PN GABUNGAN GOYANG
( Muhyiddin tahu)
KENAPA PN tak didaftar? dan kenapa tiada perjanjian? Sebab masing2 tidak percaya antara satu dengan yang lain.
UMNO rata2 pemimpin ular dan muhyiddin pemimpin baik. Mana mungkin ular diterima tidur satu kelambu. Cari nahaskah ditelan ular sawah?
PAS terlalu ke agama dan ini tak disenangi oleh MCA dan tak disenangi oleh Sarawak juga Sabah kalangan PBS dan Star. MCA parti hilang taring tiada nilai ditolak oleh cina.
MCA baik bubar bikin semak saja dan akan datang terutama PRU15 MCA hilang dari radar sebab parti kalah jarang muncul kembali dan demikian juga UMNO.
UMNO bersahabat dengan MCA ala kadar asal ada parti cina dan sekadar wayang di mata rakyat.
Bila PN dibentuk tanpa janji tanpa manifesto, PAS dan UMNO hantar nama2 untuk duduki kerusi menteri tapi ditolak dan akhir nama tidak dicadang duduki kerusi menteri. PAS
UMNO kecewa muka hitam simpan dendam. Rasa oren?
Kepimpinan PAS dan UMNO marah dalam diam dan jelas dendam. Tunggu kau muhyiddin! Tapi muhyiddin tahu itu.
Keadaan ini cukup ketara, contoh sepatut bung mokhtar MP berpengalaman diberi tugas tapi gigit jari. Nampak dan kesannya bung mahu parlimen dibubar kesan kecewa.
Awal mula Muhyiddin dan Azmin libatkan PAS dan UMNO untuk berkuasa tapi dalam masa sama memang tidak percaya pemimpin UMNO yang masih banyak kes di Mahkamah dan kesannya dipinggirkan. Tindakan Muhyiddin betul.
Visi muhyiddin dan Azmin mahu tarik sebanyak mungkin MP PAS yang tak fanatik agama dan UMNO ke PPBM yang Muhyiddin ketuai tapi gagal.
Malah ada MP PPBM comeback ke PH dan yang lain bakal menyusul. Tidur tak tenang makan tiada nafsu bini tanya tapi semua diam ada siap susun barang2 bakal tinggalkan office kesan PN bakal tumbang. Menteri 3 bulan.
MP PAS dan UMNO tidak percaya Muhyiddin dan Azmin tak hairan bukan saja 130 MP diam2 sertai PH, malah lebih 140 MP bakal sokong PH.
Akhirnya kesan visi Muhyiddin dan Azmin gagal, maka PPBM bawah Muhyiddin bakal tinggal bangkai kembali kepada Mahathir dan Azmin putar memutar putih mata ke kerusi PM.
tak hairan Mahathir semula jadi PM sama ada DSSA timbalan dan selanjutnya ANWAR ambil alih ada dua TPM dari Borneo.
Tak hairan bakal menjadi dan sudahnya Muhyiddin bakal hilang sama macam Abdullah Badawi dan Azmin juga akan lenyap ditelan oleh kes2 sebelum ini. Yang lain banyak kes jadi ahli kabinet di sungai Buloh betong.
Sekadar andaian dan tentu masing2 punya pendapat beda.
ISMAILY BUNGSU
Komunikasi
3/6/2020