Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

JOM MENULIS UNTUK MAJALAH DAKWAH YADIM

1 MUKMIN KUAT

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2773760432703210&id=480621232017153

JOM MENULIS UNTUK MAJALAH DAKWAH YADIM

Majalah Dakwah perlukan anda.

Isu ke 50 Majalah Dakwah keluaran YADIM dijangka terbit pada Mac depan, justeru orang ramai dialu alukan menyumbang artikel untuknya.

Dengan sub tema ‘Pendekatan Rahmah Dalam Mendepani Isu & Permasalahan Sosial Masyarakat’ serta ‘Etika dan Integriti di Malaysia : Isu dan Cabaran’, mereka yang berminat boleh menghantar artikel ke majalah.dakwah@yadim.com.my sebelum 20 Januari 2020.

Penting! Sertakan cover letter dan resume terkini serta nombor akaun bank untuk memudahkan sebarang urusan.

Artikel sepanjang 800 hingga 1000 patah perkataan, mestilah asli dan belum pernah disiarkan di mana mana penerbitan.

Penulisan tidak perlu terlalu formal, sebaiknya dalam bentuk santai dan mudah difahami semua.

Sebarang jenis gambar yang bersesuaian sekiranya dilampirkan bersama artikel juga dialu alukan.

Penulisan yang terpilih dan disiarkan akan menerima honorarium daripada YADIM.

Sebarang pertanyaan boleh diemelkan kepada noorzihan@yadim.com.my dan nurfarhanis@yadim.com.my atau hubungi talian 03 8870 3870/3803.

Jom LIKE & FOLLOW Page Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim)

#MALAYSIARAHMAH
#yadimMy #dakwah #sayangiYadim #sayangiMalaysiaku
#yadimdihatiku #rahmatanlilalamin #fastabiqulkhairat #solidaritikedamaian #unitmediadanpenyiaran
#YADIMTV

KUNJUNG HORMAT kepada YBhg Brigedier Jeneral Dato Hj Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima 8 Briged.

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri

Imej mungkin mengandungi: 16 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan dalaman

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk

Tiada penerangan foto disediakan.

31 Dis 2019
KUNJUNG HORMAT kepada YBhg Brigedier Jeneral Dato Hj Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima 8 Briged. Terima kasih dato.

Bersama ketumbukan 8 Briged nanti, fokus kerjasama ialah mengadakan program kepada anggota tentera, anak-anak tentera melalui kursus motivasi/ kepimpinan dan program bersama antara MAWAR dengan BAKAT.

Hadir sama dalam kunjung hormat ini
1. Sdra Aidi Kusuma, Timbalan Pengarah YADIM Kelantan (Operasi).

2.Dr Hafidzah Mustakim, Pengerusi MAWAR YADIM.

3. Sdra Jeming Hassan Ketua Pemuda Amanah Negeri merangkap Ketua Kawasan Pengkalan Chepa.

4. Pn Nik Faizah, Timbalan AWAN Kelantan.

 

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=3185020151526283&set=pcb.3185020191526279&type=3&theater

 

Isu Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Kepada YADIM

No photo description available.

KENYATAAN MEDIA

RSY : Isu Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Kepada YADIM

Rakan Siswa YADIM (RSY) dan Rakan Remaja YADIM (RRY) adalah merupakan penjenaaman semula kepada inisiatif Sahabat YADIM yang telah diwujudkan sejak 2013 lagi di 69 buah sekolah menengah dan 76 buah di peringkat IPT yang melibatkan keanggotaan berjumlah 18,146 ahli di seluruh Malaysia .

Penjenamaan semula ini dilakukan bagi menstrukturkan semula hala tuju dan aktiviti RSY dan RRY disetiap peringkat agar menepati objektif yang disasarkan. Sepertimana penubuhan persatuan pelajar yang lain, RSY dan RRY sebenarnya ditubuhkan bagi menggalakkan budaya aktivisme di kalangan para mahasiswa dan pelajar dengan menggunakan landasan dakwah yang menjadi teras kepada penubuhan YADIM sendiri.

Dakwah yang difahami oleh YADIM bukanlah terbatas dalam definisi sempit ‘missionary’ yang cuba dipaksakan oleh kumpulan dan individu rasis.

Sebaliknya dakwah yang dibawa oleh YADIM melalui setiap gerak kerjanya termasuk melalui inisatif RSY dan RRY adalah merangkumi makna yang lebih luas dengan erti kata menyeru ke arah kebaikan (Al-Ma’ruf) dan mencegah kemungkaran (Al-Munkar).

