SELOKA TANJUNG PIAI

No photo description available.

SELOKA TANJUNG PIAI

Dari kitab yang telah di baca,
Undi kafir akan di cerca,
Silap undi masuk neraka,
Pakat ketaq takut belaka.

Di Cameron Highland cerita berlaku,
Cakap pakatan sudah tak laku,
Semua nak ikut cakap tok guru,
Sampai pengundi jadi haru biru.

Di Tanjung Piai fatwa berubah,
Bila MCA demam tak kebah,
Tok guru kata jangan gelabah,
Hukum boleh diubah-ubah.

MCA kita kena bagi undi,
Sebab dia bukan kafir harbi,
Calon Tok Imam tolak ketepi,
Tok guru fatwa kut mana jadi.

Pengundi Tanjung Piai bijak sekali,
Tolak ketepi fatwa Hadi,
Fatwa dia mengikut hari,
Nyata songsang tiada bertepi.

Di Tanjung Piai kita berkampung,
Pengundi Harapan kita kena kepung,
Tolak habisan pembangkang pembohong,
Kelak merana sapa nak tolong.

Dato Mahfuz Omar.
Tanjung Piai