Pembantu tadbir TAPEM dipenjara 584 tahun, sebat 146 kali

 

AYER KEROH: Bekas pembantu tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dijatuhi hukuman penjara 584 tahun dan 146 sebatan, selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas 146 pertuduhan membabitkan kes pecah amanah dana biasiswa pelajar sekolah berjumlah lebih RM2.4 juta.

Bagaimanapun, tertuduh akan hanya menjalani hukuman penjara empat tahun dari tarikh jatuh hukum semalam, apabila semua hukuman berkenaan dijalankan secara serentak dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hanafi Ismail, 31, yang berdiri di kandang tertuduh selama hampir dua jam, sebaik tertuduh membuat pengakuan bersalah apabila jurubahasa selesai membacakan semua pertuduhan dan fakta kes terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, dia yang ketika itu bertugas sebagai pembantu tadbir dan mempunyai penguasaan harta, iaitu peruntukan biasiswa pelajar sekolah di negeri ini melakukan pecah amanah jenayah berkaitan harta terbabit, apabila dengan curang menyalahgunakannya.

Kesalahan itu dilakukan secara berperingkat antara 23 Januari 2017 hingga 21 Disember tahun lalu, membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM2.404 juta.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Unit Kewangan TAPEM di Bangunan Kota Cemerlang, di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwan Shah Abdul Samat, yang memohon mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya dengan mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan jumlah direkodkan tinggi, yang sepatutnya disalurkan kepada pelajar golongan asnaf lebih layak.

Malah, katanya, tiada sebarang baki daripada akaun itu dapat dipulangkan atau berjaya dirampas oleh SPRM.

Terdahulu, tertuduh diwakili peguam, Emirul Sarifudin Nor Azmi.

Mengikut fakta kes, dia yang ketika itu bertugas sebagai kerani dengan lantikan kontrak perjawatan pembantu tadbir, menyalahgunakan harta dengan memasukkan peruntukan biasiswa pelajar ke dalam pelbagai akaun bank miliknya, perniagaannya, rakan dan keluarga sepanjang tempoh berkenaan.

Mohd Nasir dalam penghakimannya menegur tertuduh supaya bertaubat dengan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan dan memulangkan wang yang diseleweng itu kepada kerajaan Malaysia jika ada, kerana dalam al-Quran ada menyebut, mengambil harta anak yatim adalah haram dan berdosa besar.

Tertuduh ditahan reman oleh SPRM pada 12 Januari lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan dan didakwa di mahkamah sama, atas pertuduhan sama, pada 28 Oktober lalu.

PEGAWAI SPRM mengiringi Mohd Hanafi Ismail selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas 146 pertuduhan membabitkan kes pecah amanah dana biasiswa pelajar sekolah berjumlah lebih RM2.4 juta. – Foto NSTP/Rasul Azli Samad

Pembantu tadbir TAPEM dipenjara 584 tahun, sebat 146 kali

 

AYER KEROH: Bekas pembantu tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dijatuhi hukuman penjara 584 tahun dan 146 sebatan, selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas 146 pertuduhan membabitkan kes pecah amanah dana biasiswa pelajar sekolah berjumlah lebih RM2.4 juta.

Bagaimanapun, tertuduh akan hanya menjalani hukuman penjara empat tahun dari tarikh jatuh hukum semalam, apabila semua hukuman berkenaan dijalankan secara serentak dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Hakim, Datuk Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hanafi Ismail, 31, yang berdiri di kandang tertuduh selama hampir dua jam, sebaik tertuduh membuat pengakuan bersalah apabila jurubahasa selesai membacakan semua pertuduhan dan fakta kes terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, dia yang ketika itu bertugas sebagai pembantu tadbir dan mempunyai penguasaan harta, iaitu peruntukan biasiswa pelajar sekolah di negeri ini melakukan pecah amanah jenayah berkaitan harta terbabit, apabila dengan curang menyalahgunakannya.

Kesalahan itu dilakukan secara berperingkat antara 23 Januari 2017 hingga 21 Disember tahun lalu, membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM2.404 juta.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Unit Kewangan TAPEM di Bangunan Kota Cemerlang, di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Irwan Shah Abdul Samat, yang memohon mahkamah mengenakan hukuman sewajarnya dengan mengambil kira kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius dan jumlah direkodkan tinggi, yang sepatutnya disalurkan kepada pelajar golongan asnaf lebih layak.

Malah, katanya, tiada sebarang baki daripada akaun itu dapat dipulangkan atau berjaya dirampas oleh SPRM.

Terdahulu, tertuduh diwakili peguam, Emirul Sarifudin Nor Azmi.

Mengikut fakta kes, dia yang ketika itu bertugas sebagai kerani dengan lantikan kontrak perjawatan pembantu tadbir, menyalahgunakan harta dengan memasukkan peruntukan biasiswa pelajar ke dalam pelbagai akaun bank miliknya, perniagaannya, rakan dan keluarga sepanjang tempoh berkenaan.

Mohd Nasir dalam penghakimannya menegur tertuduh supaya bertaubat dengan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan dan memulangkan wang yang diseleweng itu kepada kerajaan Malaysia jika ada, kerana dalam al-Quran ada menyebut, mengambil harta anak yatim adalah haram dan berdosa besar.

Tertuduh ditahan reman oleh SPRM pada 12 Januari lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan dan didakwa di mahkamah sama, atas pertuduhan sama, pada 28 Oktober lalu.

PEGAWAI SPRM mengiringi Mohd Hanafi Ismail selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen atas 146 pertuduhan membabitkan kes pecah amanah dana biasiswa pelajar sekolah berjumlah lebih RM2.4 juta. – Foto NSTP/Rasul Azli Samad

AKIDAH DENGAN MENYAMPAIKAN RISALAH TAUHID DILAKSANAKAN DAN PERJUANGAN MEMERANGI RASUAH SERTA PECAH AMANAH WAJIB DITERUSKAN

31 OGOS 20191 ISLAM TERANCAM1 PAS IDAK CERDIK3 AHZAB2 SOKONG PEROMPAK2 SRC 1MDB

GENG LAWYER BURUK KELANTAN

2 BILA NAJIB DIPENJARA

AKIDAH DAN PERJUANGAN

Akidah merupakan suatu perkara yang paling penting dalam perjuangan Islam.

Ia merupakan suatu kekuatan utama yang mesti dimiliki oleh seluruh pejuang Islam agar perjuangan yang didokongi tidak lari daripada matlamat asal serta tidak bercanggah daripada landasan yang telah digariskan oleh Islam.

Menyedari betapa pentingnya kekuatan akidah ini kepada jatuh bangunnya perjuangan Islam telah menyebabkan musuh Islam dari dulu hingga kini sentiasa berusaha di dalam menjauhkan umat Islam daripada ajaran Islam yang sebenar melalui serangan pemikiran. Kesinambungan daripada itulah maka kita sebagai orang yang mengaku berjuang Islam mesti faham, mengguna serta mempertahankan kekuatan akidah ini daripada sebarang usaha musuh Islam untuk merobek dan menghancurkannya demi mencapai kejayaan dan kemuliaan hidup di dunia dan akhirat.

Dari segi bahasa akidah berasal daripada perkataan ‘aqada yang bermaksud ikatan atau simpulan yang kukuh. Menurut istilah syara’: Akidah ialah kepercayaan yang tersimpul kukuh dan teguh dalam jiwa sehingga tidak mungkin akan terurai oleh apa jua suasana dan keadaan. Akidah Islamiyyah ialah satu ikatan yang menghubungkan antara makhluk (yang dicipta) dengan Allah sebagai Khaliq (pencipta). Ia dibina di atas Rukun Iman.

ﻓَﻤَﻦْ ﻳَﻜْﻔُﺮْ ﺑِﺎﻟﻄَّﺎﻏُﻮﺕِ ﻭَﻳُﺆْﻣِﻦ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻓَﻘَﺪِ ﺍﺳْﺘَﻤْﺴَﻚَ ﺑِﺎﻟْﻌُﺮْﻭَﺓِ ﺍﻟْﻮُﺛْﻘَﻰَ ﻻَ ﺍﻧﻔِﺼَﺎﻡَ ﻟَﻬَﺎ ﻭَﺍﻟﻠَّﻪُ ﺳَﻤِﻴﻊٌ ﻋَﻠِﻴﻢٌ

“Dan barangsiapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah memegang tali yang amat kuat dan tidak akan putus.” (Surah al-Baqarah, ayat 256)

ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟِﻪِ ﺛُﻢَّ ﻟَﻢْ ﻳَﺮْﺗَﺎﺑُﻮﺍ

“Orang-orang Mukmin hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)

ﺫَﻟِﻚَ ﺍﻟْﻜِﺘَﺎﺏُ ﻻَ ﺭَﻳْﺐَ ﻓِﻴﻪِ ﻫُﺪًﻯ ﻟِّﻠْﻤُﺘَّﻘِﻴﻦَ

“Kitab itu (al-Quran) tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 2)
Tiga unsur utama akidah ialah;

1. Tidak mencari Tuhan selain Allah

2. Tidak mengambil pemimpin atau pelindung selain daripada Allah

3. Tidak mencari hakim selain Allah
Sesungguhnya akidah ini wajib diperjuangkan. Perjuangannya ialah menegakkan kalimah Allah dan meruntuhkan segala kekufuran.

Tidak sempurna iman bagi sesiapa yang hanya menumpukan amal untuk dirinya sendiri tanpa ada hubung kait dengan masyarakat. akidah ini bukan untuk dipegang oleh orang-orang tertentu sahaja.

Ia juga bukan hanya perlu diperjuangkan oleh orang-orang tertentu sahaja.

Bukan hanya diperjuangkan oleh para Nabi dan Rasul atau para ulama’, bahkan seluruh umat Islam. Sebagaimana Allahu Subhanahu Wa Ta’ala menyebut di dalam al-Quran dalam banyak ayat tentang akidah dan perjuangan.

Disebut tentang kewajipan berada dalam perjuangan ini seiring dengan perintah beriman kepada-Nya. Dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.

ﻭَﻟَﻘَﺪْ ﺑَﻌَﺜْﻨَﺎ ﻓِﻲ ﻛُﻞِّ ﺃُﻣَّﺔٍ ﺭَّﺳُﻮﻻً ﺃَﻥِ ﺍﻋْﺒُﺪُﻭﺍْ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻭَﺍﺟْﺘَﻨِﺒُﻮﺍْ ﺍﻟﻄَّﺎﻏُﻮﺕَ

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan pada tiap-tiap umat akan Rasul (untuk menyerukan) sembahlah Allah sahaja dan jauhilah taghut.” (Surah al-Nahl, ayat 36)

ﻛُﻨﺘُﻢْ ﺧَﻴْﺮَ ﺃُﻣَّﺔٍ ﺃُﺧْﺮِﺟَﺖْ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ ﺗَﺄْﻣُﺮُﻭﻥَ ﺑِﺎﻟْﻤَﻌْﺮُﻭﻑِ ﻭَﺗَﻨْﻬَﻮْﻥَ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻤُﻨﻜَﺮِ ﻭَﺗُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ

“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyuruh melakukan yang ma’ruf dan kamu melarang dari mengerjakan yang mungkar serta beriman kepada Allah.” (Surah Aali-Imran, ayat 110)
ﻭَﻗَﺎﺗِﻠُﻮﻫُﻢْ ﺣَﺘَّﻰ ﻻَ ﺗَﻜُﻮﻥَ ﻓِﺘْﻨَﺔٌ ﻭَﻳَﻜُﻮﻥَ ﺍﻟﺪِّﻳﻦُ ﻛُﻠُّﻪُ ﻟِﻠَّﻪ

“Perangilah mereka (orang-orang kafir) sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama semuanya hanyalah untuk Allah.” (Surah al-Anfal, ayat 39)

ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟِﻪِ ﺛُﻢَّ ﻟَﻢْ ﻳَﺮْﺗَﺎﺑُﻮﺍ ﻭَﺟَﺎﻫَﺪُﻭﺍ ﺑِﺄَﻣْﻮَﺍﻟِﻬِﻢْ ﻭَﺃَﻧﻔُﺴِﻬِﻢْ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺃُﻭْﻟَﺌِﻚَ ﻫُﻢُ ﺍﻟﺼَّﺎﺩِﻗُﻮﻥَ

“Orang-orang Mukmin hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta benda dan dirinya di jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15)

ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﻫَﻞْ ﺃَﺩُﻟُّﻜُﻢْ ﻋَﻠَﻰ ﺗِﺠَﺎﺭَﺓٍ ﺗُﻨﺠِﻴﻜُﻢ ﻣِّﻦْ ﻋَﺬَﺍﺏٍ ﺃَﻟِﻴﻢٍ . ﺗُﺆْﻣِﻨُﻮﻥَ ﺑِﺎﻟﻠَّﻪِ ﻭَﺭَﺳُﻮﻟِﻪِ ﻭَﺗُﺠَﺎﻫِﺪُﻭﻥَ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺑِﺄَﻣْﻮَﺍﻟِﻜُﻢْ ﻭَﺃَﻧﻔُﺴِﻜُﻢْ ﺫَﻟِﻜُﻢْ ﺧَﻴْﺮٌ ﻟَّﻜُﻢْ ﺇِﻥ ﻛُﻨﺘُﻢْ ﺗَﻌْﻠَﻤُﻮﻥَ

“Wahai orang-orang yang beriman, mahukah Aku tunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang akan melepaskan kamu dari azab yang pedih. (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan dirimu.

Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Surah al-Shaf, ayat 10-11)
Perjuangan ini adalah jihad.

Akidah dan jihad ibarat sebatang pokok yang mana akidah sebagai akarnya dan pucuknya adalah jihad.
Kecacatan Akidah Tanpa Perjuangan
Jika kita lihat masyarakat Islam pada hari ini dapat kita lihat betapa sedikitnya golongan yang memperjuangkan Islam. Agama dianggap hak individu.

Padahal Islam bukan agama individu, tetapi agama jamaah. Pandangan sesetengah anggota masyarakat kita, “biarlah dia (orang yang melakukan kemungkaran).

Kita jaga diri kita cukuplah”. Mereka kedekut untuk menyampaikan ajaran Islam kepada orang ramai.

Ini sebenarnya akidah yang tidak jelas. Para penjajah pada era penjajahan dahulu, amat suka golongan macam ini.

Walaupun ‘abid (orang yang kuat beribadat), tetapi tidak ambil kisah soal orang lain, soal negara dan sebagainya.

Asalkan tidak mengganggu ibadat khususnya. Lebih malang apabila ada golongan yang hendak memperjuangkan undang-undang Islam, politik Islam, maka akan dianggap salah. Sedangkan kita sedia maklum tentang kewajipan amar ma’ruf dan nahi mungkar dan kewajipan beramal dengan seluruh ajaran Islam.

Tidak ada seorang Rasul pun yang bersenang-lenang tanpa perjuangan menegakkan Islam.

dan jika tidak kerana perjuangan orang-orang terdahulu menyebarkan Islam, mungkin Islam tidak akan sampai ke nusantara ini.
Setiap individu Muslim wajib berjuang menegakkan Islam. lebih-lebih lagi pada saat ini di mana tiadanya satu khilafah ataupun daulah yang melaksanakan seluruh ajaran Islam dan menggunakannya dengan adil.

Malah, ummat Islam sebahagiannya dijajah oleh Barat dan Yahudi. Golongan yang tidak berjuang untuk Islam mereka juga tidak selamat. Allahu Subhanahu Wa Ta’ala mengingatkan kita akibat meninggalkan perjuangan menegakkan agama Allah dalam al-Quran dalam beberapa kisah.

Di sini saya memetik peristiwa pada hari Sabtu kaum Nabi Musa alaihissalam.

ﻭَﺍﺳْﺄَﻟْﻬُﻢْ ﻋَﻦِ ﺍﻟْﻘَﺮْﻳَﺔِ ﺍﻟَّﺘِﻲ ﻛَﺎﻧَﺖْ ﺣَﺎﺿِﺮَﺓَ ﺍﻟْﺒَﺤْﺮِ ﺇِﺫْ ﻳَﻌْﺪُﻭﻥَ ﻓِﻲ ﺍﻟﺴَّﺒْﺖِ ﺇِﺫْ ﺗَﺄْﺗِﻴﻬِﻢْ ﺣِﻴﺘَﺎﻧُﻬُﻢْ ﻳَﻮْﻡَ ﺳَﺒْﺘِﻬِﻢْ ﺷُﺮَّﻋﺎً ﻭَﻳَﻮْﻡَ ﻻَ ﻳَﺴْﺒِﺘُﻮﻥَ ﻻَ ﺗَﺄْﺗِﻴﻬِﻢْ ﻛَﺬَﻟِﻚَ ﻧَﺒْﻠُﻮﻫُﻢ ﺑِﻤَﺎ ﻛَﺎﻧُﻮﺍ ﻳَﻔْﺴُﻘُﻮﻥَ . ﻭَﺇِﺫْ ﻗَﺎﻟَﺖْ ﺃُﻣَّﺔٌ ﻣِّﻨْﻬُﻢْ ﻟِﻢَ ﺗَﻌِﻈُﻮﻥَ ﻗَﻮْﻣًﺎ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻣُﻬْﻠِﻜُﻬُﻢْ ﺃَﻭْ ﻣُﻌَﺬِّﺑُﻬُﻢْ ﻋَﺬَﺍﺑًﺎ ﺷَﺪِﻳﺪًﺍ ﻗَﺎﻟُﻮﺍْ ﻣَﻌْﺬِﺭَﺓً ﺇِﻟَﻰ ﺭَﺑِّﻜُﻢْ ﻭَﻟَﻌَﻠَّﻬُﻢْ ﻳَﺘَّﻘُﻮﻥَ . ﻓَﻠَﻤَّﺎ ﻧَﺴُﻮﺍْ ﻣَﺎ ﺫُﻛِّﺮُﻭﺍْ ﺑِﻪِ ﺃَﻧﺠَﻴْﻨَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻳَﻨْﻬَﻮْﻥَ ﻋَﻦِ ﺍﻟﺴُّﻮﺀِ ﻭَﺃَﺧَﺬْﻧَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻇَﻠَﻤُﻮﺍْ ﺑِﻌَﺬَﺍﺏٍ ﺑَﺌِﻴﺲٍ ﺑِﻤَﺎ ﻛَﺎﻧُﻮﺍْ ﻳَﻔْﺴُﻘُﻮﻥَ . ﻓَﻠَﻤَّﺎ ﻋَﺘَﻮْﺍ ﻋَﻦ ﻣَّﺎ ﻧُﻬُﻮﺍْ ﻋَﻨْﻪُ ﻗُﻠْﻨَﺎ ﻟَﻬُﻢْ ﻛُﻮﻧُﻮﺍْ ﻗِﺮَﺩَﺓً ﺧَﺎﺳِﺌِﻴﻦَ

