Gambar-gambar diatas sekadar untuk renungan bersama….
INI KISAH HIDUP SAYA – SUDILAH BACA SEHINGGA NOKTAH TERAKHIR
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat, tuan puan yang mengenali diri saya ini. Lama saya diamkan diri kerana kurang sihat. Terganggu fizikal, mental dan emosi. Terima kasih buat semua sahabat, saudara mara dan anda yang pernah bantu saya. Bantuan dan kata kata motivasi bagi saya meneruskan kehidupan.
Rasa terharu.
Buat anda yang terbaca status ini, saya Affeirul Annas Azzandry Bin Azizan. Sudah berkahwin, punyai 3 anak dan seorang isteri. Saya dan isteri merupakan bekas kakitangan MAS yang telah ditamatkan perkhidmatan pada 2015 di mana hampir 4 ribu kakitangan telah diberhentikan secara beramai ramai ketika itu.
Saya diberhentikan dengan pampasan kerana rekod kesihatan. Isteri juga menerima nasib yang sama diberhentikan kerana kerap mengambil cuti menjaga saya. Kami berdua hilang punca pendapatan tetap.
Alhamdulillah.
Saya salah seorang pemegang kad OKU dibawah JKM. Penerima faedah SOCSO bagi Hilang Upaya Kekal setiap bulan dan bantuan zakat. Kemalangan di tempat kerja pada 2008 buatkan saya hampir lumpuh. Sejak tahun 2008 sehingga kini 2019 saya telah menjalani hampir 8 ke 9 kali pembedahan. Masih berhutang kos bil rawatan RM9 ribu di sebuah hospital swasta yang dituntut sehingga kini.
Saya mengalami masalah tulang belakang ‘failed back pain syndrome’. Sekarang masih terbaring berehat di rumah. Baru selesai menjalani pembedahan seminggu yang lalu pada 16/7/2019 di HUKM bagi mengeluarkan set implan yang ke-5 di tulang belakang.
Demi keluarga dan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah, saya kuatkan semangat dan terus berusaha mencari nafkah. Pernah diambil bekerja sebagai pemandu peribadi dan juga memandu Grab sebelum ini sebagai pendapatan sampingan. Saya sembunyikan status OKU untuk diterima bekerja. Saya sembunyikan masalah kesihatan dan bergantung dengan ‘pain killer’. Memburukkan lagi keadaan apabila saya perlu bergantung dengan ubatan PSY. Saya disahkan mengalami major depression, anxiety, panic attack dan OCD.
.
.
(CROWD FUNDING) – PROJECT TFC
Tujuan saya memuat naik posting ini sebenarnya ingin memohon jasa baik sahabat, tuan puan semua yang sudi membantu kami sekeluarga. Saya perlukan dana, modal untuk berniaga demi kelangsungan hidup.
Hampir 2 tahun saya dan isteri cuba berniaga secara kecil kecilan. Menjual dari rumah secara ‘online’ tepung ‘homemade’ serbaguna Tepung Ayam Goreng Thai – TFC Semuanya diproses sendiri dari bahan mentah, pembungkusan dan urusan pengeposan. Hingga kini kami masih terima tempahan dari pelanggan tetap biarpun saya berhenti membuatnya kerana sakit. Sebelum ini saya dibantu isteri tetapi Alhamdulillah sekarang dah setahun lebih dia diambil bekerja. Kerja syif keluar seawal 3 pagi kadang balik kerja pun 3 pagi.
Terima kasih kepada @TV Alhijrah kerana pernah menjemput kami beriklan TFC di siaran tv mereka. Terima kasih kepada pelanggan TFC yang terus sudi support kami. Saya pernah ditawarkan oleh seorang pemilik hotel di India untuk pasarkan TFC di India tetapi sayangnya kami tak ada modal yang besar untuk dikomersialkan. Ada juga yang minta tepung TFC ini di OEM kan.
Untuk dikomersialkan, dari urusan belian bahan mentah secara pukal, standard kelulusan memproses, tempahan minima plastik serta proses pembungkusan, semuanya perlukan modal permulaan yang tinggi. Kenapa tak buat pinjaman perniagaan? Saya tahu tak layak dan tak mampu nak bayar balik pinjaman.
Jadi, saya pohon jasa baik anda yang sudi bantu kami sekeluarga. Saya dah sediakan 1000 pek TFC yang sepatutnya dijual pada bulan puasa yang lalu tetapi keadaan fizikal dan mental saya membantutkan usaha. Bahan mentah yang saya sediakan telah dihantar ke kilang berstatus GMP milik Bumiputera untuk dikisar, digaul dan dibungkuskan. Inilah modal terakhir yang saya gunakan. Saya dah tak punya sumber kewangan lain lagi. Duit simpanan EPF bagi pengeluaran penyakit kritikal selama lebih 12 tahun bekerja pun dah habis dikeluarkan dan digunakan untuk sara kehidupan. Hutang rumah, kereta yang digunakan untuk bergerak dan semua komitmen bulanan telah tertunggak melebihi 3 bulan. Baru tadi pegawai bank datang ketuk pintu rumah untuk pastikan surat peguam sampai ke tangan kami bagi menuntut hutang mereka.
Saya berimpian dan ingin meneruskan projek tepung TFC ini. Jika mampu dikomersialkan untuk dipasarkan di dalam dan luar negara dapatlah saya membantu para peniaga peniaga kecil di luar sana yang ingin berniaga. Sesuai buat mereka yang berniaga gorengan. Saya sendiri dengan kudrat yang bersisa dan jika mampu in shaa Allah saya keluar berjualan ayam goreng.
Buat sahabat, tuan puan yang sudi menghulurkan bantuan, saya tak minta derma sumbangan. Jika anda berminat nak rasa keenakan TFC, cukuplah dengan menempah satu pek untuk mencubanya. Harga jualan TFC adalah RM30 per pek dan sebelum ini dipromosikan pada harga RM20. Ini tak termasuk kos pos. Dengan kenaikan harga bahan mentah, tambahan kos upah kilang, nak jual lah RM36. Ini dah termasuk RM6 bagi menampung kos pos. Tapi tak apalah jika kami tawarkan serendah RM30 per pek, promosi RM50/2 pek dan ini termasuk kos pos bagi seluruh Malaysia. Biar untung sedikit dari tak buat sebarang jualan kan.
Apa uniknya tepung TFC dengan harganya yang agak premium ini berbanding tepung yang ada di pasaran? Tepung 300 gram ini diadun dengan lebih 6 jenis bahan rempah ratus, 100% menggunakan tepung beras, tidak mengotorkan minyak, siap diperasakan, dan setiap pek menjimatkan dengan sukatan kegunaaan yang minima. Sesuai untuk semua jenis bahan makanan gorengan. Anak anak pun suka. Hanya tinggal GAUL, PERAP dan GORENG.
Dengan bantuan tuan puan, dengan izin Tuhan jika dapat 1 juta tempahan, kami mungkin mampu proses di kilang sendiri. Kami sediakan resepi dan kilang yang uruskan semuanya. Tak salah berimpian kan? Harga setiap pek boleh menjadi lebih rendah atau kami sediakan pek 1kg bagi para peniaga. Buat permulaan misi kami sekarang untuk habiskan jualan 1000 pek stok yang tersedia.
Bagi yang sudi membantu, yang berminat untuk menempah dan mencuba TFC, bayaran boleh dibuat ke akaun bank yang disertakan di bawah. Hantar slip bayaran, nama dan alamat lengkap anda ke http://www.wasap.my/60124602352/TFC dan isteri saya akan bantu uruskan pengeposan.
Saya dah tak mampu bayar beriklan di FB. Bantulah saya untuk berpijak atas kaki sendiri. Usaha dan semangat yang bersisa ini kuat demi keluarga. Saya cuba buat yang termampu dan selainnya tawakal saja pada Allah Taala. Sesungguhnya kita tiada daya upaya melainkan pertolongan dariNya. Dia sajalah yang mampu menggerakkan hati tuan puan untuk membantu saya. Moga Allah balas budi baik kalian.
Bagi anda yang telah menempah dan dah cuba TFC sudilah beri review dan kongsikan pandangan anda. Apa yang terkurang dan patut kami perbaiki. Isteri dah tanya,
“Tepung kita banyak banyak nie bila nak jual?”
Cukuplah bagi seorang ayah, suami apabila mampu membuatkan isteri dan anak anaknya tersenyum gembira.
Jika tak keberatan, tak beli pun tak apa. Saya harap dan mohon jasa baik anda untuk bantu #SHARE dan kongsikan status ini kepada rakan, saudara mara anda yang berminat untuk mencuba keenakan tepung serbaguna TFC ini. In shaa Allah semoga dapat meringankan beban kami sekeluarga.
Bayaran tempahan boleh dibuat ke akaun bank,
👉 MAYBANK – 1570 1864 0464 (AFFEIRUL ANNAS)
👉 CIMB – 860 348 2531 (LABBOLAB TRADING)
Alhamdulillah, kami sekeluarga diuji dan ini satu perjuangan hidup. Sabar dan redha.
Terus berusaha,
Annas Azizan