Pengurangan kos Projek Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL) cukup untuk membina dua lagi menara berkembar Petronas KLCC

1 A D HARTA HARAM1 PEROMPAK UMNO
Pengurangan kos Projek Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL) cukup untuk membina dua lagi menara berkembar Petronas KLCC, kata perunding Malaysia bagi projek itu.
Daim Zainuddin berkata RM21.5bilion atau 32.8 peratus daripada kos awal berjaya dijimatkan, lapor The Star.
“Jajaran baru sepanjang 648km, 40km lebih pendek,” katanya kepada media Malaysia di Beijing hari ini.
KLCC, gambar hiasan
Setelah rundingan beberapa bulan, Pejabat Perdana Menteri (PMO) sebelum itu mengumumkan ECRL diteruskan dengan kos lebih rendah.
Kata PMO kos pembinaan bagi fasa satu dan dua ECRL dikurangkan sebanyak RM21.5 bilion menjadi RM44 bilion. Kos asal untuk projek tersebut ialah sebanyak RM65.5 bilion.
Daim, bekas peneraju Majlis Penasihat kerajaan ketika kerajaan baru dibentuk selepas 9 Mei, bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut.
Katanya, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dijadual mengadakan sidang media berkaitan perkembangan itu pada Isnin depan.
Menurut laporan awal, fasa 1 projek itu sepanjang 688km akan menghubungi Lembah Klang dan Kuatan manakala fasa kedua pula dari Kuantan ke Kuala Terengganu.
Dalam fasa ketiga jajaran itu dipanjangkan ke Kota Baru dan Tumpat.
Projek ECRL asalnya digerakkan Najib Razak yang ketika itu menjadi perdana menteri.
Selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan pada Mei tahun lalu, pelaksanaan ECRL dikaji semula selepas mendapati kosnya terlalu tinggi. C&P.

BUKTI JELAS KERAJAAN CHINA LEBIH ISLAMIK BERBANDING ULAMAK UMNOPAS

ECRL: China pulang sebahagian pendahuluan RM3.1 bilion

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUTRAJAYA, 15 APR: Kerajaan China bersetuju memulangkan semula sebahagian daripada bayaran pendahuluan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) berjumlah RM3.1 bilion yang dibuat pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kepada China Communications Constraction Ltd. (CCCC)

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia akan menerima bayaran pertama berjumlah RM500 juta dalam tempoh seminggu selepas perjanjian baru dimuktamadkan pada 12 April lalu.

 

“RM500 juta akan dikembalikan dalam masa seminggu dari 12 April dan RM500 juta lagi dalam masa sebulan dari 12 April, dengan jumlah RM1bilion.

“Baki akan diselesaikan dalam masa 3 bulan selepas beberapa potongan disahkan seperti tuntutan pembatalan kerja, penggantungan dan pembatalan Jajaran Utara,” katanya.

Mahathir berkata, perjanjian baru ECRL itu menelan belanja RM68.7 juta setiap kilometer berbanding RM95.5 juta setiap kilometer daripada perjanjian asal.

Katanya, jajaran baru dengan mengekalkan landasan berkembar itu akan melalui 20 stesen dari Kota Bahru ke Port Klang dengan tiga stesen pertukaran.

Jajaran membabitkan Selangor, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan itu dijangka menggalakkan pertumbuhan ekonomi sepanjang laluan ECRL.

ECRL: China pulang sebahagian pendahuluan RM3.1 bilion