Ramadhan Bakal Tiba, Marilah Kita Sambut Ramadhan Dengan Jiwa Yang Bersih Dan Suci. Kita Bersahur Dan Berbuka Dengan Rezeki Yang Halal, Bukan Rezeki Yang Dicuri Melalui 1MDB Dan Bukan Pula Rezeki Rasuah Yang Berjumlah RM90 Juta Dari Umno. KIta adalah Hamba Allah, Bukan Hamba Kepada Najib Atau Hadi Yang Menyokong Rasuah dan Pecah Amanah. Allah SWT Tidak Akan Menerima Amal Soleh Sesorang Mukmin Yang Makan Rasuah Dan Melakukan Pecah Amanah Dalam Menjalankan Tugas Seharian. Kita Mencari Pahala Dalam Politik Islam Yang Sebenar Bukan Mencari Dosa Dalam Berpolitik. Politik Adalah Sebahagian Dari Ajaran Islam. Jangan Jadikan Politik Sebagai Agama.Wallahu A’lam Bissowab.
ADAKAH DIRIMU TELAH BERSIAP SEDIA UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN AL-MUBARAK?
Ramadhan al-Mubarak bakal tiba tidak lama lagi. Bagaimanakah persediaan kita untuk bertemu dengan tetamu yang sangat ditunggu-tunggu ini?
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak :
1) BERTAUBAT kepada Allah dengan bersungguh-sungguh di atas dosa dan maksiat yang pernah dilakukan.
2) BERDOA agar Allah rezekikan untuk hidup pada bulan Ramadhan dan dikurniakan kesihatan serta kekuatan untuk beribadah dengan sebaik-baiknya.
“اللهم بلغنا رمضان”
3) MERANCANG program dan aktiviti ibadah untuk memanfaatkan peluang menambah pahala sepanjang bulan Ramadhan.
4) MENGHENTIKAN segera segala bentuk perbalahan dan permusuhan dengan sesiapa sahaja.
5) MEMPERBANYAKKAN amalan sunat dan ketaatan kepada Allah khususnya apabila sudah tiba bulan Sya’ban seperti puasa sunat, berqiyamullail, membaca al-Quran, berzikir dan sebagainya.
6) MELANGSAIKAN HUTANG PUASA dan fidyah Ramadhan yang lalu.
7) MEMPERSIAPKAN DIRI DENGAN ILMU tentang hukum hakam dan kelebihan bulan Ramadhan dan pelbagai ibadah di dalamnya.
8 ) MEMPERINGATKAN diri sendiri, ahli keluarga dan rakan-rakan tentang ketibaan bulan Ramadhan.
9) MEMBELI dan MEMBACA buku-buku yang berkaitan dengan hukum hakam ibadah puasa dan kelebihan bulan Ramadhan serta menghadiahkannya kepada masjid, surau dan rakan-rakan.
10) GEMBIRA dan rasa seronok dengan kedatangan Ramadhan al-Mubarak.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,
Mudah-mudahan, niat dan kesungguhan untuk bertemu dengan Ramadhan al-Mubarak akan dikurniakan ganjaran di sisi Allah Taala serta mendapat taufiq daripada-Nya untuk melaksanakan ibadah yang terbaik apabila tiba waktunya nanti.
“Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk mempersiapkan diri sebaik mungkin sebelum tibanya bulan Ramadhan yang mulia.”