Jiwa pendakwah yang ingin dilahirkan melalui inisiatif RSY dan RRY pada hakikatnya adalah ingin melahirkan agen-agen masyarakat yang berakhlak mulia dan menyeru kearah kebenaran, keharmonian, toleransi, keadilan dan segala sifat-sifat mulia serta menghindari segala bentuk kejahatan sama ada dalam rupa korupsi, penindasan dan kebencian.

Atas pemahaman dakwah yang luas dan universal itu, maka tidak hairanlah apabila jawatankuasa RSY diperingkat kebangsaan yang telah diluluskan baru-baru ini turut dianggotai oleh beberapa pimpinan mahasiswa bukan Islam.

Ini adalah satu mesej yang sangat jelas bahawa agenda yang dibawa melalui inisiatif ini amat inklusif, telus, rahmah dan tiada sebarang agenda tersembunyi sementelah ajaran Islam sendiri yang menegaskan tiada sebarang paksaan dalam soal anutan agama.

Masyarakat khususnya rakan-rakan yang bukan beragama Islam sewajarnya tidak perlu berasa gundah dengan surat yang dikeluarkan oleh YB Menteri Pendidikan baru-baru ini.

Tindakan YADIM bertemu dengan Menteri Pendidikan secara rasmi serta surat daripada beliau kepada ketua-ketua jabatan menandakan bahawa ketelusan kerajaan pada hari ini dalam melaksanakan sesuatu inisiatif mengikut prosedur yang sewajarnya dan bukannya seperti pentadbiran sebelum ini yang melaksanakan keputusan tanpa melalui proses yang telus dan terbuka.

Secara jelasnya surat yang ditularkan tersebut tidak pernah memaksa mana-mana pelajar sama ada Muslim atau bukan Muslim untuk menyertai inisiatif tersebut. Kehadiran RSY di IPT dan RRY di sekolah hanya akan menyuburkan lagi semangat kesukarelawanan, aktvisme dan kekitaan dikalangan mahasiswa dan pelajar.

YADIM komited untuk menggalakkan dialog dan aktiviti silang budaya di kalangan anak muda melalui pelaksanaan RSY dan RRY ini kerana mereka adalah golongan penentu kepimpinan negara pada masa akan datang.

Dialog dan aktiviti silang budaya yang terkandung dalam konsep ‘Li Taarafu’ atau saling mengenali yang amat dianjurkan dalam Islam akan melahirkan generasi muda Malaysia yang saling menghormati, meraikan perbezaan dan melihat kepelbagaian sebagai sumber kekuatan dan bukannya punca kelemahan sepertimana yang ditanggapi oleh golongan yang rasis dan Islamophobik.

Adalah mustahak bagi YADIM memberikan penjelasan agar tidak timbul syak wasangka dikalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia terhadap program yang dijalankan oleh YADIM.

Penting penjelasan ini diberikan supaya persepsi Islamophobia yang cuba dimainkan oleh pihak atau individu yang hanya mahukan publisiti dapat dijernihkan, sekaligus tidak mengheret badan dakwah ini ke polemik picisan.

Tuan Kamarul Arief Tuan Soh
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
24 Disember 2019

DIKELUARKAN OLEH BAHAGIAN MEDIA DAN TEKNOLOGI DAKWAH YADIM

Rakan Siswa YADIM (RSY) di peringkat IPT dan Rakan Remaja YADIM (RRY) di peringkat Sekolah Menengah merupakan penjenamaan semula kepada Sahabat YADIM yang telah diwujudkan semenjak tahun 2013.

Sehingga kini anggota RSY dan RRY mencecah sebanyak 18,146 orang di 69 buah sekolah dan 76 buah IPTA/IPTS seluruh negara.

 

Seminar Transformasi Minda Wanita & Penyampaian Sumbangan Kembali Ke Sekolah.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing

Image may contain: 21 people, including Zaidi Ab Halim, people smiling, people standing and indoor

Image may contain: 22 people, including Zaidi Ab Halim, people smiling, people standing

Hari ini, di Machang: Seminar Transformasi Minda Wanita & Penyampaian Sumbangan Kembali Ke Sekolah.

Anjuran bersama MAWAR YADIM dan Kelab Penyayang Machang.

DrHafidzah Mustakim.

