Kategori: MUHYIDDIN KETUA MUNAFIK MALAYSIA
Mahathir, lima lain cabar ‘pemecatan’ di mahkamah
Mahathir, lima lain cabar ‘pemecatan’ di mahkamah
*Dr Mahathir Mohamad bersama anggota lima anggota Bersatu yang lain mengheret Perdana Menteri Muhyididn Yassin selaku presiden parti berserta dan tiga yang lain ke mahkamah atas apa yang disifatkan mereka sebagai pemberhentian keahlian secara tidak wajar.*
Dalam kenyataan 61 muka surat yang dilihat Malaysiakini, mereka mendakwa Muhyiddin bersama menteri dalam negeri merangkap setiausaha agung Bersatu, Hamzah Zainuddin dan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bersubahat merampas kuasa dalam Bersatu secara tidak sah.
“(Plaintif-plaintif) mempertikaikan tindakan-tindakan salah dan tidak sah serta perlakuan jahat dan konspirasi untuk melakukan penipuan dan melakukan rampasan kuasa secara haram dan tidak sah di sisi undang-undang terhadap Bersatu dan kepimpinan Bersatu yang dilakukan oleh defendan pertama (Muhyiddin) (dan/atau defendan lain)…” kata mereka.
Antara alasan yang dikemukakan, ialah Muhyiddin dikatakan mengeluarkan kenyataan pada 28 Februari mendakwa dia adalah pemangku pengerusi Bersatu, meskipun Mahathir telah menarik balik peletakan jawatan beliau sebagai pengerusi sehari sebelumnya.
Kata mereka, tindakan Muhyididn itu merupakan “titik permulaan” untuk beliau memperakui dan/atau mengunakan kuasa atau jawatannya sebagai pemangku pengerusi Bersatu secara salah untuk membuat “penstrukturan semula” secara tidak sah bagi jawatan-jawatan dalam Bersatu, termasuk pelucutan keahlian sebahagian ahli.
Mereka meminta mahkamah untuk mengeluarkan deklarasi bahawa mereka masih ahli Bersatu dan masih memegang jawatan mereka dalam Bersatu secara sah.
Mereka juga memohon mahkamah untuk mengeluarkan deklarasi bahawa keahlian Muhyiddin bersama pemimpin Bersatu yang memegang jawatan sebagai menteri atau timbalan menteri, serta yang menerajui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah terlucut.
Tuntutan itu difailkan secara dalam talian di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur lewat tengah hari tadi oleh peguam Haniff Khatri Abdulla.
Selain Mahathir, lima plaintif lain adalah bekas timbalan presiden, Mukhriz Mahathir, bekas ketua pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas ahli majlis pimpinan tertinggi, Maszlee Malik, Amiruddin Hamzah, dan bekas setiausaha agung Marzuki Yahya.
Selain Muhyiddin dan Hamzah, setiausaha kerja Bersatu Muhammad Suhaimi Yahya dan Masyati Abang Ibrahim (ketua pengarah RoS) turut dinamakan sebagai defendan.
Pada 28 Mei, Mahathir dan penyokongnya “dihentikan keahlian serta merta” atas alasan duduk di blok pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.
Pada 4 Jun, MPT Bersatu mengesahkan pemberhentian keahlian Mahathir dan beberapa penyokongnya, serta keputusan parti berkenaan untuk keluar daripada PH, yang menurutnya dimuktamadkan dalam mesyuarat MPT pada 23 Februari lalu.
Sebelum itu, ROS mengesahkan peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi Bersatu pada Februari.
Mahathir dan yang lain turut mendakwa terdapat konflik kepentingan memandangkan ROS terletak di bawah KDN, yang diterajui oleh Hamzah sendiri.
Menurut mereka, Masyati adalah pihak yang sama ada dipergunakan, membantu bersubahat dan/atau berkonspirasi dengan Muhyiddin, Hamzah dan Suhaimi untuk melakukan penipuan atau rampasan kuasa secara haram di sisi undang-undang terhadap Bersatu, kepimpinannya serta ahli-ahlinya yang sah.
Mereka turut menafikan mereka duduk di blok pembangkang pada sidang parlimen 18 Mei lalu.
Kata mereka, Bersatu pada masa itu sudah terbahagi kepada dua puak, yakni yang diterajui Mahathir dan Muhyiddin yang juga perdana menteri Perikatan Nasional.
Kata mereka, kedudukan ahli Parlimen Bersatu yang tidak bersama Perikatan Nasional termasuk Mahathir harus dizahirkan menerusi pengasingan kedudukan kerusi di Dewan Rakyat, namun itu tidak bermakna mereka boleh sama sekali dianggap sebagai tergolong di dalam “pembangkang” di bawah Pakatan Harapan.
Justeru, kata mereka, kedudukan kerusi di Dewan Rakyat itu tidak boleh ditakrifkan sebagai mereka kononnya “mengisytiharkan keluar dari parti”
atau “menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain” yang menjadi asas pemberhentian keahlian mereka, berdasarkan perlembagaan Bersatu.
Malah, mereka turut mempertikaikan keabsahan penyertaan Bersatu ke dalam PN memandangkan perkara itu hanya boleh dibuat setelah mendapat kebenaran ahli melalui Mesyuarat Agung Bersatu dan/atau keputusan sah Majlis Pimpinan Tertinggi.
“Tiada mana-mana keputusan sah MPT yang dibuat antara tempoh 23 Februari 2020 dan 24 Februari 2020 untuk Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan secara sah dan/atau menurut perlembagaan Bersatu,” kata mereka lagi.
Selain itu, mereka turut menuntut ganti rugi dariapda Muhyiddin dan defendan lain.
‘PM tebuk atap’ takut bentang pakej rangsangan ekonomi di parlimen’
Ketakutan menyelubungi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin apabila mengumumkan pakej rangsangan pemulihan ekonomi tanpa membentang dan membahaskannya di parlimen, kata Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.
Menggelarkan Muhyiddin sebagai ‘PM tebuk atap’, Hanipa berkata dalam mana-mana negara demokrasi, kerajaan tidak sepatutnya mengumumkan pakej rangsangan ekonomi melibatkan perbelanjaan negara tanpa kelulusan parlimen.
“PM gomen tebuk atap umum pakej ransangan pemulihan ekonomi sekali lagi.
“Kali ini jumlahnya RM35 bilion. Masuk hari ini dah kali ketiga PM tebuk atap umum pakej ransangan. Tiga kali umum dalam keadaan pakej dua yang pertama pun masih belum pernah dibentang dan dibahas di Dewan Rakyat, jauh sekali diluluskan.
“Kesian. Ketakutan menyelubungi beliau. Apa pun, dalam sistem demokrasi berparlimen, nak isytihar apa pun isytiharlah tapi kena ingat, mesti kena bagi parlimen lulus,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Terdahulu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bagi merangsang ekonomi susulan wabak Covid-19.
Siapa HASUT MUHYIDDIN ?
Siapa HASUT MUHYIDDIN ?
Mereka ni bekas-bekas MP UMNO, kalah PRU14 jadi pembangkang. Keluar UMNO, sertai Bersatu. Sebab nak jadi kerajaan, nak kuasa.
Mereka ni kita (PH termasuk Bersatu) mati-matian lawan nak kalahkan dalam PRU14. Macam-macam perit-jerih, susah payah, tekanan demi tekanan, termasuk haramkan Bersatu, kita hadap satu-satu, gambar Tun dikerat, keluarga disiasat, ugutan, ancaman dan bermacam dugaan kita tempuh! Hinggalah Allah menangkan kita PRU14!
Mereka ini dalam UMNO dulu, mereka bisu isu KLEPTOKRAT NAJIB. Malah mereka jugalah yang pertahankan kerajaan NajiBN. Mereka juga bisu & sokong Najib PECAT MUHYIDDIN YASSIN tahun 2016 dulu. Sebab apa ? Sebab mereka lemah INTERGRITI & MORAL, demi menjaga periuk nasi masing-masing. Perjuangan mereka mudah, hanya modal air liur keluarkan kenyataan media, ” saya keluar parti UMNO, saya nak masuk Bersatu “, sudah mereka anggap ‘berjuang’.
Mudah sungguh cara perjuangan mereka!
Tapi hari ini, Muhyiddin Yassin lebih utamakan BEKAS AHLI UMNO yang sertai Bersatu. Demi kuasa, disingkirkan rakan-rakan susah senang sewaktu dia dibuang dari UMNO. Hari ini, Bersatu bukan lagi suara asal Bersatu. Tapi suara baharu bekas AHLI UMNO yang sertai Bersatu.
Lebih malang, Presiden Bersatu LEBIH DENGAR & PERCAYAKAN bekas AHLI UMNO berbanding suara akar umbi & suara ahli asal Bersatu, suara pengasas-pengasas Bersatu.
Suara AKAR UMBI ? DIBUANG DALAM TONG SAMPAH! Bersatu kini didominasi oleh BEKAS-BEKAS AHLI UMNO!
Takziah, terima kasih kerana ROSAKKAN BERSATU!
Kepada ahli asal Bersatu, hukumlah mereka dalam pemilihan parti nanti. Ini parti kita, kita jaga parti kita, kita selamatkan parti kita, daripada tikus-tikus yang kononya mahu perbaiki labu!
#KekalBerprinsip
#TeamTunMahathir
#TolakPNkhianat
Baki 42 hari lagi untuk Muhyiddin membuktikan beliau Perdana Menteri yang sah
Thursday, May 28, 2020
Keadaan PN dan Muhyiddin Semakin Tenat? Ada beberapa maklumat yang Tulang Besi telah terima:
1) Selepas persidangan 18hb Mei, diberitakan Muhyiddin Yaasin seperti telah give-up terhadap survival Perikatan Nasional. Ini kerana kalau usul undi tidak percaya yg ditaja Dr. Mahathir itu dibenarkan, maka ramai dalam Perikatan Nasional tidak menyokong Muhyiddin Yaasin terutamanya dari parti-parti Sabah dan Sarawak. Muhyiddin telah mendapat pengesahan 2 hari sebelum persidangan bahawa beliau tidak akan mendapat sokongan yang mencukupi sama sekali;
a. Mereka mungkin tidak akan mengundi usul Dr Mahathir tapi ramai akan keluar Dewan dan tidak mengundi. Malang buat Muhyiddin, untuk memenuhi tuntutan Perlembagaan beliau memerlukan 112 undi yg jelas menyokong beliau dalam Dewan.
b. Walau pun Muhyiddin boleh menang usul itu, tapi undi beliau tidak mencapai bilangan 112 undi, maka Muhyiddin tetap dikira kalah.
c. Muhyiddin terpaksa melakukan rasuah jawatan GLC besar-besaran kerana itu sahajalah jalan yang wujud untuk Muhyiddin sekarang ini untuk mengekalkan kekuasan beliau yang semakin rapuh
2) UMNO SEMAKIN DOMINAN DALAM KERAJAAN
Majlis Keselamatan Negara sudah pun berada dalam genggaman kekuasaan UMNO sekarang ini. Muhyiddin boleh dikatakan hanya boneka sahaja sentiasa menyembah UMNO untuk membuat apa-apa keputusan.
a. Ini adalah kerana hayat BERSATU berada dalam tangan UMNO. Bila2 sahaja UMNO menarik sokongan kepada PN, maka kerajaan BERSATU akan runtuh dan BERSATU akan menjadi parti kera sumbang kerana terpaksa bertanding sebatang kara.
b. UMNO telah pun membuat pengisytiharan bahawa mereka tidak bersama PN secara rasmi dan sokongan mereka hanyalah bersifat peribadi ahli-ahli Parlimen mereka. Ini bermakna sekiranya ada ahli-ahli Parlimen UMNO yang mengundi tidak menyokong Muhyiddin, mereka tidak boleh dipecat atau diambil tindakan disiplin.
c. Atas sebab ini jugalah Muhyiddin semakin hari semakin rungsing untuk mengadakan Persidangan Parlimen. Atas sebab ini jugalah Muhyiddin terpaksa membatalkan sidang penuh pada 18hb Mei yang lepas.
3) AHLI2 PARLIMEN BERSATU SEMAKIN RISAU
Penguasaan UMNO yang semakin dominan semakin dikhuatiri oleh ahli-ahli parlimen BERSATU. Pada hari ini, ahli-ahli Parlimen BERSATU sudah hilang suara kerana Presiden mereka sendiri sudah menjadi boneka.
a. Yang lebih risau adalah ahli2 Parlimen BERSATU lompat. Mengikut UMNO, mereka-mereka ini sudah dibuang dari UMNO. Dan tempat mereka tidak akan diberi kepada mereka lagi. Apabila dibubarkan Parlimen, orang-orang seperti Hamzah Zainuddin dan Mas Erdayianti akan menjadi orang biasa dan karier politik mereka tamat. Kecuali kalau mereka boleh menang sebagai calon Bebas.
b. Kumpulan ini semakin hilang kepercayaan kepada Muhyiddin dan nampak gayanya mereka semakin cenderung kepada Dr. Mahathir. Beberapa pertemuan telah diadakan oleh mereka dengan Dr. Mahathir.
c. BERSATU secara umumnya sekarang ini seperti telur di hujung tanduk. Mereka bergantung sepenuhnya kepada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
4) KESIHATAN MUHYIDDIN YANG SEMAKIN BURUK
Diberitakan Perdana Menteri dalam kuarantine selama 14 hari. Namun, di zaman telekomunikasi sekarang ini, itu bukan alasan untuk Perdana Menteri hilang sama sekali dari persada negara. PM boleh sahaja mempengerusi mesyuarat melalui applikasi Zoom dsbnya.
a. Ada khabar lain yang mengatakan Muhyiddin sedang menjalani rawatan di Singapura kerana kanser beliau. Itu lebih masuk akal memandangkan mereka yang menjalani rawatan kanser memerlukan ketenangan dan terpisah dari masalah dan beban pemikiran semasa.
b. Azmin yang menggantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi kabinet dibenci oleh UMNO dan GPS serta semua parti dalam PN kecuali PAS. Nampaknya, Haji Hadi Awang sudah boleh menerima amalan LGBT dan seks sejenis.
c. Azmin juga bercita-cita tinggi untuk menjadi Perdana Menteri tapi itu sekadar angan-angan Mat Jenin sahaja memandangkan tiada parti yang menyokong beliau.
KESIMPULAN
Ada 42 hari lagi untuk Muhyiddin membuktikan beliau Perdana Menteri yang sah. Dalam keadaan sekarang, rasanya harapan Muhyiddin untuk kekal sebagai PM semakin hari semakin tipis.
Rampasan kuasa Kedah pun adalah langkah desperado Muhyiddin / Azmin bagi melindungi fakta yang mereka semakin hilang pengaruh dan kawalan.
BAGAIMANA TSMY BOLEH MEMBAWA BERSATU KE PERTUBUHAN HARAM (PN) YANG BELUM DITUGUHKAN LAGI ?
SEMALAM YANG BERLALU
Di antara perkara yang menyebabkan sebahagian MPT Bersatu keluar mesyuarat semalam ialah kerana perkara berikut:-
1. Pemecatan seramai 5 orang ahli BERSATU termasuk Dr Mahathir.
2. Mengesahkan penyertaan BERSATU ke dalam Pakatan Nasional.
Sebagai warganegara Malaysia,masalah ini bukan lagi perlu dilihat sebagai masalah dalam kain BERSATU. Ia telah melangkaui lebih dari itu kerana TINDAKAN yang diambil sebelum ini melibatkan maruah negara. Ia juga melibatkan ketelitian dari sudut perundangan.
Ambo akan ulas satu persatu hal berkaitan dengan keterbatasan sebagai BUKAN ahli BERSATU.
Berkaitan dengan Perkara 1.
Pemecatan seramai 5 orang ahli BERSATU termasuk Dr Mahathir.
Antara hal yang boleh dipertikaikan:-
Surat pemecatan ditandatangani oleh Setiausaha kerja yang tidak diperuntukkan kuasa menjalankan kerja-kerja sedemikian rupa dalam mana-mana parti politik yang berdaftar dengan R.O.S.
S/U Kerja yang dilantik membuat kerja-kerja pejabat tidak ubah sebagai PEON sahaja.
Tum Dr Mahathir dan rakan-rakan dikatakan menyertai parti lawan setelah berada di blok kerusi parti lawan di semasa mendengar titah YD Agong di Parlimen. Ambo tidak ingin memanjangkan tulisan ini mempertikaikan apa yang terdapat dalam perlembagaan BERSATU tetapi hanya cukup untuk menggunakan logik semasa;-
Macam mana boleh tuduh Tun Menyertai blok parti musuh sedangkan dari satu sudut mesyuarat malam tadi BARU nak mengesahkan penyertaan BERSATU ke dalam blok HARAM Pakatan Nasional dari sudut undang-undang?
Pakatan Nasional tidak wujud secara sah dari segi undang-undang sebagaimana PAKATAN HARAPAN.
Bagaimana tidak menyertai satu pertubuhan haram yang tidak diputuskan dalam mesyuarat parti berkenaan boleh dianggap salah?
Sepatutnya TS Muhyiddin dan rakan-rakannya boleh dituduh berada di blok PERIKATAN NASIONAL sebagai membelakangi ketetapan yang tidak PERNAH diluluskan di dalam sebarang ketetapan mesyuarat sebelum ini. Ambo di maklumkan bahawa tiada catatan minit mesyuarat berkaitan hal ini.
Berkaitan perkara 2.
Logiknya,jika perkara ini baru nak diperbincangkan dan hendak diluluskan semalam penyertaan BERSATU ke dalam Pakatan Nasional.
Dimana logiknya menuduh Tun dan rakan menyertai parti lain sedangkan penyertaan BERSATU sendiri ke dalam PERIKATAN NASIONAL tidak pernah disahkan secara undang-undang dalam mana-mana mesyuarat BERSATU sebelum semalam?
Penyertaan BERSATU ke dalam PAKATAN NASIONAL dengan tidak ada persetujuan mesyuarat berkaitan telah mengesahkan bantahan terhadap Perkara 1 oleh kumpulan Tun M adalah logik yang berasaskan undang-undang!
Tindakan pemecatan keahlian Tun M dan rakan-rakanya tidak boleh dianggap over taken by event kerana perkara 2 belum disahkan semasa pemecatan berlaku!
SEMOGA KITA SEMUA CERDIK PENGETAHUAN DAN TIDAK DIPERBODOHKAN SETIAP MASA OLEH POLITICIAN YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB.
Nyamuk Menggigit
5 Jun 2020
Pak Maun Buat Pembentangan Macam Belanjawan 2020
Sambil aku buat kerja kat PC ni..Dengarlah Pembentangan PM tebuk atap.. Boleh aku kata, Pakej Rangsangan ini Bankrap Idea.. Hampas..!Depa tak faham apa tentang kesan Ekonomi.. Pembentangan Tetap tak bersasar kepada sasaran, Depa tak faham beza pakej Rangsangan dan Belanjawan..
Melainkan subsidi gaji yg dilanjutkan yg bagi aku baik, tetapi tetap tak bersasar.. sampai kepda kelompok sasar.. Pakej Pembiayaan, bukan lah satu bentuk menangani kesan ekonomi jangka pendek.. Ini kesan jangka Panjang..
tengok contoh mudah seperti BPN..Geran Prihatin Mikro, walaupun hanya geran, bukan Pembiayaan.. diumumkan 2 bulan dulu, sampai hari ini masih tak selesai..apalagi dalam bentuk Pembiayaan.. Ini susah bila PM tebuk atap berlagak pandai berdrama berdoa depan TV dari beranikan diri berbahas di Parlimen.. Rosak ekonomi kita mcm ni..
Ia hanya ulangan skim2 dan program dalam Belanjawan 2020 dan pakej Rangsangan sebelum ini….Kelompok Peniaga Mikro, dan PKS seperti Kelompok dan industri terjejas seperti Penerbangan, Hotel,Pengangkutan dan pelancongan masih tak disentuh dan dibiarkan..
Lepas tu, Melihatkan harga minyak Dunia ukuran brent dah cecah USD 40, Nampaknya harga minyak di Pam akan naik lagi lah hari ini..
Dengar Muhyidin berucap..dia dah melalut macam watak Pak maun.. 🙂
Ipohmali
BUKTI MUHYIDDIN MENJADIKAN JAWATAN GLC SEBAGAI UMPAN KP MP2.
BUKTI TSMY BAPA RASUAH TERBARU
Adun Kuang sokong tindakan disiplin dikenakan pada Muhyiddin
Seorang Adun Bersatu Selangor hari ini menyatakan sokongannya agar lembaga disiplin parti itu mengambil tindakan ke atas Muhyddin Yassin kerana mengumumkan langkah meninggalkan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini.
Sallehudin Amiruddin yang memenangi kerudi Dewan Undangan Negeri Kuang sebagai calon PH pada 2018 berkata enam lagi ahli parlimen yang dikaitkan dengan keputusan Muhyiddin itu juga wajar dikenakan tindakan.
Hal itu kerana, kata Sallehuddin, langkah itu merupakan suatu penderhakaan kepada mandat yang diberi rakyat kepada mereka semasa pilihan raya umum (PRU) lalu.
Katanya penubuhan Perikatan Nasional (PN) juga merupakan penghinaan terhadap sistem demokrasi di Malaysia, kerana majoriti rakyat memilih PH dan Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi kerajaan.
“Merujuk kepada kenyataan bersama Dr Mahathir dan empat ahli Parlimen Bersatu yang lain, saya dengan ini menyokong penuh agar Muhyiddin dan enam lagi ahli parlimen Bersatu yang melanggar etika parti dikenakan tindakan disiplin.
“Malah semua ahli Bersatu yang menyokong penyingkiran Dr Mahathir juga perlu dikenakan tindakan tatatertib, termasuklah dihukum disingkir dari parti.
“Mereka adalah parasit yang akan merosakkan parti,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Singkir ‘parasit’ dari Bersatu
Terdahulu, krisis dalaman Bersatu menyaksikan parti itu menganggap keanggotaan Mahathir dan empat ahli parlimen lain tergugur secara automatik kerana berada bersama pembangkang dalam sidang singkat parlimen 18 Mei lalu.
Tindakan Mahathir bersama Mukhriz Mahathir (Jerlun); Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar) Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) itu dianggap sebagai menyertai pembangkang.
Bagaimanapun pengkritik mempertikaikan tindakan tersebut malah meragui keabsahannya berdasarkan peruntukan fasal Perlembagaan Bersatu yang digunakan bagi menggugurkan keanggotaan mereka.
Untuk rekod, Mukhriz ialah timbalan presiden Bersatu yang sepatutnya bertanding mencabar Muhyiddin sebagai presiden dalam pemilihan parti tidak lama lagi.
Syed Saddiq pula merupakan ketua Pemuda Bersatu, manakala Maszlee Malik dan Amiruddin adalah anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.
Kesemua mereka menolak pemecatan itu malah Mahathir membuat kejutan apabila berkunjung ke Ibu Pejabat Bersatu dan menunggu pegawai parti menyerahkan surat mengenai pemecatannya.
Sallehuddin menegaskan, “parasit-parasit” dalam Bersatu wajar disingkirkan dan parti itu tidak boleh obses membawa masuk ‘orang luar’ yang belum ditentukan kesetiaan masing-masing.
“Lebih penting lagi mereka yang hendak dilantik sebagai pegawai kementerian juga haruslah daripada bukan calon yang menyokong parti atau pakatan lawan.
“Fasal 6 perlembagaan parti yang merujuk kepada tujuan matlamat parti yakni memperkasakan agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa, serta mewujudkan amalan tadbir urus yang baik perlulah dipertahankan dan ahli yang ingkar tidak harus berada dalam parti,” katanya yang juga ahli seumur hidup Bersatu.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.