Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Gempar! 61,392 kilogram daging ayam sejuk beku dari Thailand dirampas – Takbir

Takbir..

Gempar! 61,392 kilogram daging ayam sejuk beku dari Thailand dirampas

Cubaan membawa masuk 5,161 ayam sejuk beku seberat 61,932 kilogram (kg) bernilai RM495,608 dari Thailand gagal apabila dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), kelmarin.

Kesemua ayam sejuk beku itu dirampas dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Malaysia (ICQS) pada 4 petang.

Pengarah MAQIS Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, daging ayam sejuk beku itu dibawa masuk itu tanpa mematuhi syarat import iaitu dipercayai datangnya dari pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf dan meragukan.

Beliau berkata, kegagalan untuk mengemukakan maklumat berkenaan adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak MAQIS tidak akan leka serta memandang mudah terhadap perkara ini dan akan terus komited dalam memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikro-organisma dan makanan yang diimport bebas daripada ancaman perosak, penyakit, bahan cemar dan tidak menjejaskan sektor pertanian negara serta mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan,” katanya. – HM

Menteri Kewangan Malaysia teruk dikecam, dimalukan CEO-CEO seluruh dunia kerana posting tidak jujur, sorok fakta dan syok sendiri

Kenyataan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz  mengenai pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia, mendapat keacaman beberapa pihak termasuk dari Dewan Perniagaan Eropah-Malaysia (Eurocham Malaysia).
Zafrul telah menulis catatan yang mengatakan bahawa dari segi pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI), Malaysia mencatat sejumlah RM109.8 bilion pelaburan yang diluluskan yang melibatkan hampir 3,000 projek dalam pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama untuk sembilan bulan pertama 2020.⠀

“Melalui Penjana Kapital, kami baru-baru ini memfasilitasi komitmen oleh lapan pengurus dana modal teroka antarabangsa bersama-sama dengan kerajaan untuk melabur sehingga RM1.57 bilion untuk syarikat permulaan Malaysia dalam bidang fintech, edutech, agritech, mobiliti dan AI (kecerdasan buatan), yang dijangka mewujudkan 1,800 pekerjaan berkemahiran tinggi dalam proses tersebut.
“Macam mana, cukup untuk menambah keyakinan pelabur yang berterusan di Malaysia?” kata Zafrul.

Namun, kenyataannya itu mengundang respons Ketua Pegawai Eksekutif Eurocham Malaysia, Sven Schneider.
“Minta maaf kerana saya buat komen ini, tetapi mewakili komuniti pelabur asing yang cukup besar, EU, kami saat ini menerima banyak kebimbangan mengenai sama ada Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang wajar,” kata Schneider.

“Sehingga hari ini, Yang Berhormat Menteri bahkan tidak dapat bertemu dengan kami dan mendengarkan keprihatinan syarikat-syarikat kami. Tanpa input ini, kementerian anda pasti tidak dapat mengatasi masalah di lapangan,” kata Schneider.
Adrian Pereira, Pengarah Eksekutif di North South Initiative, juga membidas Zafrul mengenai dasar pekerja asing.
“Ekonomi Malaysia secara artifisial mendapat manfaat dari buruh paksa, pemerdagangan manusia dan pelbagai ketidakpatuhan undang-undang yang melibatkan pekerja asing. Kami terus melihat pelbagai laporan penyiasatan dari entiti swasta dan awam, tempatan dan antarabangsa mengenai hal ini, di hampir semua sektor.

“Mendapat keuntungan dari eksploitasi orang lain bermaksud pendapatan yang dijana adalah tidak sah. Malah saya juga boleh kata ia haram.
“Tolong bantu mengesan keuntungan yang diperoleh daripada syarikat tersebut, sama ada GLC, rantaian bekalan global atau PKS dan kembalikan wang itu kepada mangsa atau jika tidak, kita tidak akan pernah menjadi negara yang benar-benar kompetitif, “katanya.
Bekas perdana menteri Najib Abdul Razak juga memberikan ulasannya sendiri di Facebook yang mengatakan bahawa menteri kewangan kerajaan PN telah dibidas oleh netizen dan pelabur asing semalam.
“Dia diselar sebab ramai anggap dia tidak jujur, cuba menyorok keadaan sebenar dan memberi gambaran yang salah berhubung pelaburan asing.
“Erti kata lain, ramai yang tidak senang dengan sikap yang dianggap ‘syiok sendiri’ dalam posting Menteri Kewangan semalam.

“Realitinya ialah pelaburan asing dalam negara sudah jatuh teruk setiap tahun sejak PRU14,” katanya.
Najib, turut mengajak orang ramai mempertimbangkan sama ada wujud pelaburan asing yang signifikan yang pernah diumumkan kerajaan PH dan PN dalam tempoh tiga tahun.
“Pelaburan asing pada tahun lepas (setakat suku 3) adalah amat buruk sekali dan sebenarnya menjadi negatif pada suku ke-3 apabila beberapa pelaburan asing sedia ada di Malaysia berpindah ke negara jiran.
“Saya faham pelaburan asing di Malaysia tahun lepas mungkin terjejas akibat Covid tapi ramai juga yang tertanya-tanya kenapa pelaburan asing di negara-negara jiran mencanak naik pula?” soal Najib. – Mkini

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/menteri-kewangan-teruk-dikecam.html#ixzz6jQv8AGjH

https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/menteri-kewangan-teruk-dikecam.html

Langgar lubang, warga Pakistan dapat pampasan RM50,000

Langgar lubang, warga Pakistan dapat pampasan RM50,000

Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan seorang warga asing terhadap kerajaan untuk menuntut pampasan RM48,700 atas kecuaian bagi kecederaan dialaminya selepas motosikalnya melanggar lubang enam tahun lalu.

Warga Pakistan, Sajid Dilwarkhan mendakwa kemalangan dialaminya akibat kealpaan ketua pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) memastikan jalan dalam keadaan baik untuk pengguna jalan raya.

Katanya, kerajaan mempunyai liabiliti vikarius atas kecuaian ketua pengarah JKR.

Sajid memfailkan saman terhadap ketua pengarah JKR dan kerajaan atas kecederaan yang didakwa dialaminya selepas tercampak daripada motosikalnya kerana melanggar lubang di Jalan Kuala Selangor (Jalan FT 54) ketika hujan pada 10 pagi 27 Okt 2014.

Mahkamah Majistret dua tahun lalu menolak tuntutan Sajid kerana kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pihak keempat memastikan jalan berkenaan dalam keadaan baik.

Terdahulu, kerajaan memfailkan tuntutan pihak ketiga terhadap Unik Sejati Sdn Bhd bagi menuntut ganti rugi serta sumbangan, sekiranya Sajid berjaya dalam samannya di mahkamah rendah itu.

Unik Sejati yang dilantik kerajaan untuk membina dan menyelenggara laluan FT54, di mana kemalangan itu berlaku bagaimanapun menegaskan tiada lubang di jalan berkenaan.

Unik Sejati sebaliknya menamakan Salam Dutamas Sdn Bhd sebagai pihak keempat untuk mendapatkan ganti rugi dan sumbangan, sekiranya mereka didapati bertanggungjawab.

Pihak keempat berkenaan adalah subkontraktor yang dilantik pihak ketiga bagi menyelenggara jalan berkenaan.

Salam Dutamas mendakwa motosikal Sajid tergelincir menyebabkannya beliau jatuh di lokasi lain, tetapi cuba mengaitkan kemalangan itu dengan Jalan FT 54 untuk mengukuhkan kesnya kerana ketika itu ada kerja jalan dilakukan di situ.

Hakim S M Komathy Suppiah dalam penghakiman bertulisnya berkata, kerajaan tidak mempunyai kekebalan undang-undang mengikut Seksyen 7 Akta Prosiding Kerajaan 1956.

“Mereka mempunyai kewajipan statutori kepada plaintif untuk memastikan jalan dalam keadaan baik. Mereka tidak boleh mengelak liabiliti dengan menyerahkannya kepada pihak ketiga,” katanya.

Komathy berkata, ketua pengarah JKR dan kerajaan tidak memastikan pihak ketiga terbabit menampal lubang jalan berkenaan atau meletakkan tanda amaran atau kon berhampiran lubang itu untuk memberi amaran kepada pengguna jalan.

Katanya, ia bukan sebahagian daripada kes kerajaan yang pihak ketiga dan keempat ialah kontraktor bebas.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tuntutan kerajaan untuk ganti rugi daripada pihak ketiga, selain tuntutan pihak ketiga untuk ganti rugi daripada pihak keempat.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/12/31/lelaki-pakistan-cedera-motosikal-langgar-lubang-dapat-pampasan-rm50000/

Ayah didakwa cabul 2 anak sendiri di Machang, Kelantan Serambi Mekah.

Seorang bapa berdepan tiga pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap dua anak kandungnya.

Tertuduh berumur 39 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicara di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Dalam pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin, tertuduh pada 1 Disember 2020 kira-kira jam 5 petang di Kampung Pangkal Kuang, Machang, didakwa dengan maksud seksual menggeselkan kemaluan ke badan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang juga anak kandungnya.

Pertuduhan kedua pula, dia didakwa memasukan tangan ke dalam seluar mangsa pada 2 November 2020 kira-kira jam 11 malam terhadap anak perempuannya itu.

Kedua-dua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan dibacakan bersama Seksyen 16 akta yang sama, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Dalam pertuduhan ketiga pula, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan kandung berusia 14 tahun pada Februari 2019 lebih kurang jam 5.30 petang di Kampung Pangkal Kuang, Machang.

Justeru tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 dan dibacakan bersama Seksyen 16 akta yang sama, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh yang diwakil peguam bela Syed Muhammad Syafiq Syed Abu Bakar memohon jaminan diberikan, mahkamah bagaimanapun menetapkan tiada jaminan diberikan dan menetapkan tarikh 31 Januari untuk sebutan semula kes.

Tertuduh, yang bekerja kampung, hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja T watak komik Jepun Onepiece dan kelihatan tenang ketika prosiding.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/557016

Umno Kini Tidak Memerlukan Pas. Umno tanpa Bersatu dan PAS – ‘Mengapa tidak?’

Jika Umno akhirnya terpaksa membawa haluan sendiri menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 nanti, ia bukanlah masalah, kata Pengerusi Lembaga Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

“Mengapa tidak?” katanya ketika disoal berkenaan kemampuan Umno untuk bergerak sendiri, tanpa penyertaan Bersatu dan PAS.

“Kita biasanya bergerak sendiri atas dasar yang ditentukan oleh BN. Dan segala bentuk tindakan kita merupakan bentuk berkebangsaan”.

Dengan sikap PAS yang semakin dilihat ‘menyebelahi’ Bersatu berbanding Umno, akui ahli parlimen Gua Musang itu, ia mungkin boleh menjejaskan peluang Umno untuk kembali mengetuai kerajaan pusat.

“Tetapi kena ingat, sebelum ini pun kita tak bergantung kepada mereka. Kita bertanding, atau menghadapi pilihan raya umum (PRU) sebagai BN. Dan kita menang banyak kerusi.

“Di sebelah selatan, tengah, Pantai Barat pun kita menang.

“Ini kekuatan yang telah dibuktikan oleh kita dalam PRU yang sudah-sudah,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di rumahnya di ibu negara semalam.

Katanya, meskipun menyokong kerajaan PN, Umno bukan anggota PN.

Malah, tambahnya, kekuatan Umno melebihi parti-parti lain jika diukur daripada segi perwakilan kerusi parlimen, jumlah keahlian, dan sokongan akar umbi.

Hanya saja, Umno perlu memilih calon PRU-15 yang boleh diterima masyarakat iaitu calon yang tidak banyak masalah, serta bertanggungjawab untuk memberikan segala khidmat dan bantuan kebajikan kepada rakyat, lebih-lebih lagi ketika negara berperang dengan Covid-19.

Pada PRU-14 lalu, Umno menang 54 kerusi parlimen, namun hilang banyak kerusi apabila ahli-ahlinya lompat parti menjadi ahli Bersatu yang diasaskan beberapa bekas pemimpin kanan Umno.

Kini mereka memegang 38 kerusi.

Umno mula bersekutu dengan Bersatu apabila parti serpihannya itu keluar daripada PH hujung Februari lalu dan membentuk kerjasama dengan parti-parti lain – termasuk Umno dan PAS – bagi menumbangkan kerajaan PH, bawah payung PN.

Namun, kerjasama dua parti itu menempuh jalan sukar apabila ada sebahagian pemimpin Umno mendakwa parti mereka dianaktirikan bawah pentadbiran presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, malah tidak kurang juga yang menggesa ahli Umno menarik balik sokongan kepada perdana menteri.

Siri kekecewaan terbaru Umno ialah apabila syarat yang dikemukakan untuk menyokong Belanjawan 2021 – pengeluaran i-Sinar KWSP dan moratorium automatik – dikatakan dikompromi oleh kerajaan PN.

Gabungan PN didaftar pada 7 Ogos, membabitkan Bersatu, Umno, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progresif Sabah (SAPP), manakala piagam MN yang dimeterai Umno dan PAS pada 14 Sep 2019 pula, sedang dalam fasa untuk merasmikan kerjasama.

Namun, kata Tengku Razaleigh, sama ada Umno akan bekerjasama bersama dengan PAS dalam MN atau turut bersama Bersatu menjelang PRU-15, adalah hal yang belum dimuktamadkan.

“Lagipun kita tak tahu sama ada dalam bentuk itu (kerjasama dengan PAS) boleh diterima oleh masyarakat umumnya,” katanya yang menyifatkan Umno bawah BN sebagai parti yang bersifat kebangsaan dan tidak mengamalkan sikap perkauman.

“Kerana kita selama ini pun menayangkan kedudukan kita sebagai satu parti dan satu gerakan kebangsaan, yang mewakili semua kaum, semua pihak dalam gerakan kita.

“[…] Jadi pada masa ini kita serah kepada pemimpin untuk menentukannya,” katanya.

Setiausaha Agung BN Annuar Musa beberapa hari lalu berkata rundingan agihan kerusi antara Umno dan PAS di bawah MN sudah mencapai tahap 60 ke 70 peratus, tetapi rundingan terperinci belum dimulakan dengan Bersatu.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar PRU segera selepas Covid-19 terkawal, dan pendirian itu nampaknya turut dikongsi oleh Muhyiddin.

https://www.malaysiakini.com/news/556905

Ustaz Budak didakwa cium pipi, cabul lelaki

SYAMSUL Zaman atau Ustaz Budak (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret,Kota Bharu hari ini atas pertuduhan mencabul seorang lelaki minggu lalu.

KOTA BHARU – Seorang pendakwah yang lebih dikenali sebagai Ustaz Budak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul seorang lelaki minggu lalu.

Tertuduh, Syamsul Zaman Sukri, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Ibrahim Mohammad Ghulam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan kelucahan melampau terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun dengan mencium pipi, menggesel dan memegang kemaluan mangsa.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah hotel di sini kira-kira pukul 1.15 pagi pada 16 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shahril Ramli manakala tertuduh diwakili Peguam Siti Atikah Abd. Halim.

Mahkamah menawarkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh membayar ikat jamin yang ditetapkan oleh mahkamah.

Mahkamah menetapkan 21 Januari depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen. – K! ONLINE

Menteri agama masih “menikus” isu sindiket penipuan daging halal – Salahuddin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Dr Zulkifli Mohamad mesti memberikan penjelasan memuaskan berhubung isu sindiket penipuan daging halal yang dibongkar pihak berkuasa baru-baru ini

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata setakat ini senator berkenaan masih “menikus” walaupun kementeriannya bertanggungjawab dalam hal berkaitan sijil halal.

“Kebobrokan ini harus dijawab oleh Menteri di JPM yang masih menikus daripada memberikan penjelasan berhubungan penyalahgunaan kuasa di peringkat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Salahuddin berkata Jakim yang berada dalam bidang kuasa Zulkifli merupakan agensi bertanggungjawab menguruskan status halal haram makanan di negara ini.

Kewujudan sindiket terbabit kata bekas menteri pertanian itu jelas menimbulkan keraguan mengenai tahap integriti agensi terbabit dalam pembangunan industri halal negara.

Media sebelum ini melaporkan kegiatan kartel yang bersubahat dengan beberapa pegawai dalam agensi kerajaan untuk mengimport daging – antaranya kangaru dan kuda yang tidak berstatus halal – untuk dijual sebagai daging halal.

Pegawai yang terlibat dikatakan menerima pelbagai jenis habuan kerana bersekongkol dengan kartel berkenaan.

Pada bulan lalu parlimen diberitahu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang menyiasat kes kartel berkenaan yang berlaku di Senai, Johor.

Salahuddin berkata selain Zulkifli satu lagi pihak yang perlu memberi penjelasan ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai pihak yang mengelola urusan mengeluarkan permit, lesen dan perakuan barangan import seperti di Johor.

Ahli parlimen Pulai itu juga mendesak pihak berkuasa menyiasat sedalam-dalamnya kegiatan rasuah dan salah laku yang menyebabkan kartel terbabit boleh beroperasi sebelum mereka dikenakan hukuman setimpal.

Pada masa sama kata Salahuddin kerajaan perlu mengambil serius kes keselamatan makanan dengan memperhalusi, memantau dan menilai garis panduan kemasukan makanan untuk memastikan setiap produk berkaitan yang dipasarkan selamat.

“Kerajaan Perikatan Nasional yang didominasi parti Melayu Islam mesti menunjukkan kesungguhan mereka menjaga kebajikan dan kepentingan Muslim.

“Janganlah biarkan slogan Melayu Islam hanya tinggal sebagai retorik untuk memperdaya masyakarat dan meraih undi menjelang pilihan raya,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/556400

Patriot desak kerajaan rombak Jabatan Imigresen dan JPN

Patriot desak kerajaan rombak Jabatan Imigresen dan JPN

Persatuan Patriot Kebangsaan berpendapat, tangkapan demi tangkapan ke atas anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menunjukkan kelemahan agensi itu.

Presiden Patriot, Mohamed Arshad Raji, berkata sukar dipercayai anggota JIM terbabit dibiar melakukan kegiatan haram masing-masing selama lebih setahun tanpa disedari atasan mereka, kecuali jika pihak atasan sendiri terbabit.

Mohamed Arshad turut mengambil contoh salah laku kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara di Pulau Pinang yang ditahan pada tahun lalu.

Untuk rekod, enam orang termasuk penolong pengarah JPN dikenakan dengan 32 tuduhan memalsukan surat beranak Malaysia dan Mykad untuk dijual kepada orang asing dari China.

Menurut Mohamed Arshad, JIM dan JPN adalah dua jabatan kritikal yang mesti diteliti oleh agensi penyiasatan dan keselamatan kerajaan yang berkaitan.

“Segala kegiatan haram yang dilakukan kakitangan kedua-dua agensi itu sama dengan pengkhianatan yang serius, dan kerajaan tidak boleh sama sekali bertoleransi,” katanya.

Justeru Patriot menggesa kerajaan merombak sepenuhnya kedua-dua jabatan tersebut dan memastikan ketuanya mengambil tanggungjawab penuh jika berlaku kegagalan pada masa depan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini menahan 50 individu kerana disyaki terbabit dengan sindiket tertentu. Seramai 28 daripada suspek merupakan anggota JIM.

Seorang daripada mereka dilaporkan berpangkat rendah namun memiliki pelbagai kenderaan mewah seperti Phantom Rolls Royce, Mustang, Range Rover dan Audi.

Sumber berita

https://www.malaysiakini.com/news/551906

I-SINAR, KERAJAAN PN MAIN SILAT MATA DENGAN RAKYAT.

I-SINAR

Terima kasih atas usaha anda wahai Menteri Kewangan Malaysia dalam melakukan yg terbaik.

Isu nya sekarang anda dilihat tidak mampu utk menyelesaikan ttg keperluan yg mendesak terhadap ekonomi rakyat. Salah satu puncanya ialah anda terlalu terbawa2 dgn permainan ahli politik kepartian yg dilihat hari ini seolah2 mahu menjadi hero dalam isu pengeluaran wang KWSP.

Isu ini bukanlah perkara baru yg perlu diperbesarkan sehingga dibawa ke parlimen utk dibincangkan. Isu ini sepatutnya boleh diselesaikan di peringkat KWSP sendiri tanpa perlu diperbesarkan.

Kita berckp ttg wang yg mahu dikeluarkan dan memerlukan kpd penambahbaikan dari segi dasar atau polisi. Apa relevannya perkara ini dibincangkan di Parlimen untuk mendapatkan persetujuan ahli parlimen.

Ini kerana yang sdg mengalami kesusahan ialah rakyat bukannya ahli Parlimen. Byk lg isu lain yg lebih besar perlu dibincangkan terutama ttg sistem politik yang diamalkan di negara Malaysia ini yg menjadi punca kpd masalah yg berlaku pada hari ini.

Bkn sistem yg mahu dipersalahkan tetapi sistem pemilihan pemimpin itu perlu di lihat dan dibincangkan terutama dalam konteks memilih wakil rakyat dan wakil negara.

Adakah sistem politik kepartian ini dilihat yg terbaik dari segi teknikal dan praktikal dlm konteks pemilihan pemimpin? Sedangkan di dalam perlembagaan tidak ada pun ditulis ttg sistem demokrasi.

Apakah tidak ada sistem lain yg lebih baik drp sistem demokrasi yg boleh diamalkan dalam konteks memilih pemimpin yg layak berdasarkan kebijaksanaan?

Oleh itu kepada Menteri Kewangan, anda jgn terbawa2 dgn permainan ahli politik kepartian yg selama ini tidak pernah pun kita lihat berjuang sebegini hebat utk rakyat semasa mereka mempunyai kuasa. Sekarang ini apabila sdh tidak ada kuasa, pelbagai idea dan cadangan yang bernas diberikan utk membantu rakyat.

Nasihat kami permudahkan urusan rakyat, jgn diletakkan pelbagai alasan dan syarat untuk merealisasikan sesuatu perkara. Rakyat hari ini semuanya sdh bijak utk menilai kerana rakyat jg mempunyai sumber maklumat dalam menilai segala apa yg sdg berlaku di Malaysia.

Sebagai seorg yg profesional, byk perkara yg perlu anda fhm ttg permainan politik di Malaysia. Kami ank muda sedia membantu. Kami tidak dpt bantu anda sekiranya anda juga meletakkan diri anda dalam permainan politik di Malaysia ini.

Oleh itu, kami ank muda dgn rasa rendah diri mohon agar urusan pengeluaran KWSP ini dipermudahkan bg mereka yg memerlukan. Ini krn dasar kerajaan dan bantuan yg sedia ada tidak byk membantu rakyat utk memajukan ekosistem ekonomi dalam negara dan mencapai matlamat kpd golongan sasar yg benar2 memerlukan secara menyeluruh.

Wallahua’lam…

#SAHABAT SAYA SEBAGAI WARIS SI MATI PUN TIDAK LAYAK. PADA HAL HAK SI MATI PUN PN DINAFIKAN.

TH PULIH, UJSB JADI SASARAN.