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=3169920166369615&set=pcb.3169921826369449&type=3&theater

PROGRAM YADIM BUKAN DAKWAH SEMPIT DIGAMBARKAN PIHAK RASIS, ISLAMOPHOBIK

KUALA LUMPUR: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menegaskan Rakan Siswa YADIM (RSY) dan Rakan Remaja YADIM (RRY) adalah penjenamaan semula inisiatif Sahabat YADIM yang diwujudkan sejak 2013 dengan jumlah keanggotaan 18,146 ahli di 69 sekolah menengah dan 76 institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, sepertimana penubuhan persatuan pelajar ain, RSY dan RRY bertujuan menggalakkan budaya aktivisme dalam kalangan mahasiswa dan pelajar menggunakan landasan dakwah yang menjadi teras penubuhan YADIM.

Beliau menegaskan dakwah yang difahami YADIM bukan terbatas dalam definisi sempit “missionary” yang cuba dipaksakan kumpulan dan individu rasis, termasuk kelompok Islamophobik.

“Sebaliknya, dakwah yang dibawa YADIM melalui setiap gerak kerjanya, termasuk melalui inisiatif RSY dan RRY merangkumi makna lebih luas yang menyeru ke arah kebaikan (Al-Ma’ruf) dan mencegah kemungkaran (Al-Munkar).

“Jiwa pendakwah yang ingin dilahirkan melalui inisiatif RSY dan RRY pada hakikatnya adalah ingin melahirkan agen-agen masyarakat yang berakhlak mulia dan menyeru ke arah kebaikan, keharmonian, toleransi, keadilan dan segala sifat-sifat mulia serta menghindari segala bentuk kejahatan sama ada dalam rupa korupsi, penindasan dan kebencian,” katanya dalam kenyataan kepada AlHijrah Online di sini hari ini.

Kenyataan media itu dikeluarkan sebagai reaksi kepada kenyataan pihak tertentu di dalam media sosial yang mendakwa surat Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik kepada ketua jabatan berkaitan untuk memberi kebenaran kepada pelaksanaan program YADIM di sekolah dan IPT sebagai usaha Islamisasi atau dakwah di institusi pengajian.

Tuan Kamarul Arief berkata, masyarakat khususnya rakan-rakan bukan beragama Islam, sewajarnya tidak perlu berasa gundah dengan surat yang dikeluarkan Menteri Pendidikan itu.

Beliau berkata tindakan YADIM bertemu dengan Maszlee secara rasmi dan surat kepada ketua-ketua jabatan itu menandakan ketelusan kerajaan pada hari ini dalam melaksanakan sesuatu inisiatif mengikut prosedur sewajarnya.

“Secara jelasnya, surat yang ditularkan tidak pernah memaksa mana-mana pelajar sama ada muslim atau bukan muslim untuk menyertai inisiatif itu. Kehadiran RSY di IPT dan RRY di sekolah hanya akan menyuburkan lagi semangat kesukarelawan, aktivisme dan kekitaan dalam kalangan mahasiswa dan pelajar,” kata Tuan Kamarul Arief menjelaskan jawatankuasa RSY peringkat kebangsaan turut dianggotai beberapa pimpinan mahasiswa bukan Islam.

Beliau menegaskan YADIM terus komited menggalakkan dialog dan aktiviti silang budaya dalam kalangan anak muda melalui pelaksanaan RSY dan RRY.

“Dialog dan aktiviti silang budaya yang terkandung dalam konsep ‘Li Tarafu’ atau saling mengenali amat dianjurkan dalam Islam akan melahirkan generasi muda Malaysia yang saling menghormati, meraikan perbezaan dan melihat kepelbagaian sebagai sumber kekuatan dan bukannya kelemahan seperti mana ditanggapi golongan rasis dan Islamophobik,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM itu berkata penjelasan dalam isu itu amat penting bagi menepis persepsi Islamophobia yang cuba dimainkan pihak tertentu yang hanya mahukan publisiti, sekali gus mengheret badan dakwah ke polemik picisan. – AlHijrah Online

Kunjung hormat ke pejabat YBhg Ayahanda Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Kota Bharu, Kelantan.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing and suit

12.00 tengahari; Kunjung hormat ke pejabat YBhg Ayahanda Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Kota Bharu, Kelantan.

Alhamdulillah, pertemuan ini bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama di mana LKTN akan menjadi sebahagian dari rakan strategik YADIM dalam melaksanakan program-program pada masa hadapan. — with Ckcm Khanzolah Prada and Dato Ir Shamin.

Yadim Peduli dengan Program Transformasi Orang Muda

Image may contain: 4 people, people sitting

Image may contain: 10 people, people sitting, table and indoor

2.30 pm: Yadim Peduli dengan Program Transformasi Orang Muda bersama 65 orang peserta di kalangan anak-anak staf Pusat Pemulihan Akhlak Machang.

Ceramah saya mudah saja, “Resepi Kekecewaan”.

YADIM Dan KADA Terus Berbakti Kepada Rakyat Kelantan.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and beard

ANTARA APA YANG DISEBUT OLEH YB SENATOR DATUK HJ HUSAM MUSA PENGERUSI KADA PADA MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN YPEIM DI PPK KUBANG SEPAT PADA 15.11.2019

1. Sejak kerajaan PH ambil alih pemerintahan Negara, pentadbiran YPEIM telah disusun semula bagi mengelakkan penyelewengan dan meletakkan seorang pakar ekonomi Islam peringkat antarabangsa sebagai CEO telah membolehkan YPEIM memperuntukkan RM 4.4 juta untuk memberi bantuan kepada orang miskin diseluruh negara.

2. Di Kelantan seramai 200 orang penduduk miskin di setiap jajahan dikenalpasti sebagai penerima bantuan.

3. Ini adalah satu bentuk smart partnership antara KADA dan YPEIM dimana KADA kenalpasti penduduk miskin dan YPEIM akan salurkan bantuan berupa barangan makanan seperti beras, gula, minyak masak kepada mereka yang bertujuan untuk meringankan bebanan hidup mereka.

4. YPEIM melaksanakan pelbagai kegiatan antaranya adalah pajak gadai Islam Ar-Rahnu dimana sebahagian keuntukan akan disalurkan kepada rakyat miskin dalam bentuk barangan makanan seperti hari ini.

5. Majlis ini dikira sebagai amal yang baik atau amal soleh. Amal soleh ini amat meluas dan terbuka kepada sesiapa sahaja untuk melakukannya berdasarkan kepada kemampuan masing-masing walaupun kecil tetapi akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.

 — with Hashim PCsHusam MusaMohd Mazlan Ab RahmanNoor Yazid and Hafiz Musa.

Mesyuarat Penyelarasan Program Jaulah Tarbiyyah Syabab 2020 bersama Pengetua-Pengetua MRSM, SBP dan SMKA seluruh Kelantan.

Image may contain: 6 people, people sitting

Image may contain: 4 people, including Zaidi Ab Halim, people sitting, table and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting

10.30 am, Mesyuarat Penyelarasan Program Jaulah Tarbiyyah Syabab 2020 bersama Pengetua-Pengetua MRSM, SBP dan SMKA seluruh Kelantan.

Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengetua (atau wakil) yang hadir pada hari ini.

YBhg Tuan Said bin Sidup, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan Mengunjingi YADIM Kelantan.

Image may contain: 1 person, sitting, living room and indoor

3.00 pm, 16 Dis:

Terima kasih YBhg Tuan Said bin Sidup, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan.

Mengunjungi beliau telah memberikan gambaran yang lebih jelas kepada saya bagaimana YADIM boleh untuk membantu golongan asnaf, OKU dan mereka yang terlantar.

Di dalam Program Ziarah Rahmah YADIM sebelum ini, saya bertemu dengan banyak kes yang sebenarnya memerlukan tindakan bersepadu dari banyak agensi dan jabatan.

Antara kes tersebut ialah:

1. Pesakit terlantar stroke berumur 81 tahun yang tidak menerima bantuan.

2. Seorang guru yang bertugas di Serawak yang ayahnya telah 10 tahun berada dalam keadaan koma. Manakala suaminya juga baru sahaja menjalani pembedahan tulang belakang.

3. Seorang pesara tentera yang mengalami sakit kronik (tidak boleh berjalan) dan isterinya pula mengalami masalah penglihatan hanya tinggal di sebuah rumah usang (tidak layak diduduki) bersama 3 anak perempuan.

4. Seorang ayah yang menjaga anak OKU dan 9 anak yang lain. Anak-anak yang bersekolah pula terpaksa bergilir-gilir ke sekolah kerana tiada duit saku.

Kesemua kes ini memerlukan penyelesaian. Doakan semoga dengan bantuan beberapa agensi dan orang perseorangan, masalah mereka ini akan dapat diatasi.