Muhyiddin Tidak Akan Lena Tidur Lagi – Tamrin Tun Ghafar

1 LETAK JAWATAN1 DEDAK TSMY

1 AMANAT TSMY1 TSMY TAUKEY RASUAH

Tamrin Tun Ghafar
Ahad – 31/05/2020
(1 – 18)

1. Belum lagi reda malah suhu (temperature) makin hari makin bertambah panas keadaan politik negara, khususnya Parti BERSATU dan kedudukan Muhyiddin sendiri selaku Perdana Menteri ‘PINTU BELAKANG, tiba-tiba kita dikejutkan dengan satu berita yang amat MENGGEMPARKAN.

2. Jika berita ini benar maka ia bererti satu lagi PENGKHIANATAN yang disembunyikan selama ini dari pengetahun rakyat KHASNYA kepada umat Islam negara ini TERBONGKAR.

3. PEMBONGKARAN PENGKHIANATAN ini datangnya bukan dari orang biasa tapi dari mahkamah Israel sendiri.

4. Oleh kerana kezaliman Yahudi Israel terhadap penduduk Islam khususnya di Semenanjung Gaza dan Palestin, Malaysia adalah satu-satu negara Islam yang TIDAK mengiktiraf negara tersebut justeru, kita TIDAK DIBENARKAN berurusan dengan mereka.

5. Lupakah kita APCO, sebuah syarikat yang ada kaitan rapat dengan Organasasi Pengintapan Israel dilantik oleh Kerajaan UMNO-BN dengan bayaran RM 75 juta bagi membantu mereka memenangi PRU-14 dulu?

6. Walau pun pada mulanya Kerajaan ketika itu menafikannya namun atas desakan demi desakan AKHIRNYA seorang Menteri tampil membuat pengakuan di dalam Sidang Parlimen.

7. Hari ini Mahkamah Israel memaklumkan Kerajaan Malaysia TELAH membeli beberapa alat pengintipan dari sebuah syarikat Israel.

8. Oleh kerana tidak ada Hubungan Diplomatik maka syarikat Israel dan Kerajaan Najib TERPAKSA membelinya MELALUI negara ketiga, Cyprus.

9. SEPERTI BIASA Najib MENYALAHKAN orang lain seolah-olah tangan dan jiwanya BERSIH seperti juga isu 1MDB, SRC dan lain-lain kesalahan.

10. Tidak hairan juga jika beliau sekali lagi BERSUMPAH di mana-mana Masjid seperti kes PEMBUNUHAN ALTANTUYA.

11. Selain dari BERSUMPAH biasanya mereka akan ke Mekah bagi menunjukkan kononnya betapa ALIM mereka ini, dan orang alim tak kan nak buat kerja-kerja kotor begitu – KALAU TAK MEROMPAK BUKAN UMNO NAMANYA!!!

12. Cukup dengan SUMPAH, pemakan-pemakan dedak yang senantiasa kelaparan akan terus percaya kepada beliau.

13. Selepas KENYANG seperti ular sawa, mereka TIDAK PEDULI sama ada mereka telah ditipu dan negara dan maruah mereka TERGADAI.

14. Seolah-olah terlebih minum air ketum atau mabuk dadah, yang mereka diajar dan tahu hanya beberapa perkataan sahaja ‘Malu Apa Boss Ku’, Hidup Melayu dan Takbir, Allahuakhbar’.

15. Kata-kata Najib ada kebenarannya ‘CASH IS KING’.

16. Ini yang dikatakan ‘Menang Sorak, Kampung Tergadai’.

17. Menjelang PRU-14, Najib buat apa saja asalkan menang, ini termasuk berbilion ringgit ditabur – namun bak kata Muhyiddin rakyat sudah kenal permainan UMNO dan PAS – itu Muhyiddin dulu, tapi sekarang bagi mendapatkan jawatan beliau BOLEH pula bercumbu-cumbuan dan tidur bersama dengan kedua-dua parti tersebut.

18. SAMADA MUHYIDDIN BOLEH TIDUR LENA ATAU MENGIGAU DI CEKIK HANTU, SAMA-SAMALAH KITA TUNGGU DAN LIHAT PENYUDAH KEPADA LAKONAN YANG DIPERTONTONKAN ini.

Wassalam
Terima Kasih.

TIADA RESPON SELEPAS 48 JAM LAPORAN MUHYIDDIN TERLIBAT DENGAN RASUAH, ARMADA PULA YANG DITANGKAP

1 DEDAK TSMY

1 AMANAT TSMY

1 TSMY TAUKEY RASUAH1 ASET PENJENAYAH

Kenyataan Media Pemuda AMANAH Nasional

*TIADA RESPON SELEPAS 48 JAM, ARMADA PULA YANG DITANGKAP*

1. Selepas 48 jam membuat laporan di Ibupejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, serta disusuli dengan laporan di Pejabat SPRM Kelantan dan Kota Kinabalu, Pemuda AMANAH sehingga kini belum menerima apa-apa respon daripada SPRM berhubung “Laporan Salah Laku Sogokan Jawatan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia”.

2. Berdasarkan prosedur SPRM, pihak SPRM perlu memaklumkan kepada pelapor setelah menerima laporan daripada pelapor, samada laporan akan diteruskan dengan siasatan, atau rujuk ke jabatan lain, atau tiada apa-apa tindakan (NFA).

3. Malangnya sehingga kini tiada sebarang pemakluman daripada pihak SPRM. Persoalannya sekarang, apakah laporan yang dibuat itu langsung tidak diambil kira oleh pihak SPRM? Atau lebih menggusarkan, adakah status sebagai Perdana Menteri menyebabkan Tan Sri Muhyiddin kebal daripada Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009?

4. Lebih mengejutkan, SPRM dengan pantas membuat tangkapan terhadap pimpinan ARMADA Bersatu. Dan dijangka lebih ramai pimpinan ARMADA akan ditangkap selepas ini. Laporan ke atas Tan Sri Muhyiddin tiada tindakan, ARMADA pula yang ditangkap.

5. Kami mendesak SPRM segera memulakan siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin. SPRM perlu menjalankan siasatan secara bebas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak. Kami tidak mahu SPRM era kerajaan kleptokrat berulang kembali.

*SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN*
*Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional*

4 Jun 2020 / 12 Syawal 1441H

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan