Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

PRK Tanjung Piai, Tuduhan PAS Makan Diri Sendiri

1 TAATLAH KPD TUN1 MUKMIN KUAT1 TUN M DAN PALESTIN1 MAK CIK PELUK

PRK Tanjung Piai, Tuduhan PAS Makan Diri Sendiri

PRK Tanjung Piai, Tuduhan PAS Makan Diri Sendiri | Allah itu Maha Adil, Dia tidak pernah tidur dan sentiasa menjadi hakim untuk orang-orang yang di zalimi.

Bila saya berbeza pendapat tentang pelaksanaan hudud dan RUU355, saya masih ingat lagi tuduhan pentaksub terhadap saya yang mengatakan saya mencari keredaan DAP, mereka berdoa yang DAP akan menyempurnakan jenazah saya.

Tidak kurang juga yang hendak menanam jenazah saya di jirat Cina kerana secara tersembunyi apabila mereka menuduh saya murtad sebab tidak bersetuju dengan cara Pas hendak melaksanakan hudud dan RUU355.

Mereka langsung tidak memberi ruang untuk husnuzon, walaupun usul RUU355 yang dibawa oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu banyak celanya dan akhirnya usul RUU355 tersungkur di kaki Umno setelah dipermainkan olok-olok selama lima tahun.

Hari ini, Allah telah membuka satu lagi hijab mereka apabila tuduhan kafir yang mereka lemparkan kepada saya dan AMANAH berbalik semula ke atas diri mereka sendiri.
Sesiapa yang menuduh seseorang yang tidak kafir itu kafir, maka kafir itu berbalik kepada dirinya. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Mana-mana orang yang mengatakan kepada saudaranya: Wahai kafir. Maka jatuhlah (kafir itu) ke atas salah seorang daripadanya.” – Riwayat al-Bukhari (6104) dan Muslim (111).

Demi mengabsahkan yang MCA telah suci, bukan setakat ruang husnuzon dibuka seluas tujuh petala langit dan bumi, kesemua dosa-dosa MCA lampau telah dibersihkan seperti mana mereka berjaya menyucikan dosa-dosa Umno di PWTC tempoh hari.

PRK Tanjung Piai, Tuduhan PAS Makan Diri Sendiri

Satu prinsip dicipta untuk menghalalkan hubungan terlarang yang MCA hanya sebagai jurujual yang mana tuan mereka adalah Umno; pelik juga mereka sendiri dengan redha menjadi khadam Umno tanpa paksaan.

Adakah sekarang menjadi khadam Umno satu kemuliaan? Kalau ikut prinsip merosakkan mereka ini, bolehlah tuan Muslim menjual arak janji bartender itu dari kalangan Cina MCA?

Dahulu mereka memainkan naratif yang Ahli Parlimen Melayu/Muslim kurang di Parlimen, demi saudara kafir mereka; satu prinsip pembangkang yang kurang ekstremis diperlukan. Bagaimana kriteria ekstremis itu dipilih, saya kurang mahir.

Tetapi apabila MCA menyediakan 100 peguam untuk tolak RU355, adakah itu belum cukup ekstremis? Itu belum masuk yang MCA juga menghalalkan skandal 1MDB yang mana tuan mereka Umno masih lagi turun naik mahkamah.

Mungkin ikut neraca ekstremis bagi Pas, ialah siapa-siapa yang berkerjasama dengan Pas automatik jadi suci dan siapa-siapa yang melawan Pas walaupun Muslim, taraf mereka akan jadi macam kafir harbi.

Itu belum masuk cubaan mereka hendak merekrut Malaikat Jibril untuk memberi pertolongan demi kemenangan MCA. Mereka lupa, selain dari bagi kemenangan pada Nabi Allah, Malaikat Jibril juga ditugaskan oleh Allah untuk memusnahkan kaum yang ingkar pada perintah Allah.

