Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Kes Adib: Bila kita ‘follow up’, ada pihak melenting

Agama, bangsa diperalatkan sehingga jadi fitnah kepada umat

ADIB, mungkin jasadmu sudah tiada tapi semangat perjuanganmu akan terus umat ini kibarkan…

Melihat apa yang berlaku kepada bangsa dan agama Islam hari ini, tidak ada kata-kata yang dapat digambarkan melainkan bahawa pemimpin-pemimpin politik Melayu Muslim yang ada, tidak mempunyai apa-apa agenda dalam perjuangan mereka. Apatah lagi dalam membela umat ini.

Kalau ada pun, itu hanyalah sekadar lintasan-lintasan dalam hati tetapi tidak berani dizahirkan. Kalau kita tanya mereka, pasti mereka akan melenting dan mendakwa kita membuat fitnah dan tuduhan melulu serta dilabel dengan pelbagai gelaran dan nama.

Kalau hendak disenaraikan isu-isu yang membebani orang Melayu, pasti ianya tidak cukup ruang hendak ditulis. Begitu banyak dan besar tetapi tidak ada apa-apa yang mampu dibuat. Kalau ada pun yang ikhlas mahu memperjuangkan bangsa Melayu maka mereka akan diperlekehkan dan dipermain-mainkan. 

Mereka akan diugut dan ditekan sehingga mereka sukar untuk bergerak dan bersuara. Maaf saya katakan, tidak keterlaluan kalau saya istilahkan mereka ini hanyalah ibarat ‘sampah-sampah di jalanan’. Mereka ibarat ranting-ranting yang sudah berulat dan reput dan tidak mungkin umat dapat berpaut untuk menyelamatkan diri. 

Mungkin memang layaklah bangsa ini dihina, dikeji dan diperkotak-katikkan sebegini rupa kerana pemimpin yang sudah nanar pemikirannya. Agama dan bangsa diperalatkan sehingga agama dan bangsa itu sendiri menjadi fitnah kepada umat dan menjadi bahan ketawa kepada musuh. 

Ada juga antara mereka ini hanyalah pemuka kepada pihak lain kerana hakikatnya hidup mereka berada dalam kocek-kocek tauke Cina yang kaya-raya. Mereka bercakap apa yang yang disuruh bukan apa yang sepatutnya; kebenaran. Sama ada di pihak kiri mahupun di pihak kanan, tidak ada bezanya kerana nilai mereka hanyalah sepuluh sen.

Mungkin mereka menyangka bahawa mereka akan ada di puncak kuasa sepanjang masa seumur hayat mereka. Walhal satu hari nanti mereka akan turun juga dan pada ketika itu barulah mereka akan berlumba-lumba ke masjid dan tersengih-sengih berjumpa rakyat. 

Hidup akan terasa kosong dan mula mencari kebahagiaan di atas sejadah. Duit rakyat yang dicuri entah ke mana dan akan terus dicuri.

Genap dua tahun Adib meninggalkan kita. Setiap hari keluarganya merintih meraih simpati tetapi apakan daya. Kita rakyat marhaen ini hanya mampu membantu apa yang termampu sahaja. 

Al-Fatihah buat Allahyarham Adib.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Aminuddin Yahaya

ROH ARWAH ADIB DAN ALTANTUYA MASIH BELUM TENTERAM

https://web.facebook.com/pas.pispus.50/videos/198391381822497

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan sabitan kes bunuh Altantuya

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas komando polis Azilah Hadri untuk mengkaji semula sabitan dan hukuman mati ke atasnya berhubung pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Panel lima orang hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed sebulat suara menolak permohonan semakan itu semasa prosiding mahkamah terbuka hari ini.

Anggota hakim lain adalah hakim Mahkamah Persekutuan Mohd Zawawi Salleh, Vernon Ong Lam Kiat, Zaleha Yusof, dan Zabariah Mohd Yusof.

Azilah diwakili oleh J Kuldeep Kumar sementara pendakwaan diketuai oleh TPP Dusuki Mokhtar.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah bertindak selaku peguam pemerhati bekas perdana menteri Najib Razak.

Azilah memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman pada 5 Dis tahun lalu bersama-sama akuan berkanun setebal 32 muka surat yang mendakwa bahawa arahan untuk membunuh Altantuya adalah daripada Najib yang ketika itu menyandang jawatan sebagai timbalan perdana menteri.

Azilah, 43, meminta agar sabitan serta hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Jan 2015 diketepikan dan perintah agar kes itu dibicarakan semula.

Pada Disember tahun lalu, peguam Shafee memaklumkan pihak media bahawa anak guamnya iaitu Najib, menyangkal semua dakwaan Azilah itu.

Azilah dan rakannya, Sirul Azhar Umar, 47, telah disabitkan dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 atas pertuduhan membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Okt dan 1 pagi keesokan harinya pada 2006.

Mereka bagaimanapun telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013 selepas membenarkan rayuan kedua-dua anggota UTK itu.

Pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati mereka bersalah melakukan jenayah itu.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/554309

Keluarga arwah Adib dukacita dengan PDRM

1 PARTI PUTAR AYAT AL-QURAN1 PEMBUNUH ADIB.1 HADI TOTO1 RAJA TIPU AAA

UMAT ISLAM MALAYSIA TERTIPU DENGAN ULAMAK DUNIA

1 JEMAAH MUNAFIK 7

Keluarga arwah Adib dukacita dengan PDRM

KELUARGA arwah Adib meletakkan harapan yang sangat tinggi agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan dengan bersungguh-sungguh dan telus, bagi mencari dan menangkap pembunuh arwah Adib, sesuai dengan dapatan terperinci Mahkamah Koroner yang mengesahkan bahawa arwah mati dibunuh.

Walau bagaimanapun, keluarga arwah Adib amat kesal dengan beberapa bahagian kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Hamid Bador pada 10 Julai 2020, yang jelas tidak menghormati dan bercanggah dengan keputusan Mahkamah Koroner tersebut.

Dakwaan-dakwaan ini sudah pun dijawab dengan jelas di dalam inkues dan tindakan KPN menimbulkan semula perkara ini menunjukkan PDRM tidak meneliti dan tidak faham kronologi kejadian kes ini, berdasarkan keterangan-keterangan dan bukti-bukti yang ada.

Seperti yang telah diterangkan oleh Mahkamah Koroner di dalam keputusannya yang mendalam lagi terperinci, ketika Adib ditarik dan diserang, dia telah pun berada dalam keadaan separa sedar akibat kecederaan dalaman, iaitu hentakan kuat yang mematahkan tulang rusuknya.

Manakala bagi kecederaan ditarik pula, terdapat kesan luka sagat sepanjang 15 cm pada pinggang arwah, yang konsisten dengan kesan ditarik, dan 3 butang jaket celoreng bomba arwah yang terputus.

Keterangan daripada 3 orang saksi utama berbangsa India juga menyatakan bahawa ada yang melihat aksi-aksi dan gerakan-gerakan seperti memukul, menendang dan memijak oleh sekumpulan 20-30 orang lelaki yang sedang mengerumuni Adib disamping mendengar ayat-ayat dalam bahasa Tamil seperti ‘Bodoh, bomba pun mau pukul ke?’

‘Jangan pukul!’ dan ‘Berani kamu Melayu masuk kawasan sini’.

Seorang daripada saksi utama ini juga telah melakonkan semula bagaimana bahunya telah disepak pada waktu beliau secara kebetulan terjatuh atas tubuh Adib.

Perlu ditekankan di sini bahawa Mahkamah Koroner telah pun memberikan dapatannya mengenai punca dan sebab kematian arwah Adib.

Memandangkan keputusan tersebut tidak pernah dicabar oleh mana-mana pihak melalui proses rayuan atau semakan yang sah, maka ianya adalah kewajipan pihak polis untuk menjuruskan siasatan bagi mencari siapakah dia ‘dua atau lebih orang’ yang menyebabkan kematian arwah Adib, dan bukannya mempersoalkan semula punca kematiannya lagi sama ada dibunuh atau tidak, sebab hal tersebut telah pun selesai diputuskan Mahkamah.

Justeru itu, kami dengan tegas menolak sebarang keperluan untuk siasatan semula punca kematian kononnya melalui satu ‘pasukan kajian semula’.

Kami juga mempunyai maklumat bahawa dakwaan KPN kononnya PDRM telah memanggil sekali lagi kesemua 30 saksi inkues adalah tidak benar, kerana bapa arwah Adib sendiri tidak pernah dipanggil semula dan terdapatnya saksi utama lain yang juga tidak dipanggil sehingga ke hari ini.

Ini menunjukkan sikap tidak bersungguh-sungguh dalam menjalankan siasatan dan sebaliknya memberikan alasan kononnya telah menemui jalan buntu, berbohong kononnya telah ‘exhausted all means’, tanpa mengerahkan usaha yang sebenar-benar untuk mendapatkan keadilan untuk Adib.

Peguam keluarga arwah Adib

Keluarga arwah Adib dukacita dengan PDRM

Keluarga Adib mahu saman PDRM

1 BIAWAK PAS1 RAJA TIPU AAA

Ahli keluarga kecewa, tak puas hati dengan kenyataan KPN

KUALA LUMPUR, 25 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim akan mengambil tindakan sivil untuk menuntut ganti rugi atas kegagalan dan kecuaian pihak polis sehingga menyebabkan kematian anggota bomba itu.

Bapa Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, 64, berkata, kematian anaknya yang belum terbela menyebabkan mereka sekeluarga masih bersedih walaupun reda dengan pemergiannya itu.

“Saya kehilangan anak tetapi kematiannya masih belum terbela, jadi saya mahu menuntut ganti rugi, kami sekeluarga sungguh kecewa dan tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Saya berasa perkara ini pelik, bagaimana Ketua Polis Negara membuat kenyataan bercanggah sedangkan Mahkamah Koroner sudah putuskan arwah meninggal dunia akibat perbuatan jenayah,” katanya seperti dipetik media tempatan, hari ini.

Mohd Kassim yang juga pesawah berkata, keluarganya sangat berharap polis dapat mengenal pasti saksi dan menangkap pesalah yang memukul anaknya sehingga meninggal dunia.

Katanya, keputusan yang dibuat Mahkamah Koroner bukan satu perkara mudah dan ia mengambil masa lama kerana perlu memanggil saksi dan pakar tertentu.

“Kita sama-sama hormat keputusan mahkamah, tidak lagi perlu ungkit bagaimana anak saya menemui ajal, sekarang masanya untuk mencari pesalah dan heret mereka ke mahkamah,” katanya yang tinggal di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

Isnin lalu, Abdul Hamid berkata, sehingga kini masih tidak ada saksi yang dipanggil memberi keterangan benar-benar melihat Adib dipukul.

Hamid berkata, kesemua keterangan yang diperoleh pihaknya bersifat dengar cakap dan juga pendapat.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu tidak diketahui.

Keluarga Adib mahu saman PDRM

 

Pembunuh Adib Belum Dihukum ?

TERKINI : Tiada Seorang Pun Saksi Cakap 'YES! Saya Nampak Adib Dipukul" - Ketua Polis Negara

Menggunakan Kes Adib SEMATA-MATA untuk menaikkan sentimen orang Melayu membenci Kerajaan PH.
Mana pejuang-pejuang yang saban hari menaikkan Santimen Melayu, ayuh polis memerlukan kamu dalam menyelesaikan kes Allahyarham Adib ini.
Mengapa kamu mendiamkan diri, adakah kamu sudah tidak ada rasa sensitif dengan apa yang berlaku kepada Allahyarham Adib.

Bapa Adib nak tahu pendirian Peguam Negara baharu

1 ADIB1 ARAK PAS AAA

1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA1 RAJA BOHONG

KUALA LUMPUR: Bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengemukakan representasi kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, bagi mendapatkan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC), berhubung permohonan prosiding komital yang difailkannya terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Peguam Aidil Khalid, yang mewakili bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid, berkata pihaknya menghantar surat representasi itu menerusi faks dan e-mel semalam.

Beliau berkata representasi itu adalah bagi mendapatkan pendirian terkini AGC susulan pertukaran Peguam Negara pada 6 Mac lalu sama ada masih berdiri teguh di belakang tingkah laku Thomas selaku bekas Peguam Negara, khususnya berkenaan kenyataan media yang menjadi subjek perkara prosiding menghina mahkamah, ataupun AGC menjarakkan dirinya dengan tindakan Thomas itu.

Menurut Aidil, AGC diharap dapat memberikan jawapan supaya pihaknya dapat menasihati Mohd Kassim untuk tindakan seterusnya terhadap rayuan yang difailkan anak guamnya itu pada 11 Februari lalu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Januari lalu, yang membenarkan rayuan Thomas untuk mengetepikan prosiding komital itu.

Peguam itu juga berkata pengurusan kes rayuan itu yang ditetapkan hari ini di Mahkamah Rayuan telah dilapangkan berikutan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.

“Sistem e-filing kehakiman menyenaraikan tarikh baharu pengurusan kes ialah pada 12 Ogos depan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Mohd Kassim memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding komital terhadap Thomas pada 16 Julai tahun lalu di Mahkamah Koroner Shah Alam, atas dakwaan menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca kematian anaknya.

Mahkamah Koroner membenarkan permohonan itu dan Thomas kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan Mahkamah Koroner telah terkhilaf ketika membenarkan prosiding komital dimulakan terhadap Thomas.

Dalam permohonan itu, Mohd Kassim, 66, mendakwa Thomas telah membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan AGC pada 3 April tahun lalu, berhubung punca kematian anaknya.

Bapa Adib nak tahu pendirian Peguam Negara baharu

SAMBUTAN HARI BOMBA DAN ROH ARWAH ADIB TANPA PEMBELAAN.

1 ADIB1 BODOH MELAYU

 

 

Semalam sambutan hari Bomba..Kalau tahun lepas, masa hari Bomba..bersepah gambar Arwah Adib..bersepa
Mei 5, 2020 oleh From
Semalam sambutan hari Bomba..Kalau tahun lepas, masa hari Bomba..bersepah gambar Arwah Adib..bersepah video2 serangan kuil..mana pi Pejuang2 Arwah Adib..tahun ni senyap sunyi.. s
ampaikan bapa Adib Mohd Kassim berseorangan terpaksa mengemukakan representasi kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, bagi mendapatkan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC)..apakah bapa arwah Adib hanya dipergunakan pihak tertentu..
Sebab apa senyap ? sebab sentimen kaum dan agama.. dah takda keperluan bagi kelompok ashabiyah hari ini….sama dengan sentimen dan isu arak..Hudud..RUU 355..Dong Zong..Sekolah Vernakular…LTTE…semua ni cuma jadi alat kelompok Ashabiyah untuk bangkitkan sentimen perkauman agama dan kaum.. matlamat depa, mahu bangkitkan Kemarahan orang melayu membenci Kerajaan PH..
Jadi sekarang ni, Peguam Negara dikalangan bani Melayu..Pergi lah cari siapa pembunuh Adib.. dah jumpa ? pergilah buat pendakwaan..apapun..berdasarkan keterangan pakar perubatan dan Polis dalam Inkues..aku tetap menganggap kematian Adib akibat kemalangan, Bukan dibunuh.. biarpun Koroner berpandangan sebaliknya..
Ya kalau kita ambil keterangan Koroner kematian Adib sebab dibunuh..Jadi carilah Pembunuh tersebut..dakwa mereka..aku dalam kes Adib ini juga berbeza dengan sahabat PH yg lain..Sebab aku cenderung untuk percaya setelah mendengar seluruh kenyataan pakar perubatan..Adib mati sebab pelanggaran..soal sapa yg langgar..wallahua’lam..
Tapi aku lebih berminat nak tahu bukan pembunuh adib..Aku sampai hari ini nak tahu..Syarikat hartanah mana yang didakwa.. Peguam mana yang dikatakan mengupah penyerang..Kongsi gelap mana..Kelompok mana penyerang Kuil pada malam sebelum kejadian.. itupun sampai hari ini, Misteri masih belum terjawab…
Semoga selepas ini Allah membuka satu lagi misteri dan kebenaran sebagaimana sentimen2 kaum yg dimainkan kelompok Ashabiyah sebelum ini.. 🙂
Ipohmali

Keadilan untuk Adib tenggelam disebalik kerakusan pembahagian “ghanimah”

Keadilan untuk Adib tenggelam disebalik pembahagian “ghanimah”

isu adib hanyalah sebagai batu loncatan untuk menjatuhkan kerajaan PH.

1 LIDAH SYAITAN

dulu isu adib umno jadikan isu utama untuk menimbulkan huru-hara perkauman di Malaysia, kini umnopas sudah berjaya menguasai kerajaan isu adib akan dilupakan begitu saja. Sekalung Al-fatihah untuk arwah adib yang menjadi mangsa kerakusan umnopas semasa PH memerintah.

 

 

Di sebelah saya ialah ayah dan ibu al-Marhum Adib. Ketika ini kesugulan masih belum pudar daripada wajah mereka berdua.

Kerajaan PH dikata tidak memberi keadilan kepada Adib dan keluarganya. Pelbagai tohmahan termasuk yang bersifat rasis dan berbaur sentimen agama dilontar.

Sentimen dan emosi orang ramai dibakar. Tengok kerajaan PH, biarkan kematian Adib secara percuma. Mana keadilan untuk Adib?

Hari ini, soalan yang sama saya nak tanya kerajaan tebuk atap, apa yang kamu sudah buat untuk memberi keadilan untuk Adib?

Atau kamu sudah tidak ada masa untuk membela Adib sebab kamu sedang memfaraidkan kekayaan negara sesama kamu?

Keadilan untuk Adib tenggelam disebalik pembahagian “ghanimah”