Duit Lesap Dan Rumah Tiada

No photo description available.

DUIT LESAP, RUMAH TIADA

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2018 YANG
DIKELUARKAN PADA ISNIN (2 DISEMBER 2019)
MENDEDAHKAN:

Felda hanya bina 1,498 buah rumah, padahal ia sepatutnya bina 20,000 buah di bawah Projek Rumah Generasi Baru Felda (PGBF).

Paling mengejutkan! 87% daripada peruntukan telah diguna tetapi Felda tidak bina rumah.

Dalam pada itu, dari 1,498 unit yang dibina, cuma 792 buah telah diserahkan. Ini bermakna, hanya 4% daripada 20,000 buah rumah itu telah diserahkan peneroka Felda. Satu tamparan ke muka orang Melayu yang telah mengundi Barisan Nasional (BN) selama berpuluh tahun.

Peneroka Felda Bangsa Melayu — Rumah Generasi Pertama

Ini menunjukkan bahawa RM757.86 juta telah dibelanjakan untuk membina 1,498 buah rumah itu. Jadi, kos sebuah rumah RM505,914 ! Rumah bernilai setengah juta ringgit tentulah sebuah rumah agam atau banglo mewah untuk keluarga peneroka di kawasan pedalaman.

Namun apa yang menyedihkan, kalangan peneroka bukannya mendapat rumah mewah sebaliknya hanya memperolehi sebuah rumah berharga tak sampai RM50,000 akibat ketirisan di bawah rejim lama.
Berdasarkan peruntukan RM870 juta untuk membina 20,000 rumah kepada peneroka Felda, kos sebenar sebuah rumah secara puratanya lebih kurang RM43,500. Oleh itu perbelanjaan yang sepatutnya digunakan untuk membina 1,498 rumah PGBF sepatutnya cuma RM65 juta.

Namun apa yang berlaku kini menunjukkan 1,498 buah rumah itu dibina dengan kos RM757.86 juta. Itu bermakna RM692 juta lesap dalam projek ini!

Laporan audit itu turut mendedahkan bahawa syarikat pemaju projek PGBF itu dilantik secara rundingan terus, tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun (1982 hingga 2004), telah dilantik sebagai pengerusi Felda mulai 1 Januari 2011 oleh Pejabat Perdana Menteri ketika pentadbiran Najib Razak. Shahrir Abdul Samad menggantikan Isa pada Januari 2017 setelah Felda rugi bertahun-tahun. Isa sekarang menghadapi satu tuduhan pecah amanah dan sembilan dakwaan terima rasuah.