Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, rakaman percakapan Mohd. Razlan dan siasatan kes itu akan dikendalikan oleh pasukan khas dari Bukit Aman.

“Polis ada terima laporan tentang beliau dan kertas siasatan juga sudah dibuka.

“Kita akan ambil tindakan secepat mungkin dan kes disiasat mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Agung Tergempar Persatuan Pegawai Kanan Polis (PPKP) dan Persatuan Pegawai Rendah Polis (PPRP), di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman  meminta polis menyiasat kenyataan dibuat bekas pemimpin UMNO itu.

Menurutnya, perbezaan pendapat itu biasa tetapi jangan sampai keterlaluan.

Sebelum ini, Mohd. Razlan menerusi akaun laman media sosial Twitternya menyebut eloknya puak DAP ditembak.

Status yang dimuat naik di akaun Twitternya itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol dari DAP, Chew Chong Sin yang mengaitkan kes pembunuhan di dua masjid di Christchurch, New Zealand dengan kerjasama antara UMNO dan Pas sebelum bertindak menarik balik kenyataan tersebut. – K! ONLINE

http://www.kosmo.com.my/negara/polis-panggil-bekas-pemimpin-umno-esok-1.864983

C&P