Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Rosmah Menginap Di Hotel Dubai RM100k Semalam

No photo description available.

Bila SPRM Nak Tangkap Rosmah ?

Rosmah Mansor perlu mengisytiharkan harta dari 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2017.

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor perlu mengisytiharkan perolehan semua hartanya bermula dari 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2017.

Ia berikutan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menolak permohonan Rosmah untuk mengetepikan notis perisytiharan harta itu yang dikemukakan pendakwaan yang meminta beliau mengisytiharkan perolehan harta berkenaan.

Pendakwaan memohon Rosmah mengisytiharkan harta itu bersabit 12 tuduhan kegiatan pengubahan wang haram membabitkan wang berjumlah RM7 juta dan lima tuduhan gagal membuat penyata pendapatan yang dihadapinya.

Pendakwaan mengemukakan notis itu mengikut Seksyen 49 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan

Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan menolak permohonan Rosmah mengetepikan notis perisytiharan harta itu selepas berpuas hati ia tidak akan memprejudiskan pihak pembelaan atau menyebabkan kebimbangan maklumat itu akan digunakan untuk menentangnya.

Beliau berkata, permohonan difailkan pendakwaan mengikut Seksyen 49(1) AMLATFPUAA hanya bagi siasatan dan tiada kaitan dengan 17 tuduhan dihadapi Rosmah.

Katanya, alasan Rosmah bahawa notis itu akan memprejudiskan dirinya dan beliau tidak mendapat perbicaraan adil adalah berdasarkan spekulasi dan tidak berwibawa.

“Hak berdiam diri diberikan ketika perbicaraan dan bukan dalam kes ini. Saya juga bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa hak untuk berdiam diri dan keistimewaan daripada menjawab notis itu, bukan hak dijamin Perlembagaan.

“Fleksibiliti diperlukan bagi menyeimbangkan antara kepentingan awam dan hak kepada tertuduh,” katanya.

Mohamed Zaini berkata, pihak berkuasa perlu diberi peluang menjalankan penyiasatan mereka seperti mengenal pasti aset milik seseorang disyaki dalam kes pengubahan wang haram.

Beliau berkata, pendedahan aset itu tidak bermakna seseorang yang dituduh melakukan kesalahan pengubahan wang haram.

Katanya, anggapan tidak bersalah masih kekal kepada pemohon.

“Beban itu terletak pada pihak pendakwaan untuk membuktikan kesalahan,” katanya.

Sementara itu, peguam bela Mohamed Reza Rahim memohon mahkamah menangguhkan perisytiharan harta bagi membolehkan peguam membalas notis perisytiharan berkenaan.

Mohamed Zaini bagaimanapun memerintahkan peguam memfailkan permohonan rasmi.

Pada 4 Oktober lalu, Rosmah mengaku tidak bersalah atas 12 tuduhan kegiatan pengubahan wang haram membabitkan wang RM7 juta dan lima tuduhan gagal membuat penyata pendapatan.

Rosmah, 67, didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, tingkat bawah, 148 Jalan Ampang di sini, dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, antara 4 Disember 2013 dan 1 Mei 2018.

Tuduhan pengubahan wang haram itu dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta AMLATFPUAA 2001 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai kegiatan haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan, beliau didakwa mengikut Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan hasil pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN pada atau sebelum 30 April 2014, 2015, 2016, 2017 dan 2018 tanpa alasan munasabah mengikut Seksyen 112 undang-undang berkenaan.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Datuk Seri Gopal Sri Ram, manakala Rosmah tidak hadir ke mahkamah.

https://www.bharian.com.my/…/permohonan-rosmah-diketepi-per…

Tidak semua 44 barang kemas dalam jagaan polis – peguam firma Lebanon

Sebuah firma barang kemas dari Lebanon, yang menyaman isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung 44 barang kemas mendakwa bahawa tidak semua barang kemas berkenaan berada dalam penjagaan pihak berkuasa.

Global Royalty mengemukakan saman terhadap Rosmah pada 26 Jun tahun lepas, meminta dipulangkan 44 barang kemas yang dihantar kepada beliau untuk memilih atau membayar harga kesemua barang berkenaan yang berjumlah AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta.

Peguam Datuk David Gurupatham, mewakili firma barang kemas itu, Global Royalty Trading SAL, memberitahu pemberita bahawa plaintif (Global Royalty) telah memeriksa barang kemas yang dirampas itu dan ia telah membuat kenyataan kepada polis bahawa tidak semua barang itu ada di situ (dalam penjagaan pihak berkuasa).

