Sogok jawatan kepada ahli parlimen antara punca Indeks Persepsi Rasuah Malaysia jatuh – Takbir 3X

Sogokan jawatan kepada Ahli Parlimen bagi membentuk serta mengekalkan kuasa Perikatan Nasional (PN) didakwa antara faktor terbesar yang menyumbang kepada kemerosotan kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2020.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir berkata, kemerosotan indeks berkenaan perlu dipandang serius oleh kerajaan apatah lagi selepas Malaysia telah mencapai prestasi terbaik pada 2019 dengan peningkatan 10 anak tangga untuk berada di tangga ke 51 berbanding tangga ke 61 pada 2018.

Namun katanya, prestasi baik semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) gagal diteruskan oleh Perikatan Nasional (PN) yang dilihat tidak memiliki iltizam yang jelas dalam membasmi rasuah.

“Penurunan CPI ini sudah pasti akan memberi kesan langsung kepada keyakinan pelabur untuk melabur di Malaysia dan sekaligus meletakkan beban berganda dalam usaha Malaysia memulihkan ekonomi.

“Isyarat jelas hilangnya keyakinan pelabur terbukti melalui dapatan data daripada Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) 2020 yang menunjukkan kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI) amat ketara iaitu penurunan sebanyak 68 peratus dengan hanya mampu menarik pelaburan sekitar US$2.5 bilion.

“Tidak dapat disangkal lagi sogokan jawatan kepada Ahli Parlimen bagi mengekalkan kuasa PN menjadi faktor terbesar disamping keputusan kehakiman dalam ‘melepaskan tanpa dibebaskan’ terhadap kes rasuah berprofil tinggi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Malaysia dilaporkan berada di kedudukan ke 57 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) iaitu jatuh enam anak tangga berbanding tahun lalu.

Pertubuhan antirasuah antarabangsa berkata, disebalik krisis kesihatan dan ancaman global yang dihadapi seluruh dunia, Malaysia pula menghadapi krisis rasuah selepas dua tahun berturut-turut mencatatkan peningkatan sejak 2018 ekoran agenda reformasi institusi di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Untuk tahun 2020, Malaysia mendapat 51 mata dan berada di kedudukan 57 berbanding tempat 51 (dengan markah 53 mata) pada 2019.

Sementara itu, Akmal yang juga ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, kerajaan PN dilihat tidak mampu membawa sebarang reformasi institusi.

Malah katanya, ia ditambah buruk dengan tindakan kerajaan yang tidak telus dalam pengurusan projek-projek bernilai tinggi seperti cara pengendalian pampasan bagi membatalkan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa indeks CPI bagi tahun 2021 akan terus merudum jatuh sejajar dengan langkah Perdana Menteri mengumumkan Proklamasi Darurat yang menyebabkan Parlimen digantung sekaligus menggagalkan proses semak dan imbang. – MD

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s