Bila mana masa kaum tersebut berlaku zalim dan reda pada kezaliman. Bila Allah tutup hijab mereka pada kebenaran akibat dari wala, mereka lupa yang Pas reda dengan kezaliman dan jadi benteng orang-orang yang zalim juga boleh dibinasakan oleh Malaikat Jibrail.

Tidakkah mereka memikirkan yang hikmah Allah tidak memberi mereka kemenangan supaya mereka bermuhasabah diri? Tetapi mereka masih lagi berpaling dan berjalan dengan angkuh di muka bumi Allah.

Apabila calon MCA cuba merasuah pengundi dengan tawaran umrah, tiada sesiapa pun yang berani menegur kerana MCA sudah berada dalam “kaum-kaum yang telah di sucikan”.

Mereka bukan sahaja membenarkan Allah dan Nabi dijual, mereka juga turut sama menjadi broker kepada perasuah dan penzalim demi undi.

Maha Suci Allah yang telah membersihkan nama baik kami yang istiqamah berjuang di atas panji kebenaran walaupun digelar khadam.

Dahulu Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz (ATGNA) juga digelar khadam, tetapi kerana Allah tahu niat yang ikhlas, Allah kurniakan kemenangan pada ATGNA. Apabila kami dikafirkan kerana berbeza pendapat tentang RUU355, tiada satu pun asatizah dari Pas yang tampil untuk menegur pimpinan dan membersihkan nama baik kami; kami pula digelar jebon dan dituduh melawan ulama.

Rupanya-rupanya Allah sendiri telah menjadi pelindung bagi kami apabila Allah menzahirkan apa yang tersembunyi dalam hati-hati mereka dan kesemua tuduhan takfiri mereka telah berbalik pada diri mereka semula. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pembalas. Wallahualam.
Addin.

KENYATAAN MEDIA PILIHANRAYA KECIL TANJUNG PIAI – PAKATAN HARAPAN

Image may contain: 1 person, smiling, text

Kenyataan Media Pilihanraya Kecil Parlimen Tanjung Piai.

Saya ambil maklum keputusan pilihanraya kecil Parlimen Tanjung Piai yang diadakan baru-baru ini.

Saya terima keputusan yang dibuat oleh rakyat Tanjung Piai, walaupun sebelum ini sudah menjangkakan bahawa majoriti akan beralih ke pihak lawan. Jangkaan saya majoriti kekalahan ini tidak melebihi dari 2000 undi. Namun keputusan rasmi majoriti kekalahan sebanyak 15,086 undi.

Satu post-mortem yang terperinci, serius dan jujur diperingkat semua parti akan dibuat bagi mengenal pasti apakah punca sebenar kekalahan pilihanraya kecil ini.

Terima kasih kepada semua yang bekerja keras sepanjang PRK ini.

Dr Mahathir Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan
18 November 2019

https://web.facebook.com/gangutarafc/photos/a.1481865358691763/2510625155815773/?type=3&theater

 

PH Dapat Jimatkan Bajet RM14.75 Juta

Image may contain: 3 people, people smiling

Segala peruntukan akan di hentikan serta merta .
Jd lepas ni apa2 peruntukan termasuk pakej UMRAH boleh mintak dgn Wee Jeck Seng .

Admin berbual dgn Pegawai khas menteri .
Mereka akan tumpukan kepada kawasan2 yg di tadbir PH

Oleh itu kawasan Parlimen BN pandai2 la Ahli Parlimen tu cari sendiri dana 🤭

Alhamdulillah kurang sikit bajet . Jd segala peruntukan boleh di salurkan di kawasan yg tepat .

 

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Memberi Sokongan Penuh Kepada Tuan Haji Karmaine Sardini

1 DOA UNTUK AGONG DAN PH1 JANGAN MENCELA PEMERINTAH

Image may contain: 25 people, people smiling, people standing

Image may contain: one or more people and crowd

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing

KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI TANJUNG PIAI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu surat ini saya tulis bersempena dengan kempen piliharanya kecil bagi Parlimen P.165 Tanjung Piai yang akan berakhir sedikit hari lagi.

