Melihat Pemandangan Cantik Di Jepun/Japan

Melancong ke Jepun! Lihat Pemandangan Cantik Di Sana

Pasti korang teruja untuk bercuti ke negara matahari tebit, Jepun? Siapa tak suka bila dapat melawat negara Jepun yang lengkap dengan kecanggihan teknologinya yang sangat baik itu. Otomen sendiri teringin nak menjejakkan kaki ke sana. Tapi belum ada rezeki lagi. Jadi, sempena Matta Fair 2017 ini, Otomen telah pun berkesempatan menghadiri Seminar Pelancongan Muslim Jepun di PWTC, Kuala Lumpur.

JNTO atau Japan National Tourism Organization bekerjasama dengan MATTA Fairuntuk memperkenalkan Negara Jepun menerusi Seminar Pelancongan Muslim Jepunini yang diadakan pada 08 Septermber 2017. Otomen turut berkesempatan menimba idea dan pengalaman di seminar tersebut. Selebriti yang telah tampil berkongsi idea dan pengalaman mereka ketika pelancongan mereka ke Jepun adalah Hanis Zalikha dan Issey.

Melancong ke Jepun? Apa yang perlu sedia?

Perkongsian yang sangat menarik dari mereka ini membangkitkan aura Otomen untuk turut melancong ke negara matahari terbit itu. Menurut Issey, Jepun merupakan sebuah bandar yang aman dan makmur di mana penduduknya sangatlah baik dan bersopan santun dalam setiap pertuturannya. Dari segi kemajuan teknologinya memang tidak dapat dibandingkan dengan negara kita Malaysia. Kecanggihan teknologi di Jepun sudah menjangkaui batas yang membuatkan Otomen kagum dengan mereka di Jepun yang mengamalkan disiplin yang tinggi dan berbudi pekerti.

So, apa yang Otomen perlu sediakan untuk melancong ke Jepun? Dari perkongsian selebriti Hanis Zalikha dan Issey, Otomen dapati:

  1. Perlulah serba sedikit study / belajar bahasa mereka. At least ayat seperti Konnichiwa (Selamat Tengah Hari) dan Ohayo gozaimasu (Selamat Pagi). Dan yang paling penting sentiasa bertutur ucapan terima kasih (Arigatou gozaimasu).
  2. Perlukan ada sikap toleransi dan berdisiplin ketika menggunakan kenderaan awam di sana. Beraturlah sebelum naik kenderaan kerana rakyat Jepun sangatlah disiplin.
  3. Hormati orang tua dan ibu mengandung ketika berada dalam kenderaan awam.

Kalau korang nak tahu waktu atau cuaca yang sesuai untuk bercuti di Jepun, boleh cuba layari laman web ni di http://www.melancongkejepun.com/waktu-sesuai-bercuti-di-jepun/. Sangatlah best kan bila kita dah sampai di Jepun, cuacanya sangat menarik untuk dikunjungi. Dah jauh-jauh datang, kalau tak menarik, pasti satu yang merugikan. Tapi, dari perkongsian mereka yang dah pergi ke sana, ia memang sangat menarik untuk dikunjungi.

Pada hari itu juga, pihak JNTO dan #VisitMyJapan bekerjasama memberikan cabutan bertuah kepada pengunjung yang hadir ke seminar tersebut. Di antara hadiah cabutan bertuah yang menjadi igauan dan impian orang ramai adalah tiket penerbangan pergi dan balik ke Tokyo, Jepun. WoW!!! Best kan kalau dapat. Percuma lah pulak tu. Memang best.