“Tanyakanlah kepada mereka tentang negeri yang terletak berhampiran laut.

Ketika mereka melanggar perintah Allah pada hari Sabtu, ketika ikan-ikan mereka datang terapung-apung (di muka air) pada hari Sabtu, sedangkan pada hari (yang lain) bukan hari Sabtu tiada datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka disebabkan mereka orang-orang fasiq.

Ketika segolongan di antara mereka itu berkata: Mengapa kamu menasihati kaum, sedang Allah akan membinasakan mereka itu atau menyiksanya dengan seksaan yang keras? Mereka menjawab: (kami nasihati mereka itu) untuk meminta uzur (setelah menunaikan tanggungjawab dakwah) kepada Tuhan-Mu dan mudah-mudahan mereka itu bertakwa.

Tatkala mereka melupakan apa-apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang kejahatan dan Kami seksa orang-orang yang aniaya dengan ‘azab yang keras, disebabkan mereka fasiq.

Setelah mereka sombong (melanggar) apa yang terlarang, Kami berfirman kepada mereka: Jadi keralah kamu serta terusir.” (Surah al-A’raaf, ayat 163-166)
Dalam ayat lain, Allahu Subhanahu Wa Ta’ala menyebut:

ﻟُﻌِﻦَ ﺍﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﻛَﻔَﺮُﻭﺍ ﻣِﻦْ ﺑَﻨِﻲ ﺇِﺳْﺮَﺍﺋِﻴْﻞَ ﻋَﻠَﻰ ﻟِﺴَﺎﻥِ ﺩَﺍﻭُﺩَ ﻭَﻋِﻴْﺴَﻰ ﺍﺑْﻦِ ﻣَﺮْﻳَﻢَ ﺫَﻟِﻚَ ﺑِﻤَﺎ ﻋَﺼَﻮْﺍ ﻭَﻛَﺎﻧُﻮﺍ ﻳَﻌْﺘَﺪُﻭْﻥَ . ﻛَﺎﻧُﻮﺍ ﻻَ ﻳَﺘَﻨَﺎﻫَﻮْﻥَ ﻋَﻦْ ﻣُﻨْﻜَﺮٍ ﻓَﻌَﻠُﻮْﻩُ ﻟَﺒِﺌْﺲَ ﻣَﺎ ﻛَﺎﻧُﻮﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

“Terlaknatlah orang-orang kafir dari golongan Bani Israel melalui lisan Nabi Allah Daud dan Isa bin Maryam, itu adalah disebabkan oleh derhaka mereka (terhadap Allah Ta’ala) dan mereka melampau, mereka tidak mencegah kemungkaran di kalangan mereka – itulah seburuk-buruk amalan mereka.” (Surah al-Maidah, ayat 78-79)
Dalam sebuah hadis diriwayatkan bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

ﻣَﺎ ﻣِﻦْ ﻧَﺒِﻰٍّ ﺑَﻌَﺜَﻪُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻓِﻰ ﺃُﻣَّﺔٍ ﻗَﺒْﻠِﻰ ﺇِﻻَّ ﻛَﺎﻥَ ﻟَﻪُ ﻣِﻦْ ﺃُﻣَّﺘِﻪِ ﺣَﻮَﺍﺭِﻳُّﻮﻥَ ﻭَﺃَﺻْﺤَﺎﺏٌ ﻳَﺄْﺧُﺬُﻭﻥَ ﺑِﺴُﻨَّﺘِﻪِ ﻭَﻳَﻘْﺘَﺪُﻭﻥَ ﺑِﺄَﻣْﺮِﻩِ ﺛُﻢَّ ﺇِﻧَّﻬَﺎ ﺗَﺨْﻠُﻒُ ﻣِﻦْ ﺑَﻌْﺪِﻫِﻢْ ﺧُﻠُﻮﻑٌ ﻳَﻘُﻮﻟُﻮﻥَ ﻣَﺎ ﻻَ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮﻥَ ﻭَﻳَﻔْﻌَﻠُﻮﻥَ ﻣَﺎ ﻻَ ﻳُﺆْﻣَﺮُﻭﻥَ ﻓَﻤَﻦْ ﺟَﺎﻫَﺪَﻫُﻢْ ﺑِﻴَﺪِﻩِ ﻓَﻬُﻮَ ﻣُﺆْﻣِﻦٌ ﻭَﻣَﻦْ ﺟَﺎﻫَﺪَﻫُﻢْ ﺑِﻠِﺴَﺎﻧِﻪِ ﻓَﻬُﻮَ ﻣُﺆْﻣِﻦٌ ﻭَﻣَﻦْ ﺟَﺎﻫَﺪَﻫُﻢْ ﺑِﻘَﻠْﺒِﻪِ ﻓَﻬُﻮَ ﻣُﺆْﻣِﻦٌ ﻭَﻟَﻴْﺲَ ﻭَﺭَﺍﺀَ ﺫَﻟِﻚَ ﻣِﻦَ ﺍﻹِﻳﻤَﺎﻥِ ﺣَﺒَّﺔُ ﺧَﺮْﺩَﻝٍ

“Tidak ada dari Nabi yang diutus dalam ummat sebelumku, kecuali dari ummatnya terdapat orang-orang yang membelanya dan sahabat-sahabat yang melaksanakan sunnahnya dan meneladani perintahnya. Kemudian setelah itu akan datang orang-orang yang mengatakan apa yang tidak mereka lakukan dan melakukan apa yang tidak diperintahkan. Barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan tangannya, maka dia mukmin.

Barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan lisannya, maka dia mukmin. Barangsiapa yang berjihad melawan mereka dengan hatinya, maka dia mukmin. Setelah itu tidak ada lagi iman walaupun sebesar biji jagung.” (Riwayat Muslim)
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda lagi:

ﻣَﻦْ ﻟَﻢْ ﻳَﻬْﺘَﻢَّ ﺑِﺄَﻣْﺮِ ﺍﻟْﻤُﺴْﻠِﻤِﻴﻦَ ﻓَﻠَﻴْﺲَ ﻣِﻨْﻬُﻢْ

“Barang siapa yang tidak mengambil tahu ataupun mengambil berat tentang urusan orang-orang Islam, maka dia bukanlah golongan mereka (orang-orang Islam).”

Kecacatan Perjuangan Tanpa Asas Akidah Yang Kukuh
Seorang Badwi bertanya kepada Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) tentang jihad:

ﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﻟِﻠْﻤَﻐْﻨَﻢِ ﻭَﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﻟِﻴُﺬْﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﻟِﻴُﺮَﻯ ﻣَﻜَﺎﻧُﻪُ ﻓَﻤَﻦْ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻓَﻘَﺎﻝَ ﺭَﺳُﻮﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻣَﻦْ ﻗَﺎﺗَﻞَ ﻟِﺘَﻜُﻮﻥَ ﻛَﻠِﻤَﺔُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺃَﻋْﻠَﻰ ﻓَﻬُﻮَ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ

“Orang yang berjuang kerana mahukan harta rampasan, orang yang berperang kerana mahu namanya disebut, orang yang berperang kerana menunjuk-nunjuk kepada orang maka siapakah yang dikatakan berperang fi sabilillah?” Rasulullah (sallallahu ‘alaihi wasallam) menjawab: “Orang yang berperang pada jalan Allah, ialah mereka yang berperang kerana menegakkan kalimah Allah yang Maha Suci.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Kepentingan akidah terhadap perjuangan Islam:

1. Supaya jelas matlamat perjuangan

2. Supaya perjuangan benar-benar ikhlas kerana Allah

3. Supaya dapat merasai kemanisan iman dalam perjuangan

4. Supaya tidak mudah kecewa dan berputus asa dalam perjuangan

5. Supaya tidak menjadikan perjuangan sebagai tempat mencari habuan dunia

6. Supaya amanah (tidak khianat) dan bertanggungjawab dalam perjuangan

7. Supaya tidak mudah goyah apabila diserang oleh pihak musuh Islam

8. Supaya dapat lari daripada menjadi pengkhianat terhadap perjuangan Islam

9. Supaya tahan dalam menerima ujian dan cabaran

10. Supaya sentiasa muhasabah diri dalam perjuangan

11. Sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah

12. Supaya tidak mencampur-adukkan antara Islam dan jahiliah, iman dan kufur, dosa dan pahala, ibadat dan maksiat dalam perjuangan
Pejuang Islam mesti tahu bahawa perjuangan yang sedang didokongi merupakan suatu tuntutan Allah di mana setiap gerak kerja yang dilakukan mestilah selari dengan apa yang telah digariskan oleh Islam. Bagaimana kita mahu berjuang sekiranya kita tidak tahu matlamat perjuangan Islam yang sebenarnya.

Sebuah hadis daripada Abu Musa al-Asy’ari bahawasanya seorang Arab Badwi telah datang kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam lalu bertanya:

ﻳﺎﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ! ﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﻟِﻠْﻤَﻐْﻨَﻢِ ﻭ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﻟِﻴُﺬْﻛَﺮَ ﻭ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞُ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﻟِﻴُﺮَﻯ ﻣَﻜَﺎﻧُﻪُ؟ ﻭﻓﻰ ﺭﻭﺍﻳﺔ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﺷَﺠَﺎﻋَﺔً ﻭ ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﺣَﻤِﻴَّﺔً، ﻭﻓﻲ ﺭﻭﺍﻳﺔ : ﻳُﻘَﺎﺗِﻞُ ﻏَﻀَﺒًﺎ ﻓَﻤَﻦْ ﻓﻰ ﺳﺒﻴﻞ ﺍﻟﻠﻪ؟ ﻓﻘﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ : ﻣَﻦْ ﻗَﺎﺗَﻞَ ﻟِﺘَﻜُﻮْﻥَ ﻛَﻠِﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪ ﻫِﻰَ ﺍﻟﻌُﻠْﻴَﺎ ﻓَﻬُﻮَ ﻓِﻰ ﺳَﺒِﻴْﻞِ ﺍﻟﻠﻪ

“Ya Rasulullah! Ada seseorang yang berperang dengan tujuan merebut harta rampasan, ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan supaya disebut-sebut namanya dan ada pula seseorang yang berperang dengan tujuan untuk memperlihatkan betapa hebat peranannya”.

Dan dalam riwayat lain “Ada seseorang yang berperang dengan tujuan menunjukkan keberaniannya dan ada pula seseorang yang berperang untuk membalas dendam keluarganya”. Dan riwayat yang lain pula disebutkan “Ada seseorang yang berperang kerana mahu melepaskan kemarahannya maka yang mana di antara semua ini yang dianggap orang yang berperang fisabilillah?” Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Sesiapa yang berperang dengan tujuan supaya kalimah Allah (Islam) menjadi tinggi maka orang itu sahajalah yang dikatakan berjihad fisabilillah.”

Terdapat dua kisah dalam peperangan Uhud, apabila seorang kafir yang bernama ‘Amru bin Thabit di mana sebelum ini dia telah diajak kepada Islam tetapi dia enggan.

Tiba-tiba dalam peperangan ini dia telah dijumpai dalam keadaan nazak dan apabila ditanya tentang sebab dia turut berperang lalu dia menjawab bahawa dia telah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Apabila diberitahu kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tetang perkara ini lalu bagnda menjawab: “Dia masuk syurga”. Satu lagi peristiwa iaitu yang berlaku kepada Qazman di mana dia berperang di pihak Islam dan berjaya membunuh tujuh atau lapan orang kafir.

Dia dijumpai dalam keadaan luka parah kemudian dibawa pulang kerumahnya.

Dia memberitahu bahawa dia berperang kerana mempertahankan kaum bangsanya.

Oleh kerana dia tidak tertahan dengan kesakitan yang dihadapi lalu dia telah membunun diri.

Apabila Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam diberitahu mengenai perkara ini lalu baginda bersabda: “Dia masuk neraka”

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Anas:

ﺛَﻼﺙٌ ﻣَﻦْ ﻛُﻦَّ ﻓِﻴْﻪِ ﻭَﺟَﺪَ ِﺑﻬِﻦَّ ﺣَﻼﻭَﺓَ ﺍﻹْﻳﻤَﺎﻥ : ﺃَﻥْ ﻳَﻜُﻮْﻥَ ﺍﻟﻠﻪُ ﻭَﺭَﺳُﻮْﻟُﻪُ ﺃَﺣَﺐَّ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ِﻣَّﻤﺎ ﺳِﻮَﺍﻫُﻤَﺎ ﻭَﺃَﻥْ ﻳُﺤِﺐَّ ﺍﻟﻤَﺮْﺀَ ﻻﻳُﺤِﺒُّﻪَ ﺇِﻻ ِﻟﻠﻪِ ﻭَﺃَﻥْ ﻳَﻜْﺮَﻩَ ﺃَﻥْ ﻳَﻌُﻮْﺩَ ﻓِﻰ ﺍﻟﻜُﻔْﺮِ ﺑَﻌْﺪَ ﺃَﻥْ ﺃَﻧْﻘَﺬَﻩُ ﺍﻟﻠﻪُ ﻣِﻨْﻪُ ﻛَﻤَﺎ ﻳَﻜْﺮَﻩُ ﺃَﻥْ ﻳُﻘْﺬَﻑَ ﻓِﻰ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ

“Sesiapa yang memiliki tiga perkara ini nescaya dia akan dapat merasakan kemanisan iman iaitu dia mengasihi Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lain dan dia mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah serta dia benci untuk kembali kepada kekufuran selepas dia diselamatkan oleh Allah daripadanya sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka.”

Akidah sangat penting dalam perjuangan ini supaya kita tidak mudah kecewa dan berputus asa dalam perjuangan. Firman Allah dalam ayat 146 surah Ali ‘Imran:

ﻛَﺄَﻳِّﻦ ﻣِّﻦ ﻧَّﺒِﻲٍّ ﻗَﺎﺗَﻞَ ﻣَﻌَﻪُ ﺭِﺑِّﻴُّﻮﻥَ ﻛَﺜِﻴﺮٌ ﻓَﻤَﺎ ﻭَﻫَﻨُﻮﺍْ ﻟِﻤَﺎ ﺃَﺻَﺎﺑَﻬُﻢْ ﻓِﻲ ﺳَﺒِﻴﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻭَﻣَﺎ ﺿَﻌُﻔُﻮﺍْ ﻭَﻣَﺎ ﺍﺳْﺘَﻜَﺎﻧُﻮﺍْ ﻭَﺍﻟﻠَّﻪُ ﻳُﺤِﺐُّ ﺍﻟﺼَّﺎﺑِﺮِﻳﻦَ

“Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-samanya sejumlah besar daripada pengikut setia yang bertaqwa.

Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah dan tidak lesu serta tidak pula menyerah kepada musuh. Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang sabar.”

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah berkenaan tiga orang yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari kiamat serta tidak disucikan mereka dan mendapat azab pedih ialah:

ﻭَﺭَﺟُﻞٌ ﺑَﺎﻳَﻊَ ﺇِﻣَﺎﻣًﺎ ﻻﻳُﺒَﺎﻳِﻌَﻪُ ﺇِﻻ ﻟِﺪُﻧْﻴَﺎ . ﻓَﺈِﻥْ ﺃَﻋْﻄَﺎﻩُ ﻣِﻨْﻬَﺎ ﻭَﻓَﻰ ﻟَﻪُ ﻭَﺇِﻥْ ﻟَﻢْ ﻳُﻌْﻄِﻪِ ﻣِﻨْﻬَﺎ ﻟَﻢْ ﻳَﻒِ ﻟَﻪُ

“Seorang lelaki yang taat setia kepada pemimpin di mana dia tidak taat kecuali kerana dunia. Jika pemimpin memberinya habuan maka dia tunaikan ketaatannya, tetapi jika pemimpin tidak memberinya habuan maka dia tidak mentaatinya.”

Pesan Sayyidina Umar al-Khattab radhiallahu anhu, “Kamu hendaklah takut kepada dosa kamu sendiri berbanding musuh.

Jika kamu mati di tangan musuh maka hanya jasad bercerai daripada roh sedangkan jika kamu mati dengan dosa maka ia akan kamu bawa ke akhirat.

Orang kafir itu dikalahkan disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah. Sekiranya kamu umat Islam pun turut derhaka maka kamu tidak akan dibantu oleh Allah.”

Perjuangan ini hendaklah didasari dengan akidah. Tanpa akidah maka perjuangan menjadi batil, sebagaimana orang-orang munafik yang ikut Rasulullah dalam peperangan, tetapi mereka tiada akidah Islamiyyah.

Perjuangan sebegini tidak diterima oleh Allah.

akidah yang lemah akan menyebabkan kita lemah dalam perjuangan.

Kita akan mudah goyah dan juga akan mudah terpesong dengan kehendak-kehendak dunia yang sementara apabila akidah kita tidak kukuh.

Justeru, hendaklah kita sentiasa bermuhasabah diri sejauh manakah kedudukan iman dan akidah dalam perjuangan kita.

Di samping kita beramal secara jama’ie dan amal ijtima’ie, jangan kita lupa untuk mendekatkan diri kepada Allah di malam hari dengan berqiamullail dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Kita juga perlu menekankan amalan-amalan tazkiyatun nafs (mendidik jiwa), amalan-amalan fardi (individu) supaya kita benar-benar berjuang pada landasan akidah.

Dalamilah ilmu akidah, ilmu tauhid, ilmu usuluddin, ilmu kalam. Biarlah hubungan kita rapat dengan Allah supaya perjuangan kita tidak terpesong dengan keinginan duniawi.

Tidak disekutukan dengan sesuatu dan hanya bermatlamatkan Allah. Jangan kita terlalu asyik mengutamakan ilmu-ilmu haraki dan gerak kerja sedangkan ilmu-ilmu fardhu ‘ain, ilmu feqah, ilmu akidah kita tidak dalami, dan jangan pula kita asyik dengan amalan-amalan fardi (individu) sehingga melupakan tanggungjawab kita terhadap masyarakat. Marilah kita sama-sama mengikhlaskan diri dalam perjuangan ini hanya untuk Allahu Subhanahu Wa Ta’ala.

Akidah mestilah diperjuangkan, dan perjuangan mestilah berteraskan akidah.”

 

Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan  maju dan harmoni mesti menolak serta menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling hormat menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa  13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/13/penyokonh-umnopas-rasis-nazrul-nazari-tidak-sabar-lagi-menunggu-peristiwa-13-mei-berulang-untuk-membunuh-cina-dan-india/

 

Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/17/amanat-penting-lokman-adam-kepada-golongan-rasis-malaysia-kdn-sila-bertindak-segera/

Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.

 

PERAK AMAT MAJU SETELAH BERSAMA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Image may contain: 1 person, smiling

RAKYAT MALAYSIA HIDUP MAJU DAN HARMONI, JIKA PARTI UMNOPAS DIHAPUSKAN DENGAN SEGERA

1 HARMONI

SILA LAYARI VIDEO DIBAWAH

https://web.facebook.com/rausyanfikir/videos/10217212847206015/

Image may contain: 15 people, people smiling, people standing and indoor

 

Penjawat awam terbabit rasuah membimbangkan

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil. – Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Kegiatan rasuah dalam kalangan penjawat awam negara ini membimbangkan apabila sejumlah 46.3 peratus daripada keseluruhan 4,860 individu yang ditahan kerana kesalahan rasuah sejak 2014 hingga Jun tahun ini, membabitkan kakitangan kerajaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil, berkata lebih merisaukan apabila kajian yang dijalankan SPRM mendapati, 22.1 peratus penjawat awam mengakui sanggup menerima rasuah, sekiranya mereka berkuasa dalam kerajaan.

Beliau berkata, kebanyakan kesalahan rasuah berlaku dalam sektor perolehan dan 53.4 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan kerana kesalahan rasuah ialah golongan muda berusia 40 tahun ke bawah.

“Satu kajian yang dijalankan SPRM mendapati 22.1 peratus daripada penjawat awam mengatakan mereka sanggup menerima rasuah sekiranya mereka ada kuasa. Maknanya, kalau dalam kalangan penjawat awam yang masih bekerja boleh kata begitu, itu bahaya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Dasar Integriti Darul Iman (DIDI) oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A Rahman Yahya; Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid; Pengarah SPRM Terengganu, Mohd Zaki Hassan dan Pengarah Terengganu Strategic & Integrity Institute, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Shamshun berkata, di Terengganu sahaja, seramai 99 individu ditahan kerana terbabit rasuah sejak 2017 hingga Jun tahun ini, dengan 53 orang daripadanya penjawat awam.

“Daripada 53 orang yang ditangkap itu, 10 individu penjawat awam (agensi) negeri, manakala 43 lagi penjawat awam (jabatan) Persekutuan,” katanya.

Beliau berkata, inisiatif kerajaan Terengganu melancarkan DIDI sebagai usaha memerangi rasuah dalam kalangan penjawat awam menerusi Model Integriti Darul Iman (MIDI) dan Modul Integriti Darul Iman (MINDA-i) mampu memperjelas maklumat berhubung pencegahan rasuah dan integriti dalam kalangan penjawat awam.

Beliau berkata, inisiatif Terengganu menyediakan bajet khas RM2 juta untuk pelaksanaan program, termasuk usaha memperkasakan integriti dan pencegahan rasuah sangat baik dan patut dicontohi negeri lain.

Dalam pada itu Shamshun berkata, semua kerajaan negeri dicadangkan membawa usul supaya semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan harta seperti yang dilakukan di Ahli Parlimen dan ADUN Perak.

“Sekiranya usul itu diterima di peringkat Dewan Undangan Negeri, maka semua ADUN akan mengisytiharkan harta mereka kepada Yang Dipertua DUN dan satu salinan akan diserahkan kepada ibu pejabat SPRM, bukan kepada SPRM negeri.

