Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Lantikan senator-senator dan menteri, mendedahkan kerakusan-kerakusan MCA dan Umnopas – Aminuddin Yahaya Presiden ISMA

1 ZUL FITNAH AMAT BESAR 41 ZUL FITNAH AMAT BESAR 2.1 ZUL FITNAH AMAT BESAR 31 PAS PEMBURU HARAM1 TUN M INTAI 2

Kini terdapat pihak yg memfitnah saya menjadi parasit yang cuba untuk melemahkan kerajaan. Saya tidak pasti apa hujah mereka.

Tetapi apa yang pasti ialah, mereka tidak selesa apabila saya mengkritik akan sistem politik yang ada hari ini. Mungkin mereka rasa tergugat dengan kritikan saya mengenai lantikan GLC, lantikan senator-senator dan menteri, mendedahkan kerakusan-kerakusan MCA dan sebagainya.

Ada juga yang tidak suka apabila saya mencadangkan agar kita bergerak ke arah sistem ‘semi-demokrasi’ bagi menyelesaikan masalah berebut jawatan di mana jawatan-jawatan menteri dilantik dari kalangan pakar bidang, profesional dan teknokrat sebagaimana Menteri Agama dan Menteri Kewangan kita sekarang. Dengan cadangan ini, sebenarnya saya mencadangkan agar kuasa Agong dipertingkatkan.

Tidak mengapalah, memang lumrah perjuangan. Apa jua kritikan yang diberikan pasti ada yang akan berasa tidak selesa walaupun kritikan itu adalah untuk kepentingan negara. Yang sombong, angkuh dan lupa diri pasti akan jatuh satu hari nanti.

Saya harap agar rakyat akan lebih bijak menilai akan isu-isu semasa terutamanya isu berkenaan dengan politik dan tidak mudah tergugat serta terhasut dengan naratif serangan gerombolan ‘cybertroopers’ milik politikus yang hanya mahu menutup kelemahan mereka.

Kepada pemimpin-pemimpin politik, didiklah penyokong dan ahli untuk berpolitik secara matang berlandaskan kebenaran, bukannya atas kepentingan parti semata-mata. Sentiasalah mendengar teguran-teguran dari marhaen seperti kami, terutamanya NGO-NGO Islam yang bergerak di nadi masyarakat.

Kamilah yang akan menjadi ‘check and balance’ yang sebenar, yang akan setia menasihati kalian tanpa sebarang kepentingan dan propaganda kepartian demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Takkanlah nak harapkan pembangkang (Pakatan Harapan) menjadi ‘check and balance’ kerajaan dalam isu-isu agama, bangsa dan tanah air?

Maka, jangan cuba ‘diamkan’ suara kami.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA
21 Jun 2020

Thanks
t.me/PERPAD