Kerajaan bercadang wujudkan peluang kemahiran pelajar tahfiz, kata Mahfuz

 

Kerajaan mempunyai hasrat untuk mewujudkan satu peluang baru bagi pelajar-pelajar Tahfiz, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata, cadangan tersebut bagi memberi peluang baru kepada pelajar-pelajar Tahfiz untuk mengikuti latihan kemahiran secara formal.

“Disamping pengajian menghafaz Al Quran mereka juga boleh mengikuti latihan kemahiran tersebut di Institusi Latihan Kemahiran.

“Ia dapat diteruskan sepanjang tempoh pengajian mereka kerana peluang kemahiran ini juga akan melahirkan teknokrat yang berkemahiran.

“Selain itu mereka yang turut mendapat berilmu agama serta lengkap dengan sahsiah diri yang terpuji,” ujarnya ketika menghadiri majlis penyampaian Sijil Latihan Kemahiran Teknologi Elektrik Pelajar Tahfiz Madrasah Diniah Tok Sara, Yan, Kedah pada Ahad.

Malah program yang dihadiri beliau adalah kerjasama antara Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jitra dan Madrasah Tahfiz tersebut.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini juga menjelaskan ianya juga merupakan satu program CSR yang menjadi titik permulaan kepada hasrat murni kerajaan untuk memberi peluang yang baru kepada pelajar tahfiz.

Dalam majlis tersebut seramai 10 pelajar tahfiz telah berjaya diberikan Sijil Kompetensi Teknologi Elektrik setelah berjaya mengikuti latihan selama enam bulan atau separuh masa.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengarah ILP Jitra, Ahmad Iskandar Sulaiman serta Pengasas Madrasah Diniah Tok Sara, Datuk Azmi Jaafar.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/kerajaan-bercadang-wujudkan-peluang-kemahiran-pelajar-tahfiz-kata-mahfuz/?fbclid=IwAR2iV-EkUe0jd9ioMads0MLGAJoWUT4O3VBy_m37fW1IoCqiegBNiKRSXjA#.XMaebmIjhs8.facebook