KHATIB MASJID NEGARA MENANGIS!

Image may contain: one or more people and food

Image may contain: one or more people

KHATIB MASJID NEGARA MENANGIS!

Mimbar Jumaat di lebih 6,000 masjid di seluruh negara hari ini mengutarakan isu penindasan ke atas Palestina.

Kekejaman rejim zionis ke atas Gaza & Tebing Barat adalah tidak masuk akal dan umat Islam di seluruh dunia harus bertindak, bukan hanya berduka.

Jujurnya, air mata berjuraian juga saat melihat khatib masjid negara sebentar tadi sebak saat menyampaikan khutbah solat Jumaat.

Nada kekesalan jelas, saat beliau menyentuh kegagalan negara-negara Islam untuk bersatu dalam isu pembebasan Al-Quds.

Yang tak berdaya dari orang tua, kanak-kanak dan wanita akan terus dibunuh dek kegagalan dunia untuk menghukum rejim zionis haram.

Bumi Palestina tetap basah dengan darah dan air mata 😥

Persatuan Perubatan Islam Malaysia – IMAM dalam usaha kecil kami akan terus membantu hospital-hospital di Gaza yang dikepung sejak 12 tahun lalu.

Kami akan meneruskan kempen kutipan dana untuk sektor kesihatan Gaza. Setiap RM20,000 (USD5,000) dikumpul akan disalurkan terus ke wilayah terkepung itu.

Alhamdulillah, transaksi pertama sumbangan dana akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Kami tidak sesekali berputus asa sepertimana kalian percaya kepada kami. DONATE, LIKE & SHARE posting ini untuk membantu Palestina.

Berkat Jumaat yang mulia.. Jazakallahu Khairan.

Persatuan Perubatan Islam Malaysia
CIMB: 8600 703 709
Swift Code: CTBBMYKL
Reference: Palestine

#IMARET4Palestine #WeWillNotForget #GAZA

 

Create your website with WordPress.com
Get started