaan pertama dalam sejarah terkulai di tengah jalan.

2. PBBM juga rakan culprit pengkhianatan secara jelas apabila keseluruhan partinya bersetuju utk pembentukan suatu Pakatan Baru. Hasrat mereka utk menjadi kuasa parti penentu terbesar hancur lebur.

3. Apakah PBBM mengatur langkah daripada awal tanpa pengetahuan Tun M langsung? Apakah Tun M akan bersetuju utk meneruskan Pakatan baru itu sekiranya kelompok tertentu yg terlibat dgn kes jenayah pada malam itu tidak hadir atau tiada dlm list? Mana mungkin parti-parti yg lain percaya andainya ia bukan datang drp Tun? Hanya Tun yg ada jawapannya ini.

4. Sekiranya benar Tun M tidak tahu menahu, maka pastinya Azmin & PBBM menjadi jurujual paling hebat yg menjaja nama Tun M kesana dan kemari.

5. Perancangan yg dibuat separuh masak menjadikan Tun M, terus bertindak mengasingkan diri daripada kelompok pengkhianatan PBBM dengan melepaskan jawatannya sbg Pengerusi, sekaligus menamatkan kegembiraan Azmin, Zahid, Hisham yg berpeluk-pelukan di awalnya.

6. Kini, Azmin & the geng hilang arah. Begitu juga PBBM. Kembali menagih Tun kembali semula kpd PBBM.

7. PAS juga terkedu. Perancangan utk merampas kuasa daripada jalan belakang kecundang. Impian utk melihat pemimpin mereka menjadi Menteri hancur lebur. Luluhlah hati walaun-walaun.

8. Group Azmin, PBBM & PAS adalah perancang utama. Kisah mereka ini bakal tercatat dalam sejarah moden Malaysia sebagai “Suatu Pengkhianatan – Rampasan Kuasa yg Gagal”.

9. Atas apa jua alasan mereka ini, rakyat tidak buta dan bodoh utk menilai betapa hancurnya nilai moral golongan-golongan Eksekutif Negara itu yg saban hari bercakap soal etika, kejujuran, kesetian, amanah kepada rakyat. Merekalah contoh tepat pencabulan moral itu bagaimana ia dilakukan.

10. Demi kuasa, mereka mencaturkan segalanya. Amanah pentadbiran negara dibuat seperti seolah-olahnya pentadbiran negara ini seperti sebuah Syarikat. Diagih mengikut bilangan syer!

11. Kejadian itu menunjukkan negara ini bukan milik mana-mana parti politik. Kuasa pentadbiran negara ini tidak boleh dituntut oleh sesiapa pun.

12. Dalam sekelip mata hilang segala-galanya dek kerana tamak, gelojoh & pengkhianatan segelintirnya. Hari ini kau bukan lagi seorang Menteri, Timbalan Menteri bukan juga sebagai kerajaan.

13. Hari ini negara memasuki fasa baru, yg menzahirkan kebijaksanaan Yang Dipertuan Agung (YDPA) di dalam mengendalikan dan menguruskan sifat tamak & gelojoh barisan Eksekutifnya. YDPA menjadi paksi keadilan, kestabilan dan keamanan negara. Rakyat kini sudah mampu melakar senyuman, fungsi YDPA kini seolah-olahnya pulih sepenuhnya dan tidak lagi menjadi “rubber stamp” yg selama ini dikatakan hanya berperanan menurut kata dan perintah pemain-pemain politik. Tahniah YDPA. Baginda adalah sebenarnya yg telah berjaya merungkai kemelut ini dengan penuh bijaksana.

DAULAT TUANKU…🙏
SEMOGA INSTITUSI RAJA BERPERLEMBAGAAN AKAN TERUS MENJADI PAKSI RAKYAT & NEGARA…

MAHATHIR AKHIRNYA SAHKAN BELIAU MEMANG ADA HASRAT MUNGKIRI JANJI PERALIHAN KUASA

KERAJAAN PINTU BELAKANG.

MAHATHIR AKHIRNYA SAHKAN BELIAU MEMANG ADA HASRAT MUNGKIRI JANJI PERALIHAN KUASA

Dalam perutusan yang disampaikan Tun Mahathir Mohamad petang semalam, selain menunjukkan beliau mahu kembali semula menjadi Perdana Menteri, terdapat juga intipati yang membuktikan dirinya memang ingin memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Dalam perenggan 8 dan 9 ucapan perutusannya sebagaimana disertakan dibawah, jika diteliti, jelas membuktikan hakikat tersebut.

8. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.

9. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.

Perenggan 8 dengan nyata mengesahkan Tun Mahathir mahu meletakkan jawatan dan kemudian menyerahkan kepada Parlimen menentukan siapa yang akan menggantikannya.

