Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

RUPANYA SULTAN MIZAN PERNAH MURKA DENGAN ISU MELIBATKAN NAJIB – NAJIB ADALAH PENDERHAKA

Sdsdss

RUPANYA SULTAN MIZAN PERNAH MURKA DENGAN ISU MELIBATKAN NAJIB…

Selaku rakyat biasa, mesti kita pernah tertanya-tanya; agaknya pernah tak Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) marah atau gaduh dengan Perdana Menteri? Kami takdelah suka kalau dua individu terpenting negara ni bergaduh, kalau boleh kami nak diorang bersama dan sehaluan, untuk kebaikan negara gitu. Cuma, semalam kami ada terbaca laporan MalaysiaKini tentang YDPA yang murka dengan isu berkaitan Perdana Menteri sebelum ni, Najib Razak.

Menarik jugak artikel ni, untuk orang yang tak berapa nak ambil tahu politik macam kami; barulah kami tahu dari mana sebenarnya asal-usul syarikat 1MDB yang kami selalu dengar…

Pegawai Eksekutif TIA dipanggil, Sultan minta tandatangan resolusi dalam keadaan murka…

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari semalam dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Terengganu benarkan kerajaan persekutuan ambil alih Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dan jenamakannya sebagai 1MDB kurang empat bulan selepas syarikat tu ditubuhkan.

Kalau ikut kata Ketua Pegawai Eksekutif TIA, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, syarikat tu diperbadankan pada bulan Mac 2009, tapi masalah dengan pihak istana menyaksikan pemindahan pemilikan daripada Menteri Besar Terengganu Diperbadankan kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada Julai tahun tu.

Shahrol Azral Ibrahim Halmi. Via MalaysiaKini

Masalah bermula pada 22 Mei 2009 apabila lembaga TIA keluarkan resolusi pekeliling pengarah yang nyatakan terbitan bon bernilai RM5 bilion oleh syarikat itu akan digantung. Lembaga pengarah juga keluarkan arahan supaya Shahrol dan semua pengarah lain dihalang daripada mengendalikan penerbitan bon tu.

Pada petang hari kemudiannya, Shahrol kata dia dan pengarah TIA Ismee Ismail diarahkan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin supaya menghadap baginda di Istana Terengganu di Kuala Lumpur. Sultan Mizan yang murka kemudian bertitah; “Tandatangan resolusi ini, kamu boleh membacanya jika mahu”.

Sultan Mizan. Via The Edge Market

Dokumen tu ditulis oleh Tengku Rahimad Puteri Sultan Mahmud, adinda sultan Terengganu, yang merupakan pengarah TIA dan tokoh korporat yang terkenal. Dokumen ni memuatkan resolusi pengarah TIA yang mengarahkan Aminvestment Bank Bhd untuk menangguhkan penerbitan bon sehingga beberapa syarat dipenuhi.

“Saya terkejut kerana Jho Low beritahu saya bahawa Sultan Mizan tidak mempunyai sebarang bantahan dengan penerbitan bon. Ini kali pertama saya dengar dari Sultan Mizan bahawa Terengganu mempunyai syarat seperti itu kerana sebelum ini (saya di bawah tanggapan) Jho Low – penasihat dan fasilitator antara Sultan Mizan dan Najib Razak – tidak pernah memberitahu saya tentang syarat-syarat itu,” – Shahrol Azral Ibrahim Halmi, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Kami boleh kata mamat ni antara orang yang paling wanted kat Malaysia. Via Straitstimes

Ismee dan Sharol terus menandatangani resolusi tu dan diarah meninggalkan istana. Diorang tak diberi peluang untuk jelaskan bahawa terbitan bon sudah dilaksanakan.

Ambank tulis surat pada Tengku Rahimah kata bon tak boleh digantung, terus Tengku Rahimah letak jawatan…

Shahrol jugak beritahu mahkamah bahawa Sultan Mizan menggunakan istilah “unsavoury character” atau watak kelakuan buruk semasa pertemuan ringkas diorang tapi dia tak pasti siapa yang dirujuk oleh baginda. Petang tu, Shahrol diarahkan untuk memberi taklimat kepada Jho Low dan Najib, yang adalah perdana menteri masa tu.