Saya percaya calon Pakatan Harapan yang kami tawarkan Tuan Haji Karmaine Sardini, yang juga Ketua Bahagian Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) Tanjung Piai adalah calon yang amat sesuai untuk meneruskan usaha-usaha Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik.

Selain memahami kehendak serta hati budi penduduk setempat, Haji Karmaine pastinya akan mampu meneruskan rancangan pembangunan serta mengagih peruntukan-peruntukan untuk Parlimen ini yang telah berjaya didapatkan dahulu oleh Allahyarham Dr Md Farid.

Dalam lain perkataan Haji Karmaine merupakan calon yang paling baik untuk meneruskan pembangunan dan memastikan kesinambungan kemajuan Tanjung Piai.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,
Pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan telah memasuki usia 18 bulan. Dalam tempoh ini kita telah melalui satu tempoh sukar untuk mengembalikan Negara ke atas landasan yang betul dan memperbaiki kerosakan-kerosakan lalu yang begitu teruk.

Memang benar kita tidak boleh selalu menyalahkan Kerajaan terdahulu di dalam usaha memajukan Negara dan memastikan kesejahteraan rakyat.

Di masa yang sama sudah pasti rakyat yang mengikuti perkembangan kes-kes di mahkamah akan menyedari bahawa kerosakan yang berlaku akibat perbuatan rasuah dan salah guna kuasa hampir menjahanamkan Negara.

Kerana itu salah satu keutamaan Kerajaan ialah mengambil langkah-langkah jelas dan tegas untuk memastikan perbuatan-perbuatan tersebut tidak berulang dan pemimpin-pemimpin Negara tidak berpeluang mencari kemewahan diri tanpa rasa takut akan hukuman yang menanti.

Selain dari menumpu langkah-langkah mengekang perbuatan rasuah dan salah guna kuasa, Kerajaan turut menumpu kepada memulih ekonomi Negara.

Selain menerus rancangan-rancangan Malaysia yang telah disedia, Kerajaan turut memperkenal strategi-strategi jangka pendek dan jangka panjang termasuklah Wawasan Kemakmuran Bersama yang kita yakin akan dapat mengurangkan jurang pendapatan di antara kaum, daerah dan wilayah.
Perancangan-perancangan ini mengambil sedikit masa tetapi rakyat akan mula merasai nikmat tidak lama lagi.

Saya percaya, jika rakyat menilai dengan baik, sudah pasti mereka dapat melihat dan merasai nikmat-nikmat yang datang walaupun secara beransur-ansur.

Selain itu, mereka juga pasti dapat melihat betapa pemimpin-pemimpin dari parti Kerajaan sekarang beserta isteri mereka tidak bermewah-mewah dengan harta rakyat.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Kerajaan ini percaya kepada kesederhanaan di dalam cara berpolitiknya. Terdapat usaha melaga-laga rakyat. Apabila berdepan dengan orang Melayu, mereka menuduh Kerajaan ini walaupun dipimpin oleh orang Melayu menggadai segalanya kepada orang bukan Melayu.

Apabila mereka menemui orang bukan Melayu mereka menghasut bahawa pemimpin bukan Melayu di dalam Kerajaan telah hilang perjuangan mereka kerana menjaga kedudukan. Akibatnya, orang Melayu merasa masa depan mereka tidak terjamin dengan Kerajaan ini. Di masa yang sama orang bukan Melayu turut tidak puas hati dengan ahli-ahli Kerajaan bukan Melayu kerana dituduh membelakangkan kepentingan mereka.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Dua perkara ini tidak boleh berlaku di dalam satu masa yang sama dengan Kerajaan yang sama. Jika orang Melayu merasa bahawa Kerajaan ini gagal mempertahankan kepentingan Melayu, maka orang bukan Melayu seharusnya rasa puas hati.

