Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

PERLUASAN SKOP PENERIMA INSENTIF RM500 BUAT PENJAJA DAN PENIAGA KECIL KERAJAAN NEGERI SELANGOR

1 BANTUAN SELANGOR

PERLUASAN SKOP PENERIMA INSENTIF RM500 BUAT PENJAJA DAN PENIAGA KECIL

Pagi ini Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah mendapat maklumbalas terkini berkenaan status insentif RM500 one-off kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Pakej Rangsangan Selangor Prihatin. Mengambilkira perkembangan semasa, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk meluaskan manfaat insentif ini kepada peniaga berlesen yang menyewa premis PBT untuk kategori Pasar Tani, Kiosk, Semua Jenis Gerai, Medan Selera dan Pasar Awam yang dikuatkuasakan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Tred, UUK Pasar dan UUK Establishment Makanan sahaja.

Manfaat ini terhad kepada lesen sah tahun 2020 yang diluluskan sehingga 20 Mac 2020. Kerajaan Negeri turut bersetuju agar tempoh permohonan dilanjutkan sehingga 7 Jun 2020.

Di kesempatan ini, saya ingin mengingatkan semua untuk sentiasa mengamalkan amalan kebersihan yang baik seperti sering mencuci tangan dan melakukan penjarakan sosial demi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3 yang bermula hari ini.

Selangor Gempur Covid-19!

YAB Dato’ Seri Amirudin Shari
Dato’ Menteri Besar Selangor

Bukti Kerajaan PKR Selangor Amat Prihatin Kepada Rakyat – Terbaik.

Pakej Rangsangan ‘Selangor Prihatin’ Menangani Covid-19

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Selaku Menteri Besar Selangor dan kami semua berkhidmat di bawah Kerajaan Negeri Selangor prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi penduduk Selangor akibat kesan wabak COVID-19. Oleh itu, sebuah Pakej Rangsangan Ekonomi akan diumum bagi menyerap impak penularan wabak COVID-19.

Moga Pakej Rangsangan Ekonomi dari kerajaan Selangor dapat meringankan mereka yang terkesan dari Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak COVID-19.

Muatturun → https://bit.ly/pakej-rangsangan-selangor-prihatin-menangani-covid-19-23-march-2020

Muatturun → https://bit.ly/pakej-rangsangan-selangor-prihatin-menangani-covid-19-23-march-2020

https://www.amirudinshari.com/posts/pakej-rangsangan-selangor-prihatin-menangani-covid-19?fbclid=IwAR2oD0kzXWOV5b6GVuu3uOmg1dUALIl42DfsW6f5m0Y1tPqidcxwy54NeLA

Bukti Kerajaan Pakatan Harapan ” Zalim” Terhadap Orang Melayu Puncak Kundang.

Image may contain: 10 people, people smiling

Betul Kata seorang Loyar Buruk.
Kerajaan “Zalim” Terhadap Orang Melayu Puncak Kundang.
Ini Buktinya.

1. “Kerajaan zalim”…..
Sebab itu pihak tuan tanah Wangsa Masyhur tidak pernah kutip satu sen pun duit sewa dari kumpulan penceroboh sejak 1998. Sewa bernilai RM25K (anggaran RM100 sebulan selama 21 tahun dari 1998 – 2019) boleh difailkan ke mahkamah untuk dituntut dari kumpulan penceroboh. Tapi sebab “kerajaan zalim”, tuan tanah Wangsa Masyhur tidak membuat tuntutan sedemikian.

2. “Kerajaan zalim”…..
Sebab itu pihak tuan tanah tidak memfailkan tuntutan pampasan ekoran pencerobohan oleh kumpulan penceroboh. Adalah hak tuan tanah untuk memfailkan tuntutan pampasan ganti rugi sebab kumpulan penceroboh menggunakan barang bukan dia punya. Tapi oleh kerana “kerajaan zalim”, tuan tanah mengambil keputusan untuk bertolak ansur.

3. “Kerajaan zalim”…..
Sebab itu tempoh 21 bulan (6 Mac 2018 – Disember 2019) diberi oleh tuan tanah Wangsa Masyhur kepada kumpulan penceroboh untuk berpindah. Berdasarkan dokumen yang difailkan ke mahkamah pada tahun 2018, tuan tanah bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada kumpulan penceroboh untuk meneruskan kehidupan seharian seperti mengutip buah-buahan, dengan syarat struktur haram yang baru tidak dinaikkan. Tapi kumpulan penceroboh langgar perjanjian tersebut dan menaikkan struktur-struktur haram yg baru. Tuan tanah pun tutup sebelah mata. Sebab itu mereka zikir “kerajaan zalim”.

4. “Kerajaan zalim”…..
Sebab itu Rumah Selangorku ditawar kepada kumpulan penceroboh meskipun itu bukan hak kumpulan penceroboh. Kumpulan penceroboh menceroboh tanah orang lain, lepastu kecoh buat sandiwara buat muka kesian, lepastu doakan abang TNB yg menjalankan amanah mengikut perintah mahkamah supaya dipanah petir. Akhirnya kerajaan yang dikatakan zalim itu tawar Rumah Selangorku di Rawang. Zalim sungguh.

5. “Kerajaan zalim”….
Sebab itu berpuluh ribu orang Melayu berjaya menerima Notis 5A sejak tahun 2008. Mereka mohon cara betul, mereka ikut saluran undang-undang, mereka sabar, mereka tidak bersandiwara dan mereka menaruh keyakinan pada Pakatan Rakyat/Harapan. Akhirnya Kerajaan PR/H tidak mengecewakan mereka. Mereka menerima Notis 5A. Sebab itu “Kerajaan zalim” terhadap orang Melayu.

Sepatutnya kerajaan membela penceroboh, membela penghisap gam, membela pencuri handfon, membela scammers, membela penghisap gam, membela mat rempit barulah dikatakan tidak zalim. Betul?

(Ini posting sindiran. Otak level pencacai pembangang won’t get it.)

Penjawat awam dapat `durian runtuh’ dua bulan gaji

SHAH ALAM, 1 NOV: Penjawat awam di Selangor bakal menerima ‘durian runtuh’ menerusi Bantuan Khas Kewangan (BKK) dari RM500 sehingga dua bulan gaji pada 24 Disember ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata imbuhan itu adalah bantuan kali kedua berdasarkan prestasi jabatan dan individu yang menelan perbelanjaan RM30 juta.

“Justeru sebagai menghargai sumbangan dan motivasi kepada mereka untuk meneruskan kerja baik dan meningkatkan pencapaian di masa hadapan, saya mengumumkan suatu BKK berdasarkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Jabatan dan Prestasi Individu anggota perkhidmatan awam Kerajaan Negeri.

“Sikap profesionalisme dan saling hormat-menghormati menjadi adunan penting dalam memastikan Selangor kekal unggul,” katanya ketika membentangkan Belanjawan #Selangor2020 di sini hari ini.

BKK kali pertama iaitu insentif sebulan gaji diagih kepada penjawat awam menjelang sambutan Aidilfitri lalu.

Penjawat awam dapat `durian runtuh’ dua bulan gaji