Kategori: #Boycott french products
BOYCOTT EXPO DUBAI UAE
RAKYAT GESA MALAYSIA TIDAK SERTAI EXPO 2020 DUBAI UAE.8 Disember 2020
1. Papan iklan Promosi EXPO 2020 DUBAI oleh YB Ahmad Amzad Hashim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu dari PAS adalah satu mesej yang tidak sensitif terhadap perasaan serta kemarahan umat Islam yang membantah kezaliman Israel keatas rakyat Palestin.
2. Setelah UAE – Negara Arab Bersatu menjalin hubungan diplomatik dengan Israel, mereka telah menjemput Israel ke EXPO DUBAI 2020 pada tahun 2021.
3. Setelah menerima peserta Zionis Israel ke sebuah konvensyen di Kuala Lumpur pada tahun 2018 semasa Najib Razak menjadi Perdana Menteri, Malaysia pula kini menunjukan sikap lebih berjinak dengan Israel dengan menyertai EXPO 2020 DUBAI UAE yang turut di sertai Israel.
4. AMANAH Terengganu mendesak Kerajaan Malaysia membuat pendirian tegas tentang polisi serta sikap kita terhadap Israel hari ini memandangkan makin ramai negara Arab-Islam menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Selain Mesir, Jordan dan Bahrain, kini Negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga mengadakan perhubungan rasmi dengan Israel.
5. Tidak cukup dengan hanya kenyataan rasmi kerajaan Malaysia sahaja tetapi ianya mesti di ikuti dengan sesuatu tindakan untuk membuktikan keikhlasan serta kesungguhan kita menolak Israel sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin yang terus ditindas dengan kejam.
6. Malaysia mesti memboikot Expo 2020 Dubai UAE yang akan diadakan di Dubai, UAE pada bulan Oktober 2021. Israel akan menyertai Expo tersebut atas jemputan UAE yang kini menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara tersebut.
7. Kalau Malaysia pernah memulau sukan Olimpik di Moscow pada tahun 1980 kerana pencerobohan Russia ke atas Afghanistan, Israel pula telah memerangi dan menakluk Palestin puluhan tahun lamanya.
8. Pertimbangan kemanusiaan dan persaudaraan Islam mesti mengatasi kepentingan perniagaan serta ekonomi.
9. Beberapa tahun lepas kerajaan Barisan Nasional pernah membenarkan rombongan Israel menghadiri suatu Konvensyen Antarabangsa selama seminggu di Kuala Lumpur tanpa di sedari rakyat umum Malaysia.
10. Hari ini kerajaan Perikatan Nasional yang mengaku dirinya sebagai kerajaan Melayu Islam mesti membukti komitmen mereka membela perjuangan umat Islam yang tertindas.
11. Presiden PAS YB Ustaz Haji Hadi Awang juga adalah Duta Khas PM ke Timur Tengah perlu berperanan dalam menasihati kerajaan memulau EXPO 2020 DUBAI demi maruah Islam dan Malaysia yang tidak sanggup bersekongkol dengan Israel Zionis.
12. Sekali lagi AMANAH Terengganu mendesak Kerajaan Malaysia tidak menyertai EXPO 2020 DUBAI sebagai tanda solidariti dan bukti sokongan kepada rakyat Palestin yang dizalimi sekian lama oleh Israel Zionis.
13. Nyawa dan darah rakyat Palestin jauh lagi bernilai dari wang ringgit perniagaan perdagangan antarabangsa bersama rejim Zionis Israel di EXPO 2020 DUBAI.
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu.
8 Disember 2020*
Foto : Solidariti bantahan di hadapan papan iklan yang dinaikkan di Kuala Nerus yang mempromosi EXPO 2020 DUBAI UAE hari ini.