Dia ditanya oleh Najib mengapa Sultan Mizan murka dan Sharol jawab dia tak tahu. Najib bertanya sama ada Shahrol ada salinan resolusi pengarah, Sharol jawab takde.

Via Gifsec

Lepas tu, Ambank ada menulis pada Tengku Rahimah untuk maklumkan TIA bahawa terbitan bon tak boleh digantung kerana ia akan jejaskan pasaran bon. Pada hari yang sama, Tengku Rahimah letak jawatan sebagai pengarah TIA. Pada bulan Jun, pemilikan TIA telah dipindahkan dengan segera kepada Kementerian Kewangan dan pada 19 Julai, syarikat tersebut dikenali sebagai “1Malaysia Development Bhd” atau 1MDB

Bernama pulak ada laporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa DYMM Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin murka dengan isu pinjaman bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang dipohon Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) berjumlah RM5 billion.

Nampaknya 1MDB bukan setakat salah satu faktor BN kalah, tapi buat Sultan murka sekali

Sebenarnya ramai je setuju kalau kami kata isu 1MDB merupakan salah satu faktor Barisan Nasional kalah dalam PRU yang lepas. Sebabnya ramai orang menyampah apabila pimpinan utama negara dikaitkan dengan skandal yang terbesar dalam sejarah. Kes ni pun tengah dalam perbicaraan; dan kami tak nak jadi hakim.

Via Sarawak Report

Cuma apabila seseorang yang jadi pemimpin utama negara terpalit dengan kes-kes macam ni, secara sendirinya keyakinan orang akan menurun. Harapnya kerajaan yang ada pada hari ni tak akan terpalit dengan skandal-skandal yang akan bangkitkan kemarahan rakyat.

Artikel ini diambil dan disunting dari laporan MalaysiaKini yang bertajuk ‘Sultan Mizan murka, TIA dijenamakan sebagai 1MDB‘.

RUPANYA SULTAN MIZAN PERNAH MURKA DENGAN ISU MELIBATKAN NAJIB… Pegawai Eksekutif TIA dipanggil, Sultan minta tandatangan resolusi dalam keadaan murka… Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari semalam dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Terengganu benarkan kerajaan persekutuan ambil alih Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dan jenamakannya sebagai 1MDB kurang empat bulan selepas syarikat tu ditubuhkan. Kalau ikut kata Ketua Pegawai Eksekutif TIA, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, syarikat tu diperbadankan pada bulan Mac 2009, tapi masalah dengan pihak istana menyaksikan pemindahan pemilikan daripada Menteri Besar Terengganu Diperbadankan kepada Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada Julai tahun tu. Masalah bermula pada 22 Mei 2009 apabila lembaga TIA keluarkan resolusi pekeliling pengarah yang nyatakan terbitan bon bernilai RM5 bilion oleh syarikat itu akan digantung. Lembaga pengarah juga keluarkan arahan supaya Shahrol dan semua pengarah lain dihalang daripada mengendalikan penerbitan bon tu. Pada petang hari kemudiannya, Shahrol kata dia dan pengarah TIA Ismee Ismail diarahkan oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin supaya menghadap baginda di Istana Terengganu di Kuala Lumpur. Sultan Mizan yang murka kemudian bertitah; “Tandatangan resolusi ini, kamu boleh membacanya jika mahu”. Baca penuh di: https://orangkata.my/…/rupanya-sultan-mizan-pernah-murka-d…/ Sebarkan.

SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR BANGSA MELAYU ?

INILAH WAJAH-WAJAH PENGKHIANAT KEPADA AGAMA DAN PENDERHAKA KEPADA SULTAN.

 

 

 

 

 

Image may contain: 1 person, glasses and indoor

Katanya tulisan Tan Sri Dato’ Dr Megat Najmuddin Megat Khas.. tak tau lah betul atau tidak.. apapun Admin share sbb ianya tulisan yg cukup adil & berfakta..

SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR BANGSA MELAYU ?

Dalam sejarah politik negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan peŕtama memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada dibawah 2/3 pada piliharaya 1959.

Hanya dibawah UMNO, Melayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan dua jawatan terpenting negara dari MCA dan Menteri Pembangunan Kerjaraya dari MIC.

Merekalah sebenarnya menguasai pembangunan dan kewangan negara.

Maka dari sejak merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran negara berada bukan ditangan Melayu.
Malah hingga kepenghujung 70an diantara jabatan jabatan kerajaan yang ada pada masa itu semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan Melayu melainkan satu jabatan iaitu jabatan perhutanan.

Itulah hakikatnya apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO dan pemimpin Melayu mula berkuasa, Melayu telah mula tergadai hak dan maruah diri dibumi Melayu akibat pemimpin pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa untuk kepuasan dan keseronokan peribadi, sementara Melayu semakin miskin dan hina dan Tun Abd Razak hanya mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu dikatakan tidak berharta hatta tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti Bukit Serampang) dijadikan peneroka dan kini 4 generasi mereka terperangkap sebagai peneroka FELDA yang kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan terasing dari kelompok masyarakat Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.

Hari ini kita menyaksikan bagaimana FELDA dihancurkan oleh bukan Cina. Bukan DAP tetapi oleh pemimpin UMNO itu sendiri.

Inilah balasan UMNO kepada Melayu FELDA yang merupakan bank safe deposit kuasa UMNO yang sebelum ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.

Sejarah tidak lupa siapakah angkara Singapura dan Pulau Pinang terlepas dari kuasa kita. Bukankah sejarah tercipta semasa UMNO memerintah Negara?

Di Singapura dahulunya ada UMNO begitu juga Pulau Pinang.

Kedua duanya terlepas dari tangan kita bukan kerana DAP tetapi kerana kita. Kerana kelemahan pemimpin UMNO.

Kenapa bangkitkan tentang Pulau Pinang dan menyalahkan DAP?

Bukankah lama sudah kuasa Melayu terlepas di Pulau Pinang juga kerana pemimpin UMNO.

Bukankah UMNO yang merestui dan mengiktiraf parti GERAKAN yang berkuasa disana?

Kenapa salahkan DAP yang mengambil kuasa dari GERAKAN ?

Nasib Melayu kurang terbela di Pulau Pinang bukan kerana DAP.

Malah peruntukan kerajaan negeri kepada pembangunan Islam dibawah DAP kini berlipat kali ganda.
Dalam DAP ada wakil rakyat Melayu dalam DAP ada ramai ahli Melayu. Mereka juga mendukung Perlembagaan negara.

Hanya yang ketara MCA dalam perbincangan perhimpunan agong berbicara dalam bahasa Cina menakala DAP berbicara dalam bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

MCA didalam perlembagaanya menolak Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan memperjuangkan sekolah Cina tetapi ini bukan perjuangan DAP.

Dalam Perlembagaan, semua Parti Politik dinegara ini dan faham matlamat mereka semua. Semua mereka kecuali MCA seperti disebut diatas menerima Perlembagaan negara tanpa syarat kecuali MCA dan itulah sebabnya mereka adalah pertubuhan berdaftar.

Kenapa DAP musuh kita?

Jelasnya inilah manipulasi UMNO.

Pernah hilang kuasa dibawah PERIKATAN diakhir 60an.

Diakhir 60an politik bukan Melayu bertambah kuat dan Melayu semakin mundur dan lemah dibawah UMNO.
Namun UMNO masih mahu terus berkuasa.

Dasar UMNO dari sejak awal lagi ialah menakut-nakutkan Melayu tentang hilang kuasa, hilang hak istimewa, hilang kedudukan Raja Raja, hilangnya Islam di negara tercinta.

Dalilnya yang wujud seawal mencapai kemerdekaan ialah ancaman dari persepsi perkauman yang menakutkan Melayu.

Maka dicipta ancaman komunis sebagai racun bersalut gula yang sebenarnya matlamatnya menakutkan dibenak pemikiran Melayu tentang ancaman kaum Cina terhadap ketuanan Melayu.

Cina sebagai sinonim Komunis.

Tentunya amat menakutkan. Ini membuat Melayu yakin pada perjuangan UMNO membela dan mempertahankan ketuanan Melayu untuk beberapa dekad mendatang selepas PERIKATAN dibubarkan dan digantikan dengan BN.

Kesimpulan nyata dari sejarah setakat 1970an pemimpin UMNO berjaya menakutkan Melayu tentang ancaman kaum Cina yang disamakan dengan Komunis.

Menakutkan Melayu dengan kebangkitan kuasa kaum Cina di negara ini sejak merdeka adalah modus operandi politik UMNO.

Sebaliknya pada masa yang sama kuasa kewangan pendidikan dan membangunkan negara diserahkan oleh pemimpin UMNO kepada bukan Melayu di dalam kerajaan Perikatan.

Sesungguhnya kita semua adalah mangsa kebodohan, ketamakan, ketidak bertanggungjawab pemimpin UMNO yang menjadikan kita semua terumbang ambing selepas tahun 1969.

Buktinya jelas bilangan kita yang berjaya mengejar ilmu untuk kejayaan hidup boleh dibilang dengan jari.
Sepatutnya kita boleh lebih jauh baik sekiranya sistem pendidikan disekolah kebangsaan di zaman kita dahulu dapat mendidik kita ditahap yang sepatutnya lebih baik dibandingkan dengan aliran lain di English Collage High School Muar & Kluang.

Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang menimbulkan kesedaran dan kebangkitan Melayu.
Sesungguhnya 1957 – 1969 adalah satu jangka masa pemimpin Melayu berseronok honeymoon selepas merdeka.

YB² Melayu UMNO kini berstatus sama seperti pegawai tinggi kolonial Inggeris cuma bezanya Melayu ini Melayu tidak berilmu kebanyakannya dan Melayu yang digambarkan oleh penulis barat sebagai pemalas, bodoh, pemabuk, suka berjudi dan berfoya-foya.

Maka tidak hairanlah pada waktu itu maka menaikkan status pemimpin dan pegawai Melayu ke status sama seperti penjajah dapat dilihat disemua peringkat hirarki lapisan masyarakat tempatan.

Maka mencurah curahlah arak di Mess Parlimen untuk wakil rakyat. Mencurah curahlah arak di mess tentera, PDRM hatta harga beer di kem askar Melayu yang disebut sebagi NAFI adalah hampir sama dengan coca cola.
Fenomena ini berterusan hingga akhir 70 an.

Pada masa yang sama kilang arak di Petaling Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Tun Razak dan puncaknya pusat perjudian terbesar di Asia yang merupakan menara gading maksiat di negara ini bertakhta di Genting Highland dan duduk bersemayam sebagai Pengerusi adalah datuk kepada Datuk Sri Najib dan Datuk Sri Hishamuddin, Mertua kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn, dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan Presiden UMNO lambang kuasa Melayu yang telah banyak juga mencederakan maruah Melayu dan maruah Negara sebagai negara yang dikatakan Islam sebagai agamanya.

Apakah semua ini angkara DAP ?

Selepas 1969 dan tertubuhnya BN, UMNO terus memerlukan sokongan Melayu untuk terus berkuasa.
Kini apakah lagi dalilnya yang perlu dicari sebagai meneruskan usaha menakutkan Melayu tentang kehilangan kuasa, hak istimewa , kedudukan Islam dan raja raja.

Ya Melayu perlu dikuasai pemikirannya supaya terus mengharapkan pembelaan dari UMNO yang sebelumnya gagal membela Melayu dibawah fasa pertama bersama PERIKATAN.

Melayu perlu dimomokan dan ditakutkan oleh ancaman Cina.

Masalahnya selepas 1969 ancaman komunis telah tamat.
Oleh itu ancaman komunis tidak lagi wujud untuk digunakan oleh pemimpin UMNO bagi menakutkan Melayu tentang bahaya ancaman kaum Cina keatas kuasa Melayu.

Maka bermulalah era baru dalam sejarah indoktrinasi negatif pemikiran Melayu selepas tamatnya indoktrinasi pemikiran negatif fasa pertama oleh UMNO ke atas Melayu dizaman pemerintahan PERIKATAN yang gagal membela nasib Melayu.

Kebangkitan Cina di bumi Melayu adalah merupakan isu sensitif yang mempengaruhi pemikiran Melayu yang jauh tertinggal di belakang kaum Cina dinegara ini. Ini dikenal pasti sebagai racun mujarab bersalut madu politik UMNO yang mudah digunakan untuk memesongkan fokus sebenar Melayu tentang kemunduran mereka dan membolehkan UMNO mengeksploitasikan keadaan dan mendakwa diri mereka sebagai penyelamat Melayu di atas sentimen sempit nafsu perkauman yang mengambarkan Cina sebagai musuh Melayu.

Maka di atas pendekatan ini lah pemikiran Melayu dipesongkan ke arah menakutkan mereka tentang kekuatan Cina dan membentuk satu pemikiran Melayu yang membenci Cina.

Ini jelas dilaksanakan secara halus dan sulit di dalam program bina semangat melalui Biro Tata Negara dan berbagai perkumpulan Melayu yang lain.

Seterusnya mewujudkan perasaan takut cemburu iri hati dan sakit hati Melayu terhadap Cina yang diwujudkan dengan berbagai cara ini akhirnya diolah dengan menjuruskan prasangka jahat terhadap Cina untuk mencapai maksud sebenar UMNO iaitu menyamakan ancaman Cina ini sebagai ancaman DAP yang merupakan parti politik berbilang kaum yang bertambah kuat dan diterima oleh bukan Melayu dan dipimpin oleh pemimpin yang berilmu dan berkebolehan.

Maka kini berjayalah UMNO memesongkan pemikiran sebahagian Melayu kearah membenci DAP sedangkan DAP adalah juga parti yang dianggotai oleh Cina India dan Melayu.

Senjata makan tuan begitulah bayangan pepatah Melayu.
Pemikiran jahat UMNO terhadap DAP kini menarik ramai generasi muda Melayu yang berpendidikan menyertai DAP.

Bahkan DAP kini memenangi hati bukan Melayu dan mendapat sokongan hampir 90% dari penggundi bukan Melayu dan kini DAP menyertai PH yang dianggotai oleh tiga parti politik majoriti Melayu.

Dimana UMNO dalam BN ? Satu parti politik Melayu diantara 13 parti politik bukan Melayu.

Di Selangor, Melayu masih berkuasa dan terbela walau pun DAP adalah parti bersama yang membentuk kerajaan bukan BN di Selangor yang amat berjaya tidak seperti dibawah BN dahulu.

Sedarlah kejatuhan sesuatu bangsa zaman moden ini adalah ditentukan oleh bangsa mereka sendiri dan bukan kerana kejayaan kaum lain.

Melayu hari ini akan menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh Melayu UMNO dan bukan oleh DAP.

Zimbabwe, Sri Lanka kini didalam cengkaman Cina komunis bukan kerana adanya rakyat mereka berketurunan Cina yang menekan mereka.

Mereka dibangsatkan oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan negara mereka ke tangan Komunis China.

What Zimbabwee and Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow.

Dahulunya perajurit kita anak melayu beribu terkorban dan ramai lagi yang cacat tercedera mempertahankan negara bangsa di medan perang di hutan belantara hidup rakyat terseksa.

Hari ini berbondung-bondung China Kominis diberikan layanan istimewa dan datang dan duduk di bumi Melayu malah diberi layanan lebih istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.

Kini telah wujud wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan perkilangan industri bagi rakyat China Komunis di bumi kita.

Universiti China besar tersergam indah khusus untuk pelajar China Komunis dibina dikawasan Dengkil berdekatan Sepang.

Kita kini berhutang ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk projek ECRL yang menguntungkan Cina menakala beban hutang ditanggung oleh rakyat.

Puncaknya kini UMNO BN duduk roundtable bersama berbincang dengan wakil Parti Komunis China dibumi kita.

Apakah akan berlaku transformasi ideologi komunis kepada UMNO BN.

Dalam suasana kita di bumi Melayu ini mula dikelilingi dan dibayangi oleh kuasa Komunis China apakah ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara tidak terancam ?

Apakah Cina rakyat Malaysia yang mengancam Melayu. ?

Apakah segala ancaman dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV . FIC . BANK NEGARA pengkhianatan terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya tinggal 12% dan di Johor skandal rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan hartanah lot Bumiputra bagi rakyat Melayu Johor adalah malapetaka dan angkara DAP ?

Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan Negara .

Zuriat Perompak 1MDB Kesayangan Umnopas Yang Akan Membawa Bala Bencana Kepada Seluruh Rakyat Malaysia.

Image may contain: 8 people, people smiling, text

 

TU DIA !!.. Sampai begitu sekali Najib beri kepercayaan & mandat kpd penyangak Jho Low atur operasi TIA-1MDB.

PATUTLA.. Sultan Mizan, Agong ketika itu telah murka kpd Najib kerana keluarkan bon TIA.

Itupun lebai² walaun PAS & caiUMNO bermatian-matian pertahankan bela si penderhaka Najib tu kenapa ??!

#NajibPenderhakaSultan
#SultanMurkaNajib

Najib suruh teruskan walaupun Sultan murka – Shahrol Azral ( Bukti Najib Adalah Penderhaka Kepada Sultan )

Image may contain: 1 person, text

BUKTI JELAS NAJIB ADALAH KHADAM KEPADA JHO LOW DAN PENDERHAKA KEPADA SULTAN.

24 SEPT 2019
HARI KE 12
BERITA PERBICARAAN KETUA PARTI PENYAMUN UMNO NAJIB RAZAK DI MAHKAMAH

SAKSI TERUS DEDAH TEMBELANG SKANDAL 1MDB NAJIB RAZAK DI HADAPAN HAKIM MAHKAMAH

Malaysiakini
BERITA
Bon TIA: Agong titah gantung, Najib kata teruskan, kata saksi
News | Diterbitkan Hari ini 4:53 petang | Dikemaskini Hari ini 24 SEPT 2019 4:53 petang

KES 1MDB NAJIB l Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Najib Razak mengarahkan untuk meneruskan pinjaman bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) yang dimohon oleh Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) berjumlah RM5 billion walaupun Sultan Mizan Zainal Abidin yang merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu menitahkan pinjaman IMTN digantung dan ditangguhkan dahulu.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB dan TIA, Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata setelah menandatangani resolusi yang dikemukakan Sultan Mizan untuk menggantungkan IMTN dan terbitan IMTN ditangguhkan.

Saksi kemudian berjumpa Najib di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di Kuala Lumpur, pada 22 Mei 2009, pada pukul 8 malam bagi memaklumkan perkara itu.

Shahrol Azral Ibrahim Halmi
“Setelah menandatangani resolusi itu di Istana Terengganu pada hari yang sama iaitu pada 22 Mei 2009, saya menelefon Jho Low (penasihat TIA) dan memaklumkan apa yang berlaku….

“Dia terkejut dan meminta masa untuk menyelesaikan masalah tersebut dan memaklumkan akan menghubungi saya semula. Selepas beberapa ketika, Jho Low ada menghubungi saya semula dan meminta saya pergi ke rumah bekas perdana menteri itu.

“Dalam masa yang sama, saya ada menghubungi Casey Tang (pengarah eksekutif 1MDB) dan memaklumkan status tersebut dan meminta beliau berbincang dengan Ambank sekiranya memerlukan IMTN digantung.

“Casey memaklumkan ia tidak boleh digantung kerana perjanjian telah dimeterai dan pengurus perhubungan AmBank Joanna Yu juga memaklumkan sebahagian bon itu telah dibeli semasa book building exercise (tempah). Ia dikira melanggar perjanjian yang sudah dimeterai,” katanya.

Joanna Yu
Ketika sampai di rumah Najib, saksi berkata beliau mendapati Jho Low dan Najib sudah sedia menunggu di ruang tamu dan mereka berkelihatan seolah-olah sudah berbincang dan menunggu ketibaanya.

Saksi pendakwaan kesembilan itu berkata, beliau menjelaskan kepada Najib bahawa Sultan Mizan menitahkan bon digantung dan Ambank pula tidak membenarkan ia digantung disebabkan faktor perjanjian yang telah ditandatangani lebih awal sebelum titah Sultan Mizan.

“Jho Low memaklumkan bahawa disebabkan IMTN dijamin Kerajaan Persekutuan, maka pengantungan di peringkat akhir ini akan menyebabkan kehilangan keyakinan pelabur terhadap bon-bon kerajaan Malaysia. Najib bertanya kepada saya sama ada saya tahu kenapa DYMM Tuanku murka dan saya telah menjawab saya tidak tahu.

“Beliau (Najib) bertanya balik adakah saya diberikan sesalinan resolusi tersebut dan saya memberitahu tidak mendapat. Kemudian beliau telah memberitahu dalam ayat lebih kurang seperti berikut: You go ahead, I will talk to Tuanku.

Najib Razak
“Saya menerima ia sebagai arahan dan mandat daripada perdana menteri merangkap menteri kewangan untuk meneruskan IMTN kerana beliau merupakan menteri yang bertanggungjawab memberikan Jaminan Kerajaan tersebut. Jho Low juga mendengar arahan itu, kemudian saya terus pulang manakala Jho Low masih lagi tinggal di rumah Najib,” katanya.

Ketika menjelaskan mengenai penerbitan IMTN, saksi berkata Jho Low dan Casey telah berurusan terus dengan AmInvestment Bank sebagai ‘Lead Arranger’ dan juga beberapa perunding yang dilantik untuk memuktamadkan perjanjian IMTN ini.

“Mereka berdualah yang meneliti dan menyemak kesemua butiran dalam perjanjian-perjanjian tersebut. Saya tidak terlibat di peringkat ini kerana ini merupakan bidang dan kepakaran mereka berdua.

“Setelah perjanjian-perjanjian ini siap, Casey dan pihak AmInvesment Bank telah membawa perjanjian tersebut kepada saya untuk ditandatangani. Saya mempercayai bahawa kesemua butiran dalam perjanjian ini telah dipersetujui oleh semua pihak termasuk stakeholders (DYMM Tuanku Mizan dan Najib) kerana ia telah diteliti dan disemak oleh Jho Low dan Casey Tang,” katanya.

Katanya, beliau menurunkan tandatangan terhadap dokumen-dokumen perjanjian tersebut berdasarkan resolusi kelulusan penurunan kuasa kepadanya oleh Ahli Lembaga Pengarah (BOD) TIA.

Beliau juga berkata, Sultan Mizan juga menitahkan BOD TIA untuk melantik adinda Baginda iaitu YAM Tengku Datuk Rahimah Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah untuk menjadi salah seorang pengarah TIA bagi mewakili kepentingan negeri Terengganu.

“Ia bertujuan untuk memastikan perjanjian IMTN ini tidak membelakangkan kepentingan negeri Terengganu kerana tujuan asal penubuhan TIA adalah untuk dana kekayaan berdaulat Terengganu,” katanya.

Terhadap soalan tambahan oleh Sri Ram bagaimana saksi tahu bahawa Jho Low dan tertuduh telah berbincang ketika dia memasuki rumah tertuduh, saksi itu berkata dia membuat kesimpulan itu setelah Najib bertanya kepadanya mengapa Sultan kecewa dan sama ada dia mempunyai salinan resolusi.

Sri Ram: Apa suasana di mesyuarat itu? Bagaimana tanggapan anda?

Shahrol Azral: Saya akan mengatakan bahawa ia adalah tenang, saya menjangka ia menjadi lebih tegang. Sungguh-sungguh ia adalah tenang, walaupun saya fikir ia harus lebih tegang.

Sri Ram: Kenapa anda menjangkakan begitu ?

Shahrol Azral: Kerana ini adalah masalah besar dan ini melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan di mana kita mempunyai bon bernilai RM5 bilion, yang merupakan bon Islam pertama selama 30 tahun, yang dikeluarkan oleh kerajaan. Jadi, sebagai menteri kewangan, saya menjangkakan lebih banyak pertanyaan.

Sri Ram: Di manakah Jho Low apabila tertuduh berkata go ahead, I will talk to Tuanku?

Shahrol Azral: Dia ada di sana, saya tidak perasan, dia berkata apa-apa.

Sri Ram: Adakah terdapat perbualan dengan Jho Low dan tertuduh? Saksi menjawab “Saya tidak boleh ingat”

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014, dan untuk 21 lagi pertuduhan antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah diteruskan.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/493130…

SAKSI pendakwaan, Shahrol Azral hadir bagi perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengarahkan supaya bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) terbitan Lembaga Pelaburan Terengganu Berhad (TIA) diteruskan, walaupun Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin murka dengan pelaksanaannya.

Pendedahan itu dibuat bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi pada hari ke-12 perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana 1MDB dihadapi Najib di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Shahrol Azral berkata, arahan bagi meneruskan pelaksanaan IMTN itu diberikan Najib dalam pertemuan mereka di kediaman bekas Perdana Menteri itu di Langgak Duta, di sini.

Beliau berkata, terdahulu selepas pertemuan bersama Sultan Mizan pada 22 Mei 2009, beliau menghubungi ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low untuk memaklumkan perkara yang dibincangkan di Istana Terengganu.

Katanya, Jho Low kemudian memintanya bertemu dengan Najib untuk menyelesaikan kemelut IMTN itu.

“Ketika dihubungi, Jho Low terkejut dan meminta masa untuk menyelesaikan masalah itu dan memaklumkan akan menghubungi saya semula.

“Selepas itu, Jho Low menghubungi saya semula dan meminta saya pergi ke rumah Najib di Jalan Langgak Duta pada malam itu pada jam 8 ke 9 malam.

“Pada masa sama saya ada menghubungi Casey Tang (bekas Pengarah Eksekutif 1MDB) dan memaklumkan status itu serta memintanya berbincang dengan Ambank sekiranya memerlukan IMTN digantung.

“Casey Tang memaklumkan ia tidak boleh digantung kerana perjanjian sudah dimeterai dan Pengurus Perhubungan Ambank ketika itu, Joanna Yu juga memaklumkan sebahagian bon itu sudah dibeli ketika ‘book building exercise’ (tempah). Ia dikira melanggar perjanjian yang sudah dimeterai,” katanya.

Shahrol Azral dalam keterangannya berkata, sebaik saja tiba di kediaman Najib, beliau mendapati Jho Low dan Najib menunggunya di ruang tamu dan mereka kelihatan seperti sudah berbincang.

Katanya, beliau menjelaskan kepada Najib bahawa Tuanku Mizan menitahkan bon digantung dan Ambank pula tidak membenarkan ia digantung disebabkan faktor perjanjian yang ditandatangani lebih awal sebelum titah Sultan.

Tambahnya, Jho Low memaklumkan bahawa disebabkan IMTN dijamin Kerajaan Persekutuan, maka penggantungan di peringkat akhir ini akan menyebabkan kehilangan keyakinan pelabur terhadap bon kerajaan Malaysia.

“Najib bertanya kepada saya sama ada saya tahu kenapa Tuanku murka dan saya menjawab, saya tidak tahu.

“Beliau (Najib) bertanya balik adakah saya diberikan sesalinan resolusi dan saya memberitahu tiada. Kemudian beliau memberitahu dalam ayat lebih kurang seperti berikut, ‘you go ahead, I will talk to Tuanku’ (Kamu teruskan, saya akan cakap dengan Tuanku).

“Saya menerima ia sebagai arahan dan mandat daripada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan untuk meneruskan IMTN kerana beliau menteri yang bertanggungjawab memberikan Jaminan Kerajaan itu.

“Jho Low juga mendengar arahan itu. Kemudian saya terus pulang manakala Jho Low masih lagi berada di rumah Najib,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/09/610450/najib-suruh-teruskan-walaupun-sultan-murka-shahrol-azral?fbclid=IwAR1kNa1U6OgDYuDoUPnqGkJuF6ecNQkyHNZvctVTDqIo9qCSGfyqsYufEtc