“Kita harap semua kerajaan negeri akan mengambil langkah sama untuk memperlihatkan ketelusan daripada segi pentadbiran kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/593336/penjawat-awam-terbabit-rasuah-membimbangkan?fbclid=IwAR2ouwIm9b8QHNo2vyxzp8yTg9_Ot5NtS3X19L3XD0jN6FAVippv2noZJ1Y

Bayaran RM35 juta: Datuk Isham KSU MOTAC dipanggil SPRM

Bayaran RM35 juta: Datuk Isham KSU MOTAC dipanggil SPRM

KSU MOTAC luluskan bayaran RM35 juta kepada GEEKO yang disiasat SPRM kontrak RM99.7 juta!

Gara-gara meluluskan bayaran kepada Syarikat GEEKO yang sebelum ini CEOnya bersama Pengerusi Tourism ditahan SPRM kini KSU pula dipanggil SPRM hari ini.

PUTRAJAYA- Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Isham Ishak dipanggil hadir ke Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan salah guna kuasa membabitkan kontrak kerajaan bernilai lebih RM99 juta.

Menurut sumber, KSU itu tiba di Ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 2.00 petang tadi.

“Beliau diminta memberi keterangan kepada SPRM berkenaan dengan satu kes bayaran RM35 juta kepada syarikat yang disiasat SPRM sebelum ini” kata sumber itu.

Notis SPRM kepada Datuk Isham Ishak dikeluarkan semalam oleh Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Setakat ini tidak diketahui status Datuk Isham Ishak itu sama ada akan ditahan atau akan dipanggil semula meneruskan siasatan kes. Jika ditahan bermakna esok beliau akan direman.

Portal Sabahkini2 hari ini mendedahkan tentang Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Isham Ishak yang telah meluluskan tuntutan bayaran kepada syarikat Geeko Tech Sdn Bhd RM 35 juta yang terlibat siasatan SPRM Januari lalu.

[http://sabahkini2.com/en/news/2147/bayaran-rm35-juta-datuk-isham-ksu-motac-dipanggil-sprm-/view?fbclid=IwAR2MjtRHRAFBFoc6CDKmS-q1zaIzzjp9TzrUap-MgPBM-O4hp8hCDE78OTc]

Pembantu tadbir hadapi 73 pertuduhan tuntutan palsu berjumlah RM94,651

 

Seorang pembantu tadbir kanan sebuah pusat pemulihan akhlak di Machang, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini, atas 73 pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM94,651 dari 2013 hingga 2016.

Tertuduh, Ayu Adillah Mohamed Ariffin, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Adha Amir Yasser Amri, manakala tertuduh pula diwakili peguam, Zameri Mat Nawang.

Mengikut pertuduhan pertama hingga 73, tertuduh didakwa dengan sengaja memperdayakan Pengarah Politeknik Kota Bharu, Noor Azahan Othman, dengan membuat tuntutan palsu mengenai perubatan bapanya, Mohamed Ariffin Che Awang; suaminya, Noraman Mohamad Nordin; dan diri sendiri membabitkan nilai RM94,651 pada 2013 hingga 2016.

Tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai pembantu tadbir kewangan di politeknik berkenaan, didakwa membuat resit rawatan palsu daripada Kota Bharu Medical Centre (KBMC) bagi pembayaran rawatan dibuat oleh bapa, suami dan dirinya.

Terdahulu, Ahmad Adha Amir Yasser menawarkan jaminan sebanyak RM70,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin, selain memohon dokumen perjalanan diserahkan.

Bagaimanapun, Zameri memohon jaminan minimum kerana tertuduh ada lima anak dengan yang paling kecil berusia 11 bulan.

Malah, beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa suami tertuduh difahamkan adalah penagih dadah.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM42,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 21 Ogos depan sebagai tarikh pengurusan kes.

Difahamkan, tertuduh tidak membayar jaminan berkenaan.

https://www.bharian.com.my/…/pembantu-tadbir-hadapi-73-pert…

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/07/582456/pembantu-tadbir-hadapi-73-pertuduhan-tuntutan-palsu-berjumlah-rm94651?fbclid=IwAR2ah-XljU9jI2liHsnfOVXaH3ZIAb0Zk5jWaFeLVRNmT4uR4_dEu5QJrUM

Siapakah Yang Paling Banyak Makan Rasuah Di Malaysia ???

No photo description available.

SPRM: Senarai baru saman lucut hak 1MDB dua minggu lagi – Tahniah SPRM

Senarai terbaharu individu dan entiti yang terlibat dalam kes permohonan perlucutan hak sivil berkaitan dana 1MDB yang difailkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), akan dikeluarkan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua minggu lagi.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya memerlukan masa untuk membuat penelitian lanjut mengenai saksi, lokasi aset dan pelbagai aspek lain memandangkan senarai responden itu terlalu panjang.

“Kami perlu tengok balik dan menyenarai pendek dahulu nama-nama yang kami ada ini sebab ada banyak perkara perlu dibincang dengan pegawai penyiasat dan pihak peguam negara. Yang mana boleh diambil tindakan undang-undang, kami akan lakukan,” katanya kepada pemberita selepas penutupan Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM Siri 23 Bil 1/2018 dan Kursus Peralihan (Pengurusan dan Profesional) Siri 4/2019, di Banting hari ini.

Iklan

Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan anggaran jumlah individu dan entiti yang bakal menerima saman itu, namun menyarankan mana-mana pihak yang pernah menerima dana berkenaan supaya memulangkannya semula.

“Sebenarnya, mereka sendiri tahu yang mereka ada terima wang (dana 1MDB) kerana ia diberi dalam bentuk cek, bukan secara tunai.

“Nasihat saya, eloklah mereka pulangkan semula (dana 1MDB) sebab tindakan undang-undang yang boleh dikenakan kepada mereka adalah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA),” katanya.

Semalam, Azam dilapor berkata lebih banyak lagi saman itu akan dikeluarkan susulan suruhanjaya berkenaan telah memfail saman terhadap 41 individu dan entiti pada minggu lepas bagi mendapatkan kembali RM270 juta dana 1MDB.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/481422?fbclid=IwAR0wdtbBFk9ujEmBLtMrZarjiDdtUjq5T4Ts5tDflXKXKXue2q2yT1gMeBM