Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Melaka terus jadi tumpuan pelabur luar

KOTA LAKSAMANA 16 Dis. – Melaka terus mendapat perhatian pelabur dari dalam dan luar negara bagi pembangunan projek mega yang memberi nilai tambah kepada sektor ekonomi.

Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, penyertaan pelbagai pihak untuk melabur di negeri ini membuktikan Melaka sebuah negeri yang mempunyai potensi pelaburan terbaik selain kedudukannya yang strategik.

Katanya, projek pembangunan hartanah bercampur, The Sail Melaka iaitu terbesar di negeri ini bakal menjadi batu loncatan bagi memperkenalkan potensi pelaburan ke Melaka di mata dunia.

“Nilai Pembangunan Kasar (GDV) projek bercampur itu mencecah RM6.5 bilion dan pelaburan kira-kira RM4.5 bilion itu diyakini akan menjadi sebuah lagi mercu tanda negeri Melaka.

“Ia sekali gus menjadikan Melaka terus menjadi destinasi pilihan utama bagi pelabur kerana banyak kelebihan pada negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pecah tanah Projek The Sail Melaka yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pengasas Sheng Tai, Datuk Leong Sir Ley.

Mohd Rafiq berkata, projek terbabit yang turut mendapat pelaburan syarikat antarabangsa dari Hong Kong, Rusia, Australia dan beberapa negara lain itu dijangka siap sepenuhnya pada 2024.

“Rekaan projek ini diilhamkan berdasarkan pelayaran Laksamana Zheng He ke barat untuk meneruskan legasi Selat Melaka yang dapat dilihat menerusi sembilan menara yang akan dibina nanti.

Mengulas lanjut, Mohd Rafiq yakin, pembangunan ini juga bakal memberi peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini khususnya rakyat Melaka.

https://melakakini.my/melaka-terus-jadi-tumpuan-pelabur-luar/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Bas Percuma Di Selangor, Wilayah, Melaka & N.Sembilan Tetapi Di Kelantan Rakyat Dipaksa Bayar Tambang Bas

Image may contain: sky and outdoor

Image may contain: sky and outdoor

Image may contain: bus and outdoor

Di Selangor, Wilayah, Melaka, N.Sembilan ada bas percuma tapi diKelantan, bas berbayar, pemandu mogok sebab tak bayar gaji dua bulan.. Diharap Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng, beri pinjaman kepada kjaan Kelantan untuk lunaskan gaji pemandu bas.. Ustaz Haji Ahmad Albab sila take note..