Keadaan tenteram seketika apabila Yusuf – yang ketika itu anggota jawatankuasa PAS Baling – campur tangan dan menenangkan orang ramai serta meyakinkan mereka untuk menjadikan polis sebagai tebusan. Mereka dibebaskan selepas Tunku Muszaffar memulangkan dua senjata yang dirampas. Menurut Tunku Muszaffar ini dilakukan di bawah tekanan.
Kategori: Uncategorized
HANYA ERDOGAN YANG BERANI BERHADAPAN DENGAN AMERIKA DAN RUSSIA UNTUK MEMBANTU MUSLIM DI SYRIA DAN LIBYA.
سيد الرئيس رجب طيب اردوغان انت رجل عظيم انا بحبك فى الله ربنا يبارك فى عمرك
اللهم كن عونا ومعينا لسلطان رجب طيب أردوغان
انت رحيم بالمسلمين وغليظ علي اعداءك اللهم قويه علي توحد جميع الدوله العربيه الاسلاميه واجعلنا امه قويه ضد اعداءنا
اللهم ان كان اردوغان في قلبه نصرة الإسلام والمسلمين اللهم فمده بجنود الأرض والسماء ..2
“إن تنصروا الله ينصركم ويثبت أقدامكم”صدق الله العظيم
اردوغان شرف الأمة الإسلامية وعزتها حفظك الله ورعاك يا أسد الامة. واذل الله ملوك العرب وزعمائهم العملاء
انت رحيم بالمسلمين وغليظ علي اعداءك اللهم قويه علي توحد جميع الدوله العربيه الاسلاميه واجعلنا امه قويه ضد اعداءنا
رغم انك لست رئيسنا ولكننا نحبك نحترمك نخاف عليك من غدر الحاقدين …حفظك الله
حقا تستحق ان تكون فخرا للامة الاسلامية ربى يحميك وينصرك على اعدائك
ماشاء لله سيدي أفتخر بيك أشهد الله إني أحبك زادك الله تقواه
بكى رسول الله يومًا, فقالوا: ما يبكيك يا رسول اللّه؟ قال: اشتقت لأحبابي, قالوا: أولسنا أحبابك يا رسول الله؟ قال: لا أنتم أصحابي, أما أحبابي فقوم يأتون من بعدي يؤمنون بي ولم يروني فيا أحباب رسول الله انصرو حبيبكم وشفيعكم #إلا_رسول_الله #مقاطعة_المنتوجات_الفرنسية
Gempar!! Menteri Kesihatan dan dua timbalannya sudah menjadi orang hilang!


Ketua Pengarah Kesihatan yang paling komited Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilanjutkan selepas empat minggu dilaksanakan kerana ia memberi kesan kepada ekonomi.
Sebaliknya, beliau berkata, usaha membendung pandemik Covid-19 akan diteruskan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama tiga bulan untuk menurunkan kes kepada dua angka.
Menurut beliau, pelaksanaan PKP mulai 13 Januari lalu sehingga 4 Februari bertujuan untuk menstabilkan jumlah kes positif Covid-19 yang semakin meruncing kini.
*“Jadi kalau kita laksanakan PKP empat minggu sampai Februari, disusul dengan PKPB kita jalankan selama tiga bulan, dijangkakan pada Mei depan kita akan dapat turunkan kes sehingga dua digit.
*“Jadi kita jangkakan empat minggu PKP. Kita tidak akan panjangkan PKP kerana ia memberi kesan kepada eknomi,” katanya.
Menteri Kesihatan dan dua timbalannya pula hari ni dikatakan banyak buat kerja di belakang tabir, apa kerja belakang tabir yang mereka buat?
Fasiliti kesihatan tetap tidak cukup. Barisan hadapan kekal lelah dan hampir putus asa. Makin banyak pulak kedengaran kes bunuh diri akibat tekanan hidup dan Covid. Bahkan banyak terdengar rungutan pesakit Covid yang lewat diambil dan dirawat?
Sekurang-kurang di zaman kerajaan PH, Dr Dzul selaku Menteri Kesihatan sendiri tampil ke hadapan bersemuka dengan media dan rakyat menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan.
Itulah bukti seorang menteri dan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab! Bukannya diserahkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan semata-mata manakala menterinya hilang entah di gua mana.
Berselindung di sebalik tabir, dan membiarkan penjawat awam bersendirian menjawab persoalan yang dibangkitkan rakyat. Akhirnya, penjawat awam juga yang akan dipersalahkan, didenda dan dikatakan tidak mematuhi SOP.
Dasar kerajaan pengkhianat dan tidak bertanggungjawab! Selagi boleh putar alam, diputar semahu-mahunya. Tidak mampu mentadbir negara, gagal tahap gaban, tetapi tetap angkuh, tidak mahu mengakuinya.
Pengganas Haftar Upahan Imarat Dan Saudi Akan Ke Penjara
حفتر أيقونة للدمار ومكانه السجن
KENYATAAN MEDIA BERSAMA 21 AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG BERTARIKH 18 JANUARI 2021

KENYATAAN MEDIA BERSAMA 21 AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG BERTARIKH 18 JANUARI 2021
Kaji Semula SOP, Benarkan Perniagaan Beroperasi Selepas 8 malam
1. Kami menggesa Kerajaan Perikatan Nasional membenarkan semua kedai makanan dan minuman beroperasi seperti yang tercatat dalam lesen perniagaan mereka dan tidak terhad sehingga 8 malam memandangkan makan di kedai tidak dibenarkan dan penjualan makanan adalah secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran ke rumah.
2. Masa operasi kedai makanan dan minuman seperti sekarang telah menyusahkan mereka yang perlu membeli makanan selepas tamat waktu bekerja. Membenarkan para peniaga beroperasi mengikut lesen perniagaan mereka akan membantu memulihkan ekonomi para peniaga, menjana pendapatan penghantar makanan serta menggalakkan rakyat duduk di rumah kerana mereka boleh membuat pesanan dari rumah dan tidak terhad sehingga 8 malam sahaja.
3. Kami menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) segera memperbaiki SOP ini kerana ia memberi kesan kepada para peniaga yang hanya bergantung kepada pendapatan harian mereka. Kami juga menggesa Kerajaan melanjutkan moratorium sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan lagi. Berbanding semasa PKP fasa pertama, para peniaga mungkin lebih teruk terjejas kali ini kerana mereka terpaksa menanggung pembayaran sewa kedai dan gaji pekerja tanpa adanya moratorium seperti sebelum ini.
1. Darell Leiking (Ahli Parlimen Penampang)
2. Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar)
3. Mohd Azis Jamman (Ahli Parlimen Sepanggar)
4. Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut)
5. Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri)
6. Baru Bian (Ahli Parlimen Selangau)
7. Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Sungai Buloh)
8. Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Pulai)
9. Amiruddin Hamzah (Ahli Parlimen Kubang Pasu)
10. Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai)
11. Isnaraissah Munirah Majilis (Ahli Parlimen Kota Belud)
12. Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena)
13. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)
14. Dr Maszlee Malik (Ahli Parlimen Simpang Renggam)
15. Maria Chin (Ahli Parlimen Petaling Jaya)
16. Wong Shu Qi (Ahli Parlimen Kluang)
17. Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)
18. Dr Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
19. Dr Lee Boon Chye (Ahli Parlimen Gopeng)20. Kasthuriraani Patto (Ahli Parlimen Batu Kawan)
21. Nor Azrina Surip @ Nurin Aina (Ahli Parlimen Merbok)
https://web.facebook.com/ybkhalidsamad/photos/a.10152314906706436/10157604400641436/
Melayu/Islam Memerintah, Rakyat Terpaksa Mencuri Kerana Lapar.


Ini satu tindakan yang bijak dan terpuji. Kadang bukan semua yang melakukan jenayah tu disebabkan dia mahu melakukan jenayah. Kita kena ada budi bicara kita juga. Sebab itu Khalifah Umar Al khattab pernah menagguhkan Hudud potong tangan kalau mencuri kerana pada waktu itu berlaku kemarau di kawasan beliau sehingga ramai miskin dan kelaparan.
Tahniah PDRM
===============
Mencuri itu satu jenayah, tetapi untuk menghukum keluarga miskin yang sedang kelaparan juga adalah sesuatu yang tidak betul.
Itu kata-kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, yang turun padang membantu seorang ibu dalam kesusahan yang ditangkap mencuri Koolfever dan makanan untuk anak-anaknya.
Menurut Penolong Pesuruhjaya Polis itu, dia dimaklumkan semalam bahawa polis daerah menerima laporan kecurian tersebut yang berlaku di sebuah pasar raya.
Bagaimanapun, katanya, ada sesuatu pada kes berkenaan yang menggangu fikirannya.
Suspek ditahan kerana disyaki mencuri kek pandan, sosej dan dua pek Kool Fever untuk anak-anaknya.
“ Jadi saya pun berasa terpanggil, untuk pergi berjumpalah dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah, kalau tidak dia takkan buat perkara-perkara macam itu,” katanya pagi tadi
https://web.facebook.com/IswardyM/photos/a.106941654132986/260054372155046
https://web.facebook.com/IswardyM/photos/a.106941654132986/260574412103042
Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP
Pemuda Pas hari ini didakwa tidak langsung menghormati PKP apabila mereka telah mengadakan program ‘Blood Donation’ yang berlangsung di Tesco Batu Pahat.
Menyelar perkara itu, Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Serudin Soud menegaskan tindakan Pas itu memang membelakangkan rakyat di negara ini.
Serudin Soud
Tegasnya, dalam keadaan rakyat ditimpa kesulitan, Pas Johor khususnya mengambil pendekatan yang langsung tidak mementingkan sensitiviti rakyat.
“Rakyat dalam kesusahan akibat PKP yang dilaksanakan janganlah Pas membuat perkara yang tidak munasabah.
“Perlulah menghentikan progran itu walau telah disusun dari awal. Banyak lagi persatuan dan parti politik yang membatalkan program mereka saat akhir kerana menghormati rakyat.
“Perlu diingat rakyat semakin tertekan hari ini dan tidak patut Pas menggunakan kesempatan untuk mengadakan program tersebut,” tegasnya.
Dalam pada itu, beliau turut menyelar tindakan Pas yang bukan sahaja membuat program tersebut ketika PKP malah mengadakan siaran secara langsung di ‘facebook’ rasmi mereka.
Tambahnya, kerajaan perlu mengambil tindakan kerana arahan SOP PKP telah meletakkan syarat untuk tidak mengadakan program sosial secara berkelompok.
“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan kepada penganjur progran tersebut serta ahli yang terbabit kerana ia telah melanggar SOP PKP yang ditetapkan.
“Jangan ada sikap ‘double standard’ dalam hal ini. Tindakan perlu segera diambil dan sekiranya pihak berkuasa masih ragu boleh rujuk ‘live facebook’ mereka.
“Program tersebut jelas menguris hati rakyat apatah lagi mereka yang terkesan dengan PKP yang dikuatkuasakan ini,” tegasnya lagi.
RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng mempertikaikan kewajaran kerajaan membelanjakan lebih RM35 juta hanya untuk membina tiga buah dewan di Pagoh, terutama dalam keadaan negara dilanda gelombang ketiga wabak Covid-19.
Beliau berkata, wang berkenaan jika dibandingkan dengan kos pembangunan Masjid, kerajaan sudah boleh membina lebih enam buah Masjid dalam negara.
Ahli Parlimen DAP itu berkata, sebagai contoh adalah pembangunan Masjid di Bandar Baru Kampar, Perak yang hanya berjumlah RM1.9 juta dengan kapasiti mampu memuatkan sehingga 500 orang jemaah.
Justeru beliau menegaskan agar kerajaan mengurangkan segala projek yang tidak penting dan memfokuskan segala usaha agar lebih ramai kelompok yang akan menerima suntikan vaksin virus berkenaan.
“Dengan kemerosotan ekonomi semasa yang disebabkan oleh pandemik Covid-19, kerajaan seharusnya berhati-hati dalam membelanjakan dana awam.
“Dewan komuniti sering dibiarkan kosong dan tidak digunakan secara kerap. Ini bukan kaedah yang produktif untuk menggunakan dana awam, terutama pada masa krisis kesihatan global.
“Maka tidak salah untuk sesiapa pun yang mempersoalkan kebiasaan perbelanjaan Perdana Menteri, kerana wang itu berasal dari dana awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, PMO dalam kenyataannya berkata, jumlah peruntukan sebanyak RM35.43 juta adalah untuk membina tiga buah dewan, bukan sebuah, dan perolehan projek dibuat mengikut tatacara secara tender yang diluluskan Kementerian Kewangan.
Peruntukan pembangunan tersebut antaranya di Gersik, Tangkak (RM13 juta), Bukit Pasir, Muar (RM16.66 juta) and Bukit Kepong, Muar (RM5.77 juta).
Sementara itu Lim menggesa agar agensi-agensi kerajaan dan bahagian penguatkuasaan yang berkaitan, segeramenyiasat dan menghapuskan keraguan mengenai ketiga-tiga projek tersebut terutama berhubung kaedah perolehan tender berkenaan.
Dr Noor Hisham lebih layak jadi Menteri Kesihatan ganti Adham
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil, Adly Zahari mencadangkan agar Datuk Dr Adham Baba ditukar segera dengan individu yang lebih layak untuk menjadi Menteri Kesihatan supaya pandemik Covid-19 dapat ditangani dengan lebih baik.
Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah adalah paling layak dilantik sebagai Menteri Kesihatan menggantikan Adham.
Menurutnya, Malaysia tidak boleh lagi terus bergantung harap kepada menteri yang lemah dalam memerangi gelombang ketiga wabak berkenaan.
“Sekiranya sukar untuk mendapatkan menteri yang berwibawa sebagai Menteri Kesihatan, saya ingin mengesyorkan supaya Ketua Pengarah Kesihatan dilantik sebagai Menteri Kesihatan.
“Alang-alang darurat, biarlah tenaga profesional membuat dasar dan melaksanakan proses memerangi Covid-19.
“Jika kita masih ditakuk lama dan Perdana Menteri tidak bersedia menukar Menteri yang lemah, maka apa makna darurat kalau bukan kerana politik,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa sama, beliau mengingatkan, dalam keadaan darurat, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai kuasa mutlak untuk melaksanalan perubahan tersebut.
Sekiranya tidak, Adly yang juga Bendahari Agung AMANAH berkata, ia sekadar akan mengesahkan bahawa Perdana Menteri lemah didukung oleh menteri yang lemah.
Beliau turut mengambil contoh Menteri Kesihatan New Zealand yang meletakkan jawatannya selepas didapati terlibat dalam aktiviti yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) iaitu dengan berkelah di pantai.
Jelasnya, jawatan Menteri Kesihatan kemudiannya diberikan kepada Menteri Pendidikan untuk memerangi Covid-19, di mana hasilnya hari ini New Zealand menjadi negara terendah dijangkiti Covid-19.
“Menunggu Menteri Kesihatan Malaysia meletak jawatan seperti menunggu ‘kucing bertanduk’, rakyat boleh menilai keupayaan beliau,” katanya.
Sementara itu, menurut Adly, tanggungjawab melawan Covid-19 melalui Menteri Pertahanan dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan urus selia vaksin melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, mesti ditamatkan dan diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan.