Mengeluarkan Zakat daripada 
modal induk haram

1 HARAM PUASA 1MDB1 PARTI LANUN

 

SAYA mempunyai kemusykilan yang sekian lama bersarang di minda. Soalannya, apakah hukumnya apabila sebuah syarikat induk yang menjalankan perniagaan 100 peratus haram. Misalnya kilang arak dan pusat perjudian dan kemudiannya ia menubuhkan sebuah anak syarikat yang menjalankan penternakan ayam (iaitu halal 100 peratus). Apakah anak syarikatnya itu wajib menunaikan zakat perniagaan? Bukankah anak syarikat itu mendapat suntikan modal daripada induknya yang jelas haram perniagaannya? Harap penjelasan ustaz, terima kasih.

JAWAPAN

Segala puji-pujian bagi Allah SWT yang terus memberikan kita kekuatan akal fikiran sehingga dapat terus berfikir demi kebaikan diri dan ummah keseluruhannya. Sesungguhnya, soalan yang dikemukakan oleh saudara ini amat besar faedahnya. Moga-moga saya diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk memberikan jawapannya.

Sebenarnya, jauh sebelum saudara mengemukakan soalan ini, pihak pusat zakat memang ada menerima zakat dari syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan yang halal, namun diketahui juga bahawa induknya memang menjalankan perniagaan yang haram. Maka di sinilah timbulnya perbahasan ulama mengenai status harta yang diperoleh secara haram, kemudian diserahkan kepada pihak lain, apakah statusnya berkekalan haram atau tidak?

Sebelum itu, suka dinyatakan bahawa ulama sebenarnya membahagikan harta yang haram itu kepada dua cara memperolehnya:

  1. Haram dengan cara menzalimi orang, misalnya dengan merompak, menipu, riba, mencuri, memeras ugut dan meragut.
  2. Haram tetapi tanpa menzalimi orang, misalnya menjalankan perniagaan arak, perjudian, pelacuran, rasuah dan kelab disko.

Apakah kesannya daripada kedua-dua kaedah memperoleh harta haram berkenaan kepada zakat? Ya, hakikatnya memang ada kesannya dan ada hukumnya yang tersendiri. Bagi pihak yang mendapatkan harta melalui cara yang pertama, iaitu dengan cara menzalimi orang lain, maka harta yang diperolehnya itu adalah haram mutlak ke atas dirinya, malah haram juga diterima oleh orang lain jika mereka mengetahui ia adalah daripada hasil kezaliman.

Nabi Muhammad SAW menyatakan dengan jelas: Allah tidak menerima solat tanpa bersuci dan sedekah daripada pengkhianat (penzalim). (riwayat Imam Muslim)

Maka, orang yang mendapatkan harta dengan cara menzalimi orang lain, hakikatnya dia telah melakukan dua kejahatan. Pertama, mencari harta dengan cara haram dan kedua, menzalimi orang lain pula.

Harta yang diperoleh dengan cara seperti ini, tidak ada jalan lain kecuali hendaklah dikembalikan kepada pemilik asalnya, kerana memang diketahui daripada siapa ia diperoleh.

Setelah dikembalikan atau diminta halal maka wajib bagi si penzalim meminta ampun kepada orang yang dizaliminya dan bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat nasuha.

Sementara itu, bagi pihak yang mendapatkan harta dengan cara kedua, ada perbahasannya yang lebih panjang. Fuqaha menyatakan, harta berkenaan memang haram mutlak buat diri orang yang mendapatkannya, namun apabila dia memberikannya kepada orang lain, maka keharaman itu tidak pula berjangkit kepada pihak yang menerimanya.

Orang yang menerimanya, halal menikmatinya biarpun dia tahu asal harta itu diperoleh daripada sumber judi, riba dan arak.

Contohnya, si Abu mendapat wang dengan cara membuka disko (di dalam disko ada arak dan judi), kemudian si Abu memberikan wang hasil perniagaannya kepada si Ali atas dasar menjelaskan hutangnya. Maka halal bagi si Ali menikmati wang berkenaan, biarpun si Ali tahu wang itu berasal daripada hasil arak dan judi.

Kenapakah wang itu menjadi halal kepada si Ali; namun haram kepada si Abu? Harus diingat, haram kepada si Abu kerana sudah terang lagi bersuluh dia melakukan pekerjaan yang haram dan pastilah hasilnya juga adalah haram. Manakala bagi si Ali, dia menerima wang itu bukan atas dasar jual beli arak atau judi, tetapi atas dasar hutang. Si Abu membayar hutangnya, maka si Ali menerima hutang. Hutang adalah halal.

Haram kepada halal

Sebelum menamatkan jawapan ini, ingin dikemukakan sebuah hadis bagaimana suatu hari Nabi Muhammad SAW memakan kambing yang asalnya disedekahkan kepada Barirah, bekas hamba Aisyah rha. Perlu diingat, Nabi SAW dan seluruh keturunannya haram memakan sedekah.

Lalu, kenapakah Nabi memakan sedekah yang diberikan kepada Barirah tersebut? Bukankah ia haram kepada Nabi? Tidak lain, kerana Barirah yang menerima sedekah itu dan kemudiannya kala Barirah memberikannya kepada Nabi, Barirah telah memberikannya sebagai hadiah (berubah status kambing berkenaan, daripada haram kepada halal).

Lalu nabi menjelaskan: Untuk dia (Barirah adalah) sedekah, untuk kita (Nabi dan Aisyah adalah) hadiah (halal dimakan). (riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Ia menunjukkan, asal harta itu haram bagi Nabi, namun berubah menjadi halal apabila Barirah menukarnya daripada sedekah kepada hadiah. Asal harta bagi syarikat induk adalah haram (kerana terlibat dengan arak dan judi); namun ia menjadi halal di sisi anak syarikatnya kerana menjalankan perniagaan minyak angin. Apa yang diambil kira bukan sebelum itu, tetapi keadaan sekarang, iaitu perniagaannya yang halal.

Kesimpulannya, wajiblah zakat bagi mana-mana pihak yang menerima harta yang didasari pekerjaan yang halal, biarpun dia tahu dia dibayar oleh pihak sebelumnya daripada sumber yang haram.

Samalah seperti kakitangan awam yang tahu sumber perbendaharaan negara adalah bercampur antara segala macam yang halal dan haram, namun dia bekerja sebagai guru dan pekerjaannya adalah halal, maka wajiblah dia mengeluarkan zakat atas pendapatannya sebagai guru. Wallahua’lam.

Berbalik pada kes Ali yang disebutkan sebelum ini tadi, banyak sekali dalil yang boleh dikemukakan demi menguatkan hujah kehalalan bagi si Ali menerimanya. Antaranya, Allah SWT menyatakan di dalam surah al-An’am, ayat 164: Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seseorang atau satu individu) melainkan dialah yang menanggung dosanya (sendiri) dan seseorang yang boleh memikul (dosa) tidak akan memikul dosa orang lain (pelakunya).

Jelas di sini, si Ali menerima hutang, itu hak Ali. Dia tidak akan dipertanggungjawabkan atas kejahatan dan dosa si Abu dalam mendapatkan wang untuk membayar hutangnya. Abu berdosa, Ali tidak.

Mungkin ada pihak yang berhujah, bukankah itu namanya seperti bersubahat atau bersekongkol dengan kejahatan? Bukankah sepatutnya jika si Ali sudah tahu si Abu mendapat wang dengan jalan yang haram, maka dia patut menolak wang itu agar si Abu mencari sumber yang lain? Jawapannya, tidak dinamakan subahat atau bersekongkol bagi Ali tatkala dia menerima hutangnya.

Namun, atas dasar Islam mencegah kemungkaran, maka wajiblah bagi si Ali membuat suatu tindakan agar pekerjaan haram si Abu dapat dihentikan. Misalnya, memberikan nasihat, teguran malah jika perlu meminta pihak berkuasa agama menutup perniagaan haram berkenaan.

Pendek kata, dia tidak boleh reda dengan pekerjaan si Abu, apatah lagi jika menggalakkannya pula. Jika dia menggalakkan Abu kekal bermaksiat, baharulah jadi subahat.

Maka, berbalik kepada persoalan yang telah dikemukakan di atas tadi, bagaimanakah status zakat perniagaan sebuah syarikat yang halal 100 peratus (misalnya syarikat minyak angin) tetapi ditubuhkan oleh sebuah induk yang haram 100 peratus?

Dengan berpandukan dalil dan kaedah di atas, maka jelas bahawa zakat perniagaan yang dikeluarkan oleh syarikat penternakan itu adalah halal, hasil perniagaannya halal dan boleh diterima sebagai zakat perniagaan. Alasannya:

Wang yang haram hanya kepada induknya (kerana jelas perniagaannya haram), apabila berpindah kepada anak syarikat ia sudah berubah menjadi halal. Ertinya induk tidak boleh membayar zakat perniagaan, tetapi anak syarikatnya boleh.

Perniagaan yang dijalankan oleh anak syarikat adalah berbeza, iaitu halal maka halallah kesemua pendapatan anak syarikat itu dan halal jugalah zakatnya.

ZAKAT wajib dikeluarkan bagi sumber pendapatan yang halal, walaupun daripada sumber yang haram. – Gambar hiasan.

http://www.utusan.com.my/mega/agama/zakat-daripada-8232-modal-induk-haram-1.104325

Penafian: Semua Komen di bawah tidak mencerminkan pendirian atau pandangan Utusan, ia merupakan pandangan peribadi penulis.

 

Hukum Sedekah Dengan Wang Haram

Hukum Sedekah dengan Uang Haram

Tiap umat islam tentu tidak asing dengan amalan mulia yang bernama sedekah menurut islam, dimana amalan tersebut tentunya diberikan untuk orang lain sesuai dengan kewajibannya yang terpenting terlebih dahulu yakni anak istri, orang tua, kerabat dekat, tetangga dan teman dekat, dan seterusnya hingga ke semua saudara yang membutuhkan.

ads

Tentu tidak ada rumusnya sedekah pada orang yang jauh sementara anak istri atau keluarga dan orang tua sendiri telantar ya sobat? Nah sobat, bersedekah memang dapat menambah pahala bagi orang yang melakukannya. Dengan bersedekah sobat dapat “menabung” amal sobat besok di hari pembalasan.

Allah berfirman: “Orang orang yang menafkahkan hartanya di malam dan siang hari, secara sembunyi sembunyi dan terang terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” [QS. Al Baqarah, 274].

Sedekah dengan Uang Haram

Banyak cara untuk keutamaan sedekah, seperti memberi uang kepada orang yang membutuhkan, mengisi kotak amal, dsb. Yang menjadi salah kaprah adalah, banyak dari orang yang sedekah dengan uang haram, seperti uang hasil korupsi, mencuri, dsb. Mungkin orang tersebut berpikir dengan bersedekah dapat menghapus amal amal buruk orang akibat kejahatan yang dilakukannya tersebut.

Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya Allah itu bagus, tidak menerima kecuali dari yang bagus pula. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang orang beriman, sebagaimana Dia perintahkan kepada para Rasul, lalu berfirman: “Hai para Rasul, makanlah yang baik baik dan berbuatlah yang baik pula.” [Al Mu’minun, 51]. Dan firman “hai orang orang yang beriman, makanlah yang baik baik dari rizqi yang telah Kami berikan kepada kalian.” [QS. Al Baqarah, 172]. (Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sobatbnya Shahih muslim).

Dari firman Allah dan hadist Rasulullah tersebut jelas ya sobat, bahwa Allah menyukai segala sesuatu yang bersih dalam artian bersih nilainya, bersih hatinya, bersih cara mendapatkannya, dsb. Dan harta dari uang haram itu sendiri tentu jelas bukan harta yang bersih ya sobat? bagaimana mungkin memberi kebaikan kepada orang lain dan berharap mendapat hikmah sedekah dari hasil kejahatan?

Harta yang Tidak Bernilai dan Tidak Berpahala Jika Disedekahkan

Nah sobat, untuk lebih memahaminya lagi, harta haram itu sendiri ada beragam pembagiannya, yakni sebagai berikut menurut para ulama,

  • Harta yang haram secara zatnya. Contoh: alkohol, babi, benda najis. Harta seperti ini tidak diterima sedekahnya dan wajib mengembalikan harta tersebut kepada pemiliknya atau dimusnahkan.
  • Harta yang haram karena berkaitan dengan hak orang lain. Contoh: HP curian, mobil curian. Sedekah harta semacam ini tidak diterima dan harta tersebut wajib dikembalikan kepada pemilik sebenarnya.
  • Harta yang haram karena pekerjaannya. Contoh: harta riba, harta dari hasil dagangan barang haram. Sedekah dari harta jenis ketiga ini juga tidak diterima dan wajib membersihkan harta haram semacam itu. Namun apakah pencucian harta seperti ini disebut sedekah? Para ulama berselisih pendapat dalam masalah ini. Intinya, jika dinamakan sedekah, tetap tidak diterima

Intinya ialah sebagai berikut ya sobat :

  • Harta dari uang atau benda yang tidak halal cara mendapatkannya, misalnya mencuri, korupsi, menipu, dll.
  • Harta atau benda dari hasil riba dimana hasil riba didapat dari uang orang orang yang berhutang.
  • Harta atau benda yang haram dari segi dasarnya misalnya daging babi, alkohol, daging anjing, dsb.
  • Harta yang disedekahkan dengan niat riya dan bermaksud meminta balas budi di kemudian hari.

Nah sobat, jadi jelas ya sobat, bahwa hukum sedekah dengan uang haram hukumnya dalam islam ialah dilarang, sebab harta tersebut tidak baik dari awal cara mendapatkannya, sehingga tidak pantas jika diberikan kepada orang lain terlebih jika mengharap pahala, tentunya tidak akan sebab tidak berkah dan tidak ada maknanya dalam islam.

Dalil Haramnya Sedekah dengan Uang Haram

Sedekah dengan uang haram sudah banyak dibahas dalam syariat islam ya sobat, dari beragam dalil berikut nantinya sobat akan memahami bahwa hukum bersedekah dengan uang haram apapun alasannya tidaklah diperkenankan dalam islam sebab sedekah ialah amalan mulia yang juga harus dilakukan dan diawali dengan cara yang mulia juga, yuk sobat simak selengkapnya, baca satu persatu untuk lebih memahaminya ya sobat.

1. Syekh Al Mubarakafuri dalam sobatb tuhfat Al Ahwadzi: Arti dari kata baik(Thayyib) di dalam hadits di atas adalah yang halal. Jadi, harta yang haram tidak dapat di terima oleh Allah, seperti komentar dari Syekh Al Mubarakafuri dalam sobatb tuhfat Al Ahwadzi, tentang arti baik (thayyib) dalam hadits di atas. Beliau bahkan menuqil maqolah dari imam Qurthubi yang berbunyi “Sesungguhnya Allah tidak menerima Shadaqah/zakat dengan harta yang haram, karena harta haram bukanlah milik orang yang bersedekah, dan dilarang baginya untuk menggunakannya. [Tuhfat Al Ahwadzi, Syarah sunan tirmidzi].

2. Dari Ibnu Umar RA:”Allah tidak akan menerima menerima Shalat orang yang tidak bersuci, dan tidak menerima sedekah/zakat dari harta ghulul(hasil curian atau korupsi).” [Shahih muslim bab Wujuub At Taharah li As Shalat].

3. (Musnad Ahmad 1/387). “Seorang hamba memperoleh harta haram lalu menginfakkannya seolah-olah diberkahi dan menyedekahkannya semua hartanya seolah-olah diterima melainkan usahanya itu makin mendorongnya masuk ke neraka, sesungguhnya Allah tidak akan menghapuskan keburukan dengan keburukan, akan tetapi menghapuskan keburukan dengan kebaikan; sesungguhnya kenistaan tidak akan menghapuskan kenistaan

4. Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,n “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu thoyyib (baik). Allah tidak akan menerima sesuatu melainkan dari yang thoyyib (baik).“ (HR. Muslim no. 1015).

5. (HR. Muslim no. 1014). “Tidaklah seseorang bersedekah dengan sebutir kurma dari hasil kerjanya yang halal melainkan Allah akan mengambil sedekah tersebut dengan tangan kanan-Nya lalu Dia membesarkannya sebagaimana ia membesarkan anak kuda atau anak unta betinanya hingga sampai semisal gunung atau lebih besar dari itu

6. (QS. Al Mu’minun: 51). “Wahai para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal shalih. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan
Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu.’

7. (QS. Al Baqarah: 172). “Wahai Rabbku, wahai Rabbku.” Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dari yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan do’anya?“ (HR. Muslim no. 1014)

Jika Seseorang Telanjur Sedekah dengan Harta Haram

Nah sobat, lalu bagaimana jika ada orang yang sedekah dengan harta haram, misalnya pencuri karena ia tidak tahu hukumnya atau mungkin karena ia bertaubat dan berharap dengan sedekah dapat mengampuni dosa mencurinya? untuk hal tersebut demikian menurut para ulama.

  • Jika bersedekah atas nama pencuri, sedekah tersebut tidaklah diterima, bahkan ia berdosa karena telah memanfaatkannya. Pemilik sebenarnya pun tidak mendapatkan pahala karena tidak ada niatan dari dirinya. Demikian pendapat mayoritas ulama.
  • Jika bersedekah dengan harta haram tersebut atas nama pemilik sebenarnya ketika ia tidak mampu mengembalikan pada pemiliknya atau pun ahli warisnya, maka ketika itu dibolehkan oleh kebanyakan ulama di antaranya Imam Malik, Abu Hanifah dan Imam Ahmad.
  • Jika pencuri bertaubat dan ingin berubah, harta hasil curian dapat diberikan kepada yang membutuhkan jika tidak dapat mengembalikan kepada yang berhak, namun hal itu semata hanya karena membersihkan harta saja dan tidak bernilai sedekah.

Kesimpulan

Dari segala pembahasan yang telah diulas di atas, dapat diambil kesimpulan berikut ya sobat,

  • Sedekah adalah amal yang amat dicintai Allah sebagai penyuci harta dan sebagai pelancar jalan rezeki dan keberkahan dunia akherat.
  • Sedekah harus dilakukan dengan harta atau benda yang berasal dari uang yang halal.
  • Sedekah dari uang atau benda hasil mencuri, korupsi, menipu, dsb tidak sah dan tidak mengurangi dosa akibat perbuatan buruk yang dilakukannya tersebut.
  • Sedekah dengan harta haram apapun niatnya dan caranya tidak diperbolehkan dalam islam.
  • Bagi pencuri atau pendosa yang ingin membuang harta haramnya dapat diamalkan kepada orang lain yang membutuhkan namun tidak dianggap sedekah, hanya sebagai jalan untuk bertaubat jika memang hasil harta haram tersebut tidak bisa dikembalikan kepada pemiliknya.

Jadi jelas ya sobat, yuk sedekah semampu kita saja tak perlu memaksakan dengan cara mencuri, jika memiliki niat yang sungguh sungguh untuk beribadah dan membantu orang lain tentu selalu ada jalan ya sobat. Demikian yang dapat disampaikan penulis, sampai jumpa di artikel islami berikutnya Terima kasih.

https://dalamislam.com/hukum-islam/hukum-sedekah-dengan-uang-haram

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan