Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

ZAHID BERI AMARAN KEPADA BANGKAI BERNYAWA.

MGF15082020_PRK-SLIM-37-681x453

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berucap ketika hadir untuk merasmikan Perlancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional Negeri Perak sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 Slim di Dewan Rajawali Felda Residence Trolak, Perak. foto MOHD ADZLAN, 15 OGOS 2020.

1 BANGKAI

1 RASUAH PDRM

SLIM RIVER – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada Bersatu agar parti itu membuktikan kesetiaan dan kejujuran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini.

Presiden UMNO itu menegaskan inilah masanya Bersatu membalas balik jasa persahabatannya dengan memberi kira-kira 6,000 undi yang diterima pada Pilihan Raya Umum (PRU) ketika menggunakan logo PKR kepada calon BN.

Tambah beliau, jika gagal berbuat demikian, parti itu perlu bertanya apakah nilai persahabatan meteka kepada BN dan Muafakat Nasional (MN) selama ini.

“Betul kita sokong Perikatan Nasional (PN) tapi jangan jadi BN melukut di tepi gantang. Hendak berkawan biar sebenarnya dan hendak berkongsi

“Tidak ada agenda di belakang tabir dan kita tidak mahu BN dan MN digunakan hanya sebagai batu loncatan selama ini.

“Jangan main-main dengan BN dan MN serta jangan ingat bila ada cahaya di hujung terowong yang kerap bergerak, kita tidak mahu mahu mana-mana pihak terhegeh-hegeh.

“Bukti di Slim mereka jujur dan ikhlas,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN Perak di Felda Residence Trolak di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberi jaminan tidak akan berlaku lagi budaya lompat parti di kalangan pemimpinnya pada masa akan datang.

“Tidak akan lompat kalau lompat kita cincang. Yang mana-mana yang lompat, kita minta mereka taubat.

“Kita tahu kemenangan di PRK Slim akan menjadi penanda aras PRU15 kerana saya telah memberi kuasa kepada Pemuda MN dan BN buka sahaja atas nama gerak gempur tetapi menjadi ejen mengundi.

“Kita ada di sini bukan kerana elaun, t-shirt dan penaja tetapi semangat Pemudan MN dan BN. Pastikan enam saluran di semua Pusat Daerah Mengundi tiada siapa (anak muda) yang tertinggal,” katanya.

PRK DUN Slim diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lalu.

Allahyaram merupakan wakil rakyat kawasan itu sejak PRU11 pada 2004.

Pada PRU14, Khusairi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dengan memperoleh majoriti 2,183 undi.

Slim adalah antara DUN dalam Parlimen Tanjung Malim selain Behrang dan Sungkai.

Seramai 23,094 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu membabitkan 22,815 pengundi biasa, 277 pengundi awal dan dua pengundi tidak hadir luar negara.

SPR menetapkan PRK DUN Slim diadakan pada 29 Ogos ini dan pengundian awal pada 25 Ogos ini. – MalaysiaGazette

Amaran untuk Bersatu, buktikan kejujuran dan keikhlasan

SENARAI 20 BUAH KENDERAAN MEWAH MILIK PRESIDEN UMNO AHMAD ZAHID HAMIDI

1 ALLAH GAGALKAN NAJIB
1 ANGGOTA TUBUH JADI SAKSI
1 AZAB DI AKHIRAT PEDIH
SENARAI 20 BUAH KENDERAAN MEWAH MILIK PRESIDEN UMNO AHMAD ZAHID HAMIDI
(Patutlah mati-mati tak nak isytihar harta)
1. Lexus URJ201R SUV (SAB 38 M) – RM900K
2. Lexus LX 460 (W 767 R) – RM800K
3. AUDI Q7 S Luxury Sport (QC 38) – RM600K
4. Mercedes Benz CLS350 RM570K
5. Toyota Land Cruiser (SAB 3 A)- RM400K
6. Toyota Vellfire (BEN 38) – RM350K
7. Toyota Vellfire (KDN 38) – RM350K
8. Toyota Vellfire (DCB 38) – RM350K
9. Chrysler Jeep Wrangler (J 38) – RM300K
10. BMW 320i (MBD 38) – RM250K
11. Honda Odyssey (BAM 38) – RM250K
12. Harley Davidson (JLC 38) – RM250K
13. Harley Davidson (G1M 38) – RM250K
14. Ducati Diavel Carbon (QMR 38) – RM150K
15. Ducati Hypermotard 796 (BEA 38) – RM80K
16. BMW R1200GS (JHD 38) – RM130K
17. BMW R1200RT (AFU 38) – RM130K
18. BMW C600 Sport (SAS 38) – RM70K
19. Kawasaki KLX 250V (WEX 38) – RM25K
20. Honda C100 (WVH 4851) – ?

Jumlah nilai kereta-kereta mewah Zahid melebihi RM6 juta.
Korang pakai kapchai dan kereta berapa ringgit?

Nota: Pendedahan senarai kenderaan dan nombor plat dibuat oleh salah seorang Penolong Pengarah JPJ berdasarkan rekod JPJ, manakala nilai kenderaan pula saya ambil sejam buat kajian berdasarkan maklumat-maklumat yang diberi oleh syarikat-syarikat kenderaan berkenaan. Bantu sebarkan jika sudi. Maklumat ini perlu sampai ke seluruh negara.

Compiled by twitter.com/adrianlimcheeen

Hide or report this
No photo description available.
Bersangka baik
Yayasan akal budi menggunakan kenderaan mewah untuk kegunaan asnaf Dan anak yatim untuk tujuan dakwah Subhnallah

Zahid dan isteri miliki 18 kenderaan mewah

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah), yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi. Foto BERNAMA

Inilah contoh matlamat kuasa pemimpin politik UmnoBn..kekayaan terkumpul melalui kuasa n rakyat khususnya melayu luar bandar/marhaen yg mnyokong/undi terus berada dlm miskin n papa kedana kerana politik semangat hasutan melayu umno..siZahid Ponorogo ini klu masih di Indonesia belum tentu beroleh kekayaan sebegini rupa waima masuk politik sekalipun…

==================================

KUALA LUMPUR, 3 DIS: BMW 320i (A), AUDI Q7 dan Mercedes Benz CLS 350 merupakan antara 18 kenderaan mewah yang dimiliki bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis yang kebanyakannya menggunakan nombor pendaftaran 38.

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa pasangan itu memiliki 20 kenderaan keseluruhannya termasuk lapan kereta lain seperti tiga Toyota Vellfire, Lexus LX 460, Lexus, Toyota Land Cruiser, Honda Odyssey dan Chrysler Jeep Wrangler.

Mereka juga memiliki dua motosikal jenis Harley Davidson, dua Ducati, tiga BMW, satu Kawasaki dan satu Honda C100.

Perkara itu didedahkan oleh Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Zaharudin Zainuddin, 48, ketika merujuk kepada dokumen maklumat kesemua kenderaan milik Ahmad Zahid dan isterinya yang membayar cukai jalan sebanyak RM35,726.80 setahun.

“Saya merujuk kepada dokumen maklumat kenderaan SAB 38 M (Lexus) dan saya mengesahkan nilai cukai jalan yang dikenakan ke atas kenderaan tersebut ialah RM5,900.80.

“Saya merujuk kepada dokumen maklumat kenderaan SAB 38 A (Toyota Land Cruiser) dan saya mengesahkan nilai cukai jalan yang dikenakan ke atas kenderaan tersebut ialah RM4,366.80,” kata saksi pendakwaan ke-10 itu.

Saksi itu juga membacakan satu persatu maklumat terperinci kenderaan dan insurans 19 kenderaan yang didaftarkan atas nama Ahmad Zahid dan isterinya manakala sebuah kenderaan lagi didaftarkan atas nama Datuk Juhari Janan yang ketika itu pegawai khas kepada Ahmad Zahid.

Zaharudin berkata demikian semasa membacakan penyataan saksi dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt pada hari keenam perbicaraan kes Ahmad Zahid, yang berdepan 47 pertuduhan melibatkan dana Yayasan Akalbudi berjumlah jutaan ringgit.

Semasa ditanya Lee, adakah kenderaan-kenderaan yang dirujuk milik persendirian, Zaharudin menjawab: “Ya”.

Lee : Bagi dokuman maklumat terperinci kenderaan dan insurans yang kamu rujuk, adakah ia maklumat yang sudah dikemas kini sehingga hari siasatan?

Zaharudin: Ya.

Ahmad Zahid, 66, menghadapi 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

– BERNAMA

Hadi yang minta calon MCA di Tg Piai, kata Zahid

1 NAFAS UMNOPAS KHADAM MCAGENG LAWYER BURUK KELANTAN

Presiden Umno Abdul Hadi Awang mendedahkan keputusan meletakkan calon MCA dibuat kerana permintaan PAS. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 24 November, 2019.

KEPUTUSAN meletakkan calon MCA yang menyebabkan Barisan Nasional menang besar di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai adalah kerana permintaan PAS, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Dedahnya, permintaan itu dibuat Presiden PAS Abdul Hadi Awang kepadanya sebaik saja pengumuman kekosongan kerusi tersebut.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/199849?fbclid=IwAR1jyeiNMm6J-wwk9pmqVL31po3EAcVj7vzn8d9wXshFrXEs2zQqnkmrwr0

 

ZAHID SANGGUP MAKAN DANA ORANG MISKIN – PEMIMPIN PERPADUAN UMMAH UMNOPAS.

Image may contain: 1 person, text

1 SERIK1 PENJAGA YANG LESAP DUIT RAKYAT1 ULAMAT JAHAT

Pak Ngah tengok dua oghang ni silih berganti naik mahkamah dituduh salahlaku rasuah dan pecah amanah, inilah nikmat PH dapat tumbangkang BN, kalau tidak kita tak tahu segala penipuan, penyelewangan serta pecah amanah wang rakyat dan negara dilakukan sewenangnya…

Bagi Pak Ngah nikmat sangat bila tengok Najib dan Zahid merengkok penjara akibat dari salahlaku penyelewengan depa selama ni, biaq Lebai saksikan pemimpan hat depa puja ni teruk kaki kelepet, perasuah dan kaki pecah amanah…

Rekod kad kredit Zahid didedah di mahkamah – Memerangi Rasuah Adalah Tugas Mulia Para Nabi.

1 SERIK1 JUJUR MEMBAWA KEBAIKAN1 ELAUN PERJALANAN1 SYUKUR BONUS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini meneliti rekod penggunaan dua kad kredit dan satu kad caj milik bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Rekod itu dibentangkan Naib Presiden (ketua pengurusan penipuan dan pertikaian), Malayan Banking Berhad (Maybank), G S Anoop Singh di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam perbicaraan dana Yayasan Akalbudi melibatkan Ahmad Zahid yang masuk hari keempat.

Anoop merupakan saksi kesembilan pendakwaan dalam kes perbicaraan pecah amanah dana milik Yayasan Akal Budi.

Ketika membacakan pernyataan bertulisnya, Anoop mengesahkan Ahmad Zahid memiliki tiga kad, iaitu dua kad kredit Visa Platinum (Visa), Mastercard Gold (Mastercard) dan satu kad caj American Express (Amex).

Katanya, penyata bank untuk kad Visa dan Mastercard dikeluarkan pada 24 haribulan setiap bulan, dan mengandungi aktiviti atau penggunaan bulan tersebut contohnya penjelasan mengenai transaksi dan jumlahnya, serta bayaran diterima untuk setiap kad.

“Setakat pengetahuan saya dan berdasarkan rekod bank, bank tidak ada menerima sebarang pertikaian mengenai pengebilan mahupun aduan terhadap transaksi tidak sah yang dibuat oleh pemegang kad,” katanya.

Menurut rekod yang dibacakan Anoop, penyata kad kredit Mastercard menunjukkan pembayaran berjumlah RM10,080 dibuat sebelum kad itu ditutup pada 16 April 2014, manakala penyata kad kredit Visa menunjukkan penggunaan berjumlah RM13,504.90, manakala bayaran pula adalah sebanyak RM24,606.03

Manakala, untuk kad Amex pula, sebanyak RM34,257.12 penggunaan direkodkan manakala pembayaran dibuat pula sebanyak RM30,635.80.

Daripada jumlah ketiga-tiga kad itu, sejumlah RM40,051.36 digunakan untuk perbelanjaan di luar negara, melibatkan beberapa perbelanjaan runcit dan pasaraya di Kiev Ukraine dan Korea Selatan.

Selain kat Mastercard yang ditutup pada 16 April 2014, kedua-dua kad yang lain masih aktif sehingga hari ini.

“Secara rumusannya, sembilan cek dikeluarkan kepada Pusat Kad Maybank antara Februari 2014 hingga Julai 2015 untuk membayar kad-kad kredit dan kad caj Amex milik Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

“Daripada sembilan cek, satu dipulangkan kepada pembayar,” katanya lagi.

‘Keputusan Yayasan Akal Budi dibuat Zahid’ 

Terdahulu, dalam prosiding sama, saksi kelapan, bekas pegawai Zahid dan bekas ahli lembaga pemegang amanah (BOT) Yayasan Akal Budi sejak 2012 sebelum diminta meletakkan jawatan pada 2016, Muhammad Nabil Saleh memberi keterangan di mahkamah.

Menurut kenyataan bertulis saksi, segala keputusan Yayasan Akal Budi diuruskan sendiri oleh Zahid.

“Sepanjang saya dilantik sebagai BOT Yayasan Akalbudi saya tidak pernah dibentangkan berkaitan sumbangan, perbelanjaan, penyata-penyata kewangan atau membincangkan apa-apa aktiviti yang dilaksanakan oleh Yayasan Akal Budi kerana segala perkara-perkara ini diputuskan dan diuruskan sendiri oleh Dato Sri Ahmad Zahid Bin Hamidi sendiri dan diluar pengetahuan saya sebagai BOT,” kata saksi.

Muhammad Nabil juga beranggapan sumbangan daripada Ahmad Zahid adalah datang dari sumber Yayasan Akalbudi.

Selepas membacakan pernyataan bertulisnya di mahkamah, Nabil disoal peguam bela Ahmad Zahid, Ahmad Zaidi Zainal semasa sesi pemeriksaan balas tentang beberapa projek yang dibiayai oleh Yayasan Akal Budi.

Untuk sebahagian projek yang dibangkitkan, Nabil mengaku tahu mengenainya dan mendakwa ia ditaja oleh “Zahid dan Yayasan Akalbudi”, manakala sebahagian lagi adalah di luar pengetahuannya.

Bagaimanapun, dalam sesi pemeriksaan semula oleh timbalan pendakwa raya Lee Keng Fatt, Nabil mengakui jawapannya ketika pemeriksaan balas hanyalah anggapannya.

Nabil menjadi pembantu khas kepada Ahmad Zahid selaku anggota parlimen Bagan Datuk pada 2010 selepas tamat pengajian di Universiti Teknologi Mara, sebelum dilantik menjadi setiausaha bahagian Bagan Datuk dan pegawai khas Ahmad Zahid pada 2013.

Dia melepaskan jawatan-jawatan tersebut pada 2016.

Katanya, penglibatannya dalam Yayasan Akalbudi bermula pada tahun 2012 apabila dia “diarahkan” menjadi BOT yayasan tersebut bagi menggantikan BOT sebelum itu, sebelum diminta menandatangani surat peletakan jawatan oleh peguam Ahmad Zahid, yang dikenali sebagai Ustaz Faisaluddin.

“Saya diminta menandatangani satu surat peletakan jawatan sebagai BOT Yayasan Akalbudi kerana Dato Sri Ahmad Zahid Bin Hamidi hendak melantik BOT yang baru,” katanya.

Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan jenayah pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan beliau boleh dihukum penjara tidak kurang dari 20 tahun dan sebatan serta denda.

Perbicaraan bersambung 2 Disember.

https://www.malaysiakini.com/news/500742?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR20luUhVyTRpO2vQx2X2bW33vCoT4HalfyXHw92q3kI-Ys99SOCbLQcoFY