Ini caranya Ebit Lew dapatkan duit bantu orang

Wow !!! Ini caranya Ebit Lew dapatkan duit bantu orang

Ini caranya Ebit Lew dapatkan duit bantu orang

Nama Ustaz Ebit Lew tentu sekali sudah tidak asing bagi rakyat Malaysia, seorang pendakwah yang begitu popular di media sosial, dan sering tular dengan kerja-kerja kebajikan yang dijalankan oleh beliau membantu pelbagai golongan susah.

Kalau kita lihat, setiap kali Ebit Lew turun memberi bantuan kepada orang miskin, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas dan sebagainya di pelbagai tempat, kelihatan beliau seperti mempunyai dana yang begitu besar untuk dihabiskan.

Justeru ramai juga yang tertanya-tanya dari mana sebenarnya Ebit Lew memperolehi duit yang begitu banyak untuk membantu golongan memerlukan.

Malah bantuan begitu banyak diberikan oleh Ebit Lew mengalahkan seorang wakil rakyat yang menerima peruntukan tahunan daripada kerajaan.

Tidak dinafikan bahawa beliau adalah seorang hartawan, namun bantuan yang disalurkan kepada orang ramai nampaknya terlalu besar dan tentu sekali memerlukan sumber kewangan yang sangat besar juga.

Dalam satu temubual dengan portal media tempatan The Malaysian Insight, Ebit Lew telah menjelaskan persoalan tentang bagaimana dan dari mana beliau mendapat dana untuk membantu ramai golongan yang memerlukan.

Menurutnya sejak mula bekerja dan sudah mempunyai duit sendiri, beliau sering berjalan di sekitar Kuala Lumpur, termasuk di bawah-bawah jambatan mencari golongan susah untuk diberikan bantuan makanan.

“Saya dah lama pusing-pusing bagi makan, sejak saya bekerja sendiri saya memang pusing di KL cari bawah jambatan, saya banyak bawa maknyah-maknyah pergi kursus secara percuma, semua sekali,” katanya.

Semua bantuan yang diberikan itu katanya, menggunakan duit hasil perniagaan, yang baginya dianggap sebagai zakat dan infak, namun selepas itu ramai orang mula berminat untuk menyumbang terhadap aktiviti kebajikan yang dijalankan olehnya.

“Saya ambil anak-anak yang tidur tepi jalan bawa ke hotel, semua gunakan duit sendiri, namun kemudian ada orang mula nak menyumbang, masing-masing ada perniagaan sendiri,” ujarnya.

Menurut Ebit Lew, bantuan kewangan yang diterima dari pihak lain menerusi pelbagai cara, disatukan dalam satu tabung khas, dan menurutnya ramai pihak yang telah menyumbang di dalam tabung berkenaan.

“Alhamdulillah ada banyak juga yang menyumbang, awal covid hari tu, sebab itu kita gunakanlah. Sebab itu orang tengok kenapa ustaz beli macam habiskan je, memang kita nak habiskan pun, itu bukan simpanan saya, saya ada duit saya sendiri. Sebab itu bila ada orang sumbang, saya gunakan sahajalah,”

“Sebab itu kita hantar pakai kapal terbang, pakai lori, lori pula sampai empat lima lori. Semasa PKP kita hantar guna 3 lori, tiga hari untuk 1,000 orang lebih kurang RM70,000,”

Katanya beliau turut mengupah penghantar makanan FoodPanda dan Grab, dan Lala Move dari pagi sehingga petang untuk menghantar makanan di semua tempat berdasarkan senarai nama yang diberikan.

Selain itu Ebit Lew turut mendedahkan antara sebab beliau begitu bersemangat menubuhkan rangkaian pasaraya Elews Mart adalah untuk membantu golongan susah secara berterusan.

“Yang kedai ni semangat nak buat, sebab saya fikir macam mana nak tolong orang secara berterusan, kami bincang dengan kawan-kawan yang lain dan saya fikir kena ada Food Bank, itu antara niat utama,”

Pada peringkat awal beliau menyediakan peruntukkan sendiri untuk menyediakan ‘Food Bank’ bagi memastikan tiada penduduk setempat yang terpaksa berlapar, namun selepas itu ramai yang turut membantu memberikan sumbangan.

“Supaya tak ada orang kawasan tu (setempat) lapar, bila dia perlu dia boleh ambil, jadi saya peruntukkan setiap hari bawah RM500 satu kedai kita letak barang (keperluan harian), tapi alhamdulillah ramai pula orang menyumbang dan ramai juga orang ambil,” jelasnya.

Setakat artikel ini ditulis, Pasaraya Elews Mart yang diusahakan oleh Ebit Lew kini sudah mempunyai 18 cawangan di pelbagai daerah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Berita penuh : https://www.milosuam.net/2020/12/ebit-lew-dedahkan-bagaimana-beliau.html#ixzz6gxoW2C9L

UST EBIT LEW AMAT MESRA BERSAMA LIM KIT SIANG – SUBHANALLAH.

DAKWAH INFRADI DAH DISAMPAIKAN OLEH KARKUN PADA LIM KIT SIANG

Syukur dapat cakap kebesaran Allah pada Lim Kit Siang. beritahu Islam inginkan kebaikan pada semua manusia. Dapat masa dia setengah jam. Dia dengar dengan baik. Dari dulu bila saya terlihat sesiapa dalam tv selalu doakan mereka dapat Islam dan kerja Nabi. Tertengok siti nurhaliza pun selalu doa dekat dia. Tertengok mana artis tak tutup aurat pun selalu doakan mereka.

Umur dia muda sikit dari ayah saya. Ya Allah berilah hidayat kepada beliau dan keluarganya. Kata imam ghazali seorang mati dihujung dunia tanpa agama kita akan ditanya di akhirat pernah sampaikan atau doakan mereka.

Ya Allah berilah hidayat kepada semua orang di Malaysia.dan dunia-ebit lew

©️Ebit Lew