Seterusnya, beliau menyebut, jika dirinya masih disokong, dia akan kembali menjadi Perdana Menteri semula.

Wahai Tun Mahathir yang sudah menuju usia 95 tahun, begitukah sepatutnya perjanjian peralihan kuasa yang dipersetujuinya bersama PH?

Mengapa selepas meletakkan jawatan, jika masih disokong oleh Parlimen, masih mahu kembali lagi sebagai Perdana Menteri?

Tidakkah, apabila sudah meletakkan jawatan, ia bermakna beliau harus meletakkan jawatan secara muktamad dan tiada perlu untuk kembali lagi?

Apakah Tun Mahathir sudah lupa konsensus yang ditandatanganinya dan berulangkalinya beliau menyebut akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh dua tahun selepas memegangnya?

Jika sudah ada perjanjian dan diri sendirinya berjanji yang sama, untuk apa lagi diserahkan oleh Parlimen untuk membuat penentuan bakal penggantinya, sambil sedia pula untuk dipilih semula?

Tidakkah PH sebagai sebuah kerajaan sudah memiliki majoriti sejak Mei 2018 lagi?

Perutusan Tun Mahathir petang tadi dengan sendirinya mengesahkan tembelangnya untuk terus berkuasa melalui kuasa Parlimen dan melalui sokongan UMNO dan Pas yang memang beliau mempunyai hubungan lain di belakang tabir dengan kedua-dua parti itu.

Selain itu, Tun Mahathir juga memecah-belahkan Keadilan dengan menjadikan mereka yang pro Azmin Ali sentiasa memihak kepadanya dan menolak Anwar.

Maka, jika setelah Tun Mahathir meletakkan jawatan dan menawarkan untuk dipilih semula, sudah tentulah beliau dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sedia ada, dengan mudah memperolehi sokongan majoriti berbanding Anwar.

Perenggan 9 pula mengesahkan sokongan kedua-dua pihak – kerajaan dan pembangkang – yang dimilikinya menyebabkan beliau belum sedia meletakkan jawatan, mampu memungkiri janji peralihan kuasa dan seterusnya dapat memegang jawatan Perdana Menteri sehingga mati.

Dengan kata lain, ayat dalam perenggan 5 perutusan beliau yang berbunyi – Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa – adalah benar belaka.

Tun Mahathir memang merancang untuk meletakkan jawatan, tetapi juga merancang untuk kembali dan dipilih semula melalui suara Ahli-Ahli Parlimen kedua-dua belah pihak – kerajaan dan pembangkang – walhal perlantikannya sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei 2018 adalah atas mandat PH saja.

Bukan gila kuasa ke tu?

Begitu pun, Tun Mahathir mengakui beliau meletakkan jawatan akhirnya pada Isnin lalu kerana banyak sebab, antaranya kerana tidak sedia bekerjasama dengan UMNO dalam sebuah kerajaan campuran parti-parti pembangkang yang gagal dijadikan kenyataan melalui gerakan Langkah Sheraton yang diusahakan oleh Azmin serta di saat-saat akhir disokong kuat oleh Muhyiddin Yassin.

Tetapi, dalam hal ini, Tun Mahathir hanya enggan bekerjasama dengan UMNO dalam kerajaan campuran saja, namun tidak pula menolak sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang mahu mengekalkannya lagi sebagai Perdana Menteri jika berlaku pengundian antaranya dengan Anwar.

Kenapa tidak mahu bekerjasama dengan UMNO, tetapi mahu pula menerima sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen UMNO?

Siapa yang kaki rasuah yang konon sangat dibencinya itu – UMNO atau Ahli Parlimen UMNO?

Setelah meletakkan jawatan secara mengejut dan kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri interim, Tun Mahathir bagaimanapun sebenarnya terus merancang untuk kembali lagi sebagai Perdana Menteri.

Perenggan 16 perutusannya – Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan dan perenggan 17 – Jika diizin inilah yang akan saya cuba – adalah bukti tanpa hijab tentang gila kuasa dan ingin terusnya beliau berkuasa di negara ini.

Setelah bukan lagi menjadi Pengerusi Bersatu, ideanya mahu melakukan pemerintahan tanpa parti pula?

Kalau tanpa parti, bukankah dirinya nanti akan menjadi paling berkuasa sekali selama mana yang dikehendakinya?

Cukup-cukuplah tu Tun….

(ShahbudinHusin 26/02/2020)
Sebarkan di FB masing-masing tulisan Shabudin Hussin, supaya rakyat sedar.
[6:12 pm, 27/02/2020] +60 19-998 2500: