Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Yapeim peruntukan RM4juta untuk Program Foodbank 1.0

Food Bank 1.0 merupakan pendekatan YaPEIM bagi membantu meringankan beban ditanggung golongan isi rumah B40 dan pelajar di institusi pengajian tinggi. – Foto Arkib Yapeim

PERMATANG PAUH – Sepanjang tahun 2019, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) telah pun memperuntukan sejumlah RM4 juta bagi melaksanakan Program Foodbank 1.0 untuk seluruh negara.

Demikian dinyatakan oleh Pengurus Negeri, Pusat Pentadbiran YaPEIM Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Mohd Fauzi Adnan ketika majlis agihan bantuan makanan percuma kepada 400 pelajar terpilih UiTM Pulau Pinang sepanjang minggu peperiksaan akhir yang sedang bermula mulai 30 Disember sehingga 20 Januari 2020.

Menurut beliau lagi, program tersebut merupakan pendekatan YaPEIM bagi membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT).

“Seramai 400 pelajar terdiri daripada 160 pelajar Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) dan 240 pelajar Program Diploma UiTM Pulau Pinang telah dipilih untuk diberikan makanan percuma kali ini.

“Mereka diberi makan sebanyak enam kali secara percuma dan diagihkan sepanjang minggu peperiksaan akhir.

“Dengan sumbangan tersebut sedikit sebanyak ia dapat meringankan beban para pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan tersebut, ” tegasnya.

Program ini turut mendapat kerjasama Unit Pra Pendidikan Tinggi, Unit Zakat, Wakaf dan Sedekah, Bahagian Pendidikan Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni serta Kesatuan Kakitangan Umum UiTM yang telah membantu mengenal pasti pelajar yang layak untuk menerima bantuan tersebut.

Hadir sama dalam majlis agihan makanan tersebut ialah Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik UiTM Pulau Pinang, Prof Madya, Ir, Dr Ahmad Rashidy Razali. – Malaysia Dateline

http://www.yadim.com.my/v2/yapeim-peruntukan-rm4juta-untuk-program-foodbank-1-0/?fbclid=IwAR0XVgsvRD0Hxr2CR9TQtuNIWKScb5M2j5cYr1YSvNmIYUPlKhajVPouMLI

Dunia Islam digesa pertingkat, pupuk budaya inovasi

Dunia Islam digesa pertingkat, pupuk budaya inovasi

JAUHI BUDAYA YANG SENTIASA MENYALAHKAN BANGSA LAIN DAN AGAMA LAIN (BUDAYA JAHAT YANG DIBAWA OLEH UMNOPAS DIBUMI MALAYSIA) TETAPI BUKTIKAN ISLAM AGAMA ADALAH AGAMA TERBAIK.

KUALA LUMPUR – Negara-negara Islam perlu perkukuhkan lagi sistem pendidikan masing-masing terutama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam usaha memupuk semangat inovasi dan menyesuaikan diri dengan dunia yang pesat berubah.

Bacaan lanjut di web rasmi YADIM

INCEIF berpandangan inovasi daripada dunia Islam amat kurang walaupun mempunyai begitu banyak sumber asli dan sumber manusia. – Foto lowyat.com

KUALA LUMPUR – Negara-negara Islam perlu perkukuhkan lagi sistem pendidikan masing-masing terutama dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam usaha memupuk semangat inovasi dan menyesuaikan diri dengan dunia yang pesat berubah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (Inceif), Profesor Datuk Dr Azmi Omar berkata, mereka memiliki potensi besar untuk menawarkan sumbangan positif kepada komuniti global.

Beliau mengambil perhatian bahawa inovasi daripada dunia Islam amat kurang walaupun mempunyai begitu banyak sumber asli dan sumber manusia.

“Kita perlu kembali kepada pendidikan di mana negara-negara Islam perlu memberi tumpuan pada inovasi, yang bermakna perkukuhkan lagi STEM dan bidang berkaitan…untuk mendorong mereka menjadi inovatif.

“Kita memiliki sumber-sumber tetapi kita tidak mampu menjadi inovatif. Sudah tiba masanya untuk bergerak ke arah budaya inovasi,” katanya menjelang Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 dijadual berlangsung mulai 18 sehingga 21 Disember.

Prof Azmi mengesyorkan agar negara-negara Islam mengenal pasti dan memanfaatkan kekuatan masing-masing dan meningkatkan kerjasama dalam kalangan mereka.

Sidang kemuncak itu akan mengupas dan mencari penyelesaian baharu dan boleh digunakan untuk menangani pelbagai masalah yang melanda dunia Islam, dan menyumbang ke arah menambah baik keadaan di negara Islam dan umat Islam.

Sidang kemuncak itu yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga akan menumpukan untuk membina semula peradaban Islam. – Bernama

http://www.yadim.com.my/v2/dunia-islam-digesa-pertingkat-pupuk-budaya-inovasi/?fbclid=IwAR1tAYAvpU3tNM6ikQFrkE-o96lJzxbRlsRoutWQu_q30gWg8sZK0FpVJVc

1 ULAR PAS

AGAMA ISLAM ROSAK DI BUMI MALAYSIA KERANA PERBUATAN KEJI UMNOPAS.

PERDANA MENTERI MAHU YADIM MAIN PERANAN UTAMA LAHIRKAN PENDAKWAH

No photo description available.

BERITA YADIM TV SIRI 33 / 2019 (13 Disember 2019)

Penyampai Berita : Hadijah Musanip
.
ANTARA PAPARAN MENARIK MINGGU INI:

✅ PERDANA MENTERI MAHU YADIM MAIN PERANAN UTAMA LAHIRKAN PENDAKWAH

✅ TABUNG WAKAF PENDIDIKAN UNTUK PEMBANGUNAN PELAJAR

✅303 PELAJAR PADANG BESAR TERIMA SUMBANGAN YADIM

✅JABATAN PENJARA MALAYSIA BERI PENGHARGAAN KEPADA YADIM KEDAH

✅KUNJUNGAN HIMSAK KE YADIM BUKA RUANG KERJASAMA DAKWAH

✅YADIM BERJAYA KEKAL KETIDAKPATUHAN SIFAR 2 TAHUN BERTURUT-TURUT

📌 Berita YADIM TV akan bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 9.00 pagi.

(Jom LIKE & FOLLOW Page @Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim)

#yadimMy #dakwah #sayangiYadim #sayangiMalaysiaku
#yadimdihatiku #rahmatanlilalamin #fastabiqulkhoirot #solidaritikedamaian #unitmediadanpenyiaran #YADIMTV #MALAYSIARAHMAH

https://web.facebook.com/480621232017153/posts/2700740103338577/?_rdc=1&_rdr

 

PENCARIAN GURU TAHFIZ BAGI PROJEK KHAS PENGAJIAN TAHFIZ DI ILDAN-YADIM TAHUN 2020

PENCARIAN GURU TAHFIZ BAGI PROJEK KHAS PENGAJIAN TAHFIZ DI ILDAN-YADIM TAHUN 2020

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam proses untuk mewujudkan sebuah institusi tahfiz Al-Quran. Dengan ini, kami mempelawa kepada para guru-guru yang berkelayakan untuk menyertai kami.

Berikut adalah beberapa maklumat berkaitan perkara di atas,

a. Warganegara Malaysia.

b. Lelaki.

c. Kelayakan minima Diploma Tahfiz Al-Quran.

d. Berpengalaman sebagai guru tahfiz satu keutamaan.

——

Di antara tugasan adalah seperti berikut:

– Membantu membangunkan modul tahfiz (modul khas YADIM)

– Mengajar Subjek-subjek Tahfiz dan lain-lain subjek Pendidikan Islam.

– Menyelia kehidupan dan pendidikan para pelajar.

—–

Maklumat Tahfiz YADIM.

– Lokasi maahad tahfiz di Hulu Langat, Selangor.

– Pengambilan kelompok pelajar pertama pada Mac 2020, seramai 30-40 orang, untuk tingkatan 1 (umur 13).

– Dimulakan dengan pelajar lelaki.

Bagaimana nak memohon..?

Sila emailkan resume kepada kami dengan segera sebelum 13 Dis. 2019 kepada: khairrul.fuad@yadim.com.my

Sekian. Terima kasih.

..

#yadimMy #dakwah #sayangiYadim #sayangiMalaysiaku
#yadimdihatiku #rahmatanlilalamin #fastabiqulkhoirot #solidaritikedamaian #unitmediadanpenyiaran #YADIMTV #MALAYSIARAHMAH
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2693860410693213&id=480621232017153

BENGKEL Halatuju Majlis Amal Islami Malaysia Negeri Kelantan bertempat di Dewan Syarahan YADIM Kelantan

Image may contain: 3 people, including Mohamad Hamzah, text

Image may contain: 2 people, including Zaidi Ab Halim, people smiling, suit and text

Jadual 2 Nov 2019,

1. BENGKEL Halatuju Majlis Amal Islami Malaysia Negeri Kelantan bertempat di Dewan Syarahan YADIM Kelantan. Melibatkan 90 orang peserta dari lebih 50 NGO yang bernaung di bawah YADIM.

2. MAJLIS Penerangan Pembinaan Komuniti Rahmah bertempat di Balaisah Pak Do Saleh, Kubang Kerian. — with Mohamad Hamzah and Hazman Bin Hussin.