Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

MUSA’ADAH COVID 19 – Nik Omar Bin Nik Aziz

Image may contain: 1 person

MUSA’ADAH COVID 19
Penyampaian sumbangan oleh Pusat Cakna Chempaka kepada wakil penerima.
Penerima terdiri daripada penduduk beberapa kampung di dalam DUN Chempaka dan Panchor seramai 100 orang:
1. Pulau Gajah Hilir.
2. Panchor.
3. Babong /Pulau Melaka.
4. Telok Panji/ Tapang.
5. Pauh Tok Sadang/ Penambang.
…………..
Anggaran harga per kit: RM30.00.
SUMBANGAN boleh disalurkan melalui akaun Maybank:
1. Nama: PUSAT CAKNA CHEMPAKA.
2. No Akaun: 5531 3102 0906
Sebarang pertanyaan:
1. Nik Kamarazaman Nik Yahya (Nik Kay): 012-859 2595.
2. Baharudin Setapa (Abe Din): 019-652 9883.
3. Zaidi Ab Halim: 014 546 5350.
4. Ismail C Mat: 013 938 8339
BERSAMA BERTANGGUNG JAWAB

AKADEMI NURNUHA – ALFADHIL NIK OMAR BIN NIK AZIZ.

Image may contain: indoor

AKADEMI NURNUHA .

Alhamdulillah setakat ini persediaan sekolah Akademi NurNuha sudah mencapai tahap 90%.Kita masih membuka Pra-Pendaftaran bagi kemasukan Akhir Januari 2021. E-form disediakan di bawah

.✅ Syarat-syarat

👉🏻 KHAS PELAJAR PEREMPUAN SAHAJA.

👉🏻 12-16 TAHUN SAHAJA

Mohon ibubapa isi e-form yang disediakan bagi sesiapa yang berminat mendaftarkan anaknya ke Akademi NurNuha, Kajang.

🌸https://forms.gle/Fh6ZPCWQUpJgZM5V8

Pihak Akademi Nur Nuha akan menghubungi, bagi sesi temuduga inshaAllah.============

Sebarang sumbangan & infaq boleh disalurkan melalui no akaun yang tertera di bawah 🤗03018010121383

TETUAN AKADEMI AL OMARI

Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Semoga Allah swt menganjari rahmat kepada kita semua atas usaha melahirkan generasi Al-Quran.

Ustaz Nik Omar

Pengerusi Akademi NurNuha

Sheikh Dr Ahmad Raisuni, Ketua Kesatuan Ulama Sedunia Mengunjungi Pejabat YADIM

Image may contain: 4 people, people sitting and indoor

Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor

Pagi ini dikunjungi oleh Sheikh Dr Ahmad Raisuni, Ketua Kesatuan Ulama Sedunia di Pejabat YADIM

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan kita adakan kerjasama untuk penganjuran Multaqa Ulama Sedunia dijangka pada September 2020.

Mohon doa agar program ini berlangsung dengan jayanya.

YADIM secara rasmi mempunyai kerjasama bertulis bersama Kesatuan Ulama Sedunia, Qatar.

Image may contain: one or more people and people sitting

Alhamdulillah YADIM secara rasmi mempunyai kerjasama bertulis bersama Kesatuan Ulama Sedunia, Qatar

#RoadToMultaqaSedunia

Isu Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Kepada YADIM

No photo description available.

KENYATAAN MEDIA

RSY : Isu Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Kepada YADIM

Rakan Siswa YADIM (RSY) dan Rakan Remaja YADIM (RRY) adalah merupakan penjenaaman semula kepada inisiatif Sahabat YADIM yang telah diwujudkan sejak 2013 lagi di 69 buah sekolah menengah dan 76 buah di peringkat IPT yang melibatkan keanggotaan berjumlah 18,146 ahli di seluruh Malaysia .

Penjenamaan semula ini dilakukan bagi menstrukturkan semula hala tuju dan aktiviti RSY dan RRY disetiap peringkat agar menepati objektif yang disasarkan. Sepertimana penubuhan persatuan pelajar yang lain, RSY dan RRY sebenarnya ditubuhkan bagi menggalakkan budaya aktivisme di kalangan para mahasiswa dan pelajar dengan menggunakan landasan dakwah yang menjadi teras kepada penubuhan YADIM sendiri.

Dakwah yang difahami oleh YADIM bukanlah terbatas dalam definisi sempit ‘missionary’ yang cuba dipaksakan oleh kumpulan dan individu rasis.

Sebaliknya dakwah yang dibawa oleh YADIM melalui setiap gerak kerjanya termasuk melalui inisatif RSY dan RRY adalah merangkumi makna yang lebih luas dengan erti kata menyeru ke arah kebaikan (Al-Ma’ruf) dan mencegah kemungkaran (Al-Munkar).

Jiwa pendakwah yang ingin dilahirkan melalui inisiatif RSY dan RRY pada hakikatnya adalah ingin melahirkan agen-agen masyarakat yang berakhlak mulia dan menyeru kearah kebenaran, keharmonian, toleransi, keadilan dan segala sifat-sifat mulia serta menghindari segala bentuk kejahatan sama ada dalam rupa korupsi, penindasan dan kebencian.

Atas pemahaman dakwah yang luas dan universal itu, maka tidak hairanlah apabila jawatankuasa RSY diperingkat kebangsaan yang telah diluluskan baru-baru ini turut dianggotai oleh beberapa pimpinan mahasiswa bukan Islam.

Ini adalah satu mesej yang sangat jelas bahawa agenda yang dibawa melalui inisiatif ini amat inklusif, telus, rahmah dan tiada sebarang agenda tersembunyi sementelah ajaran Islam sendiri yang menegaskan tiada sebarang paksaan dalam soal anutan agama.

Masyarakat khususnya rakan-rakan yang bukan beragama Islam sewajarnya tidak perlu berasa gundah dengan surat yang dikeluarkan oleh YB Menteri Pendidikan baru-baru ini.

Tindakan YADIM bertemu dengan Menteri Pendidikan secara rasmi serta surat daripada beliau kepada ketua-ketua jabatan menandakan bahawa ketelusan kerajaan pada hari ini dalam melaksanakan sesuatu inisiatif mengikut prosedur yang sewajarnya dan bukannya seperti pentadbiran sebelum ini yang melaksanakan keputusan tanpa melalui proses yang telus dan terbuka.

Secara jelasnya surat yang ditularkan tersebut tidak pernah memaksa mana-mana pelajar sama ada Muslim atau bukan Muslim untuk menyertai inisiatif tersebut. Kehadiran RSY di IPT dan RRY di sekolah hanya akan menyuburkan lagi semangat kesukarelawanan, aktvisme dan kekitaan dikalangan mahasiswa dan pelajar.

YADIM komited untuk menggalakkan dialog dan aktiviti silang budaya di kalangan anak muda melalui pelaksanaan RSY dan RRY ini kerana mereka adalah golongan penentu kepimpinan negara pada masa akan datang.

Dialog dan aktiviti silang budaya yang terkandung dalam konsep ‘Li Taarafu’ atau saling mengenali yang amat dianjurkan dalam Islam akan melahirkan generasi muda Malaysia yang saling menghormati, meraikan perbezaan dan melihat kepelbagaian sebagai sumber kekuatan dan bukannya punca kelemahan sepertimana yang ditanggapi oleh golongan yang rasis dan Islamophobik.

Adalah mustahak bagi YADIM memberikan penjelasan agar tidak timbul syak wasangka dikalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia terhadap program yang dijalankan oleh YADIM.

Penting penjelasan ini diberikan supaya persepsi Islamophobia yang cuba dimainkan oleh pihak atau individu yang hanya mahukan publisiti dapat dijernihkan, sekaligus tidak mengheret badan dakwah ini ke polemik picisan.

Tuan Kamarul Arief Tuan Soh
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
24 Disember 2019

DIKELUARKAN OLEH BAHAGIAN MEDIA DAN TEKNOLOGI DAKWAH YADIM

Rakan Siswa YADIM (RSY) di peringkat IPT dan Rakan Remaja YADIM (RRY) di peringkat Sekolah Menengah merupakan penjenamaan semula kepada Sahabat YADIM yang telah diwujudkan semenjak tahun 2013.

Sehingga kini anggota RSY dan RRY mencecah sebanyak 18,146 orang di 69 buah sekolah dan 76 buah IPTA/IPTS seluruh negara.

 

Seminar Transformasi Minda Wanita & Penyampaian Sumbangan Kembali Ke Sekolah.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing

Image may contain: 21 people, including Zaidi Ab Halim, people smiling, people standing and indoor

Image may contain: 22 people, including Zaidi Ab Halim, people smiling, people standing

Hari ini, di Machang: Seminar Transformasi Minda Wanita & Penyampaian Sumbangan Kembali Ke Sekolah.

Anjuran bersama MAWAR YADIM dan Kelab Penyayang Machang.

DrHafidzah Mustakim.

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=3169920166369615&set=pcb.3169921826369449&type=3&theater

Menerima Kunjungan Bekas Yang Dipertua YADIM Dr Yusri Mohamad & Bekas timbalannya Dr Mohd Zaidi Ramli

Menerima Kunjungan bekas Yang Dipertua YADIM Dr Yusri Mohamad & bekas timbalannya Dr Mohd Zaidi Ramli bagi menghargai jasa dan budi beliau curahkan kepada YADIM sebelum ini.

Sungguh YADIM ini adalah Yayasan Dakwah yang paling perlu menunjukkan contoh & teladan bagaimana Islam itu meraikan kepelbagaian tanpa ada sifat mazmumah dalam diri sesama muslim.

Terus membawa Islam yang sebenar dalam kehidupan seharian kita.

Fastabiqul Khairat!

Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Dr Ali Muhyiddin Al Qaradaghi Berkunjung KeYadim Bertemu Nik Omar

Image may contain: 1 person, sitting

 

Image may contain: 1 person, sitting

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Perluas Fastabiqul Khairat

PUTRAJAYA – Fastabiqul Khairat (mengejar kebaikan) yang kini merupakan motto dan konsep Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) mendapat pujian daripada Setiausaha Agung Kesatuan Ulama Sedunia, Sheikh Dr Ali Muhyiddin Al Qaradaghi.

Sheikh Dr Ali Al-Qaradaghi menegaskan pemilihan motto tersebut adalah satu pilihan yang sangat tepat berdasarkan panduan yang diberikan daripada Al-Quran. Menurut beliau, Fastabiqul Khairat yang dapat difahami daripada Al-Quran menuntut agar umat Islam sentiasa berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik dalam setiap masa.

Umat Islam pada hari ini ujarnya, telah dipintas oleh umat-umat yang lain oleh kerana sikap umat Islam sendiri yang meninggalkan semangat berlumba-lumba untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik tidak seperti pada zaman keemasan Islam dahulu.

Pada masa yang sama, beliau turut sependapat dengan pandangan yang sering diutarakan Yang Di-Pertua YADIM, Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz yang menekankan kepentingan konsep itu diperluaskan kepada ramai supaya ia lebih berkesan dan mencapai maksud sebenar.

“Fastabiqul ini membawa maksud berkumpulan atau beramai ramai. Manusia jika berseorangan dia tidak dikatakan berlumba kerama berlumba mesti lebih daripada seorang. Dan perlumbaan tersebut bukan ke arah kemaksiatan yang disebutkan dalam Al-Quran tetapi ke arah pengakhiran yang baik.

“Maka destinasinya sudah tentu pengakhiran yang baik, hanya siapa yang cepat dan lambat yang akan tiba dahulu. Melainkan mana-mana orang yang berhenti yakni berputus asa untuk melakukan kebaikan. Mereka ini adalah orang yang tergelincir dalam melakukan kebaikan,” ujar beliau dalam kunjungannya ke ibu pejabat YADIM di sini hari ini (18 Disember).

Sheikh Dr Ali Muhyiddin yang bakal menghadiri Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 bermula pada 18 Disember, selamat tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Qatar hari ini dan terus mengadakan kunjungan hormat ke atas Nik Omar.

Selain Nik Omar, mewakili YADIM dalam pertemuan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh serta kepimpinan badan ini.

Dalam pada itu, Sheikh Dr Ali Muhyiddin meluangkan masa lebih setengah jam bertemu Nik Omar dalam kunjungannya. Keduanya berbincang pelbagai perkara mengenai gerakan dakwah dan isu isu Islam semasa selain daripada persetujuan untuk mewujudkan kerjasama strategik di antara Kesatuan Ulama Sedunia dan YADIM.

Antara bentuk kerjasama yang dicadang dirangka adalah dalam bentuk penerbitan terjemahan buku dan latihan pembangunan pendakwah.

Beliau turut menghadiahkan buku tulisannya, Al-Ijtihad Wal Fatwa kepada Nik Omar.

Nik Omar dalam pertemuan tersebut berharap YADIM akan dapat menjalin kerjasama erat dengan Kesatuan Ulama Sedunia bagi memperkasa lagi usaha dakwah di Malaysia.

YADIM sebelum ini pada 16 Disember menerima kunjungan daripada wakil Turki dan Majlis Fiqh Australia yang turut menyertai Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019.