Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Umnopas Semakin Rasis Apabila Ketua Pemuda Pas Melaka Ahmad Bilal Raudin Cuba Menjadikan DAP Sebagai Bahan Provokasi Utama.

Ketua Pemuda Pas Melaka Ahmad Bilal Raudin digesa agar membuktikan dakwaan yang mengaitkan agenda DAP dalam pentadbiran kerajaan Negeri Melaka dengan fakta bukannya bermain dengan sentimen kebencian dan manipulasi isu perkauman mengenai Hospital Pakar Putra di negeri itu, kata Ahli Jawatankuasa DAPSY  Melaka Muhamad Danish Zainudin .

Beliau berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) melalui kesemua parti komponen khususnya DAP amat menyokong usaha untuk mengembalikan semula kewibawaan tadbir urus yang lebih bersih, cekap dan bermaruah untuk Melaka dan Malaysia yang lebih baik.

Hospital Putra Melaka: DAPSY tempelak Ahmad Bilal  manipulasi isu perkauman, sentimen kebencian
(Dari kiri) Muhammad Danish Zainuddin dan Ahmad Bilal Raudin

“Saya mencabar Ketua Pemuda Pas Melaka supaya tampil kedepan dan memberikan bukti dan fakta yang jelas terhadap kesemua tuduhan memandangkan tanggungjawab dan beban pembuktian terletak diatas bahu beliau.

“Usahlah bermain sentimen kebencian dan memanipulasi isu perkauman untuk menunjuk jaguh dalam membela nasib rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh Umno dan BN sehingga ke hari ini.

“Ingin saya tegaskan disini bahawa Pakatan Harapan menjunjung tinggi konsep musyawarah dan segala keputusan yang diputuskan harus mendapat persetujuan daripada kesemua pimpinan kesemua parti komponen,” ujarnya dalam kenyataannya.

Muhammad Danish yang juga Exco Pemuda PH Melaka menegaskan sungguhpun DAP mendapat jumlah kerusi undi yang tinggi berbanding rakan komponen PH, namun atas dasar kesepakatan yang utuh dan erat, ujarnya DAP bersetuju memilih Pengerusi Pakatan Harapan Melaka iaitu Adly Zahari untuk memimpin kerajaan negeri Melaka pasca PRU-14.

“Saya amat kesal dengan tuduhan, fitnah dan hasutan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda Pas berkaitan beberapa isu seperti pengiktirafan kerajaan negeri Melaka terhadap lepasan UEC, hal ehwal sumber manusia di Hospital Pakar Putra dan juga pemberian jawatan kepada kroni dan ahli keluarga.

“Saya yakin Ketua Pemuda PAS seorang yang cerdik dan cakna terhadap isu semasa.

“Adakah beliau tidak membaca dan peka terhadap pendirian kerajaan negeri bahawa pengiktirafan UEC ini diperakui selagi mana pembelajaran Bahasa Melayu tidak dipinggirkan atau diutamakan?

“Selain itu, segala tuduhan berkaitan Hospital Pakar Putra milik kerajaan negeri Melaka perlulah disokong dengan fakta yang jelas dan bukan hanya cakap kosong semata – mata.

“Berkenaan isu pelantikan kroni dan dan kaum keluarga pula, ingin saya jelaskan bahawa pelantikan – pelantikan yang dibuat adalah berdasarkan merit dan bukan pelantikan tangkap muat sahaja,” terangnya yang juga Setiausaha Politik kepada Adun Duyong.

Pada Rabu Ketua Pemuda DPP Negeri Melaka Ahmad Bilal Rahudin dalam kenyataannya di Harakahdaily.net dipetik berkata, DAP semakin ketara menyerlahkan watak Abang Besar dan selaku pihak yang sebenarnya ‘menguasai’ Kerajaan Negeri Melaka. Sekali gus bermakna Ketua Menteri, hanyalah semata-mata boneka menjadi ‘Pak Turut’ yang tunduk patuh melaksanakan agenda DAP.

Dakwa Ahmad Bilal lagi DAP dilihat sedang menguasai secara politik kedudukan di Hospital Pakar Putra milik salah satu GLC Kerajaan Negeri Melaka. Di mana kemasukan anggota DAP ke hospital ini adalah dengan menyingkirkan sama pengurusan tertinggi dari kalangan orang Melayu Islam.

Advertisements
No photo description available.

Siasat TMJ? KDN serah pada polis

Timbalan Menteri Dalam Negeri Mohd Azis Jamman berkata pihaknya menyerahkan kepada kpolis untuk memutuskan jika tindakan perlu diambil terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Kita di peringkat kementerian ini, kita serahkan kepada pihak polis untuk membuat tindakan dan berpandukan kepada laporan polis kalau ada,” katanya dalam sesi soal jawab di parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau), yang bertanya sama ada kenyataan TMJ di media sosial dikira melanggar Akta Hasutan 1948 dan kerajaan bersedia bertindak terhadap baginda.

Ismail berkata apa yang berlaku menyebabkan rakyat resah dan menjejaskan kestabilan politik sera kewibawaan kerajaan.

“Dalam masa sama, rakyat dan raja tak boleh dipisahkan,” katanya.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kelmarin memberi amaran tindakan boleh dikenakan terhadap TMJ jika menghasut dan menegaskan baginda tidak kebal di sisi undang-undang.

Menjawab di Twitter, TMJ mempersilakan tindakan itu dan menegaskan beliau cuba membela perlembagaan, Raja-raja Melayu dan agama Islam.

Tunku Ismail bertikam lidah dengan Mahathir berhubung kehendak kerajaan untuk meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

https://www.malaysiakini.com/news/471840?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3z_j1ImblwcnChSkke1EUUE3dKNhbNFqwRsIK3Ge-X4LGA0JllNV7S9Ak