Ramadan Bulan Perjuangan
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM
~ رمضان شهر اجلهاد ~
Sekali lagi kita berkesempatan menyambut bulan Ramadan yang penuh barakah pada tahun hijrah1441, seluruh umat Islam berpeluang mendapatkan kebaikan-kebaikan
yang dijanjikan Allah s.w.t sepanjang bulan ini.
Ia merupakan bulan yang sepatutnya dipenuhi dengan kegiatan-kegiatan amal soleh yang akan mempergandakan ganjaran Allah s.w.t sepuluh kali ganda berbanding dengan bulan-bulan yang lain, selain daripada pembasmian dosa-dosa
lampau apatah lagi terdapat di dalamnya satu malam ( lailatul al-qadar ) yang lebih
baik daripada seribu bulan ( ganjaran amal soleh di da- lamnya dipergandakan lagi
sebanyak 10 X 1,000 bulan ) Lantaran itu umat Islam
dituntut berjuang, berusaha dengan bersungguh-sung- guh sepanjang bulan Rama- dan melipat gandakan amalamal solih, memperbaiki diri dan menyantuni keluarga,
lingkungan dan masyarakat dengan amalan-amalan ke- baikan dan kebajikan agar kita menjadi umat yang bertakwa sebagai balasan Allah s.w.t pada penghujungnya.
Masud Allah s.w.t berfirman:
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah di wajibkan keatas kamu ( ibadat ) puasa seperti mana ia telah diwa- jibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu
agar kamu bertaqwa “(Al-Baqarah : 183) Kita semuanya dituntut di dalam bulan Ramadan menun- aikan ibadat puasa wajib sepanjang sebulan, membayar zakat
fitrah untuk diagih-agihkan kepada lapan golongan yang ber- hak terhadapnya, memperbanyakkan sedekah kepada golon- gan-golongan yang memerlukan bantuan sama ada yang jauh atau dekat, memperbanyak membaca dan memahami isi kandungan kitab suci al-Quran, hadis-hadis Nabi, dan bukubuku yang bermanafaat, melaksanakan sembahyang sunat terawih secara bersendirian atau berjamaah, memperbanyak ibadat tengah malam, qiamullail, berzikir, memuji serta mengagungkan Allah s.w.t, menyediakan juadah dan minuman berbuka puasa kepada golongan yang berpuasa, memperting- katkan amalan dan ibadah sepanjang sepuluh hari terakhir
bulan Ramadan tersebut, beriktikaf di masjid-masjid dan lainlain.
Rasulullah s.a.w menerusi hadisnya menyatakan kepada
kita:
“أ�ولها رمحة أو�وسطها مغفرة و �آخرها عتق من النار”
“ Sepuluh hari pertama bulan Ra- madan merupa- kan hari-hari yang
dipenuhi rahmat, sepuluh hari di-tengah-ten- gahnya merupa- kan hari-hari
yang dipenuhi pengampunan dan sepuluh hari tera- khirnya dipenuhi
janji pembebasan dari api neraka.”
Berdasarkan tuntutan Allah s.w.t ke atas umat sepanjang bulan Ramadan, jelaslah kedudukannya sebagai bulan jihad, bulan memperlipat gandakan amal-amal soleh, memperteguh keazaman memperbaiki diri, memperteguh hubungan dengan
Allah s.wt, mempererat hubungan dengan manusia terutama dengan keluarga terdekat dan yang jauh, golongan-golon- gan yang memerlukan bantuan dan santunan kita, apatah lagi dengan kedatangan hari raya puasa yang hampir-hampir menjelang tiba.
Semoga bulan Ramadan tahun ini akan membebaskan diri kita semua dari semua jenis dosa, belenggu kehidupan, membebaskan ummah seluruh dunia dari semua rintangan
yang menghalangnya mencapai kemajuan, kemuliaan dan ke- menangan dalam sejarah kehidupannya masa kini dan masa hadapan.