BONGKAR & TERBURAI LAGI Skandal 1MDB !!! SELEPAS Goldman Sachs Disaman,

BONGKAR & TERBURAI LAGI Skandal 1MDB !!!

Kali ini satu keluarga Tun Razak, yg juga adik-beradik PM Najib Razak terlibat sama…

Primus mendakwa, Goldman menggesanya penerimaan tawaran yang lebih tinggi untuk meningkatkan peranannya dengan Perdana Menteri Malaysia kerana penggabungan akan ‘memberi kekayaan’ kepada Nazim Razak, pengarah Hong Leong serta Datuk Seri Nazir Razak, Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd. (CIMB.KL), yang menasihatkan Hong Leong dalam pengambilan alih itu.

NAMPAK TAK !!!

Penangan keluarga adik-beradik Najib Razak dlm membolot kekayaan negara…

TU PON KORANG MASIH BUTA PEKAK NAK PANGKAH BN LAGI !!!

http://www.reuters.com/article/us-goldman-sachs-primus-malaysia-idUSKCN10627L

GOLDMAN Sachs berunding untuk membayar denda AS$2 bilion (RM8.28 bilion)

Muhammad Radzi Ismail

GOLDMAN Sachs berunding untuk membayar denda AS$2 bilion (RM8.28 bilion) dan mengaku bersalah atas peranannya dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB), lapor Wall Street Journal.

Rundingan dengan kerajaan Amerika Syarikat (AS) itu bagi menyelesaikan siasatan yang dijalankan ke atas bank tersebut.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/207185…

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/207185?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Jho Low, Tim Leissner Atur Pertemuan Najib Dengan Pengerusi Goldman Sachs

Image may contain: 2 people, people smiling, text

1 PENIPU AAAA

LANGSUNG | Perbicaraan kes jenayah melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan dana 1MDB memasuki hari ke-12 di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Malaysiakini membawa anda laporan langsung prosiding.

LANGSUNG

4.14 petang: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan lebih awal hari ini.

Beliau membenarkan permohonan ketua DPP Gopal Sri Ram ekoran ketua pendakwaan Muhammad Shafee Abdullah perlu membuat persediaan bagi perbicaraan kes bunuh CEO Cradle Fund Nazrin Hassan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, esok.

Perbicaraan akan bersambung semula Isnin minggu depan.

3.05 petang: Jho Low dan CEO Goldman Sachs (Asia) Tim Leissner menjadi pihak yang mengaturkan perjumpaan antara Najib Razak dan Pengerusi Goldman Sachs Lloyd Craig Blankfein di satu pertemuan pelaburan di New York pada November 2009, kata Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Bekas CEO 1MDB itu berkata, dia diminta Jho Low untuk terbang bersama Najib ke mesyuarat dengan pihak yang berpotensi melabur dalam 1MDB.

Shahrol berkata dia bersama pengerusi 1MDB ketika itu, Lodin Wok Kamaruddin pergi ke sana pada 21 November 2009.

Perjumpaan itu berlaku keesokannya iaitu 22 November, katanya lagi.

“Jho Low dan Leissner telah menjadi matchmaker untuk pertemuan tersebut. Jho Low sebagai fasilitator kepada Najib manakala Leissner ialah fasilitator kepada Llyod Craig Blankfein.

“Saya nampak pada masa itu Jho Low dan Leissner sangat rapat berdasarkan bahasa tubuh dan perbualan mereka,” katanya lagi.

Tim Leissner
2.50 petang: Pihak pendakwaan mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan Gold Star Ltd menyalurkan AS$9 juta kepada pengeluar filem Red Granite Pictures.

ketua DPP Gopal Sri Ram menunjukkan dokumen tahun 2011 itu yang dikatakan menunjukkan Red Granite menerima wang itu daripada Good Star melalui Bank Coutts, sebuah bank yang beribu pejabat di London.

Selepas mengeluarkan dokumen yang menunjukkan anak tiri Najib, Riza Aziz sebagai pengarah Red Granite, dia menunjukkan empat cek kepada bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Menjawab soalan Sri Ram berkenaan cek itu, Shahrol berkata dia diberitahu Jho Low untuk menyimpan cek tersebut sehingga menerima arahan lanjut.

Katanya lagi, memandangkan tiada arahan yang diterima dari Jho Low, dia menyerahkan cek yang tidak ditunaikan itu kepada jabatan kewangan 1MDB.

Mengulas lanjut, Shahrol berkata susulan usaha sama dengan PetroSaudi International (PSI) pada September 2009, Jho memberitahunya yang keluarga diraja Arab Saudi ingin menyumbang AS$100 juta kepada Yayasan 1MDB.

Ketua pembelaan Muhammad Shafee Abdullah kemudian menyatakan bantahan dengan mengatakan cek tersebut ialah ‘bukti dokumen khabar angin’.

Shafee juga menyifatkan bukti lisan berkenaan dakwaan Jho Low mengarahkan Shahrol menyimpan cek itu sebagai khabar angin.

Sri Ram kemudian meneruskan pemeriksaan utama berdasarkan kenyataan saksi Shahrol.

2.47 petang: Perbicaraan bersambung.

12.04 tengah hari: Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah membenarkan perbicaraan berehat awal hari ini bagi membolehkan pendakwaan menyusun dokumen untuk fasa kedua keterangan saksi bekas CEO 1MDB, Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Permohonan dibuat ketua DPP Gopal Sri Ram ketika Shahrol – saksi kesembilan pendakwaan – selesai membaca sehingga perenggan 349 keterangan saksi 270 halamannya.

Perenggan satu hingga 158 berkenaan fasa 1 dakwaan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, manakala fasa kedua bermula pada perenggan 350 di halaman 159 keterangannya.

Terdapat empat fasa dalam kesalahan yang didakwa dilakukan Najib berkaitan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion.

Pemeriksaan utama Shahrol dengan Sri Ram akan bersambung pada 2.30 petang ini.

11.45 pagi: Bekas CEO 1MDB Shahrol Azhar Ibrahim Halmi berkata Jho Low pernah memberitahunya bahawa Good Star Ltd adalah milik PetroSaudi International (PSI).

Ketika pemeriksaan utama dengan ketua DPP Gopal Sri Ram, Shahrol berkata Jho Low memberitahu perkara itu pada Mei 2015, susulan laporan media bahawa ia didakwa milik Jho Low dan jutaan dolar wang 1MDB telah disalurkan ke syarikat itu.

Shahrol memberi keterangan berkenaan pengeluaran surat bertarikh 22 Mei 2015, daripada CEO PSI Tarek Obaid, yang menyatakan Good Star adalah milik PSI.

“Jho Low berjanji akan mendapatkan PSI untuk menulis kepada saya sepucuk surat untuk mengesahkan apa yang beliau katakan itu,” katanya.

Shahrol meletakkan jawatan sebagai CEO 1MDB pada Mac 2013 tetapi kekal dalam lembaga pengarah sehingga 2017.

11.20 pagi: Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia tidak selesa dengan pelaburan besar – berjumlah AS$1.83 bilion – yang disuntik 1MDB kepada PSI melalui 1MDB PetroSaudi Ltd dan Good Star Ltd.

Susulan itu, katanya, dia meminta Jho Low mencari jalan agar PSI mempercepat proses pelaburan semula “duit kami” di Malaysia.

“Sekurang-kurangnya ia dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana banyak projek 1MDB di Malaysia sedang berjalan,” katanya ketika pemeriksaan utama dengan ketua DPP Gopal Sri Ram.

Shahrol berkata Jho Low mengambil maklum akan permintaan itu tetapi tiada jawapan positif selepas dia beberapa kali bertanya soal itu kepadanya.

“Saya banyak kali menekankan beliau namun beliau masih memberikan maklumbalas yang sama. Sehinggalah saya dapat tahu daripada berita bahawa terdapat isu 1MDB melibatkan PetroSaudi.

” Saya amat keliru kerana semua transaksi dibuat adalah berdasarkan pelaburan antara kerajaan dan disokong penuh oleh kerajaan Malaysia melalui mandat yang diberikan oleh perdana menteri,” katanya lagi.

10.28 pagi: Mahkamah diberitahu bahawa Jho Low pernah mendakwa PetroSaudi International (PSI) “merungut pada daddy”, merujuk kepada Raja Arab Saudi ketika itu Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud, selepas pengurangan lanjut pembayaran oleh 1MDB.

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halim berkata dia mengurangkan bayaran kepada PSI daripada AS$300 juta kepada AS$205 juta kerana kekurangan dana.

Dia berkata Jho Low memberitahunya rungutan PSI itu dibuat selepas 27 Mei 2011.

” Jho memberitahu saya yang PSI amat kecewa dan tidak puas hati. Jho ada berkata ‘they complained to daddy’ yang bermaksud Putera Turki telah memaklumkan kepada Raja Abdullah.

“Saya juga difahamkan oleh Jho yang ada perbualan antara Najib dan Raja Abdullah mengenai isu ini,” katanya.

Katanya lagi, akhirnya dia terpaksa akur dan mengarahkan pembayaran peringkat terakhir iaitu AS$125juta dibuat kepada PSI.

10.13 pagi: Shahrol Azhar Ibrahim Halmi berkata bantahannya kepada Jho Low menyebabkan rancangan meminjamkan AS$750 juta dikurangkan kepada AS$330 juta.

Bekas CEO 1MDB itu berkata, susulan mesyuarat lembaga pengarah pada 4 April 2011, dia berkata kepada Jho Low untuk mengurangkan rancangan pelaburan untuk projek tenaga di luar negara kerana kurangnya dana untuk projek tempatan.

“Lanjutan daripada perbincangan pada April hingga Mei 2011 antara saya dan Jho Low, PSI bersetuju untuk mengurangkan drawdown request dari syarikat usaha sama kepada USD330juta pada 12 Mei 2011,” katanya.

10.10 pagi: Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia percaya Jho Low hanya mahu menggunakan nama 1MDB dalam usaha mengambil alih sebuah hotel di London melalui Maybourne Hotel Group, yang didakwa dipimpin Jho Low sendiri.

Bekas CEO 1MDB itu merujuk kandungan minit mesyuarat Pengerusi Lembaga Pengarah bertarikh 30 Mac 2011, yang disediakan oleh Jho Low sendiri.

Dalam minit itu, Najib setuju agar 1MDB memberikan pinjaman AS$750 juta kepada PetroSaudi dengan syarat 1MDB mendapat pinjaman RM3 bilion daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan memberi tumpuan kepada projek bawah Maybourne Hotel Group, SRC International, dan Kuala Lumpur International Financial District.

9.55 pagi: Bekas CEO Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata dia membantah Low Taek Jho pada 2010 berhubung memberi AS$750 juta lagi pinjaman kepada PetroSaudi International (PSI).

Ketika pemeriksaan utama dengan ketua DPP Gopal Sri Ram, Shahrol berkata tindakannya itu kerana merasakan 1MDB tidak patut lagi memberi pinjaman kepada PSI tetapi menggunakan dana yang ada untuk projek di Malaysia.

Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata, dia meminta Jho Low berunding dengan Najib untuk mengurangkan jumlah pinjaman.

“Pada masa sama tanpa pengetahuan saya, (pengarah PSI) Tarek Obaid menulis surat bertarikh 18 Februari 2011 kepada Najib, untuk tambahan pinjaman sebanyak AS$750 juta.

“Surat itu dilampirkan bersama sepucuk surat daripada Putera Turki kepada Najib, bertarkih sama.

“Surat itu diberi kepada (pengerusi 1MDB ketika itu) Lodin Wok Kamaruddin pada 11 Mac 2011, dengan nota bertulis dari Najib mengatakan dia tidak membantah pelaburan tambahan,” katanya.

9.30 pagi: Tertuduh Najib Razak masuk ke mahkamah dan duduk dai barisan depan galeri awam. Beberapa minit kemudian, dia masuk ke kandang tertuduh dan perbicaraan bermula.

Fokus terhadap peranan Najib dalam usaha sama dengan Petrosaudi

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dijangka meneruskan keterangannya hari ini antaranya berkenaan bagaimana syarikat itu boleh terlibat dengan usaha sama membabitkan dana besar, didakwa dengan PetroSaudi International.

Sepanjang keterangannya dalam perbicaraan 1MDB ini, dia yang merupakan saksi kesembilan mendakwa Najib ada banyak peluang untuk membatalkan transaksi meragukan berkaitan usaha sama itu tetapi tidak berbuat demikian.

Semalam, dia mendakwa 1MDB distrukturkan untuk memberi “kuasa mutlak” kepada Najib yang bukan saja perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu, tetapi juga pengerusi lembaga pengarah 1MDB.