Dan jika orang bukan Melayu merasa tidak puas hati dengan Kerajaan ini kerana dikatakan tidak mempertahankan kepentingan mereka, seharusnya orang Melayu merasa puas kerana mendapat kehendak mereka.

Ini berlaku kerana Kerajaan ini bertindak di atas dasar konsensus apabila melakukan keputusan. Ini bermakna setiap kepentingan rakyat di ambil kira sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Apabila kita membuat keputusan dengan cara yang demikian setiap kaum dan kumpulan tidak merasa puas hati sepenuhnya.

Bagi saya ini adalah lebih baik dari satu pihak merasa begitu puas hati dan pihak yang lain akan merasa begitu tidak puas hati.

Malaya dan Malaysia maju dari awal penubuhannya kerana sikap tolak-ansur dan semangat kerjasama di antara pemimpin-pemimpin yang dari dulunya berbilang kaum. Semangat dan sikap ini turut dihayati oleh rakyat dan ini telah membuat rakyat Malaysia bersama-sama berusaha menaikkan nama Negara.

Semangat inilah yang cuba dikembalikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan dan ia tidak akan berjaya jika rakyat terpengaruh dengan pendekatan-pendekatan ekstrem yang tidak menghiraukan perpaduan di antara rakyat.

Perlu diingat, permainan politik perkauman ini didalangi oleh mereka yang terdesak kerana berhadapan dengan tindakan undang-undang akibat ketamakan dan keangkuhan mereka ketika berkuasa.

Mereka tidak peduli jika perbuatan mereka itu boleh mengakibat tercetusnya pertembungan di antara kaum kerana bagi mereka, jika berlaku kekacauan, kemungkaran yang telah mereka lakukan akan dipinggir.

Kerana itu, tuan-tuan dan puan-puan perlu memperlihat bahawa kita tidak terpengaruh dengan politik sempit untuk kepentingan diri segelintir mereka.

Jangan berikan mereka peluang untuk terus mengadu-domba rakyat dan cara yang paling mudah ialah tidak mengundi wakil mereka di dalam pilihanraya kecil Tanjung Piai ini.

Sekian, terima kasih.

Dr. Mahathir bin Mohamad
Pengerusi Pakatan Harapan
Pengerusi BERSATU

 

https://web.facebook.com/TunDrMahathir/photos/pcb.10156819495198652/10156819493828652/?type=3&theater

Kontraktor Zaman BN Semuanya Buat Kerja Slow

1 DOA UNTUK AGONG DAN PH1 JANGAN MENCELA PEMERINTAH1 LIDAH NJIB MENERIMA PADAH

Najib ini selalu sangat bagitau ke pentaksub dia, projek itu, projek ini adalah jasa BN di zaman pemerintahan dia.

Pentaksub dia, punyalah percaya, sampai terpekik terlolong Bosku Bosku. Percayalah bulat-bulat.

Mari sini admin nak cerita hal sebenar. Kita mulakan dengan KV Tanjung Piai:

KV TANJUNG PIAI

1. NAMA KONTRAKTOR : STRUKTUR SERUMPUN SDN BHD, NO 11-4-2, JALAN SETIA PERMAI HU -13H,SETIA ALAM,SEKSYEN U 13,40170 SHAH ALAM, SELANGOR.

2. NAMA PERUNDING :
M&R ARCHITECTS SDN.BHD, G-16-GA, JALAN PRIMA SAUJANA 2/E, TAMAN PRIMA SAUJANA, 43000 KAJANG, SELANGOR

3. KOS PROJEK : RM54,083,951.50

4. TARIKH MILIK TAPAK : 30 MAC 2012

5. TARIKH SIAP ASAL : 30MAC 2014

6. TEMPOH KONTRAK :
24 BULAN

7. T & C :
28 & 29 OGOS 2017

8. TARIKH SIJIL PERAKUAN SIAP KERJA (CPC) : 28 DISEMBER 2017

9. EOT NO. 1=
30.3.14 HINGGA 30.08.14
EOT NO. 2 =
31.O8.14 HINGGA 14.01.15
EOT NO. 3 =
15.01.15 HINGGA 29.07.15
EOT NO.4 =
30.07.15 HINGGA 30.8.16
EOT NO.5 =
31.08.16 HINGGA 08.07.17

10. SKOP KERJA PROJEK
a) BLOK BILIK DARJAH 16 UNIT
b) 7 MAKMAL
c) 8 BENGKEL
d) 4 BLOK ASRAMA
e) DEWAN BESAR DAN LAIN2 KEMUDAHAN

Baca elok-elok. Ya, Kolej Vakisional Tanjung Piai ini dimulakan pada zaman BN, tarikh lebih tepat 30 Mac 2012, 7 tahun lalu.

Baca sikit lagi, Tarikh siapnya pula patut pada 2014. 5 tahun lalu.

Benda yang patutnya 2 tahun siap, last-last 28 Disember 2017 baru dapat Sijil Perakuan Siap Kerja. Tak ke gila?

Bertangguh kerja sampai 5 kali, kontraktor Zaman BN semua memang buat kerja slow macam ini kah? C&P.

Kontraktor Zaman BN Semuanya Buat Kerja Slow

1 DOA UNTUK AGONG DAN PH1 JANGAN MENCELA PEMERINTAH1 LIDAH NJIB MENERIMA PADAH

Najib ini selalu sangat bagitau ke pentaksub dia, projek itu, projek ini adalah jasa BN di zaman pemerintahan dia.

Pentaksub dia, punyalah percaya, sampai terpekik terlolong Bosku Bosku. Percayalah bulat-bulat.

Mari sini admin nak cerita hal sebenar. Kita mulakan dengan KV Tanjung Piai:

KV TANJUNG PIAI

1. NAMA KONTRAKTOR : STRUKTUR SERUMPUN SDN BHD, NO 11-4-2, JALAN SETIA PERMAI HU -13H,SETIA ALAM,SEKSYEN U 13,40170 SHAH ALAM, SELANGOR.

2. NAMA PERUNDING :
M&R ARCHITECTS SDN.BHD, G-16-GA, JALAN PRIMA SAUJANA 2/E, TAMAN PRIMA SAUJANA, 43000 KAJANG, SELANGOR

3. KOS PROJEK : RM54,083,951.50

4. TARIKH MILIK TAPAK : 30 MAC 2012

5. TARIKH SIAP ASAL : 30MAC 2014

6. TEMPOH KONTRAK :
24 BULAN

7. T & C :
28 & 29 OGOS 2017

8. TARIKH SIJIL PERAKUAN SIAP KERJA (CPC) : 28 DISEMBER 2017

9. EOT NO. 1=
30.3.14 HINGGA 30.08.14
EOT NO. 2 =
31.O8.14 HINGGA 14.01.15
EOT NO. 3 =
15.01.15 HINGGA 29.07.15
EOT NO.4 =
30.07.15 HINGGA 30.8.16
EOT NO.5 =
31.08.16 HINGGA 08.07.17

10. SKOP KERJA PROJEK
a) BLOK BILIK DARJAH 16 UNIT
b) 7 MAKMAL
c) 8 BENGKEL
d) 4 BLOK ASRAMA
e) DEWAN BESAR DAN LAIN2 KEMUDAHAN

Baca elok-elok. Ya, Kolej Vakisional Tanjung Piai ini dimulakan pada zaman BN, tarikh lebih tepat 30 Mac 2012, 7 tahun lalu.

Baca sikit lagi, Tarikh siapnya pula patut pada 2014. 5 tahun lalu.

Benda yang patutnya 2 tahun siap, last-last 28 Disember 2017 baru dapat Sijil Perakuan Siap Kerja. Tak ke gila?

Bertangguh kerja sampai 5 kali, kontraktor Zaman BN semua memang buat kerja slow macam ini kah? C&P.

Cerita Benar Pemuda Pas diTanjung Piai

1 ADU DUMBA

Cerita Benar Pemuda Pas diTanjung Piai :

Sedih untuk saya ceritakan mengenai nasib PAS diTanjung Piai.

Saya adalah pemuda Pas dari Jerantut, Pahang. Telah turun berkonvoi dengan menaiki motorsikal seramai lebih kurang 50 orang pemuda Pas ke Tanjung Piai untuk berkempen.

Pada sehari sebelum penamaan calon kami berkonvoi beramai ramai ke Tanjung Piai. Dalam hujan dan berpanas, ada yang motosikal ahli kami yang rosak ditengah jalan dan terpaksa berpisah dari berkonvoi. Alhamdulillah kami sampai sesudah subuh diKampung Serkat, Tanjung Piai.

Setelah sampai diTanjung Piai, dihari pertama penamaan calon MCA boleh dilihat yang ramai datang adalah penyokong BN dari luar Tanjung Piai yang dibawa menaiki bas bas persiaran. Kami menaiki motorsikal sendiri itulah perbezaan kami Pemuda Pas dan UmnoBN. Tiada ahli Pas lain yang kelihatan.

Penduduk Tanjung Piai sendiri tidak begitu gembira dengan PRK tersebut. Hasil temu bual saya dengan penduduk Melayu diTanjung Piai rata rata mereka amat mengagumi arwah dan usahanya selama ini yang gigih membantu dan membawa pembangunan walaupun dalam masa yang singkat. Lagipun mereka amat terkejut dengan keputusan BN meletakkan calon MCA untuk mewakili suara Melayu diTanjung Piai. Ini amat mengecewakan mereka.

Malah di malam hari kami berada diTanjung Piai, rata-rata ahli Umno tempatan amat kecewa serta ada yang memboikot PRK tersebut. Ada yang tidak ambil kisah dengan PRK tersebut.

Dijadikan cerita pengalaman yang cukup terkesan dihati kami sebagai ahli Pas dan Melayu. Ada seorang ahli kami yang begitu fasih berbahasa cina telah bercampur dengan wakil jentera MCA dari Kuala Lumpur. Ahli kami yang fasih berbahasa cina hanya mendengar sahaja perbualan Pihak MCA yang telah mengunakan bahasa cina dihadapan kami.

Sahabat saya tersebut telah menyatakan bahawa pihak jentera MCA semasa berkempen telah mengatakan :

1. Melayu Umno memang bodoh, naif dan jahil kerana memberikan kawasan Melayu kepada Cina. Pasti Parlimen Tanjung Piai akan menjadi kawasan MCA selepas ini biarpun MCA jalah atau menang. MCA tetap akan pertahankan kerusi tradisi tersebut walaupun kalah sekalipun.

2. Melayu UMNO bodoh kerana termakan ugutan MCA untuk keluar daripada BN.

3. Ternyata mereka akan mengunakan lagi ugutan tersebut kerana Umno hakikatnya memerlukan undi Cina daripada wakil MCA semasa pru15 nanti.

4. MCA juga mengatakan pada Pru-15 nanti bangsa Cinalah yang akan menjadi “King Maker” yang sebenarnya. Maka MCA akan memainkan peranan untuk mengugut Umno supaya BN/UMNO mengikut segala kemahuan MCA dan bangsa Cina.

6. MCA berkata lagi kita ini untung demi “National Service” kita ada pihak “Kongsi” yang memperjuangkan matlamat dan kemahuan kaum Cina di Malaysia seperti Dong Zhao. Tidak seperti Umno yang sememangnya takut bila kita mengugut mereka.

Saya cukup tergaman bila sahabat saya berkata demikian. Saya tidak percaya . Sahabat saya berkata itulah kelemahan bangsa Melayu jika satu meja pun kaum Cina boleh menikam kami berkali kali dihadapan kami, akibat tidak faham bahasa percakapan mereka sedangkan ada jentera Umno yang gelak sakan bersama MCA walaupun tidak faham perbualan MCA tersebut.