  1. Heboh UJSB (Urusharta Jamaah Sdn Bhd) sebuah syarikat bertujuan khas (SPV) rugi bersih RM9.95b. UJSB di bawah Kem. Kewangan diPerbadankan dibuat untuk tujuan pemulihan dan penstrukturan semula TH setelah mengalami masalah defisit parah aset berbanding tanggungan.
  2. TH juga mengalami susut nilai yang tidak direkodkan hampir RM270juta menyebabkan perkiraan hibah atau dividen tidak selari dengan keuntungan sebenar. Defisit aset sebayak RM 4B pada hujung 2017 bertambah kepada RM10B dan sekaligus menjejaskan isu kepatuhan Akta TH 1995 dalam pengeluaran Hibah. Akta menetapkan pengeluaran Hibah perlu memenuhi 2 syarat iaitu, ada untung dan aset tidak boleh rendah daripada tanggungan. Sejak 2014 kedua syarat itu tidak dipatuhi oleh Menteri dan Pengerusi terdahulu.
  3. Saya ambil alih dalam keadaan TH mengalami defisit aset, nilai rosot tidak direkodkan dan pengurusan korporat yang curang. Lebih penting saya ada misi memelihara kepentingan 9 juta pendeposit yang mahukan pulangan dividen yang baik dan pendeposit yang berniat mendaftar sebagai bakal-bakal haji.
  4. Satu pakej penstrukturan semula diusahakan oleh pasukan baru TH dengan komitmen tidak berbelah bagi Menteri bertanggungjawab dan kabinet kerajaan PH. Pendekatannya ialah dengan memindahkan aset sakit TH bernilai RM10B kepada UJSB yang akan menerbitkan sukuk khas untuk langganan TH. Perpindahan aset dinilai dengan harga buku premium sebanyak RM 20B dengan komitmen kerajaan memperuntukkan setiap tahun kepada TH mulai 2020 dalam keadaan gagal menunaikannya kepada UJSB.
  5. Sejarah akan merekodkan betapa pada tahun 2018-2020 kerajaan PH dengan komitmen hampir RM 27.5b telah berjaya memulihkan TH dari ‘pendarahan berterusan” dan bersedia seterusnya untuk kelestarian dan pertumbuhan lebih baik. Semua ini dibuat atas komitmen menjaga nama baik institusi Islam dari dirosakkan oleh kepimpinan TH dan Menteri yang tidak bertanggungjawab sebelum ini.
  6. Seperti syarikat bertujuan khas lain, UJSB adalah mekanisma mengurangkan impak kepada TH melalui pengambil alihan aset sakit untuk dipulihkan dan dilambungkan nilainya. Sementara itu TH berjaya menutup jurang defisit RM10B dan melanggan sukuk diterbitkan oleh UJSB bagi menjana untung untuk imbangi kerugiannya selama ini. Satu ‘deal’ yang terbaik termetrai untuk selamatkan institusi umat Islam di Malaysia dan diiktirafi dunia.
  7. UJSB tidak dijangka buat untung masa terdekat kerana tujuannya adalah khas untuk selamatlan aset TH yang sakit. Seperti Danaharta walaupun pulangan hanya 60 % sejak 1998 ia ditubuhkan, kerajaan berjaya menyelesaikan masalah NPL(non performing loan) yang dihadapi oleh institusi perbankan semasa krisis kewangan 1997.
  8. Malangnya pihak tertentu yang dipandu dengan agenda sempit dan dendam kesumat gagal memahami atau sengaja tidak memahami dalam usaha menjatuhkan kredibiliti saya dan mengukuhkan naratif DAP anti Islam dan anti Melayu.
  9. Setelah isu fitnah TH dijawab oleh saya di parlimen dan diperakui oleh kerajaan hari ini kejayaan pelan pemulihan TH, mereka beralih kepada UJSB pula. Saya telah berdebat dengan mantan Pengerusi TH, DS Azeez Rahim dan ternyata beliau gagal membuktikan saya telah ‘menjual’ TH dan meletakkan TH dalam risiko tinggi. Saya telah membuktikan kecurangan yang berlaku dan ketidakpatuhan pentadbiran korporat yang betul. Hakikat pahit bagi kelompok ini ialah melihat TH kembali pulih!
  10. Bila isu kerugian UJSB menjadi sasaran baru kelompok ini, Menteri Kewangan telah memberikan jawapan yang sama seperti yang saya jelaskan. Sebab itulah UJSB adalah ‘going concern’ dan dijamin oleh kerajaan kerana ia bukan syarikat untuk buat untung tetapi mengendalikan ‘aset sakit’ sebagai AMC (asset management company) bagi mengurangkan impak kerugian.

Berhentilah menyerang TH dan UJSB, bersamalah kita kembalikan maruah umat Islam dengan menentang rasuah dan kecurangan pengurusan. Hentikan projek pembodohan ini!

DS Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar
Naib Presiden AMANAH

1 Dec 2020