Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS #KSSB2020 #COVID19

Image may contain: 6 people

KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS #KSSB2020 #COVID19
Kalaulah kita percaya ketika PKP sedang berlangsung, tidak hanya hari dihitung, sedang ada dalam kalangan kita yang menghitung butir beras dan makanan berbaki di rumah.
.
Ayah Ibu tidak mampu menahan tangis dan terpaksa menguat diri sekadar beralasan kepada anak-anak bahawa kehidupan mereka masih baik-baik sahaja. Sedangkan masing-masing berusaha menyediakan keperluan dalam keterbatasan yang ada.
.
Tujuan mereka hanya satu, sekadar memujuk diri, agar tidak ada lagi rengekan anak-anak kecil mahupun ahli keluarga lainnya yang merasa serba tiada dan serba kurang.
.
Sumber pendapatan berkurangan malah ada yang hilang punca pendapatan. Berubah kehidupan dari ada kepada langsung tiada apa-apa. Serba kekurangan, serba kesulitan, serba kesempitan.
.
Tuan/Puan budiman,
Marilah bersama kami menjadi sebahagian dari punca senyuman dan sedikit kelapangan dengan menyumbang ke Tabung Kempen #KSSB2020 mengangkat keprihatinan dan rasa kasih sayang.
.
Marilah kita sama-sama memastikan, tidak ada sesiapa yang tertinggal tanpa kepedulian.
.
Salurkan sumbangan anda ke
ABIM – 1402-3010-0305-52 (BIMB)
Sila hubungi :
* Farhan (017-5583251)
* Badriah (012-6211545)
.