“Saya tidak boleh beritahu berapa banyak yang ada kerana kami belum mengemukakan dokumen yang perlu. Sebaik kami kemukakan barulah kami dapat menjelaskan kedudukannya. Jadi ini perlu ditentukan,” katanya ketika ditanya berapa banyak barang kemas milik pelanggannya berada dalam penjagaan pihak berkuasa.

Gurupatham berkata, oleh itu pelanggannya memohon untuk menjadi perantara dalam saman pelucuthakan kerajaan ke atas barang kemas itu yang dirampas, di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan.

“Kami telah menulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meminta butiran saman pelucuthakan itu. Mereka telah menjawab dan kini kami akan mencelah untuk tindakan.

“Kami akan mengesahkan sama ada barang kemas itu ada di situ dan apa yang tidak ada. Kemudian barulah kami akan meneruskan dengan perbicaraan,” katanya kepada pemberita selepas perkara itu timbul untuk pengurusan kes di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Wong Chee Lin.

Beliau juga berkata, mahkamah menetapkan 17 Sept dan dari 21-24 Okt untuk perbicaraan bagi saman dan 19 Ogos untuk pengurusan kes.

Pada 7 Mei, AGC telah mengemukakan satu notis pelucuthakan bagi beratus barang termasuk beg tangan berjenama dan 27 kenderaan dirampas daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, tiga anak mereka dan 13 individu dan syarikat dan kes berkenaan ditetapkan bagi pengurusan kes pada 8 Julai di hadapan Hakim Mohamed Zaini.

Pada 14 Feb lepas, Mahkamah Tinggi mengarahkan Rosmah untuk memeriksa dan mengesahkan dalam tujuh hari akan kewujudan 44 barang kemas yang dalam miliknya tetapi didakwa dirampas oleh polis.

Dalam samannya, Global Royalty mendakwa bahawa pada 10 Feb, 2018, mereka menghantar 44 barang kemas termasuk rantai berlian, subang, cincin, gelang tangan dan tiara, yang setiap satu bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000 kepada defendan dengan serahan tangan menerusi dua ejen.

Menurut syarikat berkenaan, semasa penghantaran itu, Rosmah mengesahkan dan menerima syarat-syarat serta peraturan dalam Memorandum No. 926 berhubung dengan barang kemas.

Ia juga mendakwa bahawa Rosmah, dalam surat bertarikh 22 Mei, 2018, juga mengesahkan dan memaklumkan menerima barang kemas berkenaan tetapi berkata semua barang kemas itu tidak lagi dalam pemilikannya, dan ia telah dirampas dan kini disimpan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Global Royalty memohon pengisytiharaan mahkamah bahawa firma itu adalah pemilik kepada 44 barang kemas itu selain daripada perintah itu bahawa pemilikan ke atas barang kemas berkenaan selain arahan bahawa pemilikan barang kemas itu tidak dipindahkan kepada defendan.

Ia juga memohon satu arahan mandatori kepada Rosmah agar menyediakan satu senarai barang kemas yang dirampas, agar barang kemas itu dikembalikan atau Rosmah perlu membayar barang kemas itu bernilai AS$14.79 juta (RM59.83 juta).

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/477269?fbclid=IwAR1lloa3RsyEMcQ6ezqWRnQnkoiGWMAcGMga88nXEmQvdHzxOOw1aqcCVYg

Hasil Siasatan PDRM – Rosmah Membeli Pink Diamond Dengan Wang 1MDB

Image may contain: text

POLIS sahkan berlian merah jambu dibeli guna wang 1MDB

2019-04-13 09:59:28

Polis hari ini menyangkal penafian isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor berhubung pembelian berlian merah jambu berharga AS$23 juta.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (Amla), Khalil Azlan Chik berkata, terdapat bukti jejak kewangan transaksi pembelian tersebut daripada seorang peniaga barang kemas di New York dengan menggunakan wang 1MDB.

“Walaupun pink diamond tersebut gagal ditemui sewaktu serbuan polis, namun bukti yang terkumpul jelas membuktikan wujud transaksi pembeliannya,” kata beliau.

Read more at https://www.kinitv.com/video/72559O74#b4R4CJuqS0e79vVk.99