Tapi pada hari itu tidak berpihak kepada Otomen mahupun LeYa. Mungkin belum ada rezeki nak menjejakkan kaki ke Jepun lagi. Inshaa Allah, Otomen akan cuba juga sedaya usaha untuk melancong ke Jepun bersama isteri tersayang. Tahniah lah Otomen ucapkan kepada pemenang bertuah atas kurniaan rezeki dari Ilahi ni. Jangan lupa bawak balik souvenir untuk Otomen nanti ye..HeheheKerana tidak dapat menjadi pemenang utama hadiah tiket penerbangan ke Tokyo, Jepun itu, jadinya Otomen hanya mampu bergambar di Musim Luruh yang terdapat di seminar tersebut. Jadilah Otomen rasa acah-acah berada di sana. Hehehe

lanjut, boleh hubungi:

Facebook | Visit My Japan

https://wordpress.com/read/blogs/36668026/posts/2555

Budaya Jepun/Japan

Budaya Jepun

Sebelum ke Jepun, mungkin anda ingin mengetahui serba-sedikit tentang budaya masyarakat Jepun yang unik.

1. Agama

Antara agama yang paling banyak diamalkan di Jepun ialah agama Shinto dan Buddha. Namun, ia bukanlah menjadi amalan utama di dalam budaya Jepun. Agama dianggap sebagai suatu yang peribadi dan tidak ditonjolkan di dalam kehidupan seharian seperti di sekolah-sekolah. Namun begitu, prinsip-prinsip di dalam agama Shinto dapat dilihat di dalam kehidupan harian masyarakat Jepun terutamanya dalam kesenian seperti rekabentuk taman-taman Jepun, bonsai, dan juga sambutan bunga sakura.

1.jpg

Kredit: Timothy Takemoto di Flickr

2. Bahasa

Sudah tentu, bahasa utama yang digunakan di dalam kehidupan harian ialah bahasa Jepun. Namun, globalisasi yang menyaksikan kebangkitan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa menyedarkan masyarakat Jepun terutamanya golongan yang lebih muda untuk menguasai bahasa ini. Oleh itu, semakin ramai golongan muda yang memilih untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Pada masa depan, kemungkinan lebih ramai orang Jepun yang akan menguasai bahasa Inggeris.

2.jpg

Kredit: MsPxl di Flickr

3. Manga dan Anime

Manga ialah komik Jepun manakala anime ialah animasi Jepun. Ia merupakan sebahagian besar budaya Jepun. Karakter-karakter di dalam manga dan anime biasanya mempunyai mata yang besar bagi menghasilkan efek yang lebih dramatik. Manga dan anime bukan sahaja disasarkan untuk golongan kanak-kanak, malah ia mempunyai kelompok peminat dewasa yang besar. Ini kerana ia wujud dalam pelbagai bentuk genre seperti aksi, romantik, komedi, sukan, seram dan banyak lagi. Manga dan anime menghasilkan industri yang besar termasuklah penghasilan figurin dan kostum-kostum mengikut karakter di dalam manga dan anime tersebut. Jangan terkejut jika anda terserempak dengan orang Jepun dewasa yang memakai pakaian karakter kegemaran mereka sedang berjalan-jalan di kota. Ini adalah suatu pemandangan yang biasa bagi mereka. Antara manga dan anime yang popular termasuklah Sailormoon, Pokemon, Doraemon dan Dragon Ball.

3.jpg

Kredit: Adam Purves (S3ISOR) di Flickr

4. Vending Machine (Mesin Layan Diri)

Jangan terkejut melihat pelbagai jenis vending machine yang ada di Jepun. Pelbagai barangan boleh dijual melalui vending machine seperti makanan panas, minuman ringan, rokok dan coklat. Hampir setiap blok di Tokyo mempunyai vending machine, termasuklah di kawasan perumahan, di celah-celah lorong, dan di hadapan kedai serbaneka! Berjalan beberapa langkah dan anda akan terserempak dengan vending machine. Tidak hairanlah sekiranya Jepun mempunyai kepadatan vending machine paling tinggi di dunia iaitu terdapat satu vending machine untuk setiap 23 orang. Kenapa ada terlalu banyak vending machine di Jepun? Dipercayai bahawa salah satu sebabnya ialah kerana kos tenaga buruh yang tinggi membuatkan kebanyakan syarikat lebih suka menjual melalui vending machine daripada manusia.

4.jpg

Kredit: inefekt69 di Flickr

5. Menggunakan Wang Tunai

Walaupun masyarakat Jepun sangat moden dengan pelbagai kemudahan berteknologi tinggi, banyak urusniaga yang dilakukan menggunakan wang tunai berbanding dengan kad debit atau kad kredit. Banyak kedai yang tidak menerima kad kredit. Oleh itu, masyarakat Jepun kebiasaannya membawa wang tunai. Salah satu sebabnya adalah kerana tahap keselamatan yang tinggi di Jepun dan kurangnya kes kecurian membuatkan orang ramai selesa membawa wang tunai dalam jumlah yang besar. Sudah tentu pusat-pusat membeli belah terkemuka menyediakan sistem pembayaran melalui kad kredit. Mungkin kedai-kedai kecil lebih suka menerima wang tunai. Oleh itu, pastikan anda sentiasa membawa wang tunai jika melancong ke Jepun.

5.jpg

Kredit: Japanexperterna.se di Flickr

6. Budaya Tunduk Hormat

Jepun mempunyai budaya sopan yang terkenal di seluruh dunia iaitu budaya tunduk hormat. Semua orang diajar dari kecil untuk tunduk hormat bagi mengucapkan hai, selamat tinggal, mohon maaf dan terima kasih. Jika anda ke mana-mana kedai juga, para pekerja akan memberi tunduk hormat kepada para pelanggan sebagai tanda menghormati. Anda sebagai pelanggan tidak perlu tunduk hormat, cuma sekadar mengangguk sudah cukup. Memang terdapat beberapa peraturan dalam budaya ini tetapi sebagai pelancong, tidak perlu terlalu serius mengamalkannya. Cukup sekadar menunduk sedikit sebagai tanda penghormatan.

6.jpg

Kredit: Akuppa John Wigham di Flickr

7. Menanggalkan Kasut

Ada sesetengah tempat yang meminta pelanggan menanggalkan kasut sebelum masuk ke premis. Ia menjadi kebiasaan untuk menanggalkan kasut jika ke ryokan tradisional dan juga sesetengah restoran! Perhatikan apa yang pengunjung lain lakukan dan ikut sahaja sekiranya mereka menanggalkan kasut. Jika ada rak kasut yang dipenuhi kasut di luar, kemungkinan besar anda perlu menanggalkan kasut.

7.jpg

Kredit: S. di Flickr

8. Mementingkan Kebersihan

Orang Jepun sangat sensitif tentang kebersihan terutamanya kebersihan kawasan awam. Sukar untuk anda melihat sampah merata-rata di atas lantai. Walaupun tempat awam di Jepun tidak mempunyai tong sampah (Ya, sukar untuk menjumpai tong sampah awam di sana!), penduduk tidak akan membuang sampah ke lantai. Sebaliknya, mereka akan membawa pulang sampah yang dihasilkan kerana percaya bahawa pengurusan sampah adalah tanggungjawab masing-masing. Kedai-kedai juga bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan kawasan sekeliling kedai. Diakui juga mereka memang maju dari segi pengurusan sampah. Sistem kitar semula diamalkan secara aktif oleh seluruh lapisan masyarakat di mana sampah-sampah diasingkan. Malah, sebelum membuang botol kicap, mereka akan membilasnya! Oleh itu, jika anda ke sana, jagalah nama baik negara dengan menjaga kebersihan kawasan sekitar. Bawalah beg kecil ke mana-mana untuk membuang apa-apa sampah yang anda hasilkan. Ambil contoh dari negara Jepun dan cuba amalkan di negara sendiri.

8.jpg

Kredit: Timothy Takemoto di Flickr

Baca dengan lebih lanjut tentang etiket dan budaya Jepun sebelum ke sana, anda akan tertarik dengan kehalusan budayanya.

https://wordpress.com/read/blogs/138289655/posts/866

10 Cenderahati Mesti Beli di Jepun/Japan

10 Cenderahati Mesti Beli di Jepun

Jepun adalah sebuah negara yang terkenal dengan pelbagai pilihan cenderahati yang dijual di merata-rata tempat. Cenderahati boleh didapati dengan harga semurah 100 yen sehingga beberapa ribu yen mengikut bajet anda. Jangan gusar kerana pasti terdapat banyak yang memikat hati anda! Jom tinjau pilihan cenderahati yang mesti dibeli di Jepun.

1. Alat Tulis Comel

Pelbagai pilihan alat tulis yang menawan hati menanti anda di Jepun. Pen, pensel, bekas pensel, dan buku nota pelbagai corak yang comel harus anda beli! Tentu sukar mendapatkannya di negara sendiri. Oleh itu, boronglah sebanyak yang boleh. Bukan sahaja kanak-kanak yang menggemarinya, malah yang dewasa turut terjebak!

1.jpg

2. Origami

Seni origami tidak asing lagi di negara Jepun. Tidak hairanlah sekiranya semua barangan yang diperlukan untuk seni origami mudah didapati di sini. Di negara sendiri, bukan sahaja susah mendapatkannya, malah harganya jauh lebih mahal! Oleh itu, gunakan peluang berada di Jepun untuk membeli barangan untuk menghasilkan seni origami mengikut keperluan. Antara barang yang biasa dijual ialah buku-buku tentang cara menghasilkan origami, kertas origami, set origami, dan banyak pilihan corak origami. Mungkin juga anda boleh memulakan hobi baru menghasilkan seni origami.

2.jpg

3. Beg Sekolah

Beg yang dinamakan beg randoseru ini amat popular digunakan dalam kalangan pelajar sekolah. Malah, pelajar remaja turut menggunakannya. Ia seolah-olah simbol stail unik bagi masyarakat Jepun. Belikan beg ini untuk anak-anak yang masih di sekolah, mereka pasti bangga menggayakannnya ke sekolah. Beg ini cukup unik kerana biasanya hanya boleh didapati di negara Jepun. Beg seperti ini telah digunakan semenjak kurun ke 19 lagi. Didapati dalam pelbagai warna dan rekabentuk, pilihlah yang menawan hati anda. Jika membeli beg yang diperbuat dari bahan berkualiti seperti kulit asli, ia pasti tahan bertahun-tahun lamanya.

3.jpg

3.1.jpg

4. Yukata

Yukata ialah versi kimono yang lebih ringan dan biasa dipakai pada musim panas. Harganya berbeza-beza mengikut kedai yang menjual. Anda mungkin lebih mudah mendapatkannya pada musim panas. Antara kedai terkenal yang menjual yukata ialah UNIQLO. Jika pengunjung tinggal di mana-mana ryokan, pemakaian yukata amat sesuai di sini. Terdapat juga kedai yang menyewa yukata bagi mereka yang ingin bergambar kenangan dengan pakaian tradisional ini.

4.jpg

5. Lukisan Gunung Fuji Ukiyo-e

Ukiyo-e ialah satu teknik lukisan zaman dahulu yang unik kepada negara Jepun. Ia ialah teknik yang telah wujud semenjak kurun ke-17 lagi dan melibatkan lukisan ke atas sebuah bongkah kayu. Pelbagai jenis lukisan dihasilkan melalui teknik ini. Antara lukisan yang paling terkenal ialah lukisan Mount Fuji. Rugi jika anda tidak membelinya bila ke Jepun.

5.jpg

6. Kipas Jepun

Memang banyak jenis kipas tangan yang dijual di Jepun, masing-masing dengan rekabentuk yang melambangkan Jepun. Ada yang murah, ada yang mahal, bergantung kepada seni yang digunakan untuk menghasilkan kipas tersebut. Lebih halus dan teliti seni kipas tersebut, tentulah lebih mahal harganya. Selain digunakan sebagai kipas tangan, boleh juga dijadikan hiasan di rumah, bukti anda pernah menjejak kaki ke Jepun.

6.jpg

7. Magnet Peti Ais dan Keychain Berbentuk Makanan

Jepun juga suka menghasilkan produk berdasarkan makanan Jepun yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Makanan Jepun seperti sushi dan ramen diabadikan di dalam bentuk magnet peti ais dan keychain yang mempunyai seni tersendiri. Bukan itu sahaja, malah ada juga produk makanan untuk pameran yang dihasilkan dengan begitu teliti berdasarkan rupa bentuk makanan yang sebenar. Ini kerana kebanyakan restoran di Jepun akan mempamerkan menu mereka dalam bentuk makanan palsu bagi memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan.

7.jpg

7.1.jpg

8. Stiker Comel

Cenderahati yang sesuai buat pengumpul stiker cilik, pelbagai karakter animasi Jepun diabadikan dalam bentuk stiker seperti ini! Pengumpul stiker pasti rambang mata melihat pilihan stiker yang disajikan.

8.jpg

9. Sapu Tangan ‘Tenugui’

Sapu tangan pelbagai guna ini sangat sesuai dijadikan cenderahati. Dengan pelbagai pilihan corak, gaya dan warna, anda pasti akan menemui sapu tangan yang sesuai dengan sesiapa pun. Boleh digunakan sebagai sapu tangan, sebagai hiasan, untuk membalut hadiah, membalut bento, dan pelbagai kegunaan lagi mengikut kreativiti anda.

9.jpg

10. Selipar Jepun

Tidak, ini bukan selipar jepun yang biasa anda gunakan di rumah. Mungkin ini adalah asal-usul selipar jepun yang sebenarnya sebelum dimodenkan. Wajib dibawa pulang sebagai kenangan.

10.jpg

Bukan sukar kan, untuk mencari cenderahati yang sesuai buat semua peringkat umur di Jepun Share

6 Restoran Halal Di Jepun / Japan

6 Restoran Halal dan Mesra Muslim di Jepun

1

Kredit via

Bukan mudah untuk mendapatkan makanan Halal di Jepun. Penduduk muslim di negara matahari terbit ini masih lagi dikategorikan sebagai golongan minoriti. Namun jangan risau, artikel ini kami kongsikan beberapa restaurant makanan halal dan mesra muslim yang boleh anda cuba jika berkunjung ke Jepun.

 

1. Halal Ramen Gion Naritaya

2

Kredit via

Jika anda pengemar ramen, tidak sah sekiranya tidak berkunjung ke restoran ini. Terletak di Gion, Kyoto, restoran ini menyajikan pelbagai jenis ramen asli yang pasti membuatkan anda terliur. Restoran ini juga merupakan Restoran Naritaya yang pertama mendapat pengiktirafan halal daripada JAKIM Malaysia. Kemudahan ruang solat turut disediakan di Halal Ramen Gion Naritaya bagi kemudahan penguna.

 

Alamat: Ability Gion Bidg. 1F, 424 Rinkacho, Higashiyama-ku, Kyoto-shi, Kyoto 605-0062

No Tel: 075-531-8200

Waktu Operasi: 11AM – 10PM

Harga: 700 JPY – 1,700 JPY

Akses: 8-10 minit berjalan kaki dari Gion Shijo Station

 

2. Ganko Sanjo Honten

3

Kredit via

Restoran ini merupakan salah satu restoran shushi halal yang boleh anda dapati di Kyoto. Pelbagai variasi shushi boleh didapati di sini dengan harga yang sangat berpatutan.

 

Alamat: 101 Nakajima-cho, Sanjo-dori, Kawaramachi Higashi iru, Nakagyo-ku, Kyoto

No Tel: +81 75-255-1128

Waktu Operasi: 11AM – 11PM

Harga: 600 JPY – 2,000 JPY

Akses: 2 minit berjalan kaki dari Sanjo Station

 

3. Ramen Honolu Osaka

4

Kredit via

Restoran ini dibuka atas permintaan yang tinggi dikalangan pelancong muslim yang datang ke Osaka. Ramen Honolu Osaka terletak tidak jauh dari JR Namba Station dan menu-menu yang disajikan pasti tidak akan mengecewakan anda. Pilih sahaja Rich Chicken  Soy-sauce ataupun Rich Chicken Flavor Ramen untuk menikmati rasa ramen yang asli. Jika anda sukakan makanan yang lebih pedas, Spicy Ramen Chili ataupunCurry flavor merupakan pilihan yang tepat.

 

Alamat: 2 Chome-5-27 Motomachi, Naniwa Ward, Osaka

No Tel: +81 6-6710-9604

Waktu Operasi: 11.30AM – 2.30PM / 5.30PM – 9.30PM

Harga: 700JPY – 1,200 JPY

Akses: 10 minit berjalan kaki dari JR Namba Station

 

4. Matsuri

5

Kredit via

 

Satu lagi restoran halal di Osaka yang menyajikan pelbagai jenis makanan tempatan Jepun seperti shushi, takoyaki, okonomiyaki, ramen dan lain-lain. Matsuri yang bermaksud festival dalam bahasa Jepun dan merupakan restoran pertama di Jepun yang menyediakan takoyaki halal. Di sini anda tidak perlu gusar kerana ruang solat juga turut di sediakan bagi kemudahan pengunjung.

 

Alamat: 3 Chome-27-17 Yoshino, Fukushima Ward, Osaka, Osaka Prefecture 553-0006, Japan

No Tel: +81 6-6940-6633

Waktu Operasi: 11AM–2PM /  5PM–11PM

Harga: 580 JPY –  1,800 JPY

Akses:  5 minit berjalan kaki dari Nodahanshin Station

 

5. Ramen Sasuke Sapporo Clock Tower

6

Kredit via

Terletak di Sapporo, Restoran Ramen Sasuke Sapporo Clock Tower ini sangat terkenal dengan Samurai Ramen. Menu ramen di restoran ini diakui bebas alkohol dan daging khinzir. Selain itu daging yang di gunakan dalam masakan merupakan daging yang diperbuat daripada kacang soya yang pasti menambat selera anda.

 

Alamat: Tokeidai Bldg. B1F, Nishi 2 chome, Kita 1 jo, Chuoku, Sapparo-shi, Hokkaido 060-0001

No Tel: 011-210-7333

Waktu Operasi: 11:00am-10:00pm

Harga:  680 JPY

Akses: 5 minit berjalan kaki dari Odori Station

 

6. Tentei, Narita Airport

7

Kredit via

Jemu dengan ramen sepanjang di Jepun? Anda boleh cuba Udon dan juga tempura halal di Tentei Restoran. Restoran ini terletak di tingkat empat Lapangan Terbang Antarabangsa, Narita dan diperakui halal oleh Malaysian Halal Consultancy & Training Agency (MHCT). Jika anda ingin melihat sendiri bagaimana tempura dimasak, anda boleh memilih untuk duduk berdekatan dengan kaunter. Jangan risau tiada bayaran tambahan dikenakan.

 

Alamat: 4F, Narita Airport Terminal 2,1 Furugome, Narita-shi, Chiba

No Tel: +81-47634-6133

Waktu Operasi: 7:30 AM – 9:00 PM

Harga: 980 JPY – 1,500 JPY

Akses: Narita International Airport Terminal 2.

 

https://wordpress.com/read/blogs